Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, September 17, 2009

dam dum dam bunyi mercun


lagi 2 hari bulan ramadhan al-mubarak akan meninggalkan kita. ecehh ecehh ayat T___T'' eh betul lah kan? tetapi mengapa saya tidak rasa mood raya tahun ni (-_-)'' sebab diri ini sudah mencapai umur 23 tahun so feel raya tu da tidak macham umur 5 tahun? ye ke? itu pendapat emak saya lah kan.

saya nak mood raya!!!

pelis datang!!!

come to papa!!!

sha... pelis stop merepek-repek nanti ko jugak tidak dapat makan kerepek
T___T

rindu. rindu. rindu

agak-agak boleh tak kita undur masa?

rindu nak pergi sembahyang terawih dengan kawan-kawan satu lorong rumah. dari enam orang, tinggal berlima. pastu dua orang sudah selamat jadi isteri orang lain dan bermastautin kat negeri orang lain pastu sorang tu sibuk dengan kerjayanya sebagai penolong pengurus KFC (kamu juga bertuah sha sebab boleh dapat makan ayam free). pastu sorang lagi macham sudah menjadi penduduk kolumpo sebab sambung belajar kat sana maka tinggalah saya sensorang. sekarang ni pergi masjid dengan mak dan abah tsk tsk. saya telah menjadi anak yang solehah hihi. perah santan habis ek.

rindu nak main mercun katak, mercun gasing, mercun ketupat, mercun bola dan segala apa jua jenis mercun yang ada kat pasaran gelap dahulu kala.

rindu nak main bunga api yang kaler-kaler tu. bukan bunga api cap kucing hitam. haha. tu murah punya saya tak main bunga api yang murah. semalam tengok hana beli bunga api kaler-kaler 25 batang untuk RM10. mahalnya! terasa macham nak beli tapi mampu tengok dan lihat saja.

rindu nak main pocong. haha. permainan murah je. curi surat khabar lama kat belakang rumah pastu bakar setiap penghujung segi empat tersebut tetapi sebelum itu make sure ikat ala-ala sup bunjut. baru lah pocong tu boleh terbang (tertanya-tanya kenapa dinamakan pocong padahal takde pun kena mengena).

rindu nak main berus sabut. ni pun permainan yang murah je. dulu kos hanya kurang daripada singgit. beli berus sabut besi ya. bukan sabut kelapa. carik-carikkan menjadi panjang pastu bakar pastu kita pusing-pusingkan macham ferris wheel. lagi masyuk kalau ada lagu rock & roll dari elvis presley. perlukah itu semua? hasilnya amat menakjubkan dan boleh terjerit-jerit seperti melihat konsert search di awan biru berbaloi... baloi (sila baca dalam nada amy search).

rindu nak bagi kat kawan-kawan kad raya yang mesti dilekatkan setem 30 sen. paling koman pun 20 sen. sekarang ni tradisi tu orang Malaysia kurang layan. mereka sudah pandai pos guna facebook mahupun email dan paling sempoi menerusi sms T___T'' termasuklah kamu sha. tsk tsk. saya sempat bagi sekeping kad raya yang paling besar pernah bagi kat orang. hehe. panda si kurus, kamu merupakan insan bertuah dapat kad raya sebesar pemeluk kamu :)

rindu nak dapat duit raya beratus-ratus pastu tidak reti nak simpan dalam bank. dulu kecik-kecik boleh sampai RM300 duit raya tapi semenjak dua menjak dah menjadi orang dewasa erkkk. tidak tidak saya masih lagi remaja dan comel hahaha tu pun susah nak dapat duit raya. tsk tsk. RM100 tu pun jikalau abah saya berhati mulia kesian melihat mata anaknya memandang beliau dengan penuh harapan untuk dapat duit raya. pastu boleh pula lawan dengan kawan-kawan siapa paling banyak dapat duit raya dan menjadi juara kampung dalam liga berprestij itu.

nostalgia ini lah yang membuatkan raya saya sebelum ini meriah dan tidak sabar-sabar nak beraya tahun depan.

meriah sangat dengan bunyi mercun (konon-konon padahal lorong rumah selalu sunyi sebab jiran tetangga balik kampung halaman terchenta). banyak betul juadah hari raya yang terhidang ataupun juga dikenali juadah magis yang membuatkan orang kurus selepas diet bagai nak mati kembali kembang dan juga pesakit kencing manis kian kronik.

tetapi tahun ini perasaan untuk beraya berlainan sekali. mengapa dan kenapa membuatkan diriku tertanya. betul kott diri ini sudah tua untuk beraya sakan. ataupun sedih sebab hanya lebih kurang dari seminggu lebih je saya akan meninggalkan Malaysia... sha pelis stop being JK?

sekian

selamat hari raya
maaf zahir dan batin jikalau adalah
;)



xoxo


:)

0 COMMENTS: