Daisypath Anniversary tickers

Pages

Wednesday, October 7, 2009

cerita typhoon sha leh?


kemaraan typhoon
pada petang hari

sudah bermula
pada malam hari

mak!
adik nak kereta Rx8 ini leh?
cuba teka berapa harga kereta ini?

konbanwa! jam di sini sudah menunjukkan pukul 9.44mlm. lapar (-_0) saya nak keluar pergi beli makanan kat kedai depan hotel ini tapi angin kuat dengan hujan. ini semua kau punya pasal typhoon. eceh bapaklah mengada nak pronounce dalam english. dalam melayu takleh ke? ok fine. taufan... taufan... tangan ini tanak tulis taufan tapi nak juga tulis typhoon? >.<

hari ini hari pertama menjejakkan kaki ke lab. tempat saya konon-kononnya duduk situ sambil buat kerja apa yang patut tapi kerja saya pada hari ini facebook-ing. ym-ing. download-ing House MD Season 6. pehhhhh. eh ada je buat kerja. cari artikel tup-tup dapat daripada buku tebal yang saya struggle bawa ke hulu hilir? aihhhh... internet sini memang mantap terbaik kau memang the bomb! boleh download 3 episod kurang dari sejam? amaze amaze clap clap your hand pelis?

engineering faculty buildings
ala-ala UTM lak saya rasa

ini lab saya
dan
ini bukan kereta saya

meja tulis saya
kosong
nampak sangat baru jejak kaki kat sini

we are also shared the lab with another students
that is Tony, Foundation in Civil Engineering from China
he is very kind-hearted person
he gave me this cute things
as a gift for their autumn festival
i think...


hari ini juga saya berpindah tempat penginapan sampai hari Isnin. mujur Isnin cuti - Physical Education Day. ntah menatang ape nak buat national day. saya pun kurang pasti. aerobik day kot? huhuhu. saya akan tinggal di Tokoyo-Inn Hotel selama 3 hari 2 malam bersamaan 11970 yen. yes. poket saya makin nipis. bye bye DSLR Canon 7D :( selepas itu kami berpindah ke Gakushi Kaikan dalam Universiti Hiroshima sampai hari Isnin. mau kene caj 10000 yen T____T'' hidup ini berpindah randah sob sob sob.

nak lihat tak saya makan apa untuk lunch? hihi. tempura ketam. best woo. diet pun ada. sini kena makan seafood. terasa nak makan ayam pun tak boleh sebab was-was dan sini nama meat tapi daging pork. amacam? thrill tak? dalam pukul 445ptg saya pun balik dengan Lutfi san. ini juga merupakan kali pertama kami menaiki bas ke Stesen Saijo. mujur depan hotel je so no worries about this. harga tiket pula 280 yen for one way.

pintu masuk ke cafe
ala-ala student building
Co-op University

yum yum
senarai pilihan makanan seafood

bersepah-sepah sayur
mana ayam????????
untuk penggemar dan pencinta sayur mayur
but definitely not me!!

lunch for today for 234 yen
itadakimasu!
oh yes that's a japanese tea
tasteless & bitter but I assumed that's nescafe o
baru boleh telan
;)

jom balik ke hotel
muka teruja takleh blah

mari kita le tour de bilik Shahira san. sempit tu toksah cakap lah tapi katil boleh pula jenis king? pelik tol. mujur dapat breakfast free kalau tak mau mengamok selepas poket saya kempis? aih. duit duit duit... makan megi laa pasni aku jawapnye Y____Y''

pintu bilik

meja solek merangkap meja tv
merangkap meja laptop
merangkap dapur kecil-kecilan
pehhh 4 in 1
kagum kagum!
T___T

katil untuk 2 orang
boleh pula saiz besar
aih sha ko ni banyak tol komen

hehehe. itu saja lah update. next entry lak pasal? ntah. marilah kita sama-sama nantikan. saya kat sini kesejukan menggigil suhu 20 darjah celcius. uhu. rindukan kehangatan Malaysia! keh keh keh. bye bye! nak buat kerja lak. boleh caya ke?



xoxo


;)

4 COMMENTS:

Anonymous said...

aku nk tdo ngn ko leh??????best la tmpt ko...huhuhuhu

Shahira said...

haha.
meh meh.
rase cmne 20deg celcius.

Izyan Helmi said...

kak sha...20deg bley thn lg. kat dublin baru masuk autumn da 12deg cel...x smpai sn da rs angin sejuk sn.

smlm g usha mng...lawa gler coat die...

Shahira said...

;p yan.
ni kan 1st time akak g ovc so cm jakun sketlah.
eh bkn sket tp byk!!
T__T''