Daisypath Anniversary tickers

Pages

Monday, October 12, 2009

raya sakan di International House


Tarikh: 11 Oktober 2009
Tempat: International House Saijo, Hiroshima
Masa: 4 ptg - 9 mlm

yum yum. raya kan sebulan. apa lagi. semalam saya menghadiri jemputan rumah terbuka anjuran Persatuan Hiroshima Malaysia bertempat di International House, berdekatan Universiti Hiroshima. makanan semua fantastik fabulus. saya memang lapar tak ingat dunia sebab tak makan pape pon dari pagi. perut nak save untuk rumah terbuka ini padahal kafe di Faculty Club tak buka T___T'' pelbagai juadah dan masakan Malaysia *rindu* disediakan. bebudak undergrads yang masak. haha. memang talented ah tak kira lelaki atau perempuan.

selepas makan, mesyuarat agung persatuan diadakan untuk memilih pucuk kepimpinan baru. lepas tu solat maghrib berjemaah bersama dan juga bacaan yasin. selepas solat rasa lapar balik. apa lagi. moreh time! hihi. saya sampai 5 round tau. saya makan nasi ayam, nasi air, lontong, dan nasi impit. pastu mestilah ada dessert kan ;)

majlis ini juga diadakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara penduduk Malaysia yang menetap di sekitar Higashi-Hiroshima. kami bagaikan keluarga besar. saling mesra antara satu sama lain. yeah! 1 Malaysia??






xoxo


:D

2 COMMENTS:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

muahahaha~

bestnya!!

ada lelaki yg kacak tak?

Shahira said...

ada.
sorg bachelor guy tp bkn student.
dtg training 7bln sini.
keje maritim.
hoho.