Daisypath Anniversary tickers

Pages

Tuesday, January 19, 2010

pertama dan terakhir kali


Mei 2008
Sunway Pyramid, PJ
Malaysia

Januari 2010
Yawate Koguen 101
Jepun

Januari 2010
Saijo, Higashi-hiroshima-shi
Jepun

melihat kepada keterujaan saya untuk menulis nama Sha buat pertama kalinya betol-betol menggamit kenangan. dulu kala ketika melihat gambar abah berposing sakan main ski di Kanada (taktau lah samada beliau hanya berposing atau memang betol-betol main sebab saya ber-ski dulu asyik jatuh je huk) okay sambung cerita... saya jealous teramat sangat. cemburu dengan beliau sebab dapat mensentuh salji. salji original okay. bukannya artificial. sobs. dalam hati tu berkata "bila lah aku dapat main salji ini." huuuu bila sudah meningkat dewasa dapat la juga bermain salji ecehh padahal ais buatan jek. main ice skating di Sunway Pyramid. ala kira halal lah tuh. tidak semua rakyat Malaysia pernah main ice skating ini hihihi :D merepek sudah...

selepas itu along pula dapat pergi ke Rusia dengan projek beliau bersama dengan Dr. SMS. huh siap bergambar dengan salji lagi. kebetulan masa itu memang salji turun. huk. lagilah bertambah-tambah cemburu buta you dengan beliau dan saljinya. lepas itu emak pula bakar line. ajak holiday ke Korea atau Jepun tapi pergi dengan duit sendiri. ceit. lagilaa perasaan macam apa (--'') rasa diri ini memang takkan dapat main salji sebelum kahwin sebab berangan eh nak honeymoon kat oversea sambil main salji wakakakakakakaka...

tetapi sekarang...

hilang sudah perasaan cemburu itu...

kerana saya berkesempatan merasa salji di sini...

terima kasih atas peluang yang diberikan...

salji buat pertama dan terakhir kali...



xoxo


yuki mode

0 COMMENTS: