Daisypath Anniversary tickers

Pages

Monday, January 11, 2010

zaiton sameon


perasaan sekarang tidak menentu. tak tahu nak letak dalam kategori apa. bukan balada. baguslah Aizat menang. memang adore kat dia sejak lagu berhantu Hanya Kau Yang Mampu menjadi pujaan hati dan selepas itu lagu Sahabat, dan Lagu Kita. tup tup keluar pula lagu catchy Kau dan Aku aha ini pertama kali saya mendengar lagu Pergi. dan juga kali pertama jugalah telinga ini mendengar lagu dendangan Hafiz dan Akim. tajuk lagu... err apa ya? eh mereka itu siapa?

hahaha. tak senonoh betul perangai. semenjak duduk Jepun ini terasa seperti katak di bawah tempurung. sejak daripada kesedaran itu timbul maka, setiap pagi gigih selepas bangun pagi terus menghidupkan laptop dan menaip "www.bharian.com.my" dan kelik pada ruangan HIP. saya tidak lupakan jejaka yang bertakhta dalam hati wohoooo Faizal Tahir. baru saya tahu kaki dia sakit sebab jalan terhencot-hencot. ingatkan demam T_______T dem. sekali lagi terasa diri ini loser.

(--'')

macam takde makna je kau buka portal berita harian itu Sha...

sedang hati ini tengah melayan perasaan beliau, telinga ini mendengar lagu Menaruh Harapan. lirik itu jika dihayati memang meruntun jiwa. pernah kot menangis dengar lirik lagu ini. dan juga lagu Pelangi Petang oleh Allahyarham Sudirman pun meruntun jiwa T______T memang hati kau jiwa balada. sila mengaku. apesal la Mr. Touch ini pergi main lagu Still Loving You nyanyian Scorpion. tsk. meruntun jiwa betul pagi buta ini (-_-)''

entri atas tu bukan nak bercerita pasal profil Zaiton Sameon. cuma nama beliau klasik gila memang sumpah best untuk dicakap berulang kali. rasa tiada kot nama klasik macam itu pada zaman sekarang. ada ke tak nama penyanyi sekarang Zainab Arifin? jangan terasa siapa nama empunya diri. saya sekadar menyebut nama yang klasik dan sangat best untuk dicakap berulang kali.

okay sha stop merepek di situ.

pfffftttt.

jiwa meruntun sekarang.

bye.

2 COMMENTS:

Anonymous said...

oit,..hahah wink3..zainab ariffin tu nama mbr dak skolah rendah aku dulu...hahahha jgn kata xda k..nanti anak ko letak la nama zaiton sameon a.k.a nama balak ko...hhahah ----liza

Shahira said...

hahaha.
kebetulan!!!