Daisypath Anniversary tickers

Pages

Wednesday, March 17, 2010

berita gembira selepas nasib malang


semalam yakni hari Selasa merupakan hari kegembiraan buat diri ini setelah ditimpa malang bertubi-tubi pada hari Isnin. dipendekkan cerita memang remote car Myvi saya rosak even sudah tukar bateri. pastu rupa-rupanya cap bateri kereta saya tercabut. padanlah rasa pelik sebab kereta mati memang on time masa saya matikan enjin. aihh. thanks to Ayin sebab susah-susah tolong check enjin kereta sambil tanyakan kawan dia possibility kereta saya langsung tidak boleh start. well. sebab itulah hari kelmarin BAD DAY. dan saya jumpa lagi kesan calar pada body belakang cermin sisi belah penumpang T__________T

saya telah berjaya berjumpa dengan Dr. Rafee untuk pertama kalinya setelah bertapa di UTM ini selama seminggu. ingatkan dia hendak marah ke apa. baru tau rupa-rupanya beliau sangat peramah. saya dari dahulu telah mengambil pendekatan supaya tidak baik sangat dengan lecturer ini. sudah fobia dengan kejadian tahun 2007 semasa semester I 2007/08. beliau sangat baik okayy. kami berborak kasual. selepas itu berbincang pasal questionnaire saya. hanya ada sedikit pembetulan je dan saya kena buat pilot survey pada pagi nanti dan later boleh tengok hasil macam mana. pastu baru boleh proceed survey sebenar. lega sudah di situ.

then, he offered me something. to participate as a committee members in the seminar yang beliau handle. Seminar on Experiences in South East Asia "Enhancing Attractiveness of Environmental Assessment and Management Higher Education". bapak segala panjang nama seminar ini (--'') wahhh sungguh teruja okayy. saya ditawarkan untuk menjadi usher. hik. ini peluang bagus. untuk mengenali Prof., Prof. Madya serta Dr. dari pelbagai negara asing seperti UK, Austria, Itali, Vietnam, Thailand etc. seminar ini bakal berlangsung selama 2 hari pada minggu hadapan. well, that is a good news for me :)

dan semasa short semester pula saya boleh je tinggal di Kuantan. yippie!! nasib baik Dr. Rafee bagi saya stay je kat Kuantan huhuhuhu. sebab saya tiada kawan di UTM. eh btol apa. kau mahu aku berkawan dengan kucing? monyet? yes. gambatte Sha san ^^ dan saya berharap sangat pada masa itu saya sudah dapat kerja? saya akan cuba apply mana-mana company yang ada di Kuantan ini dan huuuu hopefully dapatlah. if dapat, saya akan puasa nazar macam biasa direct 7 hari. erk? yang lepas pun tidak terganti lagi Sha oiiiiiiiiiiiii!!!

jadi, saya mengambil keputusan untuk balik Kuantan pada minggu ini. sebab utama mestilah untuk berjumpa dengan Encik Ikhwan. really missed him. really. eventhough tidak dapat berjumpa terus sebab beliau busy dengan kerja tapi pasti ada masanya untukku. B, tunggu tau Syg balik Kuantan. this is for you. hik. berjiwang lak dia. saya hendak datingggg...! minta-mintalah abah memahami perasaan tidak keruan untuk anak dia seorang ini.

kebetulan bolehlah saya pergi majlis pertunangan kawan baik saya pada hari Sabtu nanti. belakang rumah Encik Ikhwan je ngehehehehehe. rezeki kau bertunang awal dari aku wahai Ain. semoga happy dengan encik tunang anda ye. mulakan hidup baru. dan tidak dilupakan pada hari Khamis nanti seorang lagi bff saya bakal dirisik oleh keluarga bf dia. hihihi. saya tumpang gembira dengan beliau. nanti bolehlah kita shopping barang hantaran tunang sama-sama ye?

hmmm. setakat ini je kot saya menulis. mata kuyu tapi otak fikir tanak tidur lagi. aih. esok pagi sudah kena buat pilot survey kat dua tempat. lepas itu pergi cari tiket bas balik Kuantan. harap-harap tiket still available. good night kawan-kawan. semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam.

saya happy sebab preloved items saya habis dijual!



xoxo


slow mode

3 COMMENTS:

NSFM said...

wah. mesti mood time taip entry ni sangat hepy. hikhikhiks~

.ieLah. said...

yay! no need duduk UTM! haha

sha, nak itot balik...
sobbing.. :(

Shahira said...

hihihi.
heaven.
:D