Daisypath Anniversary tickers

Pages

Sunday, March 28, 2010

sweet blood


gambar sel darah
sekadar hiasan
nak je letak gambar darah manis
tapi tak terjumpa pula gambar darah kene hurung dengan semut
T________T

orang-orang tua cakap selepas bertunang ini, darah manis bagi pasangan masing-masing. apakah maksudnya? maksud tersirat? tersurat? terselirat? berbirat-birat? ngaaaa? ternganga aku memikirkan persoalan ini. adakah betol? ataupun hanya mitos semata-mata? mahupun itu hanya percakapan mereka masa zaman tok kaduk kita dahulu? meskipun kita sekarang sudah berada pada zaman milenia bukan lagi zaman ais bukan lagi zaman batu, masyarakat kita masih lagi kekal percaya dengan pegangan tersebut. darah manis oh darah manis.

sebenarnya, ungkapan ini dicipta bagi menggambarkan dugaan mereka yang memegang status tunang. ada saja dugaan besar atau kecil yang boleh melanda dan tercetuslah keluh kesah resah di jiwa. nak buat kerja pun tidak jadi. apa lagi JK mode lah. layan perasaan ke etc. sebab itulah agaknya orang tua kita tidak menggalakkan sangat diikat lama-lama ini sebab makin lama darah pun makin manis dari air sirap bandung mahupun ribena kah kah kah okayy itu tidak lawak (--'') ini baru bertunang belum lagi berkahwin. lagi haru!

ingatkan darah manis ini macam tiba-tiba je salah seorang pasangan mati akibat kemalangan jiwa ke huuuu teruk betol bayangan kau Sha tapi rupa-rupanya silap huhuhuhu. orang cakap darah manis ini memang mendapat perhatian misalnya jika dulu kita pakai selekeh orang tidak ambil perhatian. memang betol pun. dan selepas dapat darah manis ini, kita pakai selekeh pun orang boleh cakap cantik (--'') macam kena minyak dagu jek bunyinya.

saya dengan Encik Ikhwan okayy tapi adalah masanya bergaduh sedikit. itu normal. ceh ayat cliche habis tapi betol lah. memang adatkan dalam hubungan pasangan. so, memang sakit hatilah jika bergaduh ni. lebih-lebih lagi jika dicampur dengan perasaan rindu tapi ada geram. macam mana itu? tak ke gundah gulana dalam jiwa? dahla hubungan jarak jauh. aih dugaan betol. tapi insya Allah we will make it to the end. amin...

"Have faith & trust in the relationship. List your DOs & DON'Ts, LIKE & DISLIKE. Then discuss, negotiate, GIVE & TAKE. Well then the happiness is yours."

"YOU ARE STILL MY SUNNIES ENCIK IKHWAN"



xoxo


bergaduh itu adat

3 COMMENTS:

.ieLah. said...

kena adapt kan sha..huhu
saba la.. :)

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. said...

yer..rindu & syg..but at da same time...geram n nk marah.wuwu!!~

tp..adatla kn org brcinta.tmbah2 cinta jarak jauh like us..sume jd sensitip..so..kesabaran amat2la penting...ngeh =)

Shahira said...

tulah rs bile da jmp die nnt cm nak cubit2 jek pipi wuuuuu.
i missed him so damn much.
T_T