Daisypath Anniversary tickers

Pages

Tuesday, April 27, 2010

holiday getaway


entry ini saya hendak bercerita tentang cuti. yes. I deserved one. sebabnya? setelah penat lelah buat survey weh penat tahu tak? banyak kali saya tekankan dan ulang tayang beberapa kali. waaaa survey itu memenatkan. tobat aku taknak dah buat untuk research project for PhD level nanti (--'') lebih rela duduk dalam lab mengadap mikroskop sambil mengira ostrakod *teringat beban final year degree project* survey ini telah menggelapkan saya yang sedia gelap. muka berbelang. tangan berbelang. siap ada gelang tu warna sawo matang dan hitam di pergelangan tangan. kaki pun mahu berbelang-belang juga akibat pemakaian sandal. weh benci ah!

lupakan pasal thesis sebentar. sekejap je pun tidak lama 3 hari. saya sudah plan terbaik dengan kawan baik saya iaitu Cik Aifaa. kami akan terbang ke Kelantan. weehuu! hey sudah 2 tahun tidak jejak kaki tahu since 2008. itu pun pergi sebab rombongan Cik Kiah beramai-ramai. jangan memain tahu 9 buah bas terjah Terengganu dan Kelantan tu. semangat Prof. hendak membawa kami pergi melancong. mujur dapat A untuk subjek beliau. berbaloi kot aku tak mandi sehari T_____T

30 April - 1 Mei 2010

okayy terkeluar dari tajuk. kami naik flight Air Asia pada hari Jumaat ini pukul 140pm itupun kalau tidak delay. so dijangka tiba 55 minit selepas itu. actually kami hendak pergi ke weds kawan sekolah rendah iaitu Cik Wan Nadiah aka SexyHippo bakal berkahwin dengan cik abe dio lah pada 1 Mei 2010. macam semangat je kan aku ni? hehehe ambil berkat pengantin. weh jangan lupa datang weds aku tahu! bak kata beliau her weds ni bakal jadi gathering kot. gathering SK Assunta, SMART, UIA dan IPTA mana lagi? hahaha. memandai-mandai je :p padahal dia tu graduan oversea (--'')

actually kali kedua tulis perkataan actually Kelantan ini juga merupakan kampung belah abah saya. tapi dah lama tak balik. tidak tahu apakah sebab utama kenapa abah tanak balik kampung apabila menjelang hari raya. ikutkan perkiraan matematik adalah 7 tahun tidak jengah ke kampung halaman di Manek Urai, Kuala Krai tu. rindu tidak terkata pada mama especially dan all my cousins. even kita tidak berjumpa di kampung tapi adalah juga kan jumpa kat Bangi tu kan?

pokoknya saya nak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia di Kelantan. melancong. tangkap gambar. tapi bukan shopping. no no saya sudah sengkek! that is my passion. travelling & photography. selepas ini bila lagi kan sementara single mingle sebelum bergelar isteri orang ni. hehehe selepas ini travel dengan Encik Ikhwan jelah kan *wink wink*

trademark Kelantan
depan Istana kalau tidak silap
yang penting saya akan bokeh gambar lawa-lawa!

****

15 Mei - 16 Mei 2010

mari kita terjah Singapura. last saya pergi tahun 2009. haha. sedih tak? sedih tak? pertama kali pula tu (--'') itupun atas rombongan juga. wakakakaka. asyik-asyik rombongan. bila nak pergi sendiri ini? ini boleh dikatakan 60% confirm akan pergi dengan 2 junior saya semasa di UKM. mereka memang kaki jalan. ini pun mereka baru je lepas travel di Pulau Mabul. huyoo jeles seh dengan Cik Naza & Cik Mai. jalan je kerja. yelah kerja pun penat bagai so apa lagi travel lah boleh release tension.

so nak diikutkan cerita maybe saya akan berjumpa dengan mereka di Orchard Road je memandangkan saya naik dr JB dengan bas. mereka datang naik flight jadi berharaplah mereka tahu jalan dari Changi Airport ke Orchard Road. dengar kata tambang cuma RM1.50 tapi taktau lah betol ke tidak. huhuhu murah je kan? pastu convert currency RM100 je sudah. takpun RM50. bukan datang untuk shopping tapi just for sightseeing. wah teruja aku nak bokeh bokeh :D :D :D

memang handal lah jika saya dapat tangkap gambar lagu ni
tapi wajiblah ada tripod
itupun kau takde
T____T

this is superb!
harus guna M mode ini
lagak gaya macam pro wakakakaka

jadi saya berharap holiday getaway saya ini menjadi seperti yang saya idam-idamkan. diharap cuaca tidak mencemburui saya dengan menurunkan hujan lebat. jika hujan saya memang akan patah hati. sekian saja saya nak membebel pada kali ini. okayy bye!



xoxo


travel mode

2 COMMENTS:

.ieLah. said...

i'll be going to bestie wedding juga this 1st mayy.. :)

Shahira said...

:D :D :D
ramai btol yg kahwin mase labour day nih.