Daisypath Anniversary tickers

Pages

Sunday, April 11, 2010

phewwww at last (:


saya rindu nak update blog. semangat saya kian luntur untuk membuat kerja thesis yang sudah sekian lama terbengkalai akibat laptop Vaio daku buat hal T________T still mati begitu saja setelah dihalakan kipas dan juga letak cooling fan kat bawah. hmm. hatiku seperti dirobek-robek. kerja thesis pun tidak jalan, nikan pula update blog. nak online ym pun susah cam haram. just if rajin update Facebook through my Mr. Touch tapi manalah puas jika nak dibandingkan dengan skrin 14 inch. memang dalam hati ni nak curse je aduhai sabar jelah. dugaan datang macam-macam. dahla dengan demam tak kebah 100%. my nose keep on sroot sroot huwaaaa tidak suka. asal balik Kuantan je mesti nak demam. kau nak suruh aku duduk JB ye diam-diam. huk.

last update blog hari Khamis kan? umm nak start dari mana ye. tiba-tiba otak lemau bila terdengar alunan lagu Siti Nurhaliza di radio Red.Fm. baru teringat after 1am memang lagu melayu je akan berkumandang (--'') sorry lah ye I'm not her fan since she starts to sing since errr 15 years ago? hahahaha. don't know don't care. rabu malam tu saya telah berdating dengan Cik Rose aka Hana aka skunks u/g. adoi banyak bebeno nama kamu ek. saya telah berjaya mengempiskan walletnya dengan memaksa beliau belanja saya dinner yeay! okayy la quite good chicken chop kat Restoran Timur. kami chit chat pung pang xoxo gossip girl. update cerita masing-masing. best tapi masa tu saya still demam T_______T so rasa tidak selesa sangatlah. pastu hajat nak minum Starbucks memang craving habis tapi apakan daya pukul11 malam plus plus huwaaa sudah tutup. ishh. tak sangka lak tutup awal kat Kuantan ni. if kat KL for sure pukul12 tgh mlm baru tutup.

since saya tiada handphone berkamera canggih
maka saya sudah tidak reti untuk ber camwhore
sehati sejiwa sedondon kami bersama
:)

brown knitted wear by MNG;
blue quilted chain handbag by MNG

hari khamis lak saya pergi keluar gigih mencari cooling fan kat ECM. terpaksa even demam adoi dugaan betol lah. hmm. melayang RM25 huuuu daku pokai sekarang. harus menabung untuk kesejahteraan hidup bersama dengan Encik Ikhwan *wink wink* dan selepas itu menuju ke Starbucks membeli minuman favourite ngehehehehe memang si barista sudah kenal lah muka pelanggan setia yang akan meng order Ice Vanilla Latte yum yum. hilang pun craving.

okayy try test cooling fan sambil ada kipas kat sebelah untuk menyejukkan bahagian tepi. nampak macam boleh harap so as for the conclusion memang sudah sah kipas rosak. jika bukan kipas mesti Windows yang corrupt. so takkanlah saya hendak guna laptop yang memang akan menyusahkan hidup kan? even mula-mula plan nak hantar selepas siap thesis tapi mana tahan babe. jadi saya pun redha (--'') sudah buat keputusan akan hantar ke Sony Centre pada esok hari dan bertahanlah anda sekurang-kurangnya 3 minggu untuk laptop saya boleh siap diperbaiki. cis. kemain lama... dugaan betol. jadi saya kembali kepada laptop Acer saya yang lama. hiks sorry mom and dad. abah sudah tidak boleh main Solitaire dan emak tidak boleh ber Facebook wakakakakakaka.

hari Jumaat. nothing much to do. just studying for SPA examination which was already passed just now. saya siapkan questionnaire untuk di photostat sebanyak 200 salinan dan yeay! RM32 melayang. huwaaaa. kejam. malamnya si Lyana jiran depan rumah aka Asst. Manager KFC Palm Beach ajak saya keluar teman beliau cari perfume. alik-alik kedai tutup. cis sia-sia. tapi dapatlah satu CD lagu Leona Lewis Echo tu pun beliau belanja ngahahahaha tapi pirate jelah Y______Y saya pun sempat usha-usha baju pengantin di butik sebelah. baru perasan banyak gak butik pengantin di Kompleks Teruntum huhuhu.

after that saya menemani beliau makan di Restoran Rasamas. saya sudah beberapa hari tidak menjamah nasi akibat kekurangan selera makan. maybe demam puncanya tapi takpe hahaha boleh jadi kurus. hik. memang terasa sudah kurus sedikit. yes! ada harapan jadi kurus balik before hari pertunangan hehehehe +) selepas itu beliau drop by saya di Coffee Street dan meet up Hana dan Has. korang ni memang sengal ek. tak confirm kan betol-betol nak keluar kan padan muka sia-sia tunggu depan rumah tapi aku takde! hahahahahahaha tapi Hana telah minta cukai minyak kereta. melayang RM10 T________T'' makin papa kedana!

hari yang ditunggu pun tiba. saya dan Encik Ikhwan menghadiri Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. amik kau! nama penuh saya bagi. kebetulan kami dapat tempat exam yang sama. memang jodoh kuat kan B? exam ni memang psycho my mental and physical. pandai ye kerajaan buat exam direct 7 jam gila! memang sumpah selepas ini aku takkan ambil exam ni lagi. serius tidak larat. dengan tangan sakit untuk menconteng membulat jawapan yang memang banyak tidak ingat dunia, nak isi borang kehadiran tiap kali soalan baru, menggoreng esei memang terbaik dan jawap beratus-ratus tricky questions.

I did my best so just have faith. baguslah kami saling psycho masing-masing. hehehehe best juga if duduk sebelah menyebelah ni. aku psycho paper ni kau psycho paper tu. adalah juga beberapa kehentaman berlaku akibat kelembapan otak untuk paper Math. huwaaa. I'm not good in Math even my mom was a Math teacher. kami keluar awal so we went for early dinner at 530pm at Sara Thai Kitchen akibat tidak lunch. tahu pun lapar! tapi saya makan tidak habis sebab sakit perut. peh perut dah macam orang pregnant. huk. selepas solat Maghrib je, saya terus kroih kroih akibat terlalu penat. sorry B sebab tertidur huhuhu. akibatnya sekarang ini jadi burung antu lagi. aih.

so what is my plan for tomorrow. my mom ajak pergi breakfast kat Tanjung Lumpur. well that is very good idea since sudah lama tidak spend masa dengan beliau. yelah dia busy kerja waktu siang. malam lak saya busy. selepas itu saya nak spend masa puas-puas dengan Encik Ikhwan sebelum balik ke UTM pada hari Selasa depan. our journey will begin to Muadzam Shah untuk ambil his PC kat ofis lama, then pergi jalan-jalan ke Pekan sebelum ke ECM untuk hantar my laptop. hope everything is going just fine. tak sabar nak drive his car theeheeee beliau cakap saya ni drive kereta gangster T_________T

cukuplah saya membebel pada kali ini. harus fokus pada thesis sebentar sebelum saya update my planner dan go to sleep esok nak bangun pagi! semangat!!! till then peeps!



xoxo


what a weekend!

3 COMMENTS:

.ieLah. said...

shaaaaaaaa!
semput tau baca!

sayaidaydotcom said...

hahaha..
letey baca non stop..he3
bz btol hari2 kamoo yer..he3

Shahira said...

huhuhuhu.
sha yang menulis ni pn semputttt!