Daisypath Anniversary tickers

Pages

Monday, November 29, 2010

L is for?


L is for LOSER
am I?

saya tatau apa nak rasa sekarang ni. apart from my problem with Mr. Bruno Mars, I am having my own problem also. with myself. and family. kan tadi saya ada cerita pasal open interview pagi tadi. yang saya rasa amat membuang masa saya, buang tenaga saya, buang duit saya, buang masa tidur saya dan etc etc etc. memang cursing je dalam hati. Tuhan je yang tahu betapa bengangnya diri ini. sebab apa bengang sangat? sebab kena paksa dengan my parent especially Abah. siap suruh aku ambil unpaid leave lagi before that just to attend that open interview.

ingatkan pasal kerja government. rupa-rupanya handle by JobsMalaysia. rasa tertipu pun ada huk. kerja yang ditawarkan semuanya yang saya rasa just a bunch of crap. operator kilang banyak lah T_____T'' adoi. gaji? lagi best tempat aku sekarang. apa yang membuatkan saya terasa sangat ialah... my parent especially Abah seems like did not support my career for now. saya rasa sekarang ini bukan lagi masanya untuk ikut saja telunjuk beliau.

cukuplah since sekolah menengah kena paksa ambil Bahasa Arab untuk PMR and lastly spoil kan result dengan mendapat C. pastu kena paksa ambil science stream compared with art stream. alasan? bidang sains lagi cerah masa depan. okay fine saya ikut. pastu after SPM, ikutkan hati nak masuk undang-undang di matriks UIA tapi kena bangkang sebab cakap kerja peguam nanti gaji tak halal (-_-)'' pastu teringin nak ambil Diploma Seni Reka Fesyen tapi kena bantah lak sebab kerjaya sebagai fashion designer? hell no! akhirnya terpaksa juga masuk matriks dan hasilnya? result exam yang tidak seberapa.

hati saya bukan pada sains. saya benci Matematik. saya benci Biologi. saya benci Kimia. saya benci Fizik. tapi saya suka pada fesyen. saya suka pada fotografi. kenapa Abah tidak memahami isi hati saya? semasa degree, saya cuba untuk mencintai bidang Alam Sekitar and yeah saya memang minat. sebab apa? sebab belajar pun takdelah fokus sangat too deep kat satu scope je. pastu ada rezeki saya sambung master. huiyoo. tak terfikir pun yang saya akan sambung ke peringkat yang lebih tinggi...

ada kelulusan master tidak semestinya kerja pun kena hebat-hebat. power-power. ingat saya ni tak tertekan ke dengan keadaan sekeliling? dahla family pun push. kengkawan yang tak reti bahasa tu pun pakai main sedap je bambu pekerjaan aku sekarang. rasa tak salah pun kerja camni. asal puas hati dan enjoy. kengkawan yang memahami saya sure faham saya macam mana. saya gembira dapat kerja di dalam environment yang saya minat. yang melibatkan bidang fesyen dan pakaian. saya taknak ikut jejak langkah my parent. bekerja sebagai pendidik. sebab memang tak minat so nak paksa pun takde makna.

sambung PhD? tunggu ajelah apabila pintu hati terbuka. so far takde lagi rasa terbuka. hum. saya stress sekarang sebab Abah tu macam nak suruh saya cari kerja lain. kekadang malas nak layan. suruh saya apply sana apply sini. okay fine saya apply tapi bukan dapat pun. even cakap guna kabel NC untuk jawatan kat UMP tapi hampeh tak dapat juga. agaknya nak kena dapat kabel sebesar PM kot baru dapat? nak apply government? lagilah malas. sekarang ni tunggu panggilan daripada SPA jek. jangan haraplah nak masuk government kalau takde kabel besar weh. interview tu sekadar lakonan semata-mata padahal the chosen one dah ada (--'')

saya tahu kerja saya sekarang ni cuti pun entah ke mana sebab tak boleh cuti on weekend. memanglah nama pun kerja. nak demand sekarang ni memang tak dapatlah. saya geram. geram kenapa mereka tak boleh faham saya from the first time. penatlah macam ni asyik kena argue je. tadi geram kot dengan statement Abah. siap cakap "cuti pun entah ke mana" dah dulu suruh sangat cari kerja. bila sudah dapat ini lak feedback yang aku dapat. it is not because I am not trying, but I think for now, I want to do what I want in this life. live life to the fullest.


sorry
I really liked my current job



xoxo


pls understand me...

6 COMMENTS:

paai said...

sabar ek.myb rzeki da d mana2.cuma kte je yg x thu

.ieLah. said...

ha, biasa la ur parents mesti expect somethig more from you. semua parents macam tu. :)
tapi sha jangan stress sangat okay. do whatever you want, yang penting sha berusaha and sha buat apa yang sha suka.eventually, abah sha akan paham kot.

sabar yeh :)

Drunbella Khoo said...

as long keje yang kita buat tu halal, teruskan jer cik sha.
gaji n pangkat besar tapi stress kat tempat keje pun xsyok jugak.
environment tu sangat penting.
kena cari yang betul2 selesa dgn kita baru boleh keje dengan tenang.
kita keje bukan utk sehari-dua tapi untuk jangka masa yang panjang kan.
:)

-ilyannur- said...

emm kadang-kadang biasa la terperangkap ngn kehendak parents ngm minat sendiri.tp for me, as long as u minat dgn keje tu, x kisah la ur parents suka atau x. lambat laun mesti dorg akan faham. janji kerja di jalan yg btol, tu dh cukup =)

cheers ya =)

Anonymous said...

sha, sbr k..try to make ur parents understand yang itu minat u. kalau kene paksa buat bnd xikhlas pun xd gnenyer.
so for now. sbr je k.
lmbt laun nt sure ur parents akn understand.


p/s: yerp. me too hate science. thats why i from diploma science i went to bachelor finance. lari tajukkk maa.. but luckily my parents understand my choice. alhamdulillah.

Shahira said...

thanks everyone for dropping your comments.
saya akan cuba buat mereka faham one day.
insya allah.
:)