selamat sudah saya berada di kolumpo. macam-macam berlaku sebelum naik bas tadi. agak cuak sebab menunggu kedai gambar dibuka untuk mengambil gambar visa ku dalam masa 10 minit sebelum bas bertolak. emak sudah membebel - buat muka masam. jenuh gak nak ngadap dalam kereta tadi.
sampai je di pekeliling, saya mengharung lautan manusia di Stesen LRT & Putra. mujur semua kaunter tiket dibuka. kurang juga saya rasa nak mencarut hari ini :) berjumpa dengan along di Stesen Universiti sebelum ke Bazar Ramadhan Kerinchi. meskipun tidak puasa hahaha ;p
esok program saya:
1. pukul 800pg harus bertolak menuju ke Stesen KLCC - ambil teksi (terpaksa telankan aje harga tambang naik) ke Pejabat Kedutaan Jepun untuk proses permohonan visa. diharapkan berjalan lancar.
2. selepas itu bergegas ke Plaza Rakyat *boleh percaya ke tahan dengan godaan KLCC?* bergantung kepada nawaitu seseorang eceh eceh. mencari tiket ke UTM Skudai pula. memang betul-betul gamble habis.
3. pertemuan yang sudah dirancang pada minggu lepas dengan Dr. Tetsu Kubota berkenaan dengan program saya semasa di Hiroshima nanti. dia ajak pula Dr. Rafee. harap-harap beliau tidak bertanya tentang projek tesis saya. maaf Dr., saya tidak reti untuk menipu.
jumaat nanti turun lagi ke kolumpo untuk reunion kecil-kecilan di midvalley
can't wait that day
;) ;) ;)
nanti update lagi
p/s: selamat hari jadi kepada nad. tunggu tau i kat UTM. i da janji kan nak blanje u air kaler merah jambu seploh gelas? hahaha. kembong lah perut u.
xoxo
:)
0 COMMENTS:
Post a Comment