first of all. jari-jemari saya menggaru-garu badan tak kira di lengan kaki lutut peha perut. hampir 100% segenap tubuh badan saya dah jadi macam ular sawa nak bersalin kulit. kat atas meja ini boleh nampak sel kulit mati beterbangan jika ditiup begitu juga yang ada di pakaian saya. ya Allah pedihnya Dia saja yang tahu. tangan ini mahu berhenti menggaru sebab kalau teruskan juga pekerjaan itu nanti bakal suami akan komen masa malam pertama nanti "eh kenapa badan chenta ada tompok-tompok macam parut kena dera?" (-_-)'' aduhai janganlah ada parut tolonglah. huuuu. menyesal rasanya tak borong satu dozen botol lotion Vaseline Aloe Cool & Fresh di Watson's sehari sebelum bertolak. hmmph... dan jari jemari ini mahu juga menggaru instead of menaip di laptop saya ni.
ok. puas sudah acara menggaru. kepala saya pening membaca artikel Introduction: The Ocean's Meridional Overturning Circulation. haa lihat lihat. nak baca tajuk artikel pon berbelit lidahku. tak sukanya membaca artikel. teringat zaman degree dulu cari artikel bagai nak rak pastu cari ayat yang best-best untuk letak dalam literature review. masa tu WAJIB HARUS MESTI rajin. nak dapat AAAAAAA punya pasal. nasib baik dapat AAAAAAA if not dalam hati memang nak kena Dr. Ramlan ni hihihi. eh tak tak. saya sayang doktor saya sebab bagi tesis saya AAAAAAA.
dalam hati ni menyesal mengapa kenapa saya pilih subjek ni, Marine Environmental Conservation tapi alik-alik da tukar nama subjek? Marine Environmental Technology eh? ke aku salah kelas? tak. betol lah ni kelas Yamashita sensei T___T'' huuuu. semalam memang nak termuntah dah belajar balik teori-teori fizik zaman form 4 & 5 dolu-dolu. watta? wth? wtf? ditambah lagi dengan pengamiran dan perbezaan tahap bape ntah yang budak engineering pulun nak belajar uwaaaaaaa! saya benci math dan fizik termasuk sebab memerlukan pengiraan math di situ. otak ni dah lemau dah dengan pengiraan math tu semua. cikgu Pua Kim Teck di manakah anda? saya perlukan tuisyen. agak-agak boleh buat video call tak thru skype?
ok done! walaupun cerita saya ini takde kena mengena 100% dengan tajuk di atas tapi saya yakin itu menjawap persoalan kawan-kawan serta pembaca yang lain kenapa saya TERcebut dalam bidang BERbelog ini. sekian terima kasih saya nak pergi mandi nanti nak makan malam!
terasa malam ini mahu call mak untuk mengadukan hal ini. perlu ke? nanti risau pulak orang tua tu. cakap dalam emel baik je ok je sihat je tapi? sha sha sha ini bukan saat kamu nak berJK. tolong berfikiran indah sket. fikirkan yang kamu akan melancong ke Disneyland mahupun Universal Studio?
ok stop merepek there!
end.
xoxo
:p
0 COMMENTS:
Post a Comment