oh hari ini hari rabu. ade kelas lak kul 235ptg. malasnyaaaaa nak pergi sebab lately cuaca sejuk memang takleh blah. saya aritu pakai 3 lapis + heater dalam kelas 27deg pun still sejuk. sensei gelak je tengok saya menahana kesejukan dalam kelas T______T wtf. so dengan suhu 4deg saya pun gigih la mengayuh basikal ke fakulti. da standard kot musim sejuk camni pas mengayuh mesti air hidung meleleh sroot sroot lah jawapnya. pastu jadi cam badut jap dengan hidung merah dan mata berair. sadisnyaaaaaa.
pastu nak balik cuaca makin sejuk makin menjadi-jadi takleh blah. dahla pakai selai je baju tapi mujur terap haba but still rasa dingin sampai ke tulang. ini baru permulaan musim sejuk. dah peak winter nanti guanelaa gamaknya eden ni. da sampai ke front desk, staff tanya sejuk ke? dia sentuh jari saya dan cakap "so cold" hoooo. baru tau sejuk camne kat luar even pakai glove. jari still rasa kebas dan mengecut akibat kesejukan melampau di siang hari.
dah sampai bilik on laptop. check email bukak mukabuku ym kekasih hati yang sedang otw balik ke Kuantan. moody katanya. harap-harap dia ok hmmphh. sedang daku godek godek mukabuku, pandang kat luar balkoni je terasa pelik. eh hujan ke tu? macam bukan hujan. saya mendekati sliding door. OMG! salji laaaaaaaaaaaaaaaa! wah wah wah! terus bukak sliding door keluar ke balkoni untuk merasa salji. lawa! Subhanallah inilah kali pertama saya melihat salji turun dengan mata sendiri. sebelum ni dalam tv je T_________T
lantas terus mengambil kamera dan rakam macam orang jakun. yes saya memang jakun sebab ini kali pertama! even sedikit tetapi puas hati. prediction supposed to be on this Friday tapi awal pula salji turun. hehehe. selepas ini adelaaaaa post gambar banyak2 main salji. jangan muntahhhhhhhhhh!! so enjoy laaa gambar poyo saya dan video jakun saya ;)
bergambar dengan jaket bulu-bulu baru
purple in colour
second hand je laa yang mampu
sempat lagi nak camwhore sebelum g kelas
takpe sekali sekala
dah lama tak camwhore
;)
sesudah sampai di dai
singgah ke kafe dulu untuk brunch
perut memang berkeroncong
tengok saya dah jadi macam singa
masa ni memang sejuk gilaaaaaaaaaaaa
tangan saya untuk merasa salji turun
taklaa banyak pun
rasa korang tak nampak kat gambar ini
huhuhuhu
first time buat entry video
huhuhu
xoxo
winter mode
6 COMMENTS:
stdy mna awk?
salam perknln =)
salam perkenalan :)
blaja di univ. hiroshima.
study kat jepun jugak?
bestnyer men salji...hehe..tlg bwk sket balik ke mesia k..bg saye..haha..law jumper hanazawa rui tlg kim slm syg sama dia k..kater sy yg kim slm..kekasih lama dia..haha..
ehe.
sapekah beliau?
i tak knal.
huhuhu.
kalau anda menonton drama bersiri yang popular di jepun yang bertajuk HANA YORI DANGO anda akan tahu siapa hanazawa rui..
hehe..pelakon yang sangat kacak lagi menawan..
weeeee...
saya sudah jatuh hati...
aaaaa.
oh cite tu pnh tgk sekejap.
hiks.
mamat jepun ni hensem tp mereka tak mandi.
T_______T
Post a Comment