Daisypath Anniversary tickers

Pages

Monday, April 26, 2010

baru saja wish nak hari ini yang terbaik


baru sahaja mentaip meng-update status Facebook di pagi hari sebelum mentelefon supervisor ku "Monday is always a bad day for me. I hope today will be a good day for me. Hello Monday :)" begitulah status yang ditaip dengan berkobar-kobar sekali. ingatkan bolehlah balik ke Kuantan dengan senang hati pada pagi Isnin yang terindah ini. tengok tengok lagi mahu puji hari Isnin. dengan hati yang berbunga-bunga, saya call my supervisor. warghhhh! he is on meeting right now. jadi bila boleh jumpanya? hari Selasa atau Rabu petang? oh no no. tidak tidak. lantas saya terus cakap "how about esok petang doc?" he said okayy but then takut je sebab dia bercakap untuk matikan talian. isk. takpelah Sha sila bertabah. warga Kuantan diharap bertabah T___________T

saya pun menaip blog ini dengan penuh sedih. ceh. agak terkilan lah sebab tidak dapat balik lagi. eh apesal kau ni homesick ke? mestilahhhhh ye disamping rindu gila gila gila gila segilanya kat Encik Ikhwan. huh. plan baik punya beliau nak balik Kuantan pada hari Selasa tapi... betol lah bak kata orang kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya. hik. ayat penuh sadis. kesian kan kat saya? sayang Kuantan tau. awww. sorry Encik Ikhwan kerana kita tidak dapat berdating. saya selalu spoilkan plan kan kan kan? dush dush.

merepek merepek dan terus merepek. okayy stop whining there. insya Allah saya balik hari Rabu pagi tidak kira! Pukul 8pg sudah menekan pedal minyak terus ke Kuantan hahaha boleh percaya ke? dahla susah bangun pagi teheeeeee ;p emak pula tidak sudah-sudah pesan rempah laksa johor. nak cari celah mana mak? kalau mee bandung tu bolehlaa juga saya ke Muar eh jauh betol nak pergi sana. tapi memang mee bandung Muar terbaik! kelazatannya sampai sekarang saya terasa *itu tipu* sudah tidak ingatlah rasa macam mana tapi memang superb. slurpp. ini yang teruja nak makan! tup-tup dapat sms cinta dari Fizah ngahahahaha cakap rempah sudah terjumpa di Nong Chik. area mana pun aku tidak tahu T___________T''

meh sembang-sembang progress thesis saya. heee yeay! sudah berjaya menghabiskan survey weh penattttt!!!! tu je nak komen. hahahahahaha. selepas men-survey saya dengan Ulin apa lagi camwhoring lah dengan lens baru 50mm 1.8D. heee mujur Cik Ulin pandai guna. tapi adalah juga tersasar pergi fokus kat pokok tapi bukan pada muka saya (--'') am I a bad teacher here? siapkan apa yang patut pada chapter 1, 2 & 3 meskipun ilham tidak datang dengan bersungguh. huh. susah betol nak datang. chapter 4 harus diteruskan iaitu data analysis. perkara yang dibenci? sebab? sudah lupa nak guna SPSS meskipun subjek itu yang kau score A dan sebab itu jugalah result kau okayy dan dapat pergi Jepun? sigh.

ini gambar kepenatan
tapi setelah diedit tidak nampak penat
see see
nampak muka gembira je kan
sungguh!

meskipun penat tidak hilang tapi tetap insist nak keluar. meskipun tahu jalan akan jem akibat jom jom jom jom heboh heboh. cis. benci. tapi takpe bukan saya yang men-drive. hihihi. terima kasih kepada Fizah dan akaknya kerana men-drive ke Jusco Tebrau. aim saya sebenarnya mahu mencari eh ye ke mencari? membeli adalah penggunaan bahasa yang paling tepat. saya mahu membeli sling bag DSLR saya. sudah terjumpa yang berkenan ceh padahal dah lama terkenan dalam hati T_______T'' harga sebulan lepas RM99 tapi sekarang RM80. cantik ada perkataan Nikon tapi sudah tertanggal? apakes? hati yang berbunga-bunga mahu membeli sudah tiada. takpe moh kita cari kat Kuantan lak. itupun kalau tercari.

eh pelik hujan? pagi-pagi? Johor ni peliklah. lately hujan pagi-pagi. hahaha sebenarnya baru start semalam weh. itu selingan. bukan itu yang ku mahu cerita. kami menonton filem The Losers. weh sangat best!! perlu wajib tengok!! oh saya sudah jatuh cinta dengan Clay. bukan Clay Aiken. bukan Clay tanah liat tapi itu nama watak yang dibawa oleh Jeffrey Dean Morgan. beliau amat sangat kacak, seksi dan HOT. tak kisahlah beliau itu macam agak tua tapi phewww~~ tergoda iman I semalam. lebih-lebih lagi lesung pipit di pipi. hiks. amat menterujakan. jadi kawan-kawan, silalah beratur membeli tiket filem The Losers! selepas ini mahu melihat Iron Man 2. baca review mereka cakap merepek. tapi takpelah tengok jelah. Robert Downey Jr. pun HOT juga kah kah kah kah!

The Losers
hai si kacak
weh fokus kat filem lah!

ini ialah Jeffrey Dean Morgan
aka John Winchester
kau sangat hensem, seksi dan HOT
warghhh!!

Jensen Ackles aka Dean Winchester
oh idaman kalbu!
bapa borek anak rintik

selepas habis tengok wayang, saya pun mula serbu Padini Concepts. ini sudah terlari dari wishlist ni. daripada bag DSLR pergi ke sepatu. yes shopping lagi. hahahahaha. selipar saya beli 2 bulan lepas sudah tidak seronok untuk dipakai disamping berjaya membuatkan kaki aku berbelang-belang! huaaaa. saya berjaya merembat gladiator flat atas sogokan Cik Ulin. apesal taste kita sama? soulmate kan of course? mestilah saya akan puji lawa kan tapi tidak tahulah di mata anda. dapat rebate RM10 jika beli lebih dari RM50 jadi saya pun dapat rebate itu. harga? rahsia! pergi terjah butik Vincci yang berdekatan dengan rumah anda ngahahahaha. sangat berpuas hati tapi balik rumah je terus melenakan diri (-_-)

kesimpulannya semalam saya penat
tapi best sebab dapat me-reward-kan diri
saya kan puteri
jangan lupa itu
haha!



xoxo


layan Oprah di 5

6 COMMENTS:

.ieLah. said...

semalam nak tengok the losers tapi tak jadi sebab waidi da moody rambut tak lawa.. i stress! T_______T

Shahira said...

ielahhh g tgk!!!
nanti rugi woo.
lawa je rambut TMJ :D

.ieLah. said...

sape kahh TMJ? hahahaha ;p

Shahira said...

eh silap.
hahahahaha.
ape ek name bf ielah tu?
TWJ?
wakakaka sorry.
:p

.ieLah. said...

TMW..huhu
tmj as in tengku mahkota johor pon boley..ape laaa salahnye..haha ;p

Shahira said...

hiksssss.
TMW!!!
:D :D :D