saya kalau boleh mahu senyum macam ini
yes macam ini
even sekarang tidak boleh nak tersenyum macam ini
T_______T
tadi dapat berita yang tidak begitu seronok nak dengar. anak buah Encik Busy masuk hospital akibat tonsil. saya berharap agar si comel Rayyan cepat sembuh. oh si comel saya rindukan kecomelan kamu :)
sekian berita terpenting pada hari ini. seperti yang telah diberitahu berkurun-kurun dahulu eceh ye ke? pada hari ini iaitu tadi telah terjadual V-Day untuk saya. peh cuak seh memang tidak terkata. yelah dah benda kau duk ngadap since tahun lepas akan dinilai oleh panel-panel yang menjadi juri untuk berkata: anda boleh grad tahun ini. aku lemau bila mereka cakap: anda diwajibkan extend another one sem untuk pembaikian thesis. serius luluh jantung hati kalau dapat berita macam tu.
nak cerita pasal sehari sebelum kejadian V-Day. petang tadi selepas settle edit bagai nak juling dah mata ngadap laptop, terus pengsan selepas membaringkan diri di katil pelampung pada pukul 7ptg. tup-tup terjaga almost 8mlm pastu kebetulan Cik Fizah baru balik dengan KFC. hahaha betapa bertuahnya badan saya. buka je mata tup-tup ada KFC depan mata. memang rezeki saya ;pp pastu call Encik Busy borak-borak. heeeee rindu sangat kat awak tahu? (--'') tunggu ek saya balik. nak buat macam mana... awak busy kat sana saya busy kat sini...
slide presentation haram tak buat lagi sebab rasa penat sangat badan dan mata. so lepak-lepak tengok tv, ter-update status Facebook huhuhuhu itu yang penting! (-_-) kata penat mata tapi bukan penat Facebook tahu! saya tengok cerita Wipeout, Drop Dead Diva oh eh ni cerita dari Singapore hehehe pastu layan lagi Project Runaway pastu Ghost Whisperer adoi bila masa nak buat slide? start pukul 1130mlm. serius memang kerja last minute. cit. nak diikutkan habis dalam pukul 330pg gak laa tapi tak boleh tidur sebab crettttt! pepagi buta laa perut nak buat hal... sadis tak sadis...
saya pun tak tahan mengantuk plus perut pun still meragam tapi tertidur juga dalam pukul 4pg. alik-alik terjaga around 730pg. uhu sudah lambat! dengan tak ready pun satu hal! selepas bersiap-siap nak keluar, tetiba hujan dengan lebatnyaaaaa. macam tak bagi can pun haku nak keluar. tunggu juga dalam pukul 830pg baru nak gerak ke UTM. apa lagi bawa tu memang pecut juga lah sebab terpaksa even masa tu still hujan.
sampai UTM dalam pukul 850pg. tapi sebelum itu jalan masuk ke UTM sudah traffic jam. sebab apa? uhu accident terbaik pada pagi tadi. 5 biji kereta berlanggar sesama sendiri. kemek lak boleh tahan. tak main ketuk-ketuk nih. memang kena tukar bumper dan bonet terus!! uhu minta simpanglah saya nak accident lagi. tamau tamau.
okeh cerita pasal presentation pula. sampai je tengok bilik lab tak buka. dengan hujannya. memang terbaik lah baju basah. dengan perut sakitnya. pastu mata pandanya. even my supervisor pun perasan mata saya ini lebam gila. huhuhuhu. okeh bukan saya seorang yang present. student from Sierra Leon present dulu. peh dah dapat tawaran PhD kat Texas University tapi project master tak lepas lagi. panel bagi masa setengah jam tapi dia je nak dekat sejam setengah T_______T apa dia membebel pun haku tak paham.
next my turn. pung pang pung pang hamekk! sejam berlalu tapi tak rasa pun. sebab apa? hahaha present macam lepak-lepak je. siap boleh duduk pastu dwi bahasa. sekejap english sekejap melayu. taram je sebab dapat panel yang sungguh baik hati. lebiuuuuuu!!! siap boleh gelak-gelak jawap hp semua. serius tak rasa stress or tension. tapi banyak juga pembetulan tu adoi!
Jumaat depan hantar pembetulan sebelum thesis ku dibukukan. alhamdulillah. saya rasa sangat lega dah tatau nak cakap apa. setahun tunggu nak habiskan pengajian master. really need a lot of efforts and patience. uihhhh jenuh kot. dengan upside down terbalik terbungkang but then that is my experience. my precious experience. Insya Allah saya akan berkonvo pada bulan September nanti selepas raya. pointer? tidak kisahlah if tak dapat first class pun. kalau dapat atas dari B+ tu syukur alhamdulillah :D :D :D
so what is next? malam ini gerak balik ikut Cik Fizah ke BP. pastu ada date dengan Toy Story 3. reward for myself lah of course!! nak bermalas-malasan pada hari minggu. start balik kerja pada hari Isnin depan. ganbatte Sha san! anda boleh lagi berapa percent? 5% before you have your master scroll!! erk. ngantoknya mata nih. pening lalat. nak tido nak tido. kroihhhhhh!
xoxo
menaip sambil tutup mata
hahaha ini tidak tipu!!
7 COMMENTS:
tahniah sha!!
saya sgt jeles T.T
congrats, sha...
bestnye da bole konvo... :)
jeles gak ngan kamu sbb da ade master..sy br terhegeh2 nk apply master....
jeles..jeles...
nk wat master gakk..huwaaa...
heee thanks sis nilam.
ala sha ni buat coursework jek.
tupn da nak termengah2 habiskan thesis.
T_T
;)
thanks tachibana san.
ala same je kita ni hihi.
master ke degree ke yg penting experience comes first.
sesame jeles.
saya jeles dgn sis yg dah kerja.
uhu T_T
congrats dear..=)
this is my blog link..
http://leyatembam.blogspot.com
thanks..
yeay yeay!
*menari nari untuk sha* ;p
heee thanks!!
pasni ronggeng ah pe lg kui333.
Post a Comment