Daisypath Anniversary tickers

Pages

Tuesday, July 20, 2010

italian pizza & movies


hai selamat pagi. hari ini nak cerita edisi masak memasak. saya tak tidur lagi walaupun terasa agak mengantuk tapi aim nak tidur pukul 3pg kang sebab baru je makan KFC Pocketfull *berjaya mengepow kawanku yang kerja KFC* kah kah kah. hajat nak puasa direct 5 hari. puasa ganti last minute ceh padan muka!!! update blog sambil dengar lagu Hafiz AF7 hehehehe baru tahu dia yang nyanyi lagu "Noktah Cinta" btw saya jarang layan lagu melayu apetah lagi memasang radio :pp

dimulakan dengan aktiviti pagi Jumaat lepas. sudah berjanji dengan Cik Diela mahu memasak Italian Pizza. resipi dapat dari emak dia. emak dia pensyarah teknologi makanan di Polisas so of course lah memang hebat berada di dapur. so around 11am pergi mencari barang-barang. habis dlm RM60 gak ah (--'') mahalnya lah kan mujur tong tong sob sob. aaa tapi peperoni takde! kat celah mana entah mau cari. last-last kami guna daging & ayam salami dan juga sosej ayam cheese.

nak cerita lebih macam malas nak type so let do the pictures talking okay? bahan-bahan untuk doh pizza adalah tepung berprotein tinggi, air, garam, gula, butter, yis, pelembut roti, oregano dan olympial soft which is bread improver. penat tau buat pizza ni ekceli. kami start from zero pada pukul 1230tgh hari dan habis dalam pukul 5ptg. huk berpeluh tu toksah cakap. dengan tangan lenguh menguli but we did have fun! haaaa orang selalu cakap haku ni tak reti masak. reti je. tengok resipi pastu masak lah! kebergantungan kepada kerajinan seseorang ngeh ngeh ngeh.

and then untuk sos pizza lak bahan-bahan yang diperlukan adalah pes tomato, puri tomato, air, garam, gula, pepper, oregano, basil, minyak zaitun dan bawang besar dan putih ditumbuk dan digoreng terlebih dahulu sebelum campur bahan-bahan di atas. peh ada gaya dah nak jadi Chef Sha ni :D :D :D *mode berangan* untuk topping boleh campak apa sahaja tapi untuk cheese kita kena letak cheddar cheese first and then last skali baru letak mozarella cheese. tulah hasil untuk dapatkan cheese yang panjang bergulung seperti dalam iklan tv tu.

mula-mula kena sukat bahan
peh macam skema habis sukat tepat-tepat
amatur la katakan

uli jangan tak uli untuk dapatkan doh
serius penat weh!

Cik Diela pula take turn menguli doh dengan butter
hahaha padan muka!

selepas itu sukat pula bahan untuk sos pizza
ini pun kerja haku yang buat

yeah sos dibiarkan pekat mendidih atas api
pastu sejukkan

inilah rupa doh yang sudah siap
mula-mula tak yakin
tapi...

inilah hasilnya doh yang semakin kembang
kena biarkan selama 40 minit

haaa kembang pun!
masa ini teruja habis tak boleh blah

kan dah cakap muka teruja
T______T
doh dibahagikan kepada 3 tu pun main agak-agak
dalam 150g satu bahagian

pastu kena lah canai bagi leper selepernya
teruja part two
penat pun ada serius!

hasil selepas berhempas pulas
kiri saya punya
Cik Diela belah kanan

pehh bau memang semerbak harum bau pizza
:D

final touch
masa ini memang kebulur sebab tak makan lagi!!

itadakimasu!

ala-ala stuff crust pizza
padahal overcooked tapi bila makan kerak tu
bunyi lah kruk krak!
best!!!

kesimpulan? memasak itu best tapi serius kena rajin berada di dapur. inilah pertama kali bagi saya dan dia memasak tanpa pengawasan sesiapa. mujur best. emak beliau puji. emak saya puji. abah saya puji, kengkawan saya puji terima kasih i lebiu!!!

****

pastu malam tu Cik Lyana lak ajak teman beliau tengok cerita Inception. huih even termiss part 5 minit tapi... huk huk huk pueh gak haku nak memahami cerita ini tapi akhirnya faham jua! even ada tertidur sekejap je okeh sekejap sebab terlalu penat menguli doh menjadi pizza (-_-)'' aaa nak cerita pun tak reti. tengok jelah memang tak rugi sebab akan membuatkan kita berfikir kenapa mengapa ala-ala KBKK lak kah kah kah! 2 jam setengah tuhhh kejung kaki tahan sejuk! apa yang boleh cerita dalam ini, mereka boleh masuk dalam mimpi orang dan mencuri idea orang tersebut dengan menggunakan teknologi yang ada. bayangkan ada 3 lapisan mimpi. means? mimpi dalam mimpi dalam mimpi. huhuhuhu.

Inception
cerita yang menggabungkan architecture
serius sangat kagum dengan persembahan Christopher Nolan
clap clap!

tadi baru je tengok Eclipse. emm okay lah juga tak bosan macam New Moon heeee. tidak berjaya membuatkan saya tertidur. tatau ah kenapa suka sangat tidur dalam wayang. bakpe entah. nak kata bilik takde aircond tu memang nak kena lempang ah kan? huhuhuhu. apa yang boleh cakap cerita ini pasal Bella je. dan seperti biasa Edward terkenal dengan ayat-ayat pujangga sebab dia sangat oldies ngeh ngeh ngeh. romantik!

Eclipse
pasni bila entah Breaking Dawn akan keluar
tahun depan?

banyak gak membebel ni. mata pun sudah mengantuk. perut pun sudah kenyang suka hati padahal makan tak habis pun. update later dengan entri yang membosankan. biasalah orang jobless. "single" lak tuh sob sob. nasib badan nak buat camne kan? redha aje...



xoxo


:D

1 COMMENTS:

Unknown said...

Blog about KameraMin and win an outdoor photoshoot worth rm400.

Send us the link to your blog post. You can send in as many entries as you like. Competition ends 31 August 2010. Winner will be announce in September 2010.

terms and conditions apply.