Daisypath Anniversary tickers

Pages

Saturday, November 6, 2010

entri pertama di bulan sebelas


pose maut terbaru daripada blogger Sha suka latte
beliau hanya suka latte semasa duit berkepuk-kepuk je ye
masa duit tengah menipis beliau tidak suka
yes tak tipu
T_T

daaaaadiiiiiiduuuuuu haaaaaheeeeeehuuuuuuu tengok tengok kengkawan saya sudah gila meroyan. sebab? sebab? sebab? tengok nih tulis blog pun tanpa mukadimah yang sepatutnya. patutnya kau tulis hai bloggers. pekabar? khabar baik hikhikhik. rindunyaaa pada blog kesayangan. makin lama makin bersawang. kau pehal Sha? dulu blogger tegar nak update entry je kerja tapi sekarang? sekarang? makin malas ke? ehe bukan malas kengkawan tapi busy kerja *ayat cliche* hihihihi banyak benda nak diceritakan dalam entry pertama di bulan November ini jadi korang baca jelah ek. layankan je. pasni konfem update selang seminggu T_________T''

idea nak update ada tapi lately ni my life is changing about 180 degrees ecehh ecehhh. jom terjah. sebab pe? tungguuuuuuuu di hujung entry ini hahahahaha poyo je. banyak benda berlaku lately. masalah kat tempat kerja. krisis dalaman kerja. krisis luaran kerja. buat haku jadi down sekejap. terkesima sekejap. sekejap jelah. kang lelama jadi psycho lak haku nanti (-_-)'' tapi takpe dah settle. staff yang sebarkan cerita yang tak betol tentang saya tu sampai sekarang tak minta maaf lagi okay siap boleh buat tatau. aihhh sabo jelah weh haku ni harap je dia dah nak berambus hujung bulan November nanti so bye bye!!!

okay tu pasal kerja lak. ni nak cerita pasal Emak pergi kursus induksi selama 2 minggu wuwuwuw. hasilnya? saya akan menjadi macam life student di U di mana acara tapau menapau makanan akan giat berlaku dan semestinya duit saya pun akan mengalir deras seperti air terjun huuuuu harunya rasa. mujur Emak balik 2 hari sebelum Hari Raya Haji so saya nak makan sate bebanyak. eh motif kau cerita sate ni apehal? hikhikhik tetiba mengidam sate ayam kan? :P setelah penat lelah bekerja baru tau betapa susahnya nak mencari duit. saya lebih menghargai nilai duit yang saya dapat atas penat lelah sendiri. huhuhuhu no more shopping okay. eh boleh percaya ke? tungguuuuuuuuuuuuu :P

hihi. eh tak pepasal gelak T_T bukan pe saya sudah pun mendapat gaji pertama kali dalam seumur hidup setelah 24 tahun hidup di muka bumi ni. tapi kan kena tunggu 3 hari baru dapat cash kan cek tersebut. bontot kuali betol. maka maka saya dengan selambanya telah belanja hampir RM300 okay tu hampir-hampir je. estimate RM250 kot untuk shopping baju sahaja. huuuu SHA PLS BEHAVE! lagi best sebab kad kuw sekarang sudah boleh gores dan sign sahaja tsk. huaaaaa memang takleh jenis pegang kad kredit. tu belom lagi bayar duit jeggings Levi's kat Emak, duit lens kat kawankuw... duit uniform... duit baju yang sudah di reserved cret cret bunyi cengkerik.

tatau nak cakap pe dah. kengkawan tolong advice. pls! dulu zaman study gila online shopping. tapi bila sudah stop, shopping thru kad gores dan sign makin menjadi jadi pada zaman bekerjaya. wey pls bear in mind baru nak masuk 6hb ye. jangan kaw makan pasir pada pertengahan bulan sudah Sha T_____________________T'' sabar menunggu komisen pada hujung tahun untuk 2 bulan pertama kerja haaaaa pastu menabung untuk kahwin eh silap masa depan lah :D :D :D

okay move on to sixth paragraph. peh cayalah Sha terbaik lah kau nak buat entri ni sampai berapa perenggan? sepuluh? haaaa? kaw ingat ada ke yang rajin membaca. ada. siapa? ulat buku. wakakakakakakaka. okay itu tidak lawak. tak berapa. tidak. ni pukul berapa nak tidur? esok first time weh kerja shift full iaitu dari pukul 930pg sampai 10mlm huuuuuu. mati haku mati. dah sah-sah ramai orang weyyyyy. dan-dan lak ada Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia kat ECM. mujur okay mujur saya full shift if not tatau nak parking kereta katne T_T''

nak tahu tak berapa sale pada hari ini, Jumaat 5hb? jeng jeng jeng. almost RM25k. hebat kan rakyat Malaysia berbelanja? hahahahahaha kuasa shopping di tangan mereka. even tidak berduit tapi kad gores dan sign still ada :P harap-haraplah capai target bulan ni. baru komisen lebat sket pastu boleh berlagak minum Starbucks hari-hari wakakakakakaka (--'') fuh fuh fuh mudah-mudahan rezeki saya semakin bertambah dan saya boleh saving kan? heeeeeeeeeee.

okay nak cerita pasal private sket. sket je. nak tau tak? apa dia? jeng jeng jeng. lately I am happy. sebab? sebab dia JAHAT hihihihi. kang ada haku nyanyi lagu Stacy jap lagi ni. eh tak tak layan lagu Melayu ;p apa yang boleh saya katakan SAYA GEMBIRA ADANYA DIA. heeee nak cerita lebih-lebih tak boleh lah. tunggu dapat kad jemputan kahwin 2 tahun akan datang ye? :PP meh saya share sedikit lirik lagu Stacy AF6 - Jahat.

Stacy AF6 - Jahat
Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh
Hati pula kata pergi
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

tu jelah. nak taip sampai habis malas la plak kan. nak tau sila tanya pakcik Google takpun tengok video clip kat Youtube. apa guna kemudahan dihujung jari kan? kalau dulu kena taip kat laptop, sekarang pakai touch je kat iPhone tu :P pastu the next 10 years kita guna telepati lak ekekekekeke start merepek dahni Sha (-.-)''

oh yes. terima kasih pada sesiapa yang sudi exchange their link. nanti akan ku update ye list. jangan risau. tapi kena terjah dulu samada blogger tersebut promote ke tak blog kawan nih. huhuhuhu if takde dalam list tu minta maaflah tapi kan sesiapa yang jadi follower tu saya pun berterima kasih juga sebab sudi terjah blog kesayangan ramai ini especially silent readers hahahahahahahaha perah santan kawwwwww Sha! tapi motif latte tak berapa nak ada dalam blog ini sekian terima kasih ada masa kita jumpa lagi ^^

jom layan sedikit gambar
sedikit je tak banyak pun
banyak gambar syok sendiri

****

print screen from my status update at Facebook
so far the best status ever for me
and maybe for someone else
and this is for you
L-)

*sila kelik untuk tumbesaran*
hari tu saya ada update status quote
rasa memang terbaik takleh blah rasa
quote terbaik setakat ni
:D :D :D

pertama kali dalam sejarah Facebook ku
33 orang like my status including me
muahahahahahahaha
anda?

****

kata kaki wayang
seharusnya tengok wayang seminggu sekali kan

Takers
cerita perompak yang ending nya stylo habis
tengok movie ini dengan seseorang
I loike!
hek hek hek
*tapi geram Paul Walker tak banyak cakap sangat dalam ni*
hu.

RED
Retired Extremely Dangerous
lakonan Bruce Willis memang terbaik
teringat-ingat Die Hard 4 huhuhuhu
layan cerita ini dengan Cik Hana Skunks selepas kerja
cerita ini memang lawak takleh blah
tapi tak boleh lawan A-Team
:D :D :D

****

acara membeli belah tetap menjadi kegilaan rakyat Malaysia
especially pada hujung bulan
masa tu kedai pun saje je kan nak pancing
buat sale selepas dapat gaji
dan dan jek...

RM 19.90
I left my heart at London
sejak bila weh kau jejak London?
kalau Tokyo tu takpe la jugak kan?
hahahahaha berangan je kerja
*we are free to dream*

I just got myself a boyfie shirt
*accidentally*
tu sebenarnya kemeja lelaki wakakakaka tapi sebab lawa kan
so rembat je ah tanpa fikir panjang
tema kali ini adalah serba serbi ungu
kemeja SEED after discount 40% sebab staff purchase woo RM78.00
singlet yang ku beli di kedai sendiri RM19.90
skinny belt pun dibeli di kedai sendiri RM12.90
hasilnya?
puas hati beb
ecehhhh tu nak mensedapkan hati ke Sha oiii?
sakan ye kaw shopping!

RM 19.90
pashimna polka dots kedua
dibeli di kedai sendiri huhuhu kata support kedai maa
agak mahal untuk pashmina tapi tibai jek
hati sudah suka tapi tak suka buat kuar duit
(--'')

RM 75.00 after discount 50%
wallet 2 in 1
ekceli boleh buat clutch kalau malas bawa handbag
beli semasa Sale for Friends & Family
sehari sebelum dapat gaji
T__________T''

gambar cardigan hitam lupa nak ambil
tsk.
selepas discount 40% kat Padini dapat RM48.00
kaler hitam nak ganti the cardigans yang sudah luntur
huuu huuuu boleh create alasan on the spot untuk shopping!
well that is my leverage hua hua hua

****

"When you fall for a guy never, ever move to fast
because he will only hurt you in the end"
- Anonymous

I think I just did
let's just fall in love again
*speechless*


sekian sahaja update blog untuk hari ini
tuan punya blog sudah pun mengantuk jadi dia hendak tidur
semoga kamu pun mimpi indah ya!
:) :) :)



xoxo


moving foward
hoit apa kena mengena slogan Toyota ni?
(-_-)''

okaylah ambil slogan Nissan lak
shift_ the future

takpun Honda
the power of dream

ekekekekekekekekeke
:D :D :D

9 COMMENTS:

oshinz said...

cungap la kak oi nak abeskan entri ni. fuhfuhfuh. semoga bahagia selalu ye.

dayah said...

pjggg.........suka tgk beg tu

Anonymous said...

fewwwiittt. ececeh.

good for u sha.

i wish u are always happy forever and ever...

(^_^)

:: LaRa MaYa :: said...

gila panjang ngok ngek...letey aq nak ngabeskan...

Shahira said...

wahahaahhaaha.
balas dendam setelah seminggu tak hapdate T_T

nina asri said...

panjang updatenye.
hehe.
suke jugak quote tu. :)

Shahira said...

hihi.
lepas dendam T_T

Ct Cytot said...

hoi.....
juling mate aku bace entri2 ko skarang...

Shahira said...

T____________________T
jangan juling lagi.
kero sudah :P