Daisypath Anniversary tickers

Pages

Monday, January 24, 2011

Shahira cakap-cakap : entry cukup panjang!


Ya Allah...
berikanlah aku kekuatan untuk terus hidup dan berjalan
di muka bumi ini
sesungguhnya aku sedar akan kekhilafanku
Hanya Engkau lah Pencipta Yang Maha Agung

****

masa untuk luahan hati dan perasaan. again? hey aku kan drama queen so harus lah sebegitu rupa. kat siapa lagi nak mengadu selain daripada Allah dan kengkawan rapat *hey a big thanks sebab sudi meminjamkan telinga korang mendengar sesi JK aku huhuhuhu*

first of all, saya nak bercakap pasal blog. apakah tujuan blog dibuat? korang tahu tak blog ada banyak jenis? so agak-agak blog gwa berkisar pasal apa eh? gwa serious dowh tak ambil port pasal hal orang lain. gwa serious dowh tak minat nak menjaga tepi kain bunga orang lain. serious dowh gua tak minat. gwa hanya berminat pasal diri gwa sahaja. so wajib lah gwa di labelkan sebagai narcissistic *sila tanya pakcik Google jika anda tidak pasti apakah maksud tersebut*

TAPI aha hanya narcissistic di dalam blog sahaja. means? saya hanya bercerita pasal kisah hidup saya sahaja di dalam blog. di mana suka dan duka yang kekadang melibatkan hal kengkawan, emosi, kisah cinta suka dan duka semuanya di dalam blog. kehidupan peribadi saya. bukan bermaksud saya ini suka gebang lebih tapi saya suka bercerita dan menulis. ini bukan diary okay kalau diary elektronik baik saya buat private blog biar sensorang je yang baca. betol tak?

so saya memang alu-alukan sesiapa yang suka membaca apa yang saya tulis dan saya nak halau jejauh bagi pembaca yang ada PhD. buat apa nak sibuk kat sini? kalau tak suka tak payah ler baca dowh. pastu sibuk nak buat status kat Facebook dowh. aku tau blog ini best sebab tu kau suka kan even mulut kata tak suka hihi :P WTF Cik Sha sudah pandai sarkastik sekarang dowh. siapa yang ajar kau dowh? dunia Internet tanpa sempadan ;p

jadi blog Shahira and her L a tt e adalah dunia tanpa sempadan saya sebab saya boleh cerita almost everything yang saya rasakan sesuai untuk berkongsi dengan pembaca dan blogger. aha sharing is caring *pinjam motto Padini sekejap* L a tt e means a lot to me. latte is one of my favourite drink. the most after teh ais haha. and then latte is sort of give me back my energy to neutralize everything. apabila saya rasa saya sedih, mesti pergi ke Starbucks and order Ice Vanilla Latte. memang dah jadi muka latte pun ekau ni eh.

so kepada sesiapa yang berkenaan, tak payah lah nak mempertikaikan kenapa saya ada blog. kenapa saya suka post yang syok sendiri. kenapa suka bercerita. kenapa suka menunjuk itu ini blah blah blah. kenapaaaaaaaaaa???? sepatutnya ini yang patut aku tanya kat kau sengal: kenapa kau suka baca blog aku eh? jeng jeng jeng ;pp jawapannya: kerana kau adalah stalker terhebat yang memang muka tebal tak boleh ditembus oleh sinaran radioaktif dowh! aihhhh rasa menyampah lak cakap dowh dowh ni. eh tak key ell lah camtu beb! okay move on to the next paragraph! makin merepek dah aku rasa.

****

Alhamdulillah berakhir sudah minggu stress bagi saya. padan lah semasa di Shah Alam gembira sakan dan gelak tak ingat dunia... rupa-rupanya ini yang haku dapat. hmm fikir-fikir kan rasa macam nak keluar je dari Kuantan. totally nightmare. ingatkan nak buat lah Kuantan ini tempat untuk settled down tapi macam hmm entah lah. nak kena cari bakal suami bukan orang Kuantan baru dapat keluar dari sini uhu.

dahulu masa sekolah nak sangat keluar dari Kuantan. bosan kata aku. pastu dapat lah matriks kat Johor. tengok-tengok homesick. padan muka. and then sambung degree kat UKM. so jadi lah warganegara Selangor kah kah kah. merasa duduk sana 3 tahun. pastu sambung master kat UTM Skudai wahhhh jadi warganegara Johor lak pastu rezeki saya beb dapat merasa study kat Hiroshima, Jepun selama 5 bulan. so sudah merasa pelbagai suka dan duka duduk merantau ke sana ke mari so of course lah kan nak duduk kat Kuantan kan?

at last, macam hmm sudah tawar hati nak duduk sini. banyak berduka je. ada rezeki nak keluar tapi kesian lak kat my parent kan? Along dah lah duduk kat KL so siapa je nak teman Emak kat rumah uhu. sekarang ni pun busy dengan kerja so tak begitu spent time masa juga lah kan. takpe lah yang penting minggu stress sudah pun berakhir. working life pun so far makin okay kot dengan adanya my superior yang memahami keadaan diri ini dan memberi semangat balik to fight back all these messes.

****

everything is settled down, I think. pasni sudah takde dah anasir-anasir jahat nak mengganggu hidup aku. serius penat dengan situasi sebegini. suka sangat nak menjaga tepi kain orang aihhhh. saya turun 2kg tauuuuuu sebab serabut serabai semua ada. stress dengan masalah diri sendiri. stress dengan kerja yang bertimbun-timbun. tapi tu dulu uhu. sekarang is getting better tapi kan tamau lah berat ku kembali naik ehe. suka suka suka 52kg! bukan senang nak dapat. kena stress baru kurus sebab apabila haku stress haku tak makan (--'') diet yang tidak begitu sihat untuk dipraktikkan.

actually I realized that I was too scared to love somebody, someone special in my life. I kept on denied on this thing but this is for real. why eh? is it because my heart was too fragile at the moment? after broken hearted few years ago? I was remembered back then, I was too fall in love with someone, which was by the end, I ending up this relationship because of his attitude. but at that moment I am not ready for the break up thing. finally, ended up with I lost my weight from 54kg to 49kg. yeahh 5kg in a month. I looked like a walking skeleton. I cried almost every night before go to bed, keep telling to myself that I still loved him. how stupid I am to let him go at that moment. almost 4 months I acted like that, and I realized I can't have him back so I decide to let him go...to move on. and yeah it is not that easy as you think.

Everybody's thinkin I was just too scared to love you
Got 'em all believin that I folded under pressure
It's crazy how I gave my best
I tried so hard to love you

parts of lyric : Rose Colored Glasses by Kelly Rowland

saya rasa sebab tu kot? sebab tu saya tak berani nak sayang seseorang 101%? sebab tu saya takut nak komited 101%? perhubungan sesama manusia tidak pernah kekal. yang kekal hanya lah pehubungan manusia dengan Penciptanya. sebab tu kot? maybe yes maybe not. hanya Allah saja yang tahu. even I gave my best pun, kalau si dia bukan jodoh saya nak buat macam mana? dapat bf yang kaki tipu? dapat bf yang bermain kayu tiga? dapat bf yang baik hati? jika itu bukan jodoh saya, saya cuba nak mempertahankan pun tak guna juga. semua ada hikmah.

apa yang saya nak sekarang ini? of course lah seseorang untuk disayangi dan menyayangi saya tapi... hmm siapa? saya takut sangat kalau kehidupan saya ini berakhir dengan andartu? sebab love life saya semuanya tak menjadi. jadi saya pun penat untuk start all over again. penat tapi mahu. pelik kan? fitrah manusia... all I want is a husband to devote my life with. not a boyfriend. yelah kalau orang cakap berkahwin pun boleh bercerai tapi at least si dia sudah jadi suami saya kan? jadi tidak semudah itu ikatan sesebuah perkahwinan boleh diputuskan seperti clash dalam ber couple. hasrat saya nak berkahwin pada tahun 2011 ataupun 2012 kalau ada jodoh huhuhu tapi tatau lah siapa. berangan je kan yang boleh :P

sebab itu hati saya cukup fragile apabila membabitkan hati dan perasaan. hanya saya je yang tahu apa yang saya rasa jadi orang luar tidak ada hak untuk mempersoalkan tindak tanduk saya. beberapa teman rapat saya pun tengah mempunyai masalah tentang hati dan perasaan. memang gampang itu manusia yang bernama lelaki. oppsss ditujukan kepada orang yang berkenaan sahaja. lelaki semuanya sama. itu stigma. takde lah. ada je yang lain cuma menyorok entah kat mana uhu (-_-)''

"When you are SINGLE, all you see are happy couples,
when you are COMMITTED, all you see are happy singles.
The perfect time will come, have faith"
- Anonymous

and then she replied:

"Okay I will be waiting for the right moment to be someone's wife,
insya Allah"
- Nurul Shahirawati binti Mohamed Rosli

****

about my freelance job, Alhamdulillah saya dapat job terbaru; birthday bash di Kemaman. uhu agak jauh juga dari Kuantan but I will try my best. ini first time buat job untuk birthday bash. actually ini untuk anak Kak Lina, bekas supervisor saya dahulu semasa training di BASF Petronas tahun 2007. lama kan? uhu still keep on contact each other. so kalau jadi, hari Khamis ini insya Allah. charge pun murah je sebab first time. kang client tak pueh hati mampoihhhhhh haku. dengan keadaan laptop yang nazak juga wajib membuatkan saya marah untuk proses editing gambar nanti aihhhh. dugaan bertimpa-timpa. insya Allah juga dalam minggu ini saya dapatkan speedlite idaman hati iaitu Nissin Di622 Mark II. nak beli Nikkor SB-900 tak mampu sebab harga beriban-riban kan sobs.

pastu this is about my future too. saya sudah fikir masak-masak nak invest dalam Public Mutual. start bulan Februari nanti pastu ada rezeki lebih boleh lah menabung RM100 sebulan dan memang takkan sentuh duit kat situ. WAJIB WAJIB WAJIB kurangkan shopping wehhhhhh. muak dah haaa haku dengar resolusi kaw yang tidak kesampaian uhu. dah hobi suka shopping nak buat camno? pantang nampak yang berkenan WAJIB lah beli. if not termimpi-mimpi di siang hari *wow rhyme tu hahahahahaha* pastu nak invest dalam the other business too, insya Allah. secara kasarnya. tak confirm pun lagi sebab belum duduk semeja lagi nak discuss detail huhuhuhu. ada rezeki tak kemana kan?

tadi teman rapat call. cerita pasal hal terbaru. saya pun dah lama tak dengar cerita the latest. uhu quite jealous with his improvements and performance. wow sudah ke bidang komersial gituhhhh. kawe tak dapat lah nak sampai ke sana sobs. bagus lah sebab ada rezeki terbentang luas di dalam bidang yang kita nak. jadi Alhamdulillah. saya ni pun start slow-slow berdikit-dikit. nak bagi 100% di dalam bidang fotografi pun tak boleh kerana tuntutan kerja.

jangan salah faham. bukan bermaksud saya buat kerja sambil lewa tau. uihhhh I gave my 101% tuhhhh :D saya sebenarnya berhajat nak berhenti kerja dan jadi full-time photographer tapi rasanya tak boleh lah. banyak faktor. antaranya takkanlah selepas berkahwin, ada anak still nak ambil job wedding photography right? lain lah kalau suami pun bergiat di dalam bidang yang sama huhuhuhu :P good luck to him and kalau ada job kat Kuantan ini, roger-roger lah aku okay :D :D jangan risau, rezeki ada di mana-mana asalkan pandai mencarinya. takkan datang bergolek right?

****

hari tu berjumpa dengan Cik Hana dan kawannya, Cik Jumie. wow dia ini boleh tilik orang tau aha. satu kelebihan. tak boleh percaya sangat tapi boleh kot nak dijadikan matlamat dan hala tuju kita ke mana? at first dia tanya saya ada pen ke tak sekarang? pehhh hebat betol dapat tahu haku memang bawa pen pun dalam sling bag kerja *tepuk tepuk* di antara analisis beliau yang saya merasakan tepat weh tepat!!!!!!!!!!! kagum! beliau analisis berdasarkan tarikh lahir. tapi sayang ah pasal kisah cinta beliau tak dapat buat sebab tak belajar pasal tu ekekekekeke.

saya degil
*bukan kat parent je tapi kengkawan gak*
saya degil pasal duit
*boros ni kot ehe*
saya pandai
*tak pandai mana eh main je kuat*
saya pandai bercakap
*bukan kuat gebang tawwww*
saya bercakap berdasarkan pada pengetahuan yang ada
saya pandai cari duit
nanti berhijrah ke tempat lain
*erkkk ikut bakal suami ke wakakakakaka*

kesimpulannya?
Who is the most awesome person today?
ME!

****

Universal Studios Singapore
insya Allah dalam masa terdekat nak pergi holiday kat Singapore
walau pape pon I need a vacation!
cuti 3 hari sudah approved
:D :D :D


adeh panjang bebeno entry kali ini. happy reading you ollssss. emak pun dah mengantuk ni haaa jenis tak sedar diri esok kena kerja pagi okay bye bye! good night to all readers, bloggers and not forget to stalkers also :P~


xoxo



I love me

8 COMMENTS:

ddjfr said...

ehh.akak lagi yang mengomen..(==)"

seyes.patut la nampak kurus.dann..
pasni dah xkeje kat BO la ek?

Shahira said...

Huhuhu staff ckp nmpk kurus sb sakit sobs.
Aaa keje lagi la sis.
Happy je keje kat sana.
Kite xleh dpt semua right so there r certain things we hv to let go.

Ct Cytot said...

weh...
naik semput aku bace..
ni entry bape taun kumpol ni...
kalo aku update blog aku yg dah bape taun berabuk tu agak2 lg panjang dr ni ke?

Shahira said...

Hehehe entry luahan perasaan mmg pjg berjela pon!
:p

ishiko said...

its ok... org yg sabar menunggu akan mendapat ganjaran yg lbh besar k, insyallah.. >__<


vist-visit...
http://ishikosworld.blogspot.com/

Shahira said...

tq darl :)

Anonymous said...

sha, i jeles gle dgn u. if only masa i putus cinta aritu berat i trun melampau2 mcm u. isk. isk. ni tak. tak turun satu kilo pon. uwaaa.. kenapa? saya wlpon stress mkn tetap mkn. ape nk jd weh, hahahaha..

Shahira said...

Sobsob dont be leya.
That's nOt healthy actly T_T