Daisypath Anniversary tickers

Pages

Sunday, May 1, 2011

my first entry in May


"Like - you know the best side of someone and like them"
"Love - you know the worst side of someone could ever have,
and you still love that person with everything you have
in your heart"
- Anonymous

their legs
pre-weds photoshoot
25 April 2011

hai selamat malam semua kepada bloggers and readers. well, this is my 1st entry in May. wowwww cepat kan masa berlalu. sekarang sudah pun masuk bulan Mei. tup-tup raya hoho ke situ lak fikir padahal puasa ganti pun belum lagi erk T_T'' ehe sebelum itu nak wish Selamat Hari Pekerja kepada diri sendiri dan juga korang yang sudah bekerja :D :D :D hihi. agak lama juga lah kan tak membebel kat blog sendiri ini. okay mari kita start one two three...

hurmm tak banyak idea actually saya boleh keluarkan kat sini sebab kepala sakit. tatau either pening or sakit kepala. maybe sebab cuaca kot. hahahaha namanya mengada-ngada sebab takleh kena panas. kalau berpanas sedikit mesti kepala berdenyut pastu lidah ni mengada-ngada lak minta sedas kafein. bukan sedas aku bagi dua das langsung heeee rejeki saya tadi dapat diskaun beli ice vanilla latte kat Starbucks. before this memang dapat sebab bekerja di dalam ECM pastu dah takde dah tsk. mujur saya ni regular customer dan hehe barista baik hati telah memberi saya diskaun yeay!

tadi dapat gaji. best je kan pada saat-saat gaji masuk sale lak time tu wuuu. syabas diucapkan pada diri sendiri kerana telah berhabis RM200 kat kedai sendiri dan Padini. Padini buat sale sempena Hari Buruh lah kot sebab semua ada sale 50% - 70% di seluruh negara heeeeee so apa lagi rembat ah baju labuh SEED selai sebab ada gambar ais krim. motip? dan-dan jek Along pow gua selai kemeja boyfie cessss. takpe lah mujur aku ni ada kakak seorang je hua hua hua.

supposed sekejap lagi nak menghadap paper for review from Summer Course 2010 di Bogor pada tahun lepas. heeee dah lama kot dapat email tapi takleh buka tsk sebab laptop tak elok lagi. ahaks Sony Vaio pink kuw sudah baik heeeee. tak sia-sia haku berhabis RM100 untuk baiki screen LCD :D :D :D satu benda yang buat saya pissed off sebab orang tu sesuka hati atuk sedara dia je aihhh apek ni nak format laptop saya. motip? sebab takleh masuk Window. bangang. tunggu sat takleh ke? mujur sekarang dah okay tu pun auto repair je grrrrr. sayaaanggggg sangat kat Vaio. heeee lain tau perasaan apabila membeli dengan duit hasil titik peluh sendiri ehe =p

eh tercerita part lain lak haaaaaa nak story pasal Summer Course 2011 lak. humm call for application of Summer Course 2011 sudah dibuka. this time at Beijing, China on 4 until 14 of August 2011. terbaik ah masa bulan Ramadhan lagi. saya macam nak apply tapi kerja dah guane? if saya apply pastu dapat? hermm of course lah boleh dapat unpaid leave tapi huuu polisi company if unpaid leave more than 7 days takde lah haku nak dapat komisen bulan Ogos tuuuuu. Ogos tuuuu di mana orang akan confirm punya lah shopping bagai nak rak sebab raya dah nak dekat kan (-_-)'' tapi takpelah saya percaya je pada rezeki. ada tu adalah takde tu bukan rezeki saya heeeee :) :) :)

memandangkan saya cuti hari ini heee boleh je ambil cuti sebab cuti umum kan so tak dapek lah eden triple pay ahaks so saya pun planned turun KL bersama dengan? of course lah Cik Afie. sebab utama nak lari dari Kuantan kot? huuu nak nafas baru sebab sesak nafas dah haaa :( eh takde lah tu tipu je hihi. ekceli saya plan nak tengok Konsert Switchfoot tapi Abah tak bagi sob sob so buat lah adhoc plan iaitu berjumpa dengan seseorang *wink wink* kinda excited. berdebar-debar ni sebab puas eden fikir nak pakai baju apa ngeh ngeh ngeh. pastu hari Isnin lak buat biz trip iaitu jumpa dengan supplier kain. fuhhh mudah-mudahan dipermudahkan lah segalanya amin...

saya mengantuk. anda? see. saya baru je minum latte kot balik kerja tadi hahahaha. kalau dah mengantuk tu memang akan mengantuk juga adeshhh. gotta go for now. nak review paper untuk dijadikan article di dalam jurnal Hiroshima University. ecehhh bajet pemes ah kawww =p selamat malam dan mimpi indah ya!


xoxo



selamat pergi dan balik!

2 COMMENTS:

RoseHana said...

konsert switchfoot kt mane?ooo..hhehe..
dah lame xlayan kan..wuwu

shiela-suka-suki said...

hahaha.TQ adik.bukan slalu along pow awk.kwang kwang...