Daisypath Anniversary tickers

Pages

Saturday, June 9, 2012

a new post


Hye and Assalamualaikum to everyone. bloggers, readers, stalkers, haters & anonymous. sudah agak lama saya tidak menulis sepatah dua kata ataupun panjang lebar. terasa masih ingin ber-blog tapi at the same time terfikir samada manusia di luar sana dapat ke tak menerima apa yang saya tulis. ikutkan ego mesti nak cakap "eh blog aku sukahatimakbapakakulaaaaaa nak tulis apa. ada aku kisah?" hehe tapi macam kurang enak lak kan nak tulis macam tu. kita sebagai rakyat Malaysia kena sopan santun. bahasa budaya bangsa. eh tetiba.

Alhamdulillah sudah pun masuk pertengahan tahun pada tahun 2012. certain orang tahun ni dinamakan tahun keramat sebab expect kiamat berlaku pada tahun ni? jangan percaya ye bagi kita sebagai umat Islam. syirik namanya tu dan secara tidak langsung boleh buat kita murtad. Nauzubillah! hehe tu sampingan je sebagai warm up nak menulis pada pagi hari. kat office shift morning. still yawn and sleepyhead (-_-)'' saya mengharapkan tahun 2012 adalah lebih baik daripada tahun sebelum ini dan saya rasa tahun ini adalah my turning point nak berubah ke arah yang lebih baik. I am trying to balance between my duniawi and ukhrawi. adalah lebih baik jika kita melebihkan sedikit amalan kita untuk bekalan semasa akhirat kelak :)

nak cakap perubahan mendadak tu tak juga sebab kalau mendadak memang tak kekal. kena sedikit demi sedikit sebab memerlukan keberanian dan pengorbanan diri ya. saya sudah pernah melihat seorang sahabat rapat saya yang berubah secara mendadak pada dua tahun lepas tapi sayangnya perubahan beliau tidak kekal and she is going back to "normal her" now. saya harapkan dan berdoa agar cahaya hidayah tu sampai kepadanya...

not to pretend that I am so good. tiada manusia baik yang mengaku dirinya baik. saya masih seorang manusia yang beragama Islam dan berbuat dosa setiap hari. seperti "satu hari satu dosa". hampir setiap hari saya berfikir tentang kematian. cukup ke tidak amalanku selama ini? tidak pernah cukup. takkan cukup. hati saya cukup tersentuh apabila membaca buku tentang akhirat "Janji Allah" hasil garapan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. kita sendiri sedia maklum pasal hari pembalasan Allah tapi adakah kita bersedia untuk menghadapinya? 

dahulu hati saya keras untuk menerima teguran dan nasihat. dan rasa makin menjauhi-Nya sedangkan saya solat tak tinggal sebab sedia maklum tentang kewajipan sebagai seorang muslim. saya terfikir-fikir manakah silapnya. lalu saya muhasabah diri dan terpanggil untuk berubah ke arah jalan Allah. dulu suka pakai seluar ketat-ketat. bangga dengan bentuk tubuh badan. menutup aurat tapi bertelanjang. ahhh takpe asal cover rambut sudah. bukan bermaksud saya tidak faham konsep sebenar menutup aurat di sisi Islam tapi tahap "ignorance" saya yang begitu tinggi. terasa betapa egonya diri ini :'(

sampailah pada satu hari di mana kawan-kawan di Facebook memuji gambar "model" saya. ada satu hamba Allah menulis komen yang ringkas tetapi sangat memberi kesan pada hati dan jiwa saya "memang cantik tapi Allah marah". Ya Allah... terus hati ini tersentap dan hide terus folder gambar tersebut. malu dan segan. serious. first time saya rasa sebegini rupa. masa Emak dan Abah marah dan membebel tentang pemakaian saya, saya just anggap "masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan"...

Alhamdulillah dengan hati yang terbuka, selepas saya menyambut hari ulangtahun yang ke-26 pada 2 Februari 2012, saya kira itu adalah turning point saya. saya ubah cara pemakaian saya. dari segi pemilihan baju yang longgar dan melepasi punggung. saya cuba untuk memperbanyak dress labuh sampai ke paras lutut since I am working in the retail line so kena juga berfesyen secara sedikit sebanyak. jeans yang ketat saya sudah simpan dan berhajat untuk mendermakannya :) dan juga cara bertudung. saya tidak memakai tudung labuh pun tapi sudah meninggalkan shawl yang jenis singkat dan pendek. saya kini selesa bertudung bawal sahaja and can cover my chest :)

saya cuba dekatkan diri kepada Allah. cuba untuk mencintai-Nya dengan lebih dekat sebelum saya mencintai orang lain. saya boleh kira dengan jari berapa kali je saya membaca ayat suci Al-Quran. saya menangis semasa membuka tafsir Al-Quran dan membaca surah Al-Baqarah. saya menyatakan hasrat untuk masuk kelas mengaji bersama dengan Emak. nampak terkejut pada mukanya dan saya tahu she is happy for me :) in sya Allah saya terus istiqamah dengan pergi kelas mengaji dua kali dalam seminggu. baru tahu bab tajwid saya memang failed padahal dah belajar masa fardhu ain (--'') segan kepada Allah dengan sikap saya selama ini!

saya dekatkan diri kepada rumah Allah iaitu masjid. sudah berjanji di dalam diri akan cuba untuk solat berjemaah di masjid sekali seminggu disebabkan jadual kerja saya yang ikut shift tapi tidak menghalang untuk beribadat kepada-Nya kan? sesungguhnya orang yang banyak alasan dan menangguhkan kerja adalah pencuri masa. betul eh? hihi. saya juga menjadikan amalan solat Dhuha setiap hari jika berkesempatan. means kalau tak bangun lambat untuk pergi kerja pagi :) dan sekarang saya melatihkan diri untuk solat Witr pada setiap malam sebelum tidur. try solat satu rakaat dahulu. selepas sudah menjadi amalan, boleh praktis untuk tiga rakaat terus. di mana ada kemahuan di situ ada jalan :)


pernah terlintas tak di fikiran? ada orang yang tidak solat memberikan alasan tidak sempat dan sebagainya tapi saya rasa solat lah yang boleh melapangkan dada dan masa kita ;)


I guess I have to stop here for a while. penulisan saya kat sini bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun mendabik dada tapi kita sebagai umat Islam wajib berubah ke jalan yang diredhai-Nya kerana kita takkan tertanggung dengan azab yang telah Allah janjikan pada hari akhirat kelak :( semoga penghijrahan saya ini diberkati oleh-Nya dan terus istiqamah. thanks to my family and beloved one for supporting me :) 


saya juga ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dengan hasil penulisan saya yang lepas-lepas. dan juga status di Facebook. dan saya dengan seikhlas hati memaafkan perbuatan kalian yang tidak diredhai Allah di belakang saya. saya cuba untuk menjadi manusia pemaaf dan semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah-Nya, in sya Allah. dan saya harap benda yang sudah lepas tu kita jadikan iktibar dan pedoman di dalam diri masing-masing. segala keburukan dan kekurangan datangnya pada saya sendiri :( dan segala kebaikan datangnya daripada Allah SWT.


xoxo



salam Sabtu
:)