Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, September 13, 2012

white studio photography


hye dan Assalamualaikum kepada semua. hari ini masuk 13 September 2012. peh cepat betul masa berlalu kan? saya sendiri tak sempat nak countdown to my big day. gulp! ada lagi dalam dua bulan untuk prepare everything. so far so good. eceh =p everything we done by our own. barulah semangat nak kahwin kan? sebagai contoh, actually borang kebenaran kahwin ada orang cakap bapa/wali pihak perempuan yang settle but not for us. we settled by our own. alhamdulillah tadi dah dapat borang kebenaran kahwin dari JAIP. hehehe dah boleh kahwin ni hamboiiii tak sabar! =p

persiapan in sya Allah yang penting-penting dah settle. yang tinggal hanya lah baju untuk my cousins, pengapit dan flower girls. pastu barang untuk goodies. yang lain dah settle KOT. Ahad dan Isnin ni turun KL dan Nilai untuk mencari barang-barang tersebut. hahahaha tatau nak cakap camne sebab tak nampak pun lagak macam dah siap. yang pasti katering, andaman, booked jurunikah semua dah settle :)

nak menulis pasal white studio actually. tahukah anda? ini fakta bukan auta. photographer lah paling kaku sekali depan kamera apabila disuruh posing. saya kemain sedap suruh orang posing memacam pose tapi bila diri sendiri depan kamera? KEKOK!!! di tambah pula si tunang memang sedia kekok. first time saya dan si dia bergambar di dalam white studio buatan sendiri. bukan white studio pun hahahah. just guna tirai putih pastu studio lighting dapatlah hasil seperti di bawah ;)

tak plan pun nak bergambar dalam white studio ni. tapi serius hasil sangat cantik. kebetulan haritu saya ada make up test for my wedding. kawan saya lak offer nak tangkap gambar for free. hehehe apa salahnya? boleh digunakan untuk cover album cd for our VIP goodies semasa majlis akad nikah nanti. pastu dan-dan je boleh digunakan untuk banting. rezeki :)

so just enjoy beberapa gambar untuk tatapan anda. mostly hasil di bawah adalah candid. banyak gelak bagai sebab tatau nak pose camne (-_-)''

****

cuba untuk mendapatkan keserasian bersama

saya pun tatau kenapa boleh jadi macam ni
(--'')

masa ni lawak sebab tatau nak pose apa
kahkahkah!!!

okay ini adalah pose spontan

caring from the heart always
heart you
:)


xoxo



you are my soul

Sunday, September 2, 2012

dari hati seorang wanita


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...


Saya menulis daripada dasar hati saya. Ini adalah salah satu medium untuk saya berbicara dengan saudari memandangkan tiada medium lain untuk kita berinteraksi mahupun untuk saudari memahami isi hati saya. Sebelum itu, saya meminta maaf andaikata penulisan saya mengguris hati saudari setelah membacanya.

In sya Allah lagi dua bulan setengah saya bakal diijab kabul kan dengan Mohamad Afif bin Mohamad sebagai pasangan suami isteri yang sah di sisi agama kita, agama Islam. Saya yakin saudari juga mengetahui kami sudah pun dua bulan lebih telah mengikat tali pertunangan sebagai tanda atau hebahan kepada orang sekeliling bahawa hati kami sudah dimiliki dan In sya Allah sudah pun bersedia untuk ke alam perkahwinan.

Saya meminta jasa baik saudari agar tidak lagi mengganggu tunangan saya, Mohamad Afif bin Mohamad dengan menghantar sebarang mesej yang saya rasakan tidak sesuai kerana saudari pun tunangan orang dan  bakal bergelar isteri orang pada bulan September ini. Cukuplah saya rasa ini adalah dugaan bagi kami berdua di dalam tempoh pertunangan.

Saya rasa saudari sendiri sedia maklum bahawa HARAM mengganggu tunangan orang dan HARAM bagi mereka yang sudah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini sedangkan ikatan pertunangan tersebut belum lagi diputuskan. Andai benar saudari mencintainya, cukuplah sekadar melihatnya bahagia daripada jauh dari terseksa mengikut kehendak hati saudari. Mencintai seseorang tidak bermakna diri kita turut dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya.

Andai kata Mohamad Afif bin Mohamad bukan jodoh saya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, saya akur dan redha tetapi janganlah saudari adalah sebagai puncanya. Saya doakan agar saudari hidup bahagia disamping insan yang tersayang, In sya Allah. Sesungguhnya pasangan yang dijodohkan kepada kita adalah yang terbaik buat diri sendiri. Wallahualam.


Nukilan hati seorang wanita,
Nurul Shahirawati binti Mohamed Rosli