Daisypath Anniversary tickers

Pages

Sunday, September 2, 2012

dari hati seorang wanita


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...


Saya menulis daripada dasar hati saya. Ini adalah salah satu medium untuk saya berbicara dengan saudari memandangkan tiada medium lain untuk kita berinteraksi mahupun untuk saudari memahami isi hati saya. Sebelum itu, saya meminta maaf andaikata penulisan saya mengguris hati saudari setelah membacanya.

In sya Allah lagi dua bulan setengah saya bakal diijab kabul kan dengan Mohamad Afif bin Mohamad sebagai pasangan suami isteri yang sah di sisi agama kita, agama Islam. Saya yakin saudari juga mengetahui kami sudah pun dua bulan lebih telah mengikat tali pertunangan sebagai tanda atau hebahan kepada orang sekeliling bahawa hati kami sudah dimiliki dan In sya Allah sudah pun bersedia untuk ke alam perkahwinan.

Saya meminta jasa baik saudari agar tidak lagi mengganggu tunangan saya, Mohamad Afif bin Mohamad dengan menghantar sebarang mesej yang saya rasakan tidak sesuai kerana saudari pun tunangan orang dan  bakal bergelar isteri orang pada bulan September ini. Cukuplah saya rasa ini adalah dugaan bagi kami berdua di dalam tempoh pertunangan.

Saya rasa saudari sendiri sedia maklum bahawa HARAM mengganggu tunangan orang dan HARAM bagi mereka yang sudah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini sedangkan ikatan pertunangan tersebut belum lagi diputuskan. Andai benar saudari mencintainya, cukuplah sekadar melihatnya bahagia daripada jauh dari terseksa mengikut kehendak hati saudari. Mencintai seseorang tidak bermakna diri kita turut dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya.

Andai kata Mohamad Afif bin Mohamad bukan jodoh saya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, saya akur dan redha tetapi janganlah saudari adalah sebagai puncanya. Saya doakan agar saudari hidup bahagia disamping insan yang tersayang, In sya Allah. Sesungguhnya pasangan yang dijodohkan kepada kita adalah yang terbaik buat diri sendiri. Wallahualam.


Nukilan hati seorang wanita,
Nurul Shahirawati binti Mohamed Rosli