Daisypath Anniversary tickers

Pages

Saturday, December 28, 2013

err... hi?

Assalamualaikum.

Dah berhabuk dah blog ni. Tak tercetus nak tulis pape sebab kemudahan twitter & facebook amatlah mengenyangkan untuk update status setiap 1 saat mahupun membebel sebanyak mana yang mungkin. Tapi tu dululah. Sekarang update apa yang patut je hewhew.

Nanti saya update lagi. Nak biasakan jari jemari ini menaip dengan begitu asyik dan kencang tanpa perlu menekan banyak butang backspace.

Tata!

Yang benar,
Shahira (masih menikmati latte)

Thursday, August 15, 2013

raya 2013


hai dan Assalamualaikum...

how's raya? cepat kan masa berlalu sudah 7 Syawal berlalu. hari ini 8 Syawal. in sya Allah hari ketiga saya berpuasa ganti dan sunat. alang-alang gabung terus lah selepas difikirkan terlebih dahulu. dulu dahulukan puasa sunat lepas tu baru ganti. tapi tak boleh cara tu. kita kena buat yang wajib dulu. kan dah terkial-kial lagi 90 hari sebelum Ramadhan baru nak ganti hahaha.

raya kali ini memang best. satu pengalaman yang baru. kenapa best? first of course sebab beraya pertama kali dengan suami dan keluarga mertua. kedua sebab dapat balik kampung! yeay! setelah 10 tahun beraya di Kuantan sahaja akhirnya raya kali ini dapat berjalan sana sini. sakan bebeno lah orang kabornyeeee. selok pun ada. geram pun ada. boring pun ada. sebab? traffic jammed!

raya kali ini rasanya banyak beraya atas jalan kot? lol.

kronologi raya 2013 / roadtrip raya 2013 : 

1. sehari sebelum raya, 7/8 (Rabu) : kami gerak balik ke Parit Raja dengan 3 buah kereta tapi tak konvoi pun sebab gerak asing-asing. saya dan suami serta adik-adik ipar gerak petang selepas Zohor. kami gerak dalam pukul 2ptg dan selamat tiba di Parit Raja dalam pukul 630ptg. Parit Raja ni kampung ayah mertua tapi atuk dan nenek dah lama meninggal so menumpang sekejap di rumah pakcik dia. malam raya kami pergi ke bazar raya. fuhhhh dah macam Jalan TAR. saya pun dah mula rasa serabut sebab kena bersesak-sesak. memang jalan jammed OH!

****

2. 1 Syawal, 8/8 (Khamis) : as usual sebelum sembahyang raya, disunatkan makan dahulu. for the first time, saya merasa makanan terkenal orang Bugis iaitu burasak dan lepak lueh. huhuhu tak kena dengan anak tekak kot saya makan sekeping je burasak dan setengah lepak lueh. tapi orang lain? berpuluh-puluh kali dah macam makan nasi dan takkan muak sampai bebila T_T'' kuat kan penangan makanan rare ni? selepas selesai sembahyang raya dan minta maaf sesama ahli keluarga, p/s: saya kan dapat duit raya daripada mak mertua, suami dan adik-adik ipar hihi bestnyaaaaa! kami berkonvoi 4 buah kereta beraya ke Kluang. rumah sepupu suami. sebelum itu melawat tanah perkuburan arwah tok dan nenek.

saya nak bercerita pasal makanan di sana yang rare. pertembungan budaya. best jugak sebab asyik ketupat lemang je kan. suami saya memang tak pandang dah ketupat lemang sebab hadap benda ni je makan. paling menggila dia makan non-stop burasak. ayah mertua ni ada keturunan Bugis. isteri pakcik lak keturunan Jawa. so dapatlah merasa masakan Bugis + Jawa.

burasak ni apa? Mak mertua cakap burasak ni nasi biasa je tapi dikukus dalam daun pisang yang muda. kukus tu lama adalah dalam 5 - 6 jam so bila makan pun rasa lembik-lembik je. rasa macam nasi lemak pun ada tapi tak letak santan. saya makan sekeping je hihi. okay burasak ni boleh makan dengan apa jenis kuah. sambal kacang pun boleh. kuah masak lodeh pun boleh. tapi selalu makan dengan ayam masak merah. saya makan dengan kuah lodeh tapi sekeping je hihi.

 sumber gambar daripada Google
ini adalah burasak

lepak lueh tu apa? okay lepak lueh ni macam lemang tapi lemang tu keras sket kan? yang ni rasa lemak sket dan lembik sedikit. macam makan lemang tapi bentuk segi tiga panjang hihi. dibuat daripada beras pulut sama seperti lemang tapi yang dikukus macam burasak. saya makan setengah je hihi :) cara makan pun sama dengan burasak. nak tahu tak? suami saya ni nama je kuat makan tapi taktau nak beza mana satu burasak dan lepak lueh (--")

sumber gambar daripada Google
ini adalah lepak lueh

malam tu lak kiteorang beramai-ramai pergi ke BP Mall untuk menonton wayang. either The Wolverine or The Conjuring and last pilih The Conjuring. full house! cerita dia okay lah seram jugak tapi seram lagi Insidious #seramception best lepak dengan sepupu suami dan adik-adik ipar sebab merapatkan silaturrahim. bila lagi boleh berkumpul reramai cenggini kan?

****

3. 2 Syawal, 9/8 (Jumaat) : kali ini beraya atas jalan raya sebab gerak balik ke Kuantan. jalan tak jammed tapi kereta banyak lah jugak. gerak dari Parit Raja pukul 1ptg dan kami tiba di Kuantan pukul 7ptg. lama sebab banyak pit stop. on the way balik angin kencang dan hujan renyai. ingatkan takde pape tapi rupa-rupanya angin kencang yang dasyat telah berlalu. sampai patah pokok lalu hentam wayar letrik dan menghalang jalan ke Segamat. padanlah kereta tak bergerak. ada yang stop tepi jalan sebab takut kot. tapi memang horror. sampai Kuantan lagi horror sebab ada accident motor di bypass Kuantan. masa kami sampai tu polis sedang basuh darah. suami lak sibuk nak rakam video dan pergi buka tingkap, hasilnya bau hanyir darah pekat masuk dalam kereta. pengsan sekejap (-_-)''

malam tu lak saya dan suami berjalan-jalan dengan menaiki motor. jadi rider kita pada malam itu. haha dapat gelak sakan pada sesiapa yang drive kereta sebab jalan ke Teluk Chempedak memang totally jammed sebab? orang craving fast foods. samalah dengan saya hihi. sebab still boikot McD, maka kami pun makan Burger King. tu pun beratur dalam 30 minit untuk sampai turn saya alahai...

****

4. 3 Syawal, 10/8 (Sabtu) : balik Kelate kito deh! hehe kami konvoi 2 buah kereta. Kelantan ni kampung belah Abah saya. dah lama saya tak balik ooo last tahun 2003. balik kampung kali ini membawa suami tercinta. manelah tahu akan datang bawa anak pula kan? hihi. gerak pukul 9pg dan tekalah tiba di Kuala Krai pukul berapa? perjalanan yang lancar makan masa 5 jam je tapi kali ini 7 jam setengah woi! sakit pergelangan buku lali ni sebab acapkali tekan brek dan minyak. memain gitu je T__T'' tiba di hotel penginapan pukul 430ptg dan memasing serbu toilet dulu hahahaha!!!

balik Kelantan memang jammed pun cuma tak pernah merasai. ni dah merasainya. well done! seperti dijangka, jammed sudah bermula apabila nak masuk Permaisuri, Setiu. kereta berjujut dan still boleh gerak. pastu apabila masuk Jertih, mak aih banyaknya kereta. dari arah bertentangan pun sama banyak. saya terpaksa buat hati kering sebab kena membontoti kereta Abah if not memang ketinggalan ler. pastu jalan smooth as usual dan banyak kereta.

nak masuk Machang... welcome to the massive traffic jammed. kat sini lah kami stuck dalam 2 jam setengah untuk perjalanan dalam jarak 20km. Ya Allah kat sinilah dugaan sakit kaki & menahan perut nak pergi toilet. bertabahlah untuk menjadi orang yang hati kering. saya tak kisah orang nak potong guna line kiri tapi jangan potong line saya. tu memang aku hangin laa kan. tahu nak cepat je. apa kau ingat kereta aku ni takyah tekan brek dan minyak ke? huhu emo tak?

malam tu beraya rumah Mama, kakak sulung Abah di Laloh dalam 30km dari Kuala Krai. saya craving masakan tomyam putih Mama tapi aaaaa tak sempat. Abah bagitau lambat so Mama tak masak ler. yang ada masak lemak ikan merah tapi still ahhhhh memikat hati dan jiwa raga. di tambah pulak dengan ikan masin. memang daebak! tujuan balik kampung ni sebab sepupu rapat kahwin, baya saya. so pergi melawat dia jap di Manek Urai Lama sebelum balik ke hotel. beramah mesra dengan sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. gossiping. teringat zaman muda mudi dulu mandi berkubang tepi rumah, main hantu-hantu ntah apebende lagi. tapi semua tu kenangan manis yang tak dapat dilupakan :)

5. 4 Syawal, 11/8 (Ahad) : yezza bekwoh time! ada 2 buah rumah nak singgah kali ini. bersiap-siap pergi makan bekwoh. simple je kenduri belah perempuan ni. kalau lah kat sini se simple macam ni, rasa mesti ada mulut yang mengata. ahh pedulik apa asal makan best. tapi saya tak makan banyak pun sebab nak pergi beraya dan melawat kawan di Pasir Mas.

saya dan suami gerak ke Pasir Mas dalam 40km pada pukul 2ptg. cuba tekan sampai pukul berapa? azaaaaaaaab! pukul 630ptg baru sampai wuwuwu. traffic jammed kat Kelantan masa raya ni terlalu extreme bagi saya. padanlah Abah sebelum ni taknak balik makan saya mengerti perasaan itu apabila terkandas dalam jammed selama 10jam. on the way tu jalan clear cuma jalan nak masuk ke Machang dah memang jammed sebab orang nak balik ke Kuala Lumpur kena masuk Kuala Krai sebelum jumpa Gua Musang and that is the only route to Kuala Lipis. best kan dengar?

Abah pesan suruh masuk ke Tanah Merah untuk ke Pasir Mas. means kena jumpa Tanah Merah dulu baru jumpa Pasir Mas. padohhhhhh! traffic jammed telah bermula pada simpang masuk ke Tanah Merah sobsob. memang pasrah. since suami yang drive so dia telah menjadi seorang yang kiasu, lalu sebelah kiri hihi have to if not silap haribulan malam baru sampai. tahap keboringan kami sampai suami minta saya pergi beli air tebu sambil berjalan kaki dan kereta baru gerak sedikit. oh men. dugaan nak tempuh 2 kali traffic light. kira punya kira, kami stuck dalam jammed selama 2 jam lebih untuk lalu jalan sejauh 8km. selepas traffic light kedua walla! jalan clear ke Tanah Merah. kalini jammed sebab kami bertembung dengan kereta nak lalu ke arah Grik melalui jalan yang sama *pasrah.

masuk je Pasir Mas memang jammed. pack! hehe nasib baik tak masuk pekan. so kami pun selamat sampai ke rumah kawan saya. kawan baik saya semasa zaman UKM. nama Emmy Fauziana. what is so special about her? kawan semasa senang dan susah saya. and she is diagnosed with renal cancer stage 4. dah selamat operate buang buah pinggang belah kanan dan sekarang tengah recover dengan target therapy. she is strong. very strong. saya harap dia cepat sembuh seperti sediakala. sedih tengok keadaan beliau yang still happy dan boleh bercakap tapi kena berbaring. nampak kurus daripada biasa dan letih sedikit. alhamdulillah tercapai juga hasrat nak melawat beliau. ada sebab kenapa Abah ajak balik kampung kali ini :)

gerak balik ke hotel pukul 930mlm. sejam setengah dah sampai :)

****

6. 5 Syawal, 12/8 (Isnin) : gerak balik ke Kuantan - beraya atas jalan lagi ;p

7. 6 Syawal, 13/8 (Selasa) : life is back to normal again. tapi still rasa macam bulan Ramadhan sebab saya dan suami berpuasa. malam tu kami beraya di rumah Mak Busu, adik Mak mertua ittew. masa berbuka makan sedikit je, nasi impit dengan serunding ayam. amekkaw! 4 kali menambah mee sup HAHAHA adoih nampak sangat saya lapar :p

8. 7 Syawal, 14/8 (Rabu) : berpuasa pada hari ke-2. disebabkan bosan saya pun tengok wayang cerita Pacific Rim. best weh best!! rasa tak rugi tengok kali kedua. saya missed sedikit masa awal-awal movie ni main. cis. selalu mesti tayang lambat sebab tu masuk lambat sedikit. tapi kali ni on time lak. nama raksasa tu Kaiju. dah macam cerita Godzilla tapi robot gergasi ni memang superb!!! dengan score music yang bombastic! percayalahhhh rasa semangat gila dengar lagu tu main hehe. ni tengah dengar lagu ni berulang kali :p

okay lengkap kronologi raya 2013 selama seminggu. bagi saya, semangat masa raya pertama je. raya kedua dah lemau. dah biasa sangat sebab masa kerja tahun sebelum ni manalah raya sangat. raya kedua dan ketiga dah start kerja. so boring. kalau saya still kerja sana, memang melepaslah nak balik kampung di Johor dan Kelantan. silap haribulan tinggal aku sensorang kat rumah.

actually rindu nak kerja balik tapi bukan di tempat kerja lama.
doakanlah :)

saya harap raya 2013 kalian pun meriah dan jangan jadi anti social ye? it is not good. baik ambil peluang ni untuk beramah mesra dengan sepupu sepapat. gambar saya upload sekeping je HAHA sebab yang lain dalam kamera Ayah mertua. saya tak bawak pun DSLR sebab malas kihkih tapi still jadi photographer dalam family photo semasa di Parit Raja.

ootd raya ke-4
recycle baju tunang dulu ketat sekarang longgar
saya pakai square shawl beli kat Shah Alam
handbag MBMJ hihi
kasut pink blush from Vincci
bergaya depan kereta kakak ku :p

till then,
have a nice raya for this year.

selamat hari raya, maaf zahir & batin :)

Wednesday, August 7, 2013

a long hiatus again


hai dan Assalamualaikum...

lusa raya! yeay! HAHA sesedap rasa je saya sendiri umumkan lusa raya =p excited datang secara pukal walhal lace yang dibeli kelmarin tak dijahit pun kat baju raya. kesimpulannya saya beraya pakai baju lama jelah. baju raya tahun lepas. nak sama konsep warna boria dengan suami. jadilah polka dots ungu asalkan ungu kihkih.

rasa macam confirm dahni saya akan slow berbelog due to... I don't know just malas nak update ikut laptop. kat phone ada install apps blogger tapi still malas. like I said in the previous post, my life is quite boring and I don't know what to write in my blog. tunggu ada anjakan paradigma baru saya berbelog secara serius secara pukal *janji ditepati.

saja je nak update blog sebab nak bagitau kita ada Instagram. eh. hihi. itulah mini blog saya. what I did in my life kalau rasa nak share, saya just post a picture and then write some captions of my picture. gambar pun biasa-biasa je hihi. kalau nak follow, silakanlah kita akan approve :)

aww ini pun tengah teman suami kat sebelah. dia pun baru start berbelog tadi. entah mimpi apa nak ada blog sendiri tapi tanak sesiapa pun tahu alamat blog dia. just for his own satisfaction I guess. sekarang ini kami tengah berlawan siapa taip lebih pantas. makin pantas maka dia makin banyak idea HAHA.

u ols raya mana tahun ini? excited nya saya nak tunggu esok hari. in sya Allah beraya di Parit Raja, Johor. kampung belah ayah mertua tapi atuk nenek dah takde. melawat sedara mara je. tak sabar sebab? hihi dah lama tak merasa balik kampung untuk berhari raya! last... cuba teka? tahun 2003. lama tu. masa saya SPM. kampung kat Manek Urai, Kelantan. pastu tetiba Abah cakap tahun ni nak balik sana sebab sepupu baya saya berkahwin. haaaa siapa tak excited bila travel ni? Rabu - Johor, Jumaat - Pahang, Sabtu- Kelantan. kihkih nasib baik bukan ittew yang drive.

raya tahun ni saya biasa-biasa saja. kasut pun pakai kasut basahan. mengenangkan baju raya tak siap patch lace so pakai baju raya tahun lepas. tu pun last pakai masa raya tahun lepas T_T tudung raya dah ada tapi suami kita tak berkenan kita pakai shawl. dia cakap muka pelik *sampai hati sobs. tapi tapi saya excited sebab ada handbag raya hihi meletops raya kali ini =p

raya pertama dengan suami. tatau nak gambarkan macam mana. nak dekat 9 bulan kami berkahwin dan Alhamdulillah banyak lagi cabaran yang tidak terduga ini. biasalah ada upside down. tapi nak cakap lah bulan Ramadhan tahun ini sungguh mencabar buat kami berdua *ini adalah serius. weh boleh tahan penulisan blog suami aku ni *okay lari topik.

saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf Zahir dan Batin jika ada kekhilafan di dalam diri ini semasa saya berbelog. haha dah macam artis lak buat ucapan sebegitu rupa.

saya rasa sampai sini je saya berbelog dan akan bersambung 2 bulan akan datang HAHA. weh baju tak packing lagi. biasa saya packing last minit je. hujan tolonglah berhenti sebab nak merempit dengan suami. dia beli skuter baru gittew. eh okbai!

follow me at shahirarosli
:)

bye!

Thursday, June 27, 2013

cerita pasal tas tangan


hai dan Assalamualaikum...

update blog sekejap pada waktu maghrib ni. tengah tunggu turn nak masuk bilik air hihi. Alhamdulillah tercapai juga hasrat di dalam hati nak memiliki handbag idaman sejak tahun 2010. tadi dah berjanji dengan suami yang ini LAST. handbag last aku beli weh. investment for 5 years KOT hehe =p ngelat lebih ni. haaa pasni boleh berkawan dengan handbag lain ye dalam almari :)

saya adalah penggemar handbag. tak mampu beli yang memahal. so far ni lah yang paling mahal sebab tu kena sayang lebih dan menghargai! dulu jenama kegemaran Roxy. sebab affordable masa SALE. hahaha masa bukan sale jangan harapler nak beli. sebab zaman tu zaman study kat UKM. teringat first handbag Roxy hitam, ex-bf belikan untuk hadiah hari jadi. still simpan sebab masih elok macam real leather padahal PVC je. handbag dulu kualiti bagus tapi sekarang hampeh.

banyak kot handbag saya Roxy tapi rosak sebab dah koyak haa kulit luar. handbag Esprit toksah cakap lah. rasa tahun 2010 dan ke atas kualiti memang tak bagus langsung. so daripada situ saya terfikir alangkah baiknya kalau kumpul duit untuk beli handbag real leather terus. takdelah sakit hati sangat bila handbag beratus-ratus harga yang baru 2 tahun pakai sudah melepuh kulitnya.

handbag kulit pertama saya adalah Cambridge Satchel in Red, imported from UK. hehe tu hadiah hantaran sebenarnya. galok sangat nak beli tapi pakai pun jarang-jarang. sayanglah nak pakai untuk lasak. alahai inilah perempuan hihi. handbag kedua saya beli Coach in Pink. harga murah je RM330 from US. kebetulan ada kawan kerja sana nak balik Malaysia so kirim jelah. murah pun murah. kalau beli kat blog mau harga up 2 kali ganda. rezeki :)

hihi tak pepasal saya buat entry handbag. bukannya apa, too excited to get this handbag Marc by Marc Jacobs Classic Q Hillier Hobo in Cinnamon Stick. yeay! dapat handbag raya pun jadi :)

come to mama!


off to solat 
bye!

Friday, June 14, 2013

up-to-date about me :)


hai dan Assalamualaikum. sudah lama saya tidak update blog kesayangan ni. tatau nak update apa. pasal perkahwinan, bertandang dan honeymoon? hehe sudah basi lah kot sebab 17/6 ini genap 7 bulan saya berkahwin dengan jodoh yang dicari-cari ditunggu-tunggu selama ini :p hari-hari macam honeymoon gittew *bak kata orang lah sebab kengkawan yang sudah ada anak bagi nasihat "spent time together while you can" rasa takde kot negatif about this thing :) fikir-fikir yang positif je tau.

ramai juga bertanya dah ada isi ke belum? bun in the oven? hehe buat masa ni takde lagi rezeki ke arah situ. in sya Allah, Dia Maha Mengetahui. kami bukan merancang tau cuma buat masa ni takde rezeki lagi. Allah nak bagi hidup berdua dulu kot hehe. 

ramai juga blogger/kengkawan tanya kenapa tak update blog? jawapannya simple je. idea tak datang. saya aktif blogging semasa tahun 2009/10 sebab masa tu berpeluang ke Jepun untuk merasai pengalaman belajar di sana. umur pun masih muda baru 23 tahun so semua benda nak bercerita. orang cakap jakun "macam rusa masuk kampung" yelah tak disangka berpeluang ke Jepun :) so kat situ mesti ada benda nak bercerita kan?

umur pun makin meningkat. sudah berkahwin dahpun. rasa macam malas nak update blog. kehidupan saya normal je seperti kaum suri rumah lain. oh ye, saya sudah 3 bulan tidak bekerja. part best sebab boleh menjalankan rutin harian seorang isteri - memasak untuk suami dan keluarga. penat lelah memasak tu terubat bila lihat mereka makan dengan begitu menyelerakan hihi. saya still dalam proses belajar memasak but things are going well I guess. resipi? senang je saya google.

saya sudah kurang menggunakan laman sosial. akaun facebook pun saya deactivated. cuma aktif dalam twitter *tweethandle : shahirarosli dan instagram *username : shahirarosli. kat situ saya bolehlah dikatakan aktif juga. twitter adalah medium saya untuk berborak secara virtual ataupun bagi pendapat *mostly merepek je lebih haha. instagram pula lebih kurang blogging cuma gambar je banyak - pasal aktiviti harian saya :)

esok ada walk-in interview RapidKuantan. doakan saya :)

****

cerita pasal further study. Alhamdulillah dapat juga untuk panggilan kedua tapi rasa ini bukan rezeki saya. mungkin milik orang lain. ceritanya course/universiti yang saya apply bukan berada dalam top100. MARA terpaksa buat pengecualian macam ni sebab terlalu ramai yang memohon. difahamkan 4000 permohonan cuma 800 je dipanggil untuk ujian psikometrik dan 400 je yang berjaya. so I am one of them. masa dah suntuk nak apply universiti lain dan IELTS pun tak ambil lagi.

saya still nak ke Strathclyde University. sebab? ia terletak kat Scotland. saya siap beli lagi buku guidance to Scotland semasa Big Bad Wolf. with no regrets, Allah still has the best plan for me.

moral of the story : tak sanggup berjauhan dengan suami. kalau single dah lama struggle :p

rezeki kita Allah yang tentukan
La Tahzan


next entry we will meet again
:)