Daisypath Anniversary tickers

Pages

Wednesday, July 1, 2009

7 hari seminggu


saja saya post entri kali ini... sebelum balik menyambung pelajaran di hujung malaysia nan indah.


isnin
acara membikin pasport di pejabat imigresen. dari jam 10pg-3ptg baru pasport saya siap diproses. haru gile. memang pantas, cekap dan tegas! selepas itu proses menghantar email ke pihak pengurusan HU. saya ambil masa sejam untuk meng-attached dokumen bagi proses permohonan visa. leceh nak masuk negara matahari terbit rupanya.


selasa
bangun jam 1145pg. hari yang indah! puas hati dapat tidur lama. sebaik sahaja saya buka pintu, emak sudah ada di depan mata lalu mengarah: adik, masak nasik 1 setengah pot dan basuh pinggan. terima kasih. lantas terus ke dapur buka tudung saji dan makan sebiji pau kelapa. sambil makan saya buka laptop, connect internet dan tujuan utama check email dan check flight schedule. jari jemari ini gatal menaip www.facebook.com. ape lagi. jom berfacebook! :)

petang dalam jam 515ptg saya drive ke rumah has. tujuan utama mahu membayar saman RM200. dapat diskaun RM100 kalau bayar kat ayah dia. oh! selamat duit saya. sesampainya di rumah beliau, saya call: oit. katne? ofis lagi laa sha...

*speechless*

jam 630ptg baru beliau sampai sambil tersengih macam kerang busuk...
jam 700ptg saya tiba di rumah setelah beberapa kali mencarut akibat pemanduan orang kuantan yang sangatlah tidak berhemah.

*sigh*

saya msg2 panda si kurus saya. call dia. on! kita date khamis ni ya! ice age 3 menanti kita sayang!


rabu
tidak pasti apa rancangan pada hari ini. saya rasa mahu makan kek secret recipe. makan sushi edaran carrefour. minum ice vanilla latte starbucks. nafsu makan begitu tinggi. mengapa? datang bulan?


khamis
dapat kerja baru. dikerah membayar hutang ptptn di pejabat pos kuantan dengan kadar bayaran RM111.68. tambah lagi RM2 untuk yuran pemprosesan. kenapa suka sangat telan duit ni?

dating dating dan dating... menghabiskan masa dengan si dia dengan menonton ice age 3: dawn of the dinosaurs. tetapi mesti petang saja sebab jam 6ptg kerja part-time menunggu saya. malam? kita layan keliwon hahahaha.



jumaat
menjadi peneman kepada kawan emak saya ke sungai lembing. takut katanya jika sorang2. oh auntie maknjang? sudikah jika benarkan saya drive kereta suzuki swift kamu itu? (muka penuh mengharap sebenarnya) :)


sabtu
plan mahu keluar... beli barang sebelum balik ke kolej esok. buat alasan mahu keluar. keluar dan keluar. ya! juga melihat panda si kurus beraksi main futsal. kata ligamen lutut terkoyak? anda mahu tendang bola guna apa?


ahad
memandu CBS 3725 secara berhemah ke utm skudai. nad penyu menjadi peneman di sebelah. diharap anda membuat aksi spastik selama 4jam pemanduan saya. beliau baik. sanggup jual balik tiket bas pada separuh harga. selamat tinggal kuantan!! saya balik apabila ramadhan menjelma. amacam?



xoxo


(-_-'')

2 COMMENTS:

nadirah alias said...

dh approve to drive back to jb eh.cool1..hehe
jumpa ramadhan nanti..hehe

Shahira said...

hehe.
sll je dpt bwk kete ms sem last.
mule2 sem knal jln dlu kan nnt takla sesat.

jmp nnt!~