update blog dimulakan dengan bismillah ngehehehehe Sha buang tebiat. meng-update blog dalam kepanasan bukan kepalang sambil menunggu kepulangan Encik Ikhwan dari Kuala Lumpur. huu padahal mata ini terbuka luas akibat pekena ais vanilla latte Starbucks. tulaaaa gatal-gatal pergi minum. aih. hope he is arriving safely :)
heee sambil-sambil charging back my hp and my Mr. Touch. satu buat aku menyampah dengan Mr. Touch ini ialah if nak charge mesti thru lappie sebab plug-in adapter Jepun lain dengan Malaysia T_______T bila entah hendak pergi mencari adapter baru huuuuu. kereta tiada... jadi saya memang patah kaki. hehehe esok kereta daku akan berwajah baru. weeeee~
erk. intro sudah terlepas dari tajuk. saya update blog sambil dengar lagu gLee cast - Don't Stop Believing. weee lagu ini memang best. mau meremang bulu dada erk silap silap bulu roma lah ngahahahahaha. ini adalah lagu saduran daripada Queen. best gak layan lagu Queen ini :)
okayy semasa saya otw ke Osaka, rupa-rupanya tersalah beli tiket bas. supposed I have to buy JR Bus so bas akan berhenti di OCAT seperti yang dirancang tetapi terbeli tiket Willer Bus. huuuu bas ini akan berhenti di Osaka Sakurachi Eki. mana ntah saya pun tidak tahu menahu tapi ini memang tempat bas berhenti di Osaka.
sebelum naik bas, Basha sempat terangkan cara-cara bagaimana hendak ke KIX (Kansai Airport) by limosine airport. pot pet pot pet. saya angguk je huuuu tapi dalam hati memanglah cuak gila okayy. mampukah saya survive dalam keadaan hujan? T_______T nampak sangat Kampung Saijo meratapi pemergian saya hehehehe perasan habis. thanks to Sue, Niza, Basha and Nazul sebab susah-susah menghantar saya dan struggle tanya driver bus dalam kebasahan akibat hujan. terharu. sobs.
saya pun tidur dalam bas. terjaga tertidur. tidak aman rasanya sebab cuak tidak hilang langsung. takut terlepas first stop di Osaka. dijangka tiba pukul 5pg okayy. tup tup tup saya terjaga bas memang berhenti. tengok jam sudah pukul 5pg. waaaaa hujan lebat...! huuuu redha habis. sambil kudrat ini menarik bagasi haji, bagasi troli dan membawa bag pack struggle pergi ke Osaka Sakurachi eki. uiks. ini stesen densha. mananya tempat yang Basha cakap tu? aaa sudah. mati aku.
2 kali saya kehulu hilir angkut bag. tidak tahu hati ini hendak menuju ke arah mana. mujurlah mulut ini ringan bertanya pada seorang nihonjin "can you speak english?" because I saw from the way he dressed up like a sensei and have a foreigner student behind him. ceh memandai je kau ni Sha buat assumption. yes! he can speak english! so saya pun terangkan dari a to z. waaa sangat ringan tulang okayy. tolong bawa beg saya dan struggle pergi tanya pak guard dan staff di eki tersebut. very helpful. arigatou ^^
hujan memang lebat. sejuk lak tu. aih. mujur shawl ada untuk cover kepala saya. jadi berjalanlah saya mengheret bagasi ke limosine airport dalam hujan. memang sadis sangat rasa. hasilnya memang beg lenjan. mujur jacket saya water proof *eh ye ke?* sedang molek sampai tup tup bas pun tiba. alhamdulillah. selepas bayar harga tiket 1500 yen saya pun duduk dalam bas dan tidur-tidur ayam. lega sangat. serius... amin.
dalam pukul 7pg saya sampai ke KIX tingkat 4 iaitu international departure. the first thing is cari tempat wifi dulu untuk update status facebook T__________T adeh. untuk bagitau saya selamat sampai :) dan terus menuju ke shower room untuk mandi. aih mesti mandi supaya berbau harum depan sang jejaka setibanya saya di KLIA ngehehehehehe. total bayar 710 yen sebab termasuk dengan tuala. cis. mahal gila. Narita Airport lagi best kot shower room nya. aih. sabau jela.
sudah siap-siap, saya tunggu lagi 3 orang student Malaysia untuk check-in sama-sama by group. saya sudah tau yang beg saya memang extra baggage. kan btol. amik kau 29.1kg T___________T bayangkan bagaimana saya hendak hilangkan 9kg itu jika check-in sensorang. memang matilaaaaaaaaaa. thanks to Wanee, Mira dan Kak Awin atas layanan mesra anda dan kerana sudi check-in sama-sama huhuhuhuhuhu. sebelum berlepas masuk, saya sempat lagi shopping last minit. borong coklat berkotak-kotak dan tumbler starbucks. adeh habis dalam 5000 yen jugalah (--'') serius coklat dan kek sini sangat heaven okayy. memang aku tak pandang dah kek SR tu. tidak setanding dengan kek di Jepun ini hahahahaha.
saya selamat tiba di KLIA pukul 510ptg dan tiba di arrival hall pukul 545ptg. boleh bayangkan tak betapa lama saya tunggu bagasi saya? almost 30 minit! huuuuu sabar jelah. and yes! I saw you first my dear for the past 8 years. speechless :)
maybe sebab itu kot saya jadi gemuk
sukakan kek dan coklat
T______T
muhasabah diri pls?
okayy jom layan gambar
tempat duduk saya dalam bas
jangan memain ada gebor tau hihihi
berbaloi aku bayar 5900 yen
T_________T
bergambar sebelum check-in
muka gembira bukan kepalang
yeay!
usaha mengangkat beg untuk ditimbang
masa ini tidak tahu pun berat berapa
serius weh berat
T______T
berjaya juga at last
waaa gemuknya kau Sha
...
erk.
29.1kg?
boleh tahan berat gila
bergambar di dalam shuttle bas menuju ke departure area
belakang itu flight saya
:D
alhamdulillah even dugaan melanda
saya selamat juga sampai ke destinasi
kita boleh je kan survive?
xoxo
survivor
4 COMMENTS:
wow cik sha.
kalau i lah bwk beg sebanyak itu.
hmmmmm.
mau ditinggalkan terus kt jepun.
hahahaha.
>___<
mmg tak larat nk angkut kut.
papepun slamat pulang ke kontan terchenta.
Huhuhu tabah jelaaa kan?
Jari ni mmg da ade luka sket sb melecet tarik beg.
sha.asai ko tak edit gambo tu bagi nmpk selim sket?hahaha
hahahaha.
aku xpakar ke arah tu.
T______T
Post a Comment