Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, March 25, 2010

hasil sepencarian semalam


okayy serius saya tidak tahan dugaan bag laptop pink ni...! sudah lama mata ini meng-usha dan terus mentarik hati untuk membeli beg laptop tersebut. sudah lama okayy hati ini memendam rasa. murah pun murah bagi saya lah sebab nak compare dengan harga bag ini kat luar sana. kira boleh dapat student price. huhuhuhu since bertentang mata denganmu, aku tidur tidak lena, bila on laptop selalu terbayang-bayangkan akan dikau. actually sudah lama hendak beli tapi memandangkan masa itu bajet terhad ceh. padahal pokai akibat persiapan ke Jepun (--'') maka terpaksalah menahan dulu panahan hati kau kat aku *wink wink* tapi sekarang aku sudah dapat engkau!!! puas hati ngehehehehehehe aku bayar kau ini pun tutup mata je weh huk.

tekstur lembut
seperti sponge cake
okayy itu tipu

arghhh mentarik hati saya
drooling eyes
0_o

bak kata Siti Nurhaliza
ku milikmu
tapi versi Sha mu milikku

semalam jugalah terasminya Pesta Konvokesyen UTM yang ke... err... bape eh? ngahahaha saya pun sudah lupa sebab ini konvo kecil je tak penting pun yang penting konvo saya semester hadapan ye kengkawan insya Allah :) selepas makan malam dan menghantar baju ke dobi dengan Ayin, roomate tidak sah yang tersayang, maka kami pun pergilah ke pesta konvo. memang sudah niat dalam hati TIDAK MAHU MEMBELI tapi apakan daya... kuasa membeli di tangan shopaholic yang berduit. tiada duit tidaklah membeli. ye tak?

jadi pusing-pusing macam biasalah mesti banyak gerai baju dan yang paling obvious gerai jual kasut Crocs. bukan yang reject tapi replica punya. laku lak tu macam pisang goreng panas. hiks. nak puas memanglah tidak membeli di sini sebab kualiti memang jauh beza dengan yang original. itu pendapat Ayin, si kaki gemarkan Crocs. aku juga yang tiada Crocs T________T

jalan-jalan punya jalan rambang mata dengan pelbagai jenis dress. aih. macam berminat dengan satu style racerback dress English style. murah je RM30 tapi... tengok dulu. aku baru je beli dress kot hari itu. huuuu Sha silalah saving duit anda. kami pun sampai ke satu gerai buku agama. saya terdetik hendak mencari buku itu. alhamdulillah jumpa pun. siap beli 2 naskah lagi tapikan tadi Along bagitau yang buku itu emak sudah pun beli ada di rumah huwaaa. apesal laaa tidak cakap awal-awal? tapi tidak mengapalah tidak menyesal pun dalam hati. saya ini bukanlah seorang yang kakibuku tapi mukabuku erk apakah ngehehehe. pembacaan buku ini sedikit sebanyak akan membantu saya untuk ke fasa yang baru nanti insya Allah... jika diizinkanNya.

comel kan?
harap-harap Encik Ikhwan akan selalu ucap selepas kahwin
wink wink

terhangat di pasaran sudah lama
tapi saya je yang baru beli
T_____T

dan berjaya juga merembat kain pasang untuk dibuat baju kebaya labuh atau nyonya. dua-dua pun boleh sebab kain memang tersedia labuh. warna mestilah ungu okayy my favourite. ada kang boria semua ungu ni. cantik. handbag ungu, shawl ungu, kasut ungu, serba serbi ungu T_______T kereta pun ungu wah wah wah. gila. sepanjang hayat saya tidak pernah pun memakai baju kebaya so inilah kali pertama. lagipun beli khas untuk Encik Ikhwan. beliau hendak sangat tengok saya pakai so inilah peluangnya. boleh jadi juga baju konvokesyen saya nanti hehehehe recycle sudah. matching dengan jubah warna ungu juga (--'') jadi jangan muntah ye tengok serba serbi ungu. aih.

diimport dari Indonesia
tempat mana saya pun sudah lupa
penjual pun asal dari Padang

complete set dengan shawl
+)



xoxo


happy shopping

2 COMMENTS:

.ieLah. said...

teringin gak nak beli aku terima nikahnya tuhh
menarik :)

Shahira said...

ielah amik je yang sha.
sbb kat umah sha da ade buku ni.
sha jual kat ielah.