Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, July 29, 2010

ada sesuatu


post ini saya dapat daripada kawan saya, Cik Hana di Facebook
renung-renungkanlah
:)


Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua



Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah



Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya



Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan



Usah tertawakan impian orang lain kerana manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa



Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar



Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas



Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, "Kenapa anda ingin tahu?"



Berpeganglah kepada tiga R:
Respect to yourself
Respect to the others
Responsible towards your action


Usah benarkan pertikaian sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar



Tersenyumlah ketika menjawab telefon kerana pemanggil dapat melihatnya daripada suara yang mereka dengar



Ada ketikanya anda perlu bersendirian




xoxo


:)

3 COMMENTS:

.ieLah. said...

thanks for sharing the words :)

nurayunni said...

best entri nie..

Shahira said...

yup.
saya rs the best.
:)