Daisypath Anniversary tickers

Pages

Friday, December 31, 2010

me, in 2010


sobs.

serious malam ini takde mood nak update blog. mata pun macam mahu terkatup rapat. the worst part being Shahira was "it is not easy to be me." hampir semua blog lists kat sebelah dan mana-mana blog pun akan buat review tahun 2010, wish happy new year 2011 bla bla bla tapi saya takde masa nak buat semua itu. sebab saya sekarang: broken hearted.


update esok kot?
bye


xoxo



:(

my wishlistssSss in 2011


ini entry separa sebelum tirai 2010 melabuhkan langsir dan buka langsir baru ke arah tahun 2011. wow sekejap je kan masa berlalu ahaks ayat cliche lagi ;p entry kali ini akan reveal apakah harta benda yang saya ingin capai dan memang nak sesangatttttttttt pada tahun depan. so hopefully dapatlah kan keinginanku ini dengan hasil titik peluh lelah saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa ehe baru puas hati kan? tapi tapi tapiiiiiiiii kalau dapat sedikit bantuan apa salahnya ngeh ngeh ngeh.

Armani Exchange Braided Handle Hobo
RM560
mampukah diri ini mendapat handbag ini?
T_________T''

Marc by Marc Jacobs Classic Q Hillier Hobo
RM1500
ini lak harga mentarik hati perasaan tuan punya blog
kang kalau beli sedebuk dengan gaji
alamatnya makan pasir lah selama sebulan
(--'')


Speedlite Di622 Digital Flash
RM500
ini amat penting untuk dapatkan sebelum wedding job bulan Mac
sampai bila nak bergantung pada lighting indoor?
hu.

AF-S Nikkor 12-24mm 1/4G ED
RM3700
sob sob sob DX lens yang serius menduga hati
wide lens anda sangat cantik untuk outdoor
waaaaaaa harga buat haku menangis!

****

jeng jeng jeng
inilah yang paling daku idam-idamkan
Perth, Australia
saya harap sangat kita akan berjumpa pada tahun hadapan
eh eh eh?
hello koala and wombat!
heeeee.


berjumpa lagi pada entry lagi separa untuk akhir tahun 2010!
muahhhhhhhhhh!


xoxo



harap-harap lah tercapai!

Thursday, December 30, 2010

happy birthday, my dear


30th of December 2010

"there are no words can describe you as my best friend"
now. then. forever
our friendship will remain forever
insya Allah

happy birthday
Nurul Farhana bt Sabli













have a blast
love you!


xoxo



:) :) :)

tajuk yang sesuai?


hai selamat malam. entry kali ini pasal lelaki perangai macam gampang dan nak selitkan sedikit pasal demam bola Piala AFF Suzuki. hahahaha terima kasih lah PM Malaysia sebab baik hati sangat bagi cuti umum pada hari Jumaat ini tapi bagi saya sama je sebab tak cuti (--'') huhhhh tapi mengharapkan warga Kuantan serta Kemaman datang shopping last minit semasa hujung tahun di kedai saya so boleh capai target dan semestinya dapat komisen yang amat banyakkkkkk!!! kaaaachinngggg!! huhuhuhuhu agak-agak boleh achieve tak RM30k?

okay mari menyelit pasal bola sekejap. saya tidak tahu menahu pun pasal bola ini. tahu pasal ada match pun sebab kecoh-kecoh pasal laser apekebendantah wahahahahahaha. lantak lah bukan isu semasa yang membolehkan saya berjaya pada exam PTD tahun depan eh tetiba? ;pp sudah lah tak tahu menahu pasal bola kat Malaysia pastu tup-tup sudah masuk final dan baru je pas match dengan Indonesia di negara seberang.

pastu siapa Bung Karno? tetiba je kan? oho tu nama stadium kat sana. baru tahu. pastu siapa Khairul Fahmi? ohh tu penjaga gol team Malaysia yang bermata sepet. baru je kenal muka tadi. pastu kat news feed bersepah-sepah orang update status hari Jumaat ini cuti. oh terima kasih PM! pastu kecoh lak satu Facebook dan para blogger yang dia sudah ada gf. peh stalker gila. kesimpulannya? ADA AKU KISAH? ngeh ngeh ngeh. banyak lagi kot isu yang saya ambil serius tapi kalau isu dan berita sensasi yang macam ini, sorry saya memang langsung tak berminat. sekadar tahu apa yang tahu je. nak tahu lebih-lebih aha takde masa. baik korek hidung je :P anyway tahniah pasukan Harimau Malaya kerana menewaskan Garuda.

****

cukup bercerita pasal bola. mari bercerita ke arah yang lebih serius. kepada bab hati dan perasaan. ehem Doktor Love ingin bercerita wahahahaha adoi perasan betol. diri sendiri pun tak terurus. saya ada update status kat Facebook:

Kekadang sikap kaum Adam macam gampang

kenapa gampang? apakah itu gampang? the best word I can describe is macam lahanat. huhuhuhu. yes lahanat. pepaham je lah apa yang saya nak cakap. kaum Adam ataupun lelaki ini memang tak boleh dipercayai. tatau lah kenapa ada juga spesies macam ini. kekadang perangai atau sikap mereka memang macam gampang. saya cakap gampang terus-terang sebab geram. geram!

adalah beberapa kawan rapat saya yang baru putus cinta dengan bf dieorang. okay fine maybe takde jodoh. tapi cara si kaum Adam ini memutuskan hubungan sangat lah tidak matang dan eiii memang mintak pelempang betol. ini adalah cara-cara kaum Adam yang dayus serta gampang di dalam usaha untuk memutuskan hubungan dengan gf mereka:

1. menyepi diri daripada gf; senyap sunyi dengan tidak reply sms/email/skype/ym atau apa jua cara untuk berhubung. kalau sms tak reply, jangan harap lah nak jawap atau angkat call, right? setuju?

2. kalau angkat call or reply sms pun mesti cakap mereka busy. aha jenis ini memang boleh go to the hell lah. bastard! bajet kau tu PM lah kan nak cakap busy nak mampos. pergi mati.

3. paling lama kaum Hawa boleh bersabar selama 3 bulan sebelum bertindak. wow kami memang dianugerahkan bakat terpendam yang baru tercungkil iaitu perasaan sabar di dalam sesuatu hubungan di hujung tanduk.

4. ini paling tak boleh blah! tetiba mereka delete gf sendiri dalam Facebook. wtf?

5. pastu mereka akan send sms berhantu cakap sudah ada gf lain. wahahahahahaha senang kan kaum Adam nak memutuskan hubungan? kan betol memang macam gampang. ada yang lagi berani, terus tayang gf baru pastu baru minta clash. wah wah wah ingat diri tu HOT sangat ke?

kalau nak putus, just cakap je lah. tak payah nak buat perangai macam gampang. kaum Hawa ni boleh je terima kalau nak end off relationship. takdenya nak melutut merayu jangan tinggalkan saya T_______T'' eh eh petik sekali jari, berdozen-dozen lelaki yang datang masuk line. kaum Adam ini pun ada satu tabiat yang tak boleh dipisahkan iaitu sebelum dapat beria nak mampos ah tapi bila sudah dapat wow layan macam tahi. sebusuk-busuk tahi. hey guys! please show us some efforts or appreciation towards relationship. hmm kekadang tak faham dieorang ini spesies yang macam mana. speechless.

****

to my dearest friends: aku tahu korang sangat tabah. anggap je ini adalah ujian dan dugaan daripadaNya. jangan dikenang lelaki sampah macam tu. ada ramai lagi yang lebih baik daripada mereka. kita ini kaum yang teraniaya so just hope that what goes around comes around. live life to the fullest. slow down, breathe & love. xoxo from Sha...

print screen from my page
wahahahaha ada seorang je lelaki yang like
yang lain semuanyaaa perempuan
I like!
;p

kali ini entry penuh dengan emosi. sorry kepada sesiapa yang terasa. kalau korang bukan macam tu, tak payah lah nak terasa. hahahahahaha loser sungguh mereka ini. so pathetic. memang perangai macam gampang. esok adalah hari yang menyeronokkan. harap-harap seronok weehuuu ^^


selamat malam semua!


xoxo


hujan-hujan ini best tidur
kroihhhh kroihhhh

Wednesday, December 29, 2010

minggu yang penuh dengan konflik


erm hye selamat petang bloggers dan pembaca blog saya. ehe selamat petang. betol lah. bukan nak tidur lagi pun kan? kan? dalam bahasa Jepun, akan wish "konbanwa" and not "oyasumi nasai" eh tetiba lak masuk ke bab Jepun ini sesungguhnya amat rindukan saat-saat belajar di sana eventhough sekejap. eventhough kekadang rasa bosan amat tahap gaban kuasa lapan tapi itulah pengalaman orang cakap "once in a blue moon" ecehhhh bermadah lak pepagi buta ;p

lately mood tidak menentu. sebab? PMS semestinya adoi. pastu of course lah dengan perasaan berkecamuk tak tentu hala dengan busy tahap nak mampoihhhh haku haaa (-_-)'' tekanan di tempat kerja akibat tidak cukup staff dengan kerja office still tertangguh hemmm tension gak fikir tapi kalau tak fikir pun tak boleh juga sebab sudah memang kerja haku huhuhuhuhu. ponat dah haa eden fikir. bila saat-saat hujung tahun ni sale memang boleh tahan hebat harap-harap lah capai target so komisen pun menjadi lebat juga *saya memang mata $$$* wahahahahahaha.

nampaknya perenggan kedua tu merepek je banyak sobs. umm saya baru je berbaik dengan Mr. Bruno Mars. ayat cliche dalam berpasangan *biasa lah tu adat dalam hubungan mesti ada turun naik, takkan tak pernah bergaduh kan?* wuuu siapa je suka bergaduh? takdenya orang mengaku suka bergaduh tapi kekadang best juga perasaan berselisih faham ni. ada pro kontra. kebaikannya adalah kita semakin mengenali diri pasangan kita tu camne. kalau tak bergaduh, takdenya nak faham. betol tak? single atau double masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. apa yang saya tahu, Allah suka menetapkan jodoh kita daripada azali lagi, jadi kita hanya boleh berusaha dan banyak berdoa ke arah itu agar dapat jodoh yang baik-baik, amin :)

marah itu tidak bagus sebenarnya
tapi bagus juga untuk diri sendiri
supaya tahu takat mana kita boleh tahan marah
hohohohoho

****

bersempena dengan minggu yang penuh dengan konflik, penat jiwa dan raga untuk harung kesemua sekaligus maka saya telah pergi shopping. mana lagi kalau bukan East Coast Mall. mana boleh bagi can kat Cik Afie seorang je untuk shopping. saya pun mau juga hua hua hua :D saya telah berjaya untuk membodek Emak supaya membelikan saya hadiah harijadi in advance wakakakakaka. tak malu kan? ahaks. buat apa nak malu dengan Emak sendiri. ngeeeee. dah lama tak beli handbag wuwuwuwuw. selain brand MNG dan Esprit, saya juga menggemari brand Roxy. memang ada buat koleksi purse, handbag & slingbag. amin mujur ada sale 30% yahooooo terima kasih Emak lebiu!!!

teaser jap
;p

aha sort of hobo bag kot
sesuka hati je kan cakap hobo bag
tak dapat Marc Jacob or Armani Exchange
Roxy pun jadi lah kan
:D

****

sebelum melabuhkan tirai blog, saya nak cerita seorang blogger ini hehehehe. terjumpa secara tidak sengaja di kedai saya. memula saya dah perasan ada 2 orang wanita ini sedang kusyuk memilih pakaian baby tapi masa tu saya busy nak buat kerja dalam office. selepas sudah settle kerja dalam office, terus pergi kat kaunter. nampak lagi 2 orang customer tadi tengah try sunglasses. pastu kan bertembung lah anak mata kami. saya senyum je lah kat beliau. pastu beliau senyum balik terus cakap nama saya, Sha. saya ingat dia kenal through nametag saya huhuhu tapi macam pelik je kan? rupa-rupanya beliau ialah Puan Dd :D :D :D kami hanya berbalas comment through blog je huhuhuhu. rasa segan sekejap *ehe sekejap je lah* pastu terus jadi peramah di kaunter pembayaran.

hai Puan Dd
ada masa datanglah shopping lagi ya!
yeah the best therapy ever
:P

****

okay setakat itu sahaja. problem dengan Mr. Bruno Mars settled dah kot. entah lah tatau nak comment camne. esok adalah hari perhitungan wow macam nak bertumbuk je kan? takde lah just create an emotion je semasa berjumpa nanti. tengok aje lah Cik Sha oiiii. here in my heart I missed him so damn much. only God knows that. adoi tak tahan betol apabila hati sudah melara dan bakal melarat sob sob sob. okay lah mau tidur!


oyasumi nasai
(-_-)


xoxo



semoga mimpi indah sahaja

Monday, December 27, 2010

tutorial shawl/pashmina ala Shahira Rosli, again?


hye readers and bloggers hehehehehehe. seperti yang dijanjikan maka terhasil lah satu shawl/pashmina tutorial ala Shahira Rosli setelah berhempas pulas upload through Youtube selama 2 jam engkau haaaaa. jenuh dah haaaa emak tunggu taw. ahaks. ekceli tutorial secara tidak sengaja. buat pun kat dalam cafe setelah habis dinner. tu pun sebab nak bela shawl (-_-)'' betapa selekehnya dirikuw ini wuuu. thanks to Mr. Bruno Mars kerana menjadi jurukamera secara tidak langsung.

harap-harap korang faham lah ek
kalau tak faham lagi huhuhuhu
tak dapek den nak nolong
(--'')

nampak sangat kan amatur dalam ber video ini wahahahaha
video tangkap muat
;p



xoxo


:D

Sunday, December 26, 2010

story of tonite


I don't want to be like this
I am stronger than yesterday

hari ini sudah menjengah ke tarikh 26 Disember 2010. sekejap je masa tup tap berlalu akan say hye to 2011 dan say bye bye to 2010. tahun 2010 merupakan tarikh yang pheww boleh tahan banyak dugaan cabaran yang kena tempuh sebelum dapat merasa manis madu sesuatu hasil. ehe apa aku melalut ni tapi lebih kurang macam tu lah. nanti nak buat satu entry khas tentang tahun 2010 pada akan datang.

malam ini tidak keseorangan. Cik Hana teman saya tidur tapi lain bilik. dia nak tidur kat bilik saya. tau lah katil saya empuk ;p sekarang ni pun masing-masing pakai sensorang laptop. hihi mujur laptop lama saya sudah dibaiki. nak kira dalam rumah ini ada empat laptop tsk. Abah pun sekarang sudah pandai melayari blog wahahahaha. tu pun ada hajat nak buat akaun Facebook tapi dibantah sekeras-kerasnya oleh tuan punya blog hehehe ;pp Emak pun surf gak semata-mata nak tengok Facebook (--'') tu je lah yang beliau reti selain daripada Microsoft Office wahahahahaha :D :D :D and of course kalau Along balik dengan laptop beliau yang kipasnya rosak kot *dah sound awal-awal HP tak bagus tapi pergi gegatal gak beli*

eh sudah terlari daripada topik awal ni. hum. hari ini perasaan bercampur baur lak. kenangan lama menggamit kembali. tatau ah kenapa. pastu boleh lak pergi try baju yang sudah siap dijahit tapi tak terpakai. terletak je nampak. tapi masa try baju tu rasa sayu sedikit. macam saya tak percaya yang dahulu saya sudah ke arah tersebut tapi sekarang saya sudah buat U-Turn dan melalui satu fasa kehidupan baru. Alhamdulillah life is goes on and keep on better and better. takpelah baju tu boleh je guna untuk occasion lain. umm takde rezeki kan? :)

lately saya suka dengar Traxx Fm. best seh daripada Fly Fm dan Hitz.fm. tatau lah kenapa tapi lagu omputih kat radio ini best woooo. morning crew pun best woooo. suka suka suka! sekarang ni pun tengah dengar lagu kat radio ini sambil menaip di laptop hehehe update blog lah sengal! sambil mendengar Cik Hana ini membebel-bebel dan minta disepak terajang sekali sekala wakakakaka ;pp

okay lah tu je nak update. takde cerita sangat pun. esok hari keenam saya berpuasa nazar. tadi pun rezeki murah hehehe sebab dapat donut Big Apple, air kotak dan gula-gula for free! semua staff dapat macam kengkonon hadiah untuk Krismas hahahaha takpe rezeki-rezeki. ni lak baru je pas makan mini tart yum yum best ^^ burp! sebelum tu dinner or supper dengan Cik Hana iaitu teh ais, teh o ais limau dan nasi goreng USA. tak best pun cehhhhh tapi sebabkan lapar tibai je laaaa (-_-)''


tengah tunggu Mr. Bruno Mars call
tapi entah bila sobs
goodnite everybody
zZzzZZZzz


xoxo



esok mereka balik yeay!

quote of the day


"Motto for the bride and groom:
We are a work in progress with a lifetime contract"
- Phyllis Koss



xoxo



love is a never ending feeling

Saturday, December 25, 2010

e-day | 241210


Location: Perkampungan Cenderawasih, Kuantan
Gear: D90 with 18-55mm & 50mm

Engagement Day
Syed Mohd Lutfi & Nur Liyana
24 December 2010












****

credit to her sis for capturing this picture
thank you for the great foods
:D :D :D



xoxo


happy mode

Friday, December 24, 2010

hari kepenatan


entry ini tiada gambar so macam agak bosan untuk dibaca ehe. next entry nescaya penuh gambar hihihi. berjaya edit beberapa gambar sahaja. just pick yang mana nampak macam lawa untuk edit tu saya edit. yang selebihnya just enhance colour, add on or reduce brightness or contrast. tamau edit lebih-lebih sebab nanti dah tak nampak natural. agree? pls agree huhuhuhu hampeh ko Sha.

malam ini saya keseorangan kesian kan? sob sob. Cik Hana tak dapat teman tsk saya harap esok pagi boleh bangun solat subuh sebab selalu Emak yang kejutkan huaaaaaa (-_-)'' pastu terbaik ah esok kerja shift pagi uhu kena lak bangun awal tapi takpe balik petang weehuu. hari esok adalah hari kelima berpuasa ehe. kan betol berat saya sudah turun. tadi timbang 51kg weehuuu. turun secara mendadak sebanyak 3kg selepas kerja macam nak mampoih busy dan juga berpuasa nazar direct 7 hari T________T'' memang nampak weh obvious kurus huuu. humm kurus sakit bukan kurus HOT. sobs. pasni selepas habis puasa confirm naik balik! ehem kena maintain bebeh!

nak cerita punya lah penat tadi. selepas solat Maghrib saya melutut lah kat tepi katil. check Facebook sat thru iPod pastu boleh tertidur. wtf? Sha weh gilaaaaaaaaaa. korang bayangkan yang haku ini boleh tertidur atas katil sambil melutut, muka menepek kat katil T_________T'' super duper penat. dan dan setengah jam haku tertidur ni haaa. pastu bila tersedar, mula lah sakit kepala sebab tidur meneleng pastu dengan kaki cramp. tak cukup dengan itu sakit lutut lak. adoi macam-macam aksi bodoh uhu (--'')

tu je kot nak membebel hehehe. sedikit je tak banyak. anyway congratulation to all PMR's candidate yang cemerlang terbilang gemilang. student sekarang lain dengan student dahulu. apabila teringat kisah lama macam lawak pula aku rasa. dulu ambil result PMR kat sekolah pakai selipar jepun & seluar track je sebab masa itu hujan dan Kuantan dilanda banjir teruk. hahahaha rumah saya selamat ;pp main air kat rumah orang lain ekekekekeke.

nasib tak menyebelahi saya pun sebab dapat 7A je. yang lain 1B untuk agama cet. masa exam biasa dapat A tapi bila PMR dapat B? pfftttt. pastu seperti yang dijangka, Bahasa Arab akan mencacatkan result iaitu C muahahahahahahaha. memang study pun tangkap muat je lah :D :D :D haku dulu student yang pemalas. memang malas nak study. kalau nak diikutkan pada zaman sekarang, memang saya takkan study lah weh sebabkan gangguan daripada alam siber ini. lagi dasyat daripada MiRC. serius weh. dulu masa SPM tak study sebab menatang tu lah. and then haaaa The Sims. memang gian.

ahaks. sekarang sudah tak gian. sudah tak gian game. hanya gian pada Facebook dan juga Mr. Bruno Mars ;pp nak juga terselit eh. pastu gian pada diri sendiri, latte, teh ais, dan pekerjaan ku sekarang. pastu gian kepada family dan shopping eh tak tak itu tidak termasuk. sudah tidak gian pada tahun hadapan. okay aku sudah start merepek bye.



xoxo


:D

teaser of engagement 241210


praying the best for both of you
will update later
:)



xoxo


with love

last job in 2010


hai selamat pagi semua. ini post entry di schedule kan tepat pukul 12pg nanti muahahahaha sebab tuan blog sudah habis bosan tatau nak buat apa. Alhamdulillah my Mr. Bruno Mars telah selamat sampai di Subang - ada kerja sedikit di sana. erk lama betol nak sampai. uhu kena turun naik tukar train tu yang leceh. emm kan sudah rindu dia lebih sobs nampak gaya kena jumpa hari Ahad lah weh lambat lagi tuuuu (-_-)''

hari semalam adalah off day saya as usual. saya duduk rumah je tak ke mana sebab faktor hujan yang membasahi bumi membuatkan saya super freezing cold dan guess what? bangun tidur pukul 2ptg wah wah wah. seronot betol hamba menidurkan diri. hahahaha ganjaran untuk diri sendiri. tahniah tahniah. sebab lately busy tahap nak mampoihhh so there you go. lagipun malam semalam sudah keluar dating dengan Mr. Bruno Mars. pastu dia lak takde kat Kuantan. nak nak lagi my sis baru sampai rumah pagi tadi so lebih afdal spent time kat rumah je eheks.

hari ini saya ada job. hihi my best friend engagement day. duduk depan rumah je haaa. tahniah diucapkan kepada Cik Liyana. sudah habis event jangan lupa belanja aku ayam KFC. nak nak lagi aku tengah berpuasa nazar. weee rezeki rezeki :D :D :D saya harap esok cuaca okay. if hujan pun umm tamau lah lebat-lebat. kalau boleh janganlah hujan hu pls? nanti susah nak tangkap gambar huk huk. just praying the best for today.

hari ini juga my whole family *eceh cakap macam ada big family je padahal kami berempat je kui kui kui* haa my whole family except diri ini akan bertolak pulang ke kampung halaman iaitu di... ehem arghhh segan lak nak reveal wakakakakaka di Manek Urai, Kelantan. dalam 27km dari Kuala Krai. jauh weh dari Kota Bharu mau 88km dari sini sobs ya kampungku terpencilkan? huk. sudah lama tak balik kampung, almost 7 years wow!

ahaks mereka balik kampung sebab ade sepupu kahwin. saya tak dapat ikut sama sebab nak ambil UPL ni macam tak berapa nak sesuai pada masa ini disebabkan kekurangan tenaga pekerja. wow! hebat kau fikir pasal orang lain. yelah kang tak pepasal haku kena kerja full shift lagi (--'') maka terpaksalah saya tinggal di rumah sensorang mulai hari Jumaat sampai ke Sabtu. sekejap je hehehehe. insya Allah mereka selamat sampai ke Kuantan hari Ahad. yeayy! so does Mr. Bruno Mars. uhu Abah siap sound awal-awal jangan balik rumah lambat sangat. gulp. baiklah :D :D :D

hari ini juga merupakan hari keempat saya berpuasa nazar. yoshhhh three days more to go. semakin hari saya merasakan saya semakin ramping muahahahahaha perasannnnnn! tak sedar perut ini akan membuncit disebabkan makan banyak semasa berbuka. tidak dinafikan saya memang makan banyak. nak nak lagi semasa berbuka uhu. sebab entah. maybe tak sahur tu satu sebab juga. and another reason was saya ini makan banyak masa tu je. pastu memang tak makan pape dah. sebab tu kot maintain kurus ngeh ngeh ngeh ;pp

oh yes pasal video. saya nak upload video kat blog tapi tak boleh kenapaaaaaaaa? ada sesiapa tak tahu camne nak upload video kat Youtube pastu nak copy kat sini? penat tawww buat video untuk shawl tutorial tapi alik-alik gagal untuk dimuat turun. eceh ayat skema. sob sob. dua kali attempt untuk download tapi failed! haaa geram emak ni haaaaa grrrrr!!!

ehe itu saja update untuk hari ini aha tipu nanti nak upload hasil tangkapan semasa E-Day. semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. terima kasih kepada bloggers dan readers yang rajin singgah ke blog cabuk saya ini. ehe sekian terima kasih ada masa saya update lagi :D

arghhh can't stop thinking at him now
....
ilyaah.



xoxo


tengah download Tron edisi 1982

Thursday, December 23, 2010

love, fashion & foods


do you harem?

Just Relax Cafe
Kuantan, Pahang

stripey white & black shawl;
oversized black tee by MNG;
high neck red inner by MNG;
unbranded harem pants;
velvet mocha/red pump shoes by Vincci

this is my first attempt wearing harem pants. my friend sold it to me for the price of RM40. so how do I look? is it okay? is it soooo weirdo? because harem pants in this industry fashion either will look disaster/fashion victim or more fashionable and look HOT instead of NOT aha :D :D :D harem pants were baggy pants, tapered at the ankle, sort of like MC Hammer pants, but on the side hip/thigh areas were two flaps that buttoned at the waist area.

****

the beauty of simplicity

italian course for tonight

she was too hungry
believe me
;p

she just focused on her food
not him at the moment

dessert time for us
^_^

the foods were delicious

****

Shila Cafe
Kuantan, Pahang

met with our friend, Al
we are going to be missing you
oh yes, he is taken
;pp

his first attempt to be model
hahaha

ilyaah
:)



xoxo


awesomeness just happened