Daisypath Anniversary tickers

Pages

Sunday, December 5, 2010

nak update apa ek?


hai konbanwa. saya baru balik dari kerja sejam lepas yakni pukul 1030mlm. hari ini kerja full shift lagi fuhhh dua hari berturut-turut kerja full day (-_-)'' terpaksa cover ASM sedang pulun menghabiskan annual leave beliau. hiks. saya pun kerja buat 2 kerja iaitu kerja SE dan kerja saya sendiri. penat tu penatlah juga tapi nak buat macam mana kan? namapun kerja. saya tak boleh nak merungut sebab enjoy je kerja camni. cuma kenkadang apabila datang JK di situ, bermulalah episod mengenang nasib tak boleh cuti hujung minggu dan bangun lewat uhuk. nak amalkan bangun lewat hanyalah pada off day dan shift petang.

hari Selasa ini sepatutnya saya kerja full day tapi macam malas je ehe. nak tidur puas-puas tapi tak puas manalah sebab dapat bangun lambat. tu je beza. ah lantak ah. yang penting badan ini kerja cukup rehat. meskipun saya ini mata duitan tapi tidur itu lagi nikmat kot? takpelah triple pay kurang janji haku cukup tidur ngeee :D :D :D lagipun esok malam nak ngedate dengan Mr. Bruno Mars eheks. saya rindu kat si dia. last jumpa Khamis lepas lah. rasa sekarang ni pun otw balik dari Kolumpo. dia ada event kat Perlis naaaa. jauh bebeno T__________T'' takpe esok adalah masa untuk melepaskan windu wink wink. mujur esok shift pagi hihihi yeayyyy ^^

saya nak story sket pasal parent sekarang. saya observed laa kan customer yang datang ke kedai saya ni. hampir 90% semua pakai lepas tangan. ingat kedai ni nursery ke? yang kau boleh pakai lepas je anak kau tu berlari-larian berkejar-kejaran? ingat staff haku ni babysitter anak kau ke? adoi. tu part yang saya geram sangat. diaorang bukan cara pun. duk syok sendiri tengok baju sampai anak hilang pun tak sedar. bodoh punya parent. tu satu hal.

yang lagi satu ni best gak untuk dilihat dan boleh judge betapa bodohnya parent sekarang. anak sendiri pun tatau nak jaga. datang kedai pakai lepas je anak diaorang. pastu one day ada sorang ni anak dia terlanggar mannequin. pastu kaki besi tu patah. dah patah memang tak boleh nak buat apa lah. pastu dan dan nak pukul anak dia kat situ. tak ke bodoh? before this tak pandai nak jaga. bila harta benda dah rosak baru nak pukul. eiii geram betol tengok. serius geram. haku dulu takdelah nakal camtu. tak berani kot nak berlari-lari dalam kedai. adeyh. harap-harap anak haku nanti takdelah nakal camtu. eh? tetiba (-_-)

esok hari Isnin. hari nak kata busy gak ah bagi saya. dahla pc dalam office tu macam ('oo') penuh dengan malware spybot apa kebenda ntah wuuu. mengganggu betol tugasan seharian saya iaitu melayari internet eh silap buat kerja laaaaaa hahahahahaha :p esok kena start display aksesori baru tapi mujur tadi ada seorang staff cashier tolong display sedikit. hiks. thanks. dan dia adalah staff cina yang berperang mulut dengan saya satu tika dahulu. tapi sekarang okay kot? saya buat kerja saya dan dia buat kerja dia.

okaylah setakat ini saya menulis entry yang memang bosan pun. saya ini since kerja memang membosankan. update pun pasal entah pape jek. takde life yeah itulah saya sekarang (--'')nak enjoy pun bukan selalu tapi kenapa duit selalu habis je? huhhhhhh pelik tu weh. wu. sebelum melabuhkan tirai blog, silalah layan gambar sengal saya untuk tatapan anda semua. bye. nak pergi mandi pastu tidur eh sebelum itu kena basuh baju dahulu kalau tidak entah bila nak basuh. okay bye.

2009
pada zaman tak sedar diri
tak sangka haku sebegini rupa
(-_-)''

tadaaaaa
gigi arnab yang memikat hati siapa?
;p

disebalik gigi arnab ada tu gigi pontianak
Edward Cullen itu milik aku
tetiba jek hahahaha
T_______T



xoxo


gila meroyan ke hape?

6 COMMENTS:

Izyan Helmi said...

hempp..hopefully kite nnt xtergolong dlm yg 90% tu kn kak sha.

akak..akak keje mn skrg..

Shahira said...

tu lah.
kene didik anak dgn btol.
T_T

Cloverush said...

Saye pon membebel mende yg same kat diela mase kat parkson ari tu oke.. Tamao jadi mcm parents skang.. Nauzubillah..

Lia3003 said...

ganasnya mak bapak tu..x suka dorang buat macam tu, even budak tu kecil lagi, budak tu akan rasa mak bapak menjatuhkan maruah dia and mak bapak pun secara tak langsung tunjuk perangai buruk..

pernah saya makan kat kedai, budak tu just tumpahkan air je, then bapak dia pukul budak tu macam budak tu pergi mencuri,siyes kesiannn

Shahira said...

T______T
parent skg suka bersikap lepas tgn.
cm ape jek.
aihhhh.
die pukul lagilaa nmpk mcm tatau nak ajar anak sndrik.

Anonymous said...

err..sha..edward cullen tu akceli milik i..hehe..tp i xkisah berkongsi. heee.