do I? do I? do I?
really???????
nahhhh ai dun tink so rite now
;p
hai semuaaaaaaaa. rindu tak kat saya? rindulah rindulah rindulah wahahahahaha macam lagak gaya Annoying Orange minta dilempang bertubi-tubi sobs. korang tau tak Annoying Orange tu apa? ehe tatau? okay sila memulakan pencarian di dalam Youtube dan seriously guys u ollss akan rasa tersangat amat get annoyed with that orange. ekceli dah lama nak update blog tapi mood tu takde. rasa membuak-buak nak update since minggu lepas iaitu selepas celeb my birthday pada 2 Februari 2011 tapi huuuuu banyak pula kejadian yang menduga hati dan perasaan berlaku so hold dulu lah. adoi macam-macam ada woooo nak apa? semanis gula? sepahit hempedu? semasin garam? semasam asam masin? hiks bak kata live life to the fullest. yeahhh tu yang saya buat sekarang ^^
lately tuan punya blog rasa tak sedap badan. nak cakap demam takpun sebab manja-manja gituw. selsema lah pastu batuk sekejap pastu sakit tekak sekejap. aihhh semua nak sekejap sekejap. haku redha T________T'' dan pasrah. my superior ada bagi kat saya ubat selsema kan perghhhhhhh memang terbaik! selsema terus baik tapi yang tak tahannya... ngantuk seharian semasa bekerja. memang betol-betol kick my ass eh silap kick ah kick kapowwww!!! gwa sudah ambil double shots caffein tapi still tak menjadi woah. cilakak punya ubat. drug kuat bebeno uhu. pasni tamau dah makan uhu.
aha suda masuk perenggan ketiga. ni pun still pening kepala since hari Khamis selepas bangun daripada tidur. tulaaaaa sape suh tidur petang-petang haa amik kawww kan dah pening. dan still terasa sampai sekarang meskipun saya sudah makan macam-macam nak bagi angin keluar, tidur sampai mata lebam but still pening (-_-)'' mode PASRAH is ON now!!! dugaan oh dugaan. tadi kerja pun lenguh-lenguh badan. seriously my body is really tired now. need a massage! need a vacation. where? Singapore is waiting for us :D :D :D tiket sudah selamat dibeli so yeayyy!!! mari bergumbira sehabis puas kat sana ^^
apa lagi nak di update ek? lantak ah korang nak tau ke tak yang penting aku ade update wahahahahaha *laugh like a villain* ermm ermm apa nih weh? saya pun dah lupa (--'') ohooo salah satu lagi sebab musabab kenapa saya liat sangat nak update blog disebabkan skrin laptop makin bangang memang nak kena maki dan wajib kena hantar baiki Isnin ni wuuu. selamat melayang lagi $$$ gwa. kena buat loan dengan PaMa nih. mesti mereka memahami hek hek hek. dah lah kan membebel. mari kita membaca kronologi peristiwa yang berlaku pada minggu lepas ^^
****
2 Februari 2011
alhamdulillah saya masih lagi bernafas di muka bumi ini apabila umur mencapai angka 25. nampak tua kan? macam tua kan? memang tua pun. kau tu je tak sedar diri. of course I am always sweet seventeen. boleh tak macam tu? boleh kan? muka still maintain muda dan comel werghhhhh muntah muntah!!! huhu okay part serious. hmm dah suku abad dah. apa yang saya telah capai? almost everything except certain things. manusia mana boleh dapat semua nanti lupa diri. being 25 years old for me it is not really amazing because I still can't achieve what I want in 25 years old. eh ada ke wishlist ni? ada je tapi simpan dalam hati jelah nanti reveal semua kat blog orang mengata pulak kan (-_-)''
I just hoping the best for me in this 2011. harap semuanya okay dan takde sangat ujian yang amat menduga hati dan perasaan. sket sket tu boleh blah lagi laa huhuhu. aha nak cerita kan masa birthday saya ni saya dua hali kelija full shift woo. selonot tak? selonot wooo. income gwa lebey lohh nanti. sehali almost dua latut lima puloh linggit. dua hali? lima latut woo gwa bole dapat. hai meh? betol lohhh kenapa gwa mesti tipu lu? aiseh tertulis slang Cina lak hihi mementanglah CNY tak habis lagi. feel sket kat situ. bajet ah kau orang Cina (--'')
Emak telah belikan saya kek hari jadi tapi separuh jelah. kang beli full sape lak nak makan perabis? aku? jangan harapler. hihi thanks for the cake! and thanks also for the wishes and gifts from my friends. lebiu u ollss serious tak tipu! siapa yang wish thru msg ke Facebook ke face-to-face ke, saya nak ucapkan terima kasih bebanyak. ehe saja je sorokkan birthday date kat Facebook sebab nak tengok siapa yang ingat. saiko tak? uhu.
jom layang gambar
zass~~
Choc Mud Cake from Secret Recipe
paksa Emak juga pergi beli muahahahaha
yum yum yum
dah 25!
nombor paling ditakuti pada tahun ini
tahun depan takut nombor lain lak
(--'')
acara memotong kek separuh bermula!
satu dua empat!
tak sabarnyaaaaaaaaa!!!
haaa empuk tak kek saya?
hek hek hek
orang tak habis bergambar lagi Abah dah sibuk nak makan
T__________T''
wanna some?
pada masa ni kandungan gula dah tak layan
layan nafsu makan lagi best
muahahahaha
hadiah harijadi untuk diri sendiri
Alhamdulillah salah satu wishlist sudah dapat
Nissin di622 Mark II
ngeh ngeh ngeh
lawa tak rambut palsu gwa?
;p
happy birthday to me, again
May Allah bless me in this fabulus 2011
I love myself
^_^
****
4 Februari 2011
this day was a bad day for me. aihhhh. saya terlibat di dalam accident selepas balik daripada kerja. uhu bayangkanlah dengan penat lelah tak habis lagi pastu lapar kemain perut ini berkeroncong boleh lak accident. mujur dekat je dengan jalan menuju ke rumah okay. kalau kat tempat lain tataulah apa nak jadi. it is not my fault btw, kereta lain yang cium bontot Myvi ku uwaaaaaa T_______T'' meskipun tak parah mana tapi weh baru cat kot tahun lepas! tak sampai lagi setahun tuhhh dahpun accident. adoi. ini accident kali kedua yang melibatkan kenderaan orang lain.
tahun 2009 aku langgar skuter. tahun ni kena langgar dengan Honda Civic lama. yang pelik bin ajaibnya kereta tu remuk weh macam kena hempuk apa je tapi body Myvi steady jek. ceh dahla langgar kereta aku pastu nak ajak berborak lak. macam mana laaaa aku tak naik angin? haaa mujur kau mujur nak cover semua. tunggu Abah dan Emak datang tengok dan settle. harap-harap selepas balik daripada bercuti keretaku berwajah baru laaa ek? uhu. geram gak tengok calar balar kereta celaka mana entah yang buat huuuu. jahatkan mereka (-_-)''
sila abaikan perempuan berseluar jambu muda tu eh
mari kita fokus kepada calar balar keretaku ini
calar balar ye
fokus ye
;p
dengan sensor-sensor sekali rosak
hampeh memekakkan telinga je setiap kali nak reverse
aiyaaaaaa!
****
"do I need a therapist?"
"do I need one healing process?"
.
.
.
nahhhhhhhhh!
part ini rasa macam nak beremosi sekejap. dah lama dah lupa tapi bila teringat sakit hati woahhh sakit hati tapi sekarang bolayan jelaaaa. u ollss ada pun okay, takde pun okay. tak menjejaskan ai pun. perghh riaknya saya bercakap begitu rupa. memang bunyi nampak riak tapi saya nak cakap apa? nak merayu? melutut? aihhhh. once, I really give a damn about this but now I don't. bak kata kengkawan saya, penting ke mereka? mereka ke yang bagi saya gaji? mereka ke yang bagi saya makan? ada efek ke? jawapan semua itu adalah TIADA. apa yang ada, just loses some of my friends. precious friends. because of the problem that happened before this, kot? entah. gwa tatau sebab gwa malas tanya malas layan.
first of all, saya quite terasa actually kenapa perlu bertindak sebegitu rupa. perlu ke putus kawan? kawan baik sendiri lak tu. saya pun tatau nak cakap apa. langsung takde respons daripada beliau. mula-mula kena banned kat Facebook, takleh tengok wall dia. pastu boleh. tup-tup terus kena delete daripada list friends dia (-_-)'' memula kena banned. sekarang tatau ah kena banned lagi ke tak. and that is not all. ada lagi seorang kawan saya. kira rapat juga lah... pun bertindak sebegitu rupa. and then adalah seorang lagi theQUEEN yang mengikut jejak langkah yang sama. hmm tak matang sungguh.
kalau saya ada buat salah, cakap. jangan pakai bertindak macam tu serupa orang tak matang. tak professional langsung. kenapa perlu berkait-kait dalam semua hal. masalah saya tu masalah saya je lah. yang nak sibuk-sibuk apesal? kengkonon brotherhood sisterhood bond sangat kuat? tengok jelah kuat mana... saya tatau pasal tu. saya just cakap je :) :) :) benda ini quite stress you know. stress gak ah. pastu satu persatu kawan saya advice suruh jangan fikir sangat hal remeh temeh ni dan just go on with my own life.
"Saya tidak mencari musuh dengan sesiapa di dalam alam maya mahupun realiti. Nak remove friend, silakan. Nak banned saya, silakan. I don't appreciate enemies and backtabbers here. I do have my own problems and very appreciate "with your concerns". What past is past and lets move on to the better life"
- My Facebook status on February 6, 2011
penatlah nak hadap benda ini. macam dah wajib lak nak hadap setiap bulan. macam PMS dah haaa aku rasa. dulu saya terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain especially my friends but now you all can go to the hell je lah. malas nak ambil port. malas nak layan. korang nak kutuk, silakan. korang nak mengeji, silakan. aku just Alhamdulillah je. asal jangan tabur fitnah sudah. tu memang nak kena sula. Allah je tahu semua ini.
readers mesti rasa saya ni kuat mencari musuh? gaduh? seriously tak ingin langsung. tak ganggu pun hidup mereka ni tapi kenapa mesti macam ni? kenapa mesti masalah yang lepas korang nak masuk campur di dalam friendship kita? bagi saya tu tak adil. very dissappointed dengan cara korang berfikir. umur sama baya tapi matang atau tidak je di dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah. I really appreciated my friends, at the same time they did appreciate me too. tapi kalau sudah dilayan macam sampah macam ni? aku pun tanak weh berkawan dengan korang.
pastu still nak pertikai kenapa ada blog. kenapa mesti tulis dalam blog. eh hello? blogger and reader are two different persons. selagi kau tak menjadi blogger tegar, selagi tu takkan faham kenapa aku mewujudkan blog ini. ini blog aku. ikut suka hell yeah nak tulis apa. tapi ada batasannya. tak perlu nak cerita semua benda yang privasi seperti pakai bra kaler apa. seluar dalam kaler apa. stokin kaler apa. did you get what I mean? sama je macam Facebook. certain people melepaskan emosi kat status. sama juga dengan blogger, melepaskan emosi kat blog dia. bukan melepaskan emosi kat orang lain. itu tak matang. not my way. lu pikirlah sendiri *pinjam trademark Nabil meskipun sudah tak fofular muahahahahaha*
ada banyak lagi nak tulis tapi tak tertulis sebab benda dah get over. nanti cakap ungkit mengungkit lak. tak baik tawww spesies ungkit mengungkit nih. baik jilat ludah sendiri. lagi best huk. kasarnya bahasa awak ni Sha... jaga-jaga nanti para stalker yang terasa marah pastu nak update status kat Facebook. lantak lah kan. kau bukannya boleh baca. kan dah kena banned. saya tak boleh nak stalk wall mereka jadi mereka lah yang stalk blog saya selama ini? ohhh emmm geee??? seriously? like seriously? rasa menyesal lak aku tak letak Nuffnang kat blog ini huhuhuhuhuhu if not mesti beriban riban lemon aku dapat kan?
well, Allah knows better after all. may they all rest in peace and good luck in their life and future. pasni kosong kosong aaa tamau dah tau update status bebukan kat Facebook cakap petik ini petik itu petik mangga lagi bagus. kenyang sket perut. burp! jangan lupa ucap Alhamdulillah tawww. that is all for now. tata :D :D :D
wajib kena ada LABEL baru
WHO CARES?
:D
xoxo
tak sabar nak tunggu baju fotografi
:D :D :D
2 COMMENTS:
entry bedebuk!
adeh sha. berpinar mata den bace smp abes. hahahaha.
sbr ek sha syg. lame xbace ur entry.
bz sangat lately. biase la..da fofular mestilah ada hater nyer. hehe...so please dont give a da** about them ok..
=)
hi.calm ok.jangan pening2 dgn hater tu.
ehh,label last tu macam label kat header akak je.'who cares?'
muahaha..
Post a Comment