Daisypath Anniversary tickers

Pages

Friday, February 18, 2011

rezeki tak kemana...


hai assalamualaikum dan selamat petang semua bloggers dan readers. oh well saya tanak ucap selamat malam sebab nanti korang tidur and then siapa lak nak baca entry spesel ini? ceh spesel ke? koh koh koh sebab apa sebab saja-saja suka wahahahaha. saya baru je lepas memandikan diri. huk. tau tak bagus sebab mandi memalam tapi hummm tu memang dah jadi habit tak bagus since sekolah lagi. tapi takpe kan sebab SEKALI SEKALA. mintak jauh lahhhhh penyakit pneumonia tu terjadi kat saya T______T''

dah lama tak update dengan entry yang akan membawa diri sendiri bermuhasabah diri. kali ini saya nak tulis pasal rezeki. bak kata orang rezeki tu Tuhan dah tentukan sejak azali. cuma cepat atau lambat je. terpulang kepadaNya nak bagi kat kita bila. agree? so ada yang terus berjaya tanpa ujian dan dugaan hebat dan ada juga yang kena mendaki bukit sedikit demi sedikit untuk berjaya. saya lah salah seorangnya, kot. huhuhuhu sesuka hati je kan judged diri sendiri camtu.

pada zaman globalisasi, kapitalisme, dan tanpa sempadan ini, pekerjaan semakin susah di cari. sorry to say, company tak pandang kau ada kelulusan apa kalau takde pengalaman bekerja. tu semua orang sedia maklum, kot. kat Malaysia memang takde market lah untuk lulusan Master *macam saya* so jangan lah expect kau ada Master so boleh demand kerja gaji RM3k ke atas. hehehehe bermimpi je lah di siang hari wehhhh.

sekarang yang penting dalam genggaman sekurang-kurangnya kena ada degree so boleh lah kalau nak demand gaji up to RM2k depends on your experience or fresh grads tu pun depends gak kalau pemegang scholarship Petronas ke ape ke kan so benda tu tak payah risau. bagi saya Master ini hanya boleh digunapakai kalau anda berminat nak jadi lecturer. hu saya tak minat. cukuplah Nenek, Pakcik, Emak dan Abah bekerja sebagai pendidik. saya memang dari dulu nak lari daripada rantaian pekerjaan tersebut wakakakaka.

bukan nak bagi down tapi itulah realiti. kena terima. kalau tanak terima pun boleh dipersilakan lah berada di dalam dunia sendiri sekian terima kasih. jadi, kalau rasa dapat kerja yang at least boleh menampung diri sendiri tu terima je lah. kalau kerja tu memang bukan bidang kita, apa salahnya kita belajar benda baru kan? contoh seperti saya ni haa gaji pun tak seberapa tapi kalau dah minat tu tak salah go on kan? gaji tu belakang kira yang penting our passion dan keikhlasan bekerja. tentukan nawaitu anda. betolkan nawaitu anda kenapa anda mahu bekerja?

saya dulu nak bekerja sebab nak kahwin *mode gatey* so sanggup kot nak cari kerja apa sahaja asalkan kerja sebab tu syarat utama Abah. hu amik kau ada hikmah kenapa saya tak mendapat kerja. macam susah sangat nak dapat masa tu. adei. memang tension habis. pastu selepas kejadian hitam menimpa, saya pun teruskan kehidupan saya an then macam miracle terus dapat kerja. unexpected. nak cakap apa lagi? Alhamdulillah...

at first memang rasa tertekan sebab banyak mulut mengata kenapa saya kerja kat retail shop? kenapa saya just jadi Senior Cashier? kenapa dan kenapa? saya kan ada Master. boleh demand gaji bla bla bla. perghh memang down kot. dengan mulut laser daripada kengkawan. saya dalam hati sabar jelah. nak je cakap camni tapi takut riak pula kan...

"Aku ada Master, kau ada?"

haaa amacam riak tak bunyi? hahahahaha tak baik weh riak nanti Tuhan tarik rezeki kau baru tahu (--'') so just Alhamdulillah je kepada sesiapa yang mengata. jadi sekarang, I loved what I am doing now. biar lah gaji saya tak seberapa but still cukup untuk menampung kehidupan saya sekarang. I am learning to be a better and responsible person from time to time. Thank you Allah for giving me this opportunity. saya pun bukannya tak mencari kerja yang berkaitan dengan bidang saya cuma apa yang saya boleh cakap sekarang ini, bukan rezeki saya. adalah tu kan? :D :D :D

so, why don't you all feel great about yourself? we are free to feel great about ourself and not the others. loved what you are doing right now. it is you who define yourself. it is you who choose your own path, not the others. let them talking. I am now trying to be a positive person even though sometimes I do feel negative about myself. just remembered Him. He had determined our path and destiny in this life so have faith, insya Allah :) :) :)

The Livelihoods Pentagon
saya ekceli tak paham pon wakakakakaka
saja je letak sebagai gambar semata-mata
;p


xoxo



jom tidur!

6 COMMENTS:

RoseHana said...

sha cyg..
rezeki ade dimana2..dan kita perlu berusaha..jalan itu Dia yang bukakan=)
xpe..build urself.

Azra Ain said...

suka entry ni. semoga tabah selalu! dan jangan putus asa! :)

Anonymous said...

Thank you sha!

Shahira said...

hana: amin minta dipermudahkan :D :D :D

azra: insya allah :D

fara: entry ini pun utk sha gak huhuhu.

caDbury said...

yeh...go sha!!...:)

Shahira said...

tengssss cadbury!!!
^^