Daisypath Anniversary tickers

Pages

Monday, January 7, 2013

the newlyweds: 17112012


hai dan Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis telah berjalan dengan sempurna, sederhana tetapi meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai. kenapa pilih tarikh 17 November? hehe tu tarikh birthday abah kesayangan. banyak tarikh kena ingat pada bulan November: 2/11 - birthday ayah mertuaku; 14/11 - anniversary emak dan abah; 17/11 - birthday abah and my anniversary :) dan 20/11 - birthday encik suami yang dicintai hihik. senang satu pakej nak ingat.

tema untuk akad nikah warna cream sebab baju akad nikah saya warna cream cair. so saya belikan kain pasang untuk si suami warna cream kekuningan sedikit masa kitaorang bertunang haritu. baju akad nikah tu saya tempah sendiri. actually tu baju ehem ehem yang tak jadi pada tahun 2010 so rasa sayang sebab langsung tak guna jadi decided untuk buat baju akad nikah. mujur lace plain je sebab bolehlah guna veil yang berat-berat hihi. raw material untuk veil saya beli sendiri; kain net dan border lace dan design with beaded tu haa saya tempah daripada saudari Aainaa fresh graduate from UiTM dalam bidang fesyen and seriously I fall in love with my veil. oh ya dia juga adalah designer untuk shawl semasa hari resepsi dan wedding dress semasa hari bertandang so korang yang rasa-rasa nak tengok hasil kerja dia - (https://www.facebook.com/AainaasCollection

so secara automatiknya tema pelamin pun warna cream. untuk tanak bagi dull sangat, saya guna carnation fresh flowers warna ungu dan putih (dan-dan boleh recycle jadi hand bouquet untuk majlis resepsi) dan bunga yang butik andaman taja untuk hiasan kiri kanan pelamin. pastu letak sedikit bantal kecil berwarna pink, ungu dan cream. so nampak kat situ blend well kan? lovely :) untuk pelamin dan aksesori akad nikah saya gunakan khidmat Kak Roziey - (https://www.facebook.com/ruzita.awang?fref=ts)

so masuk kepada barang hantaran berbalas 9-7. oh ye kami takde sirih junjung. mak cakap takleh makan. pastu itu hanyalah adat melayu sahaja takde syariat dalam Islam so sepakat takde. bolehlah menambah barang hantaran kat situ. semua guna barang sendiri. par hantaran tu diperbuat daripada tembaga jadi memang berat. hiasan bunga tu beli sendiri dan upah kawan mak emak untuk gubah. cantik dan memang kena apa yang saya nak. untuk hiasan bunga pada barang hantaran, saya gunakan artificial flowers; hydrangea, rose and carnation, boleh lihat gambar di bawah. pastu beli alas bantal kat SSF sebagai alas bekas polisterin and then boleh recycle untuk kegunaan masa hadapan.

saya menggunakan khidmat OP dan juga kawan photographer saya so kat situ dah dapat special price hihi thanks! nama beliau Syahmi Azman tapi nama manja Mie. korang boleh tengok hasil kerja dia di www.syahmiazman.com saya memang suka hasil kerja dia daripada dulu lagi dan memang target pun nak hire dia as our OP dan Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan hasil gambar beliau kat bawah ni except ada certain gambar dengan my trademark tu. tu memang saya yang tangkap sebelum mandi pagi hari akad nikah tu =p

untuk video lak saya dapat free of charge. just nak dapatkan moment semasa akad nikah tu je dan sangat kelakar okayy tengok muka si suami semacam selepas akad. haha lega lah tu kan selepas lafaz =p nama videographer kami ialah saudara Kamarul Azli. dia ni boleh buat kerja multitasking. dia lah yang buat kad kahwin, doorgift CD lagu kami dan banting. dia juga seorang photographer. senang cerita dia ni apa jua hal berkaitan dengan perkahwinan haa boleh cari dia - (https://www.facebook.com/emkayz?fref=ts)

okay untuk mekap pula... amboi banyak sungguh review pada malam ini. belum termasuk lagi doorgift etc hahahaha tupun kalau rajin. sebab gambarnya takde =p okay okay untuk mekap pula, saya gunakan khidmat kawan sekolah saya, Zaadah aka Zack. senang nak berurusan dengan kawan sendiri sebab boleh request nak macam ni nak macam tu. and this is first time I'm wearing bulu mata palsu yang paling nipis tapi masya Allah berat sungguh mata nak angkat for the first time. anyway, I really like her make up sebab unique, tak nampak tebal well actually memang tebal dan nampak natural. haa boleh lah tengok page dia. she is currently further her study at USM. (https://www.facebook.com/pages/NurulZaadahMakeover/138279959638447?fref=ts)

rasa tu je nak update pasal hari pernikahan kami. so enjoy gambar kat bawah ni ye? fresh from the oven dan unedited version. sesungguhnya warna DSLR Canon 5D amatlah cantik. saya jatuh cinta tapi apakan daya sangatlah mahal!

****

camwhore sekejap


amacam?
sebijik tak macam pose FK & DD?
hihi saja je request dari OP

****

baju akad nikah
baju recycle tahun 2010

bahagian atas veil akad nikah

bahagian bawah veil akad nikah
really fall in love with my own veil
=)

polaroid instax oleh Seyha Skunks
hadiah kahwin katanya
gambar jelah tapi kamera polaroid tu dia punya

****

pelamin mini yang simple untuk akad nikah
gabungan warna cream, putih, ungu dan pink
99% sama seperti yang saya request dari butik andaman

cincin perak untuk si suami
dieorang takleh pakai yang suasa tau
HARAM!

jam tangan by Ted Baker
berjaya pujuk sebab warna ungu
hahahaha

untunglah hantaran iPhone4s
=p

kek kahwin di sponsor oleh kawan rapat
dia sendiri tau yang buat 
dan dia adalah seorang lelaki
but is taken =p

set perfume by D&G
the smell... emmm

set tafsir al-Quran
si suami yang request
sebab dia cakap kalau dia baca, saya dapat pahala free
siapa tamau?

kasut jenjalan by Cole Haan
boleh tahan taste si suami
T_T

set tali pinggang & wallet by FCUK
order online from UK

hantaran tuala free daripada Emak
memula letak warna hijau tapi Abah cakap buruk
so letaklah warna kuning

****

gambar wajib dengan bff dunia akhirat
semua tu kawan dari zaman matrikulasi 2004/05
hidup KMJ!
eh tetiba

pose secara serius
tapi pada hakikatnya berdebar
=p

berdebar lettew sampai tanak kena interview
hahaha

semangat si suami mengetuai rombongan
wakakaka

senyuman dia pengubat hati saya
serius tak tipu

sedang sopan mengambil tempat duduk
plan asal nak duduk atas pelamin
tapi apakan daya big boss tak bagi

tahukah anda masa ini
perghhh panas dan berpeluh tak hingat!
mujur mekap tak cair
T_T

"aku terima nikahnya"
that moment...

boleh pulak tok kadi ni sakat aku
gelak pun habis sopan tu hihi

upacara membatalkan wuduk
tahukah anda saya menahan diri daripada kentut?
big boss cakap ni adalah acara penting

serius terasa macam artis
serius

dia bagi saya gelang
mahal dari cincin
untunglahhhhh

saya bagi dia cincin
murah dari gelang
=p

keluarga yang sporting belah lelaki
ini adalah keluarga mertua saya sekarang
:)

my small family
:)

my bff dunia akhirat
tulang belakang majlis perkahwinan saya
love love love!

bff since zaman muda remaja si suami
sebelah saya tu pelakon Khairul Amilin
sorry ye para gadis dia sudah bernikah pada 1/1/13
hihi

****

ni aksi spontan tak tipu

ni adalah aksi...
saat mengada saya nak manja-manja kemain!

rasa macam nak lempang je diri sendiri
sebab buat pose camni
canggung!

till then, tata!
will review about my reception and bertandang day

love love love!

Saturday, January 5, 2013

Testing 1 2 3


Hye and Assalamualaikum. Saya baru masuk kerja hihi pastu test guna iPhone kita yang baru ni :p nak update guna laptop tak boleh sebab kat rumah mak mertua takde internet sobsob. Baru je masuk kerja dah ada problem dengan staff. Apekendelahhh zzzzzz. Suruh berhenti tamau. Tau nak susahkan orang je.

Eh terbebel lak. Nanti saya update review pasal wedding saya yang tak seberapa tu tapi meriah, Alhamdulillah :)


Bye!