Pages

Saturday, June 30, 2012

a quote



"bila nama kau jadi bualan... maknanya ada orang tengah meroyan"

- from NurulBadiah Lai's blog


xoxo



happy Saturday
;)

Wednesday, June 27, 2012

orange tangerine and the engagement


Hye and Assalamualaikum to everyone. as promised before, I will write about my engagement. Alhamdulillah  majlis telah selamat dijayakan pada 16 Jun 2012 yang lepas. so almost 2 weeks saya menjadi tunangan orang ni. heeee dugaan memang datang dan pergi. hati harus dan mesti kuat untuk mengharunginya sebelum menjadi isteri yang sah kepada Encik Tunang :')

dugaan datang sebelum hari pertunangan. seminggu sebelum saya telah jatuh sakit. demam teruk. 2 hari kena mc. pastu ada training PADINI lagi. haihhh. sangat penat dan memang tak terdaya nak tolong langsung dalam majlis pertunangan sendiri. nasib baiklah hantaran dah gubah siap-siap. bab makanan saya serahkan bulat-bulat pada Emak. sebelum tu rasa nak give up pun ada. rasa nak postpone pun ada. nasib baiklah Encik Tunang banyak memberi semangat untuk terus gigih melawan sakit ni. penghapus dosa katanya...

majlis pertunangan saya simple je. beli Shasmeen Shawl last minit kat butik Radiusite since dalam website dah sold out. only RM89. kalau kat butik Kuantan ni harga cecah RM99. mahal tak? quite expensive kalau nak compared dengan harga butik tapi kalau beli online pun termasuk postage RM7 pun sama je still RM95. so tibai jelah beli sekali sekala nak melawa *ayat sedapkan hati* baju lak ni mak hadiahkan sebagai baju pertunangan dan baju raya. 2 in 1 katanya. bernas gak idea Emak ni huehue. mula-mula decide nak pakai baju colour gold tapi since dapat baju ni pakai jelah :)

saya takde pun OP untuk hari pertunangan sendiri. gambar di bawah adalah belas ihsan daripada Encik Tunang. hihi. gambar hantaran pun tite yang tangkap sendiri. haru kan? takpelah. tunggu nanti majlis kahwin sendiri baru berbaloi nak spend lebih untuk OP. just enjoy the pictures below :)

****

berdebar dup dap dup dap
rombongan pihak lelaki datang dalam pukul 11am

segan silu saya ketika upacara menyarung cincin

cium jangan tak cium
=p

bersama dengan bakal mertua dan keluarga Encik Tunang

saya bersama dengan Encik Tunang dan emaknya

bergambar dengan bakal emak mertua
hihi

thank you so much for helping me thru this event
Cikgu Rosni, Emak & Along
much love

****
hantaran daripada pihak lelaki
5 dulang
:)

gubahan coklat lolipop

2 bentuk cincin tunang dan risik

aneka buah-buahan

kain pasang untuk Along

kek coklat oreo

****
hantaran daripada pihak perempuan
3 dulang
:)

kain pasang akad nikah & kain tenun pahang 

aneka buah-buahan

tart buah from thepanaderia.blogspot.com

and this is it...

cincin pengikat cinta kita
setelah 5 bulan kita berkenalan...
ini Encik Tunang yang tangkap
=p

tiada apa lagi yang saya harapkan selain daripada harapan agar perjalanan kami untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah akan dipermudahkan-Nya. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Engkau telah memberikan aku bakal pasangan sehidup semati yang aku mengharapkan kekal sampai ke syurga. betapa indahnya jodoh itu adalah rahsia Engkau, ya Allah :')


xoxo



ilysm

Wednesday, June 20, 2012

#30




xoxo



ily

Monday, June 18, 2012

the rings


the rings
one for merisik and another one for engagement
love it!

Assalamualaikum and hye to everyone. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan seperti yang dikehendakiNya. saya sekarang sudah selamat bergelar tunangan kepada Mohamad Afif bin Mohamad heeee I love you until Jannah in sya Allah :) nanti saya buat entry khas okay? ini teaser je hikhik.


xoxo



love you!

Tuesday, June 12, 2012

e-day farhana & fauzi : 040612


hye and Assalamualaikum :) sudah agak lama saya tidak post pasal wedding/engagement job. bukan takde job tapi terpaksa tolak job sebabkan saya kepada annual leave hihi. biasalah kerja retail line ini A/L teramatlah ciputnya *redha* tahun ni nasib baik dapat 12 hari. tu pun sudah selamat guna 6 hari dalam masa 5 bulan ekekeke. eh cerita pasal hal lain pulak dahni.... nanti in sya Allah kalau ada rezeki saya upload wedding job bulan November 2011 sekali dengan custom album 100% made by me.

4 Jun 2012 merupakan tarikh keramat pada best friend, Cik Hana saya sebab melangsungkan pertunangan dengan buah hati. panjang dan kuat jodoh mereka berdua ni. nama pun best gittew. Farhana dan Fauzi aka FF hihi =p macam pelik kan tunang hari Isnin huhu nasib baik masa saya off day so dapatlah pergi sana. nak ikutkan masa tu memang dah lambat sangatnya sebab ada hal kat rumah. tup-tup rombongan si Fauzi ni sesat lak. al-kisahnya aku lah yang jadi ketua rombongan meminang Cik Hana :)

saja je ambil gambar pertunangan diaorang. saya buat secara free of charge. bayarannya saya dapat makan nasi beriyani gam terbaik! makan 2x tau pada hari tu siap tapau bawa balik lagi untuk Abah dan Afif hihi. thanks Hana for your hospitality and pasni janganlah cengeng sangat! masa nak bertunang pun nak emo gak haihhh. 

saya menggunakan lens sigma 10-20mm f4-5.6 dan lens nikkor 85mm f/1.8 so hasilnya dapatlah gambar di bawah. so kat sini saya upload gambar yang telah saya edit dan resize. saya edit menggunakan Adobe Lightroom. just main balance exposure and guna preset vintage. agak neutral di situ dan first time saya guna. and I'm lovin' it! nak McD! tetiba (--'')

enjoice!
:)

****

not so candid
ni gambar menganjing selepas dipaksa untuk senyum
(-_-)''  

cincin tunang untuk si lelaki


hantaran tanjak


selepas kahwin bolehlah berkongsi tuala ini
=p

hantaran untuk si perempuan


sejadah berwarna biru

muka happy 

I like this flower


cincin risik dan tunang
congrats sayang!

my favourite shots

kekok sebab suruh pegang tepi lens
haiyaaaaa

skema

****

and this is a very nice quote to remember
:)



xoxo



congrats!
:)

Sunday, June 10, 2012

the making of bakul hantaran


hye and Assalamualaikum to everyone. while waiting for Germany vs Portugal match at 245 am *yawnnnnnnn* hehe update sedikit lah pasal bakul hantaran untuk majlis akan datang ini in sya Allah :) at first saya pun tatau nak buat tema apa. but then since baju tunang bidan terjun which is my mom bought for me as a gift and also kena paksa rela as baju raya tahun 2012 warna merah-oren *saya pun tak reti nak gambarkan the exact colour actually* MAKA buatlah tema seakan-akan warna baju tunang hihi :P

saya beli barang-barang kat Small Garden cawangan Malay Town. berbekalkan bajet yang ada saya pun round and round. tatau nak beli apa. pastu terfikir aha bakul. so saya pun beli lah bakul besi ini berharga RM16.90 setiap satu. pastu idea datang mencurah-curah dengan tetibanya (-_-)'' saya pun cari lah polisterin yang tatau berapa harga. main sebat je beli dua sebab bajet untuk letak kain pasang akad nikah & sampin kain tenun Pahang dan buah-buahan. oh ye jumlah hantaran belah perempuan cuma tiga aje; kain pasang & sampin, buah-buahan & tart buah with cookies homemade. belah lelaki tak sure berapa. sama ada tiga ataupun empat :) simple je...

okay sambung penceritaan. pastu cari kertas crepe. oh masa ni memang confuse okay nak beli warna apa huiiii nak selamat ambil hitam je sebab bakul warna hitam ekekeke. pastu blur. think think think! and then I am thinking of ribbon! so menuju ke bahagian riben. hmm banyak lak pattern nya aku nak pilih. ambil letak ambil letak. harga pun boleh tahan mahal untuk riben cinonet camtu. rasa tak worth pun ada. tapi saya ni jenis simple je dan tak kisah sangat asal cantik nampak kat mata hihi :)

pastu terpandang bunga plastik diikat sekali dengan riben. nampak simple janji cantik. apa lagi ambil lah dua biji setiap satu harga RM8.90 pastu beli satu riben kecil yang konon-konon nak letak kat atas buah nanti harga RM7.90. actually quite expensive tapi fikir takpelah sekali sekala kan? yes kopak wallet aku since bukan shopping dengan Emak so kenalah bayar sendiri. grand total RM66.00. tu mahal ke murah untuk barang-barang di bawah?

selepas hampir siap balut polisterin kedua tu Abah tanya mana bakul untuk letak buah. saya pun tunjuk lah yang tengah buat ni. dia tanya kenapa tak beli yang rotan? saya cakap mahal dan tidak mentarik hati. pastu dia cakap dia akan beli bakul khas untuk buah :') amboi beria benor Abah ni hihi tak sabar nak dapat menantu pertama dalam famili ke? =p so bakul kedua tu akan jadi tempat letak tart buah dan cookies. muat ke? tsk. harap-harap ada box kecil nak muat 20 biji tart buah tu (--'')

****

 semangat nak buat selepas balik dari masjid hihi

 cantik tak? 
sorry aku bukan manusia kreatif nak menggubah sebegini rupa
huk.

 payah gak nak balut sebab kertas crepe ni agak licin
habis double selofan tape daku kerjakan
=p

 tadaaaa!
hasil final touch
mana satu cantik?

atau yang ini?
rasa kain pasang tu nak gubah sedikit
mujur ternampak contoh gubahan dalam majalah
:)

hihi simple kan? takde sireh junjung. takde fikir nak balas genap ganjil ke apa. saya berjanji dengan Afif yang kitaorang memang takkan ikut adat. janji asal majlis berjalan lancar dengan sempurna kehendak-Nya. dah lama ni counting days. so nak counting days kat sini lah hihi. another five days until our E-Day :)


xoxo



love you!

Saturday, June 9, 2012

a new post


Hye and Assalamualaikum to everyone. bloggers, readers, stalkers, haters & anonymous. sudah agak lama saya tidak menulis sepatah dua kata ataupun panjang lebar. terasa masih ingin ber-blog tapi at the same time terfikir samada manusia di luar sana dapat ke tak menerima apa yang saya tulis. ikutkan ego mesti nak cakap "eh blog aku sukahatimakbapakakulaaaaaa nak tulis apa. ada aku kisah?" hehe tapi macam kurang enak lak kan nak tulis macam tu. kita sebagai rakyat Malaysia kena sopan santun. bahasa budaya bangsa. eh tetiba.

Alhamdulillah sudah pun masuk pertengahan tahun pada tahun 2012. certain orang tahun ni dinamakan tahun keramat sebab expect kiamat berlaku pada tahun ni? jangan percaya ye bagi kita sebagai umat Islam. syirik namanya tu dan secara tidak langsung boleh buat kita murtad. Nauzubillah! hehe tu sampingan je sebagai warm up nak menulis pada pagi hari. kat office shift morning. still yawn and sleepyhead (-_-)'' saya mengharapkan tahun 2012 adalah lebih baik daripada tahun sebelum ini dan saya rasa tahun ini adalah my turning point nak berubah ke arah yang lebih baik. I am trying to balance between my duniawi and ukhrawi. adalah lebih baik jika kita melebihkan sedikit amalan kita untuk bekalan semasa akhirat kelak :)

nak cakap perubahan mendadak tu tak juga sebab kalau mendadak memang tak kekal. kena sedikit demi sedikit sebab memerlukan keberanian dan pengorbanan diri ya. saya sudah pernah melihat seorang sahabat rapat saya yang berubah secara mendadak pada dua tahun lepas tapi sayangnya perubahan beliau tidak kekal and she is going back to "normal her" now. saya harapkan dan berdoa agar cahaya hidayah tu sampai kepadanya...

not to pretend that I am so good. tiada manusia baik yang mengaku dirinya baik. saya masih seorang manusia yang beragama Islam dan berbuat dosa setiap hari. seperti "satu hari satu dosa". hampir setiap hari saya berfikir tentang kematian. cukup ke tidak amalanku selama ini? tidak pernah cukup. takkan cukup. hati saya cukup tersentuh apabila membaca buku tentang akhirat "Janji Allah" hasil garapan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. kita sendiri sedia maklum pasal hari pembalasan Allah tapi adakah kita bersedia untuk menghadapinya? 

dahulu hati saya keras untuk menerima teguran dan nasihat. dan rasa makin menjauhi-Nya sedangkan saya solat tak tinggal sebab sedia maklum tentang kewajipan sebagai seorang muslim. saya terfikir-fikir manakah silapnya. lalu saya muhasabah diri dan terpanggil untuk berubah ke arah jalan Allah. dulu suka pakai seluar ketat-ketat. bangga dengan bentuk tubuh badan. menutup aurat tapi bertelanjang. ahhh takpe asal cover rambut sudah. bukan bermaksud saya tidak faham konsep sebenar menutup aurat di sisi Islam tapi tahap "ignorance" saya yang begitu tinggi. terasa betapa egonya diri ini :'(

sampailah pada satu hari di mana kawan-kawan di Facebook memuji gambar "model" saya. ada satu hamba Allah menulis komen yang ringkas tetapi sangat memberi kesan pada hati dan jiwa saya "memang cantik tapi Allah marah". Ya Allah... terus hati ini tersentap dan hide terus folder gambar tersebut. malu dan segan. serious. first time saya rasa sebegini rupa. masa Emak dan Abah marah dan membebel tentang pemakaian saya, saya just anggap "masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan"...

Alhamdulillah dengan hati yang terbuka, selepas saya menyambut hari ulangtahun yang ke-26 pada 2 Februari 2012, saya kira itu adalah turning point saya. saya ubah cara pemakaian saya. dari segi pemilihan baju yang longgar dan melepasi punggung. saya cuba untuk memperbanyak dress labuh sampai ke paras lutut since I am working in the retail line so kena juga berfesyen secara sedikit sebanyak. jeans yang ketat saya sudah simpan dan berhajat untuk mendermakannya :) dan juga cara bertudung. saya tidak memakai tudung labuh pun tapi sudah meninggalkan shawl yang jenis singkat dan pendek. saya kini selesa bertudung bawal sahaja and can cover my chest :)

saya cuba dekatkan diri kepada Allah. cuba untuk mencintai-Nya dengan lebih dekat sebelum saya mencintai orang lain. saya boleh kira dengan jari berapa kali je saya membaca ayat suci Al-Quran. saya menangis semasa membuka tafsir Al-Quran dan membaca surah Al-Baqarah. saya menyatakan hasrat untuk masuk kelas mengaji bersama dengan Emak. nampak terkejut pada mukanya dan saya tahu she is happy for me :) in sya Allah saya terus istiqamah dengan pergi kelas mengaji dua kali dalam seminggu. baru tahu bab tajwid saya memang failed padahal dah belajar masa fardhu ain (--'') segan kepada Allah dengan sikap saya selama ini!

saya dekatkan diri kepada rumah Allah iaitu masjid. sudah berjanji di dalam diri akan cuba untuk solat berjemaah di masjid sekali seminggu disebabkan jadual kerja saya yang ikut shift tapi tidak menghalang untuk beribadat kepada-Nya kan? sesungguhnya orang yang banyak alasan dan menangguhkan kerja adalah pencuri masa. betul eh? hihi. saya juga menjadikan amalan solat Dhuha setiap hari jika berkesempatan. means kalau tak bangun lambat untuk pergi kerja pagi :) dan sekarang saya melatihkan diri untuk solat Witr pada setiap malam sebelum tidur. try solat satu rakaat dahulu. selepas sudah menjadi amalan, boleh praktis untuk tiga rakaat terus. di mana ada kemahuan di situ ada jalan :)


pernah terlintas tak di fikiran? ada orang yang tidak solat memberikan alasan tidak sempat dan sebagainya tapi saya rasa solat lah yang boleh melapangkan dada dan masa kita ;)


I guess I have to stop here for a while. penulisan saya kat sini bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun mendabik dada tapi kita sebagai umat Islam wajib berubah ke jalan yang diredhai-Nya kerana kita takkan tertanggung dengan azab yang telah Allah janjikan pada hari akhirat kelak :( semoga penghijrahan saya ini diberkati oleh-Nya dan terus istiqamah. thanks to my family and beloved one for supporting me :) 


saya juga ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dengan hasil penulisan saya yang lepas-lepas. dan juga status di Facebook. dan saya dengan seikhlas hati memaafkan perbuatan kalian yang tidak diredhai Allah di belakang saya. saya cuba untuk menjadi manusia pemaaf dan semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah-Nya, in sya Allah. dan saya harap benda yang sudah lepas tu kita jadikan iktibar dan pedoman di dalam diri masing-masing. segala keburukan dan kekurangan datangnya pada saya sendiri :( dan segala kebaikan datangnya daripada Allah SWT.


xoxo



salam Sabtu
:)

Wednesday, June 6, 2012

#30




xoxo



sekarang sudah berdarah manis
:)