Pages

Monday, November 29, 2010

L is for?


L is for LOSER
am I?

saya tatau apa nak rasa sekarang ni. apart from my problem with Mr. Bruno Mars, I am having my own problem also. with myself. and family. kan tadi saya ada cerita pasal open interview pagi tadi. yang saya rasa amat membuang masa saya, buang tenaga saya, buang duit saya, buang masa tidur saya dan etc etc etc. memang cursing je dalam hati. Tuhan je yang tahu betapa bengangnya diri ini. sebab apa bengang sangat? sebab kena paksa dengan my parent especially Abah. siap suruh aku ambil unpaid leave lagi before that just to attend that open interview.

ingatkan pasal kerja government. rupa-rupanya handle by JobsMalaysia. rasa tertipu pun ada huk. kerja yang ditawarkan semuanya yang saya rasa just a bunch of crap. operator kilang banyak lah T_____T'' adoi. gaji? lagi best tempat aku sekarang. apa yang membuatkan saya terasa sangat ialah... my parent especially Abah seems like did not support my career for now. saya rasa sekarang ini bukan lagi masanya untuk ikut saja telunjuk beliau.

cukuplah since sekolah menengah kena paksa ambil Bahasa Arab untuk PMR and lastly spoil kan result dengan mendapat C. pastu kena paksa ambil science stream compared with art stream. alasan? bidang sains lagi cerah masa depan. okay fine saya ikut. pastu after SPM, ikutkan hati nak masuk undang-undang di matriks UIA tapi kena bangkang sebab cakap kerja peguam nanti gaji tak halal (-_-)'' pastu teringin nak ambil Diploma Seni Reka Fesyen tapi kena bantah lak sebab kerjaya sebagai fashion designer? hell no! akhirnya terpaksa juga masuk matriks dan hasilnya? result exam yang tidak seberapa.

hati saya bukan pada sains. saya benci Matematik. saya benci Biologi. saya benci Kimia. saya benci Fizik. tapi saya suka pada fesyen. saya suka pada fotografi. kenapa Abah tidak memahami isi hati saya? semasa degree, saya cuba untuk mencintai bidang Alam Sekitar and yeah saya memang minat. sebab apa? sebab belajar pun takdelah fokus sangat too deep kat satu scope je. pastu ada rezeki saya sambung master. huiyoo. tak terfikir pun yang saya akan sambung ke peringkat yang lebih tinggi...

ada kelulusan master tidak semestinya kerja pun kena hebat-hebat. power-power. ingat saya ni tak tertekan ke dengan keadaan sekeliling? dahla family pun push. kengkawan yang tak reti bahasa tu pun pakai main sedap je bambu pekerjaan aku sekarang. rasa tak salah pun kerja camni. asal puas hati dan enjoy. kengkawan yang memahami saya sure faham saya macam mana. saya gembira dapat kerja di dalam environment yang saya minat. yang melibatkan bidang fesyen dan pakaian. saya taknak ikut jejak langkah my parent. bekerja sebagai pendidik. sebab memang tak minat so nak paksa pun takde makna.

sambung PhD? tunggu ajelah apabila pintu hati terbuka. so far takde lagi rasa terbuka. hum. saya stress sekarang sebab Abah tu macam nak suruh saya cari kerja lain. kekadang malas nak layan. suruh saya apply sana apply sini. okay fine saya apply tapi bukan dapat pun. even cakap guna kabel NC untuk jawatan kat UMP tapi hampeh tak dapat juga. agaknya nak kena dapat kabel sebesar PM kot baru dapat? nak apply government? lagilah malas. sekarang ni tunggu panggilan daripada SPA jek. jangan haraplah nak masuk government kalau takde kabel besar weh. interview tu sekadar lakonan semata-mata padahal the chosen one dah ada (--'')

saya tahu kerja saya sekarang ni cuti pun entah ke mana sebab tak boleh cuti on weekend. memanglah nama pun kerja. nak demand sekarang ni memang tak dapatlah. saya geram. geram kenapa mereka tak boleh faham saya from the first time. penatlah macam ni asyik kena argue je. tadi geram kot dengan statement Abah. siap cakap "cuti pun entah ke mana" dah dulu suruh sangat cari kerja. bila sudah dapat ini lak feedback yang aku dapat. it is not because I am not trying, but I think for now, I want to do what I want in this life. live life to the fullest.


sorry
I really liked my current job



xoxo


pls understand me...

Day 13 : Your favourite musician and why


Bruno Mars

I bet you knew this hot guy, do you? hihi. I like him since I knew he is the singer of my favourite song "Just the way you are". I loved that song super duper much because that girl was so lucky to have him as a bf or future hubby.



xoxo


I got mine too.

Sunday, November 28, 2010

erm...


sometimes I confused
what I really want in this life
either to follow what I want to do?
or just go with the flow?
:(

hai semua. pepagi saya sudah update blog. takde mood actually. mood saya tunggang terbalik terumbang ambing since Jumaat lepas. tatau apa dah jadi dengan diri sendiri. saya cuba untuk meng happy kan diri tapi hu. sekejap jelah pastu kembali JK balik. JK tu maksudnya jiwa kacau. tatau kenapa. don't know why. apa yang saya tahu nak cursing je sekarang :(

erm. Facebook sudah deactivate. buat masa ini memang takkan buka sebab sakit hati. tengah sakit hati sangat-sangat plus terasa. hell yeah. dah lama tak terasa macam ni. betol lah orang cakap. the person you love the most, will hurt you the most. eventhough maybe lah rasa tu just a small matter tapi bukan saya. apabila melibatkan dalam situasi yang berkenaan dengan hati dan perasaan, saya akan menjadi begitu fragile. sangat. sudah banyak kali kot pecah, saya kuatkan semangat kutip balik, tampal balik dan berharap agar menjadi seperti baru. seperti tidak pernah pecah sebelum ini. tetapi mampukah saya?

lagi satu. saya sekarang ini cepat emo apabila masa tidur saya terganggu. dahla semalam tidur lambat plus kerja shift full. hari ini pergi ke Wisma Persekutuan. ada iklan dalam Facebook tulis Program Penempatan Pekerjaan, Azam Kerja dan Temuduga Terbuka peringkat Negeri Pahang. saya pergi pagi tadi pun sebabkan my parent suruh. demi nak menjaga hati, saya pun pergi. hasil? just a bunch of crap. kalau macam ni baik takyah pergi. membazir masa dan makin sakit hati.

okay bye.



xoxo


need a refreshment

Day 12 : Your favourite colour


Imma purple gleek
but then I get used to wear pink now
aiyak!



xoxo


:D

Friday, November 26, 2010

trying out new style







I think I like my new image
thank you Mr. Bruno Mars
for encouraging me to wear what I want
and be more stylish & fashionable
;)



xoxo


me hearties leopard print

Thursday, November 25, 2010

Day 11 : What's in your makeup bag


I don't have any specific makeup bag
but I will put those if I had one
just a basic makeup thing

not a fussy



xoxo


:D

melepakkan diri di rumah


jom layan gambar sat
ala-ala hypnotize
@______@

daripada pandangan mata tuan punya blog
bertempat di bilik tidur beliau

tadi tengok dinding ini

pastu dinding belah sana lak

end up with pandangan daripada atas katil lak

hasilnya tuan punya blog tidur
dengan posisi yang menyakitkan kepala
sekian terima kasih
(-_-)''

****

hai. sudah solat Maghrib? ehe. saya belum. tengah tunggu turn nak mandi sebab Abah kat dalam bilik air. weh motif kau cerita benda ini apehal? huhuhuhu. hari ini hari Khamis. seperti biasa hari saya melepakkan diri yang kurang sudah terlepak dan merehatkan diri yang kurang terehat. ada faham? tuan punya blog pun kurang faham ngahahahahaha ;pp

ekceli pagi tadi berazam nak pergi Maybank, counterback with hal takaful bodoh tu AGAIN. the result? daripada berazam nak pergi pukul 10pg berakhir dengan pukul 12tgh hari HAHAHAHAHAHAHA akibat terlajak tidur. yum yum bestnya tidur. pastu tadi berlagak macam big boss lak sebab ada driver hehehehehe.

malas ah nak cerita pasal hal takaful bodoh tu. konklusinya kat sini sudah 3x saya minta batal akaun tapi tak terbatal lagi pastu duit haku confirm burn gitu. cilakak. pastu nak ajar lak camne nak tipu sebab semata-mata nak claim duit insurans. weh kau cakap pakai otak kat lutut ke? camni ke kau nye customer service? cam cilanat. aku pun tak ingin lah duit haram tu bodoh. haa bodoh. aku ni tak suka sangat nak cakap orang bodoh tapi kau tu eh nama dia Puan Aina *if not mistaken* memang bodoh. warghhhhh! takpe takpe. tindakan selanjutnya? tunggu saya buat report kat Persatuan Pengguna minggu depan. kan tak pepasal ada satu perenggan emo kat situ huk.

****

nak bercakap sekejap mengenai blog. blog saya jenis apa? tengok tajuk pun dah tau kot. Shahira and her L a tt e. "latte" is Italian for "you paid too much for that coffee". haha faham? tak? saya pun tak faham :D :D :D okay blog saya ni more tu personal life saya. means saya nak story mory and sharing dengan pembaca yang berminat nak tau. bukan nak dedahkan segala-galanya from A to Z. it is just I like to write and tell. saya kan talkative. jadi mesti suka bercakap kan? so saya luahkan menerusi penulisan blog. bagi saya blogging ini tidak salah pun asal faham lah boundary tu takat mana. saya takde pun cerita saya korek hidung pukul berapa ke apa. eh perlu ke cakap pasal ni? hahahaha tak pepasal jadi pengotor jap ;p

saya tetiba nak cerita pasal blog sebab Cik Fara
thanks darl sebab tolong enterframe haku
ekekekekekeke
;pp

****

jom masuk kepada topik yang agak serius. pasal bajet. uhu. first gaji sudah failed nak handle sendiri. sekarang ini serius cukup-cukup makan je weh. insya Allah boleh bertahan sampai Selasa depan. cepatlahhhhhhhh Selasa depan. I need money wu. tapi bajet still dalam kawalan. yang ter over tu sebab saya beli lens baru. sebelum tu tamak beli jeggings Levi's. kat situ je sudah melayang RM500. boleh katakan first gaji ini berhabis untuk diri sendiri je. pastu rasa contented. gaji bulan ini insya Allah saya boleh saving. bajet ke atas benda lain tak lari pun contohnya duit minyak & topup. still in control ngeh ngeh ngeh.

serius lah Sha kau kena ubah cara ini. jangan sampai ada financial problem dahla. tapi kan saya rasa puas hati sebab semua guna duit sendiri. sudah tak harap either kat my parent or my sister. cuma hutang tu slow melow lah Adik bayar ek? muahahahahahaha ;pp nak tau tak berapa bajet kasar saya pada bulan ini?

minyak - RM70
topup - RM30
shopping & misc. - RM915

lebih kuranglah tu. pasni shopping tu kena kurang dah. kalau boleh tamau dah shopping. semua dah ada except for wedges HAHAHAHAHAHA lempang diri sendiri (--'') dush dush! bulan Disember sudah start bayar duit YP dalam RM70 kot. pastu baru boleh minta kurang pembayaran sebab performance CGPA bagus. weh penat kot kerah otak bagai hape semata-mata nak maintain pointer. ingat senang ke? hu. susah T________T'' pastu the best thing is that company announced to cut down our EPF with new rate which is 11% yeayyyy!!! means boleh saving banyak. heeeee banyak dah nak plan for 2011. I am waiting :)

ini buku planning saya
especially for my own budget
senang nak tau duit keluar ke arah mana
:)

****

okay gtg. nak keluar dinner kat luar. supposed malam ini dinner with Mr. Bruno Mars but then family comes first. tetiba Abah buang tebiat ajak dinner luar. huhuhuhu dah sah-sah special so saya nak berfesyen sakan. hey kata fashionista wannabe? cuma saya takde tripod nak self timer sendiri waaa bila entah nak beli sobs. kena camwhoring sensorang lah kot ;p till then kengkawan. next entry okay :) :) :)

this is what I want to wear for family dinner
Stripey Chain Gipsy - Lustfulluv blogshop
Leopard print shirt with panel skirt - Cotton On
Pink high neck inner - Uniqlo Japan

nanti saya upload gambar
first time nak pakai cenggini weh
huhuhuhuhu
:D



xoxo


happy reading!

Tuesday, November 23, 2010

tuan punya blog jatuh sakit


hai selamat malam. eh tu lagu Faizal Tahir. entah dapat ke tidak dia masuk Muzik Muzik peringkat akhir nanti. sekarang ni pun memang daku tidak melayan televisyen langsung. yup langsung tidak. hanya kebetulan tengok Edisi 7 tadi sebab baru balik kerja terus pergi dapur melantak rojak mee & ayam spesel with teh ais ngeeeeee. sob. pathetic actually sebab tak tahu langsung pasal dunia luar sekarang. saya pun baru tau pasal Sukan Asia di Guangzhou tu hahahahaha pity me pity me. tu pun sebab tertengok final badminton Datuk dengan Lin Dan. ouhhhhhh muscle Lin Dan (-_-)'' tatau ah nak komen mende huhuhuhuhu.

tajuk entry di atas saya letak tuan punya blog jatuh sakit. memang pun. going to be. dah start suara lain macam petang tadi pastu dengan bersin nya since pagi tadi huaaaaa T__________T ni pun sudah start sroottt srooott diikuti dengan kepedihan hidung akibat tidak dapat bersin. solution? pasni makan panadol okay. tidur awal *tu pun kalau awal sebab pasni nak buat kerja part time* ngehehehehehe ;p miss him badly badly badly. saya nak story pasal kisah saya yang penuh dengan suka dan emosi. yang banyak emosi kot? huhhhhh dugaan betol. sobs. Tuhan tolonglah jadikan haku setabah-tabah seorang manusia di dalam mengharungi suka duka hidup sebagai seorang gadis. eh? motif?

****

saja je post gambar kat bawah hehehehe. saya kan suka enterframe kat blog sendiri (--'') saya tengok gambar kat bawah pun jadi pelik. sebab? sebab? sebabnya saya baru perasan if tangkap gambar, the best side was my left side and not my right side. sebab kalau ambil gambar dari sebelah kanan uhuuuuu nampak pelik. serius pelik. macam tamau mengaku itu adalah diri sendiri uhuk. tak percaya tengok jelah sendiri. ke hanya perasaan perah santan tuan punya blog sendiri? komen anda?

permandangan dari belah kanan
kan dah cakap pelik
(-_-)''

permandangan dari belah kiri
aaaaahhhhh better
;p

****

hari Khamis lepas saya pergi layan wayang dengan my sis. sudah lama tak tengok wayang. last cerita The Takers dengan my Mr. Bruno Mars. hu. sedih tak sedih tak? lagipun cerita sekarang tak bape nak best. kena tunggu bulan Disember baru ada cerita yang best-best keluar maka kacchhhh-ing pun mengalir dengan dasyatnya T_________T heeee sebab adik ini baik hati maka telah men-support kakaknya 100% uhuuuu itulah dinamakan kasih sayang tanpa sempadan ataupun priceless ;p weh mujur adik kau ni baik tahu? Unstoppable terbaik. based on the true story. I like Denzel Washington. dia memang aktor yang terbaik ah dalam lakonan. mantap. jalan cerita cliche tapi agak mendebarkan hati juga. ingatkan masa mula-mula ada psychopath yang hijacked train tersebut tapi rupa-rupanya takde drebar.

Tidak Dapat Dihentikan
tajuk agak-agak macam nak bagi makan kasut tak?
;p

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
rindu kat Aslam!
saya berangan nak tengok cerita ini dengan Mr. Bruno Mars
you nak tengok tak?
:p

****

okay meh cerita pasal photography job lak. saya nak start semula secara serius mius. hu? tatabahasa mana kau guna? start daripada tahun depan saya nak start semula photography job tak kiralah pape event pun seperti wedding ke engagement ke potraiture ke outdoor photoshoot ke yang penting fulus masyuk. teringin juga nak upgrade my gear. sekarang dala otak tengah berangan nak beli flashlight Nissin Di622 dan juga battery grip untuk memantapkan lagi body my D90. lagi best nak pegang kalau on job. taklah penat sangat harung lens yang entah berapa kilo sebab haku tak timbang muahahahahaha lawak tak lawak tak?

alhamdulillah satu job sudah ada. sudah confirm pun pada 19 Mac 2011. heee kawan saya request on her wedding day :D :D :D saya akan ambil gambar semasa akad nikah dan resepsi dan juga outdoor photoshoot dalam masa sehari (-_-)'' weh penat tu Sha serius kau akan penat tapi nak buat camne kan? kena juga harung.

saya tengah fikir juga nak beli polo tshirt hitam dan nak hantar jahit sulam tulis shahira.photography huhuhu baru boleh promote nama. tak gitu? marketing tu ;p tapi for now saya just ambil upah tangkap gambar dan editing je. nak cuci itu sendiri tapi terfikir juga boleh gak kalau nak cuci beberapa keping gambar dalam pelbagai saiz. tu kena tengok kos pula. aihhhhh. bermain dengan angka yang haku maleh ni wu. fulus oh fulus. nak tengok tak iklan secara percuma kat blog? klik je kat shahira.photography sebelah Home kat atas tu and then you will see my advertisement. tak siap pun lagi my portfolio. banyak gambar tak di edit lagi. tunggu mood datang ngahahahahaha :P

haaaa buat apa tu?
comolot ke?
;p

RM300
tak ke cantik hebat bergaya jika ada battery grip
terletak tuhhh

RM400
Nissin Di622 yang sangat mentarik hati
harus dapatkan sebelum on job next year!
gambatte!


kalau tamak camni memang dah sah-sah kena cut off budget shopping!
hu.
T__________________T''

****

part ini macam agak sadis jugak. bagi saya. bad day sungguh. serius bad day. hari Ahad huhhhhhh. a night before gaduh-gaduh tidak berapa nak manja dengan Mr. Bruno Mars. huk. our first argument since The 2010 Declaration ngahahahaha sesedap rasa je declare gitu. okay tak you? hikhik. alkisahnya bermula dengan one of the cashier called me at 940am and asked me siapa yang shift morning. saya cakaplah saya shift petang tapi my Asst. Store Manager, Alin cakap dia yang shift petang, saya pagi. oh damn. since when salah tengok jadual. apa lagi bergegas bangun dari tidur basuh muka wuuu tak sempat gosok gigi (--'') emm bab mandi tu jangan tanyalah okay? hu.

pakai capai je jaket jeans nak cover tshirt tidur and then terus start kereta. memang bawa macam pelesit lah weh. nasib baik kereta masa tu tak banyak sangat jadi boleh lah gua cilok sana cilok sini. sampai outlet dalam 957am pastu memang blur tak habis lagi so boleh lupa terus nak punch card T_T'' nasib baik sempat buka sebelum pukul 10pg if not, kena denda RM1000 dengan pihak East Coast Mall. tu bukan company yang bayar ye tapi haku yang bayar diulangi haku. andai kata buka pukul 10.01pg? memang bye bye ah gaji haku huaaaaaaaa (;_;)

okay so kat situ memang blur. masuk office terus check jadual and then betol saya shift pagi. wtf? bila entah tukar ini. huuuu dah sah-sah haku tak perasan. tapi ini bukan mistake saya seorang kot? sepatutnya my superior reminded me a thousand times that tengok jadual sila tengok jadual tapi takpelah I learnt from my mistake. saya pun taklah nak salahkan sesiapa. tapi hari Ahad itu betol-betol buat saya down. hum. dengan bergaduhnya. memang takde msg langsung dengan Mr. Bruno Mars. itu yang tetiba ada label EMOSI. haha especially for you, dear ;pp

customer makin ramai. staff dahla tak cukup hu. pastu saya still dalam mood blur and down at the same time. keluar dari office and then terus pergi ke kaunter. berborak jap dengan staff Vincci. and then secara tiba-tiba my staff from cashier team cakap if nak berborak saya kena duduk dalam kaunter, jaga kaunter sebab dia nak pergi ke selling floor. masa tu intonasi okay lagi. but I refused to go. saya suruh dia jaga kaunter. pastu dia sudah start tinggikan suara. ai lain macam dahni. and then saya bertegas juga suruh dia jaga kaunter. biar saya jaga selling floor. scene dia kat sini: dia nak tegur saya supaya ke selling floor tapi cara dia tu salah. tak perlu nak tengking-tengking. hello I am her superior okay? saya boleh terima teguran tapi biar dengan cara baik dan berhemah. pls shows some respect. I still your senior, bebeh.

peh saya still terkejut selepas ditengking oleh staff bawahan. berani betol?? sebab haku ini orang baru kot dan dia rasa dia tu bagus sangat boleh buli dan pijak kepala saya? takpe kau nak main dengan api kan? okay aku bagi kau api.

hari Isnin. saya shift morning. saya seorang je yang opening so of course lah kena briefing. it is payback time. dah cakap pasal sale semalam, saya sentuh pasal selling floor. seorang cashier kena backup. belom habis cakap minah cina tu sudah berani potong. ai ini sudah lebih. hmm sudah tiba masanya aku kena tunjuk taring. so saya pun briefing pasal respect. hormat. pastu dia bersuara. hahaha terasa ke minah? rasa tak petik pun nama kau. dia boleh cakap tak semestinya saya ini senior dia kena hormat. wtf? nak tanak dia kena hormat juga sebab I am her superior. and then saya fire back balik. simple je saya cakap. tak semestinya saya senior awak kena hormat but if you want my respect, you have to respect me first, and then you will get mine. haaaa kan dah ter speaking kat situ. entah dia faham ke tak? ;p

tak habis kat situ. panjang lagi ni... and then saya cakap pasal teguran. nak tegur pihak atasan boleh tapi dengan cara yang betol. bukannya kita tak boleh terima teguran kan? saya akui memang silap saya berborak sekejap dengan staff tapi kenalah tegur dengan baik dan bukannya terus tengking saya. hemoh hemoh. pastu seorang lagi cashier backup minah cina tu. siap cakap: saya rasa dia tak tengking pun. saya terus fire: awak ada ke kat tempat kejadian? hah! amik kawwwww terus senyap membisu. sorry lah babe. kali ini kau kalah sebab tak dapat backup your team. hek. minah cina tu terus senyap dan macam nak cari point lagi kenakan aku balik.

sambung kat sini ;p pastu dia terus masuk personal issue yang saya rasakan bodoh kot? dia cakap saya ni muka sombong. hek ala bodohnya kau. dah memang muka aku camni. air muka aku camni. saya sound direct je kat dia. awak kenal saya ke? pls lah. know me first before you judge me. danggggg!!! hah amik kawwwww nak sangat bermain dengan api kan? kan sudah membakar diri HAHAHAHAHAHAHA memang puas hati. manusia spesies cenggini memang kena ajar sket. if not takkan sedar diri. ingat dah kerja lama kat situ boleh buat kurang ajar dengan aku? no way. sekali kau dah pijak kepala aku, aku pijak kepala kau berulang kali. tengok jelah nanti.

bukan nak cakap apa tapi kadangkala latar belakang pendidikan pun memainkan peranan penting dalam hal-hal politik sebegini. saya sudah bergaul dengan ramai orang so masing-masing punya pemikiran tersendiri. I am not being a judgemental here but then you will know. uhu. kita fikir lain. mereka fikir lain. bukanlah bermaksud saya kat sini mendabik dada sebab ada Msc. tapi itulah realitinya. pemikiran lain dengan sesiapa yang berpendidikan setakat SPM dan tidak bergaul dengan ramai orang. duduk di bawah tempurung sendiri so of course lah dia ingat dia je yang betol. orang lain yang salah. Wallahualam... Allah je yang Maha Mengetahui atas segala-galanya.

tapi kan ayat yang paling best saya cakap: saya baru je kerja kat sini. saya kerja nak cari makan kat sini. bukan nak puaskan hati sesiapa. so saya buat kerja saya. awak buat kerja awak. if you want me to respect you, you have to respect me first. amacam? psiko tak? hahahahahahahaha puas hatikuw!!!

apa pandang-pandang?
mau penyepak?
kau nak cakap aku sombong?
cermin diri tu sedikit ya!
know me first before you judge me
LMAO


saya pun tak suka nak marah-marah
itu sifat syaitonnnnnn

****

heee. lately suka sangat pergi ke kolam renang. bukan saya nak berenang tetapi untuk melihat si dia berenang. macam ni je nak spend time masa. bukan spend time sangat pun. asal dapat tengok muka pun jadilah. kalau tidak nanti angau huhuhuhuhuhu. si dia sangap butterfly. suka sangat butterfly. kagum ah orang boleh swimming ni. saya fobia. tamau sentuh air. tak suka air haaaa tapi itu tidak bermakna saya kambing. eh? tetiba (--'') tapi tapi eventhough kat swimming pool tu penuh dengan jejaka separuh bogel tapi saya tetap jaga pandangan mata tawww hakhakhak. tak cuci mata pun. hu. si dia naik pun saya tundukkan pandangan kat bawah. ehem baik tak I? hihihihi. I segan nak tengok you tidak berbaju dengan tight nya lagi wawawawa. badan dahla mantap. eh terpuji lak kat situ (-_-)'' jangan kembang semangkuk sudahlah ek? secawan je pun okay ngeh ngeh ngeh.

mode happy is ON now. saya happy dengan life saya sekarang. makin happy dengan adanya si dia aka Mr. Bruno Mars. kenapa ek I called him Bruno Mars? sebab heeee saya pernah update status kat Facebook nak bf so called husband in the future macam Bruno Mars. ala yang nyanyi lagu Just The Way You Are tu. lirik omg so catchy and the best lyric ever to find a bf like that. and I got one. yeah it is him.

when I first met you, I never would have imagined that I would have such strong feelings for you. I would have thought that I would have dreams about you or miss being by your side or get butterflies in my stomach when someone mentions your name or I meet you in person. when I first met you I never would have thought that I would love you. yeah it is true. when we met first time at Coffee Street, I said to myself that I like you. aaaaa you have impressed me for the first time meeting. since then I will get excited to know you more. just you. it is you on my mind right now.

this is the guy
Mr. Bruno Mars
Amir Akmal bin Hazman
he is real.
:)
.
.
.
.
first time in the picture together
ai lebiu


thank you for loving me
too much

****

gambar di bawah saja-saja letak
hampir terlupa ekceli still ada benda ini dalam bilik saya

nak tanya pendapat
what should I do with those rings?
any idea?
I am lost count.


itu je bebelan buat masa ini hahahaha
lenkali update lagi dengan sedebuk
biar korang juling mata baca entry pasni
muahahahahahahaha
;pp



xoxo


update blog sambil tutup lubang hidung sebelah dengan tisu
(-_-)''

p/s: actually blog ini dalam draft hahahahahaha
ini baru nak publish post
:P

jap.
rasa ini entry paling panjang sepanjang karier berblog

Monday, November 22, 2010

Day 10 : Three good things that have happened in the past 30 days



my first ever payslip after one month and 10 days of working
:D

I can't stop smiling until now
see see
:D

once "If I had you"
now I had you



xoxo


:D

happy faces






seru mereka sudah sampai.

kau?

hihi.



xoxo


:D

Sunday, November 21, 2010

Day 9 : A photo of last item you last purchased



hiks
I just bought 2 gypsy cotton shawls from Cik Afie
the blog that I promoted here
they are so comfy
I like!



xoxo


:D

teaser for today


cak!
haaa terkejut tak terkejut tak?
(--'')

ekceli nak update blog. banyak sangat cerita yang saya nak ceritakan kepada kamu semua. kira macam story telling lah tapi tak berapa nak story telling sebab haku menulis blog bukan bercerita haha okay tak lawak pun hu. hari ini yakni hari Ahad adalah hari malang. bad day. bad bay by Daniel Powter. hum. nantilah saya cerita huk. semalam pun bad day juga sebab berlaku perselisihan yang tak berapa nak faham antara aku dan dia ecehhh monolog sungguh ekekekeke. tapi sekarang semua sudah okay ai lebiu :P

esoklah update betol-betol for real. entry ini sekadar teaser je orang cakap *bapok mengada* mata ini sudah lebam gila. beruang panda pun kalah hiks. anyway gambar di atas itu adalah mata kepunyaan Puan Ain heeee saja je enterframe mata beliau yang saya tangkap haritu sempena hari bersejarahnya.

hoi kata teaser. ni apehal sampai dah ke perenggan ketiga? huk okay bye. beruang panda mau masuk tidur esok kerja pagi heeeee oyasumi nasai kroihhhh kroihhhhh...



xoxo


selamat malam blog!

collide



Even the best fall down sometimes
Even the wrong words seem to rhyme
Out of the doubt that fills your mind
You finally find you and I collide



xoxo


...