Pages

Monday, December 31, 2012

new year new hope


Tanah Lot, Bali
Honeymoon 2012

hye and Assalamualaikum. tik tok tik tok dah pun nak masuk tahun 2013. Alhamdulillah still lagi bernafas di muka bumi ini dan juga memberi ruang kepadaku untuk menghargai nikmat-Mu ini Ya-Allah. please be grateful what you have in this life. hari ini hari cuti saya seperti biasa off day. rainy and gloomy day. pada hari terakhir tahun 2012 ini saya telah berjaya memotong rambut panjang yang telah beberapa kali tertangguh entah bila nak potong. last potong? Ogos 2010 huehue sebab? frust menonggeng =p

lately ni saya terfikir nak sambung belajar abroad. kat mana? of course UK! it is been everyone's dream okay. tipulah kalau tanya nak pergi belajar mana dia akan jawap kat negara sendiri je. unless dia tu seorang homesick. but not me ehem kekadang je homesick pastu meroyan hihi. rindu nak pergi merantau setelah 2 tahun duduk dendiam di dalam Malaysia. seriously tetiba rindu nak pulun tesis meskipun takkan suka saat dan ketika itu. semangat ini datang tetiba apabila my own bff said he is going to apply scholarship to pursue his master degree in UK. tapi tarikh tutup 20 Januari 2013. masalahnya di sini adalah kena secured tempat dulu and then baru boleh apply. sobs sobs. IELTS tu boleh tolak ketepi dulu yang penting secured tempat di universiti pilihan. plus course pilihan saya tak perlukan IELTS dan boleh ambil 1119 tapi fikir-fikir takpelah sacrifice sket.

eh saya nak struggle sambung PhD ke? tu hanya akan menjadi kenyataan jika saya berjaya masuk ke mana-mana IPTA menjadi lecturer. sekarang ni pun tengah menunggu jawapan. tahun ni apply UiTM pun failed untuk ke 2nd stage. ada hikmah ada hikmah. so I have decided to go on my 2nd master degree, more valuable in sya Allah. saya still berpegang if Allah sudah membuka jalan yang baik untuk kita, in sya Allah dipermudahkan. so sekarang ni sedang berkira-kira nak sambung ke universiti mana. Ada 4 pilihan - Birmingham, Glamorgan, Plymouth and Louborough. hehe UK tu bohhh eh ye ke ni? semoga dipermudahkan, amin :)

jealous juga tengok kengkawan rapat further study kat oversea. my bff, Hana further ke Plymouth doing her MPhil and PhD. sekarang ni tengah ber-boxing day di London. okay jealous. my close friend, Ajlaa furher ke Exeter doing her PhD. yang ni saya serious tabik spring! you got my respect dear! dia struggle juga pulun habis untuk capai cita-cita dia nak sambung study ke UK dengan usaha sendiri. takde scholarship okay. based on MARA loan almost half a million. tu baru sponsor diri dia sendiri. tak termasuk her husband and a little princess. may Allah ease your journey there :) ni memang betul-betul membakar semangat diri ini untuk struggle dan pulun. kalau Hana dan Ajlaa berjaya, kenapa tidak Shahira? saiko tak ayat? huhuhuhuhu.

till then, tata!

p/s: sebenarnya nak update review pasal wedding tapi tunggu lah dulu. leceh lak nak kena upload gambar =p


Sunday, December 30, 2012

30 Disember 2012


Hye and Assalamualaikum...

okay this is awkward. very the awkward - the awkward moment when this is your blog and you didn't know what to write on but you have a lot to say in this blog. err. yes pls lempang diri ini. this is madness! totally now me hew hew.

krik... krik... (bunyi cengkerik)
.
.
.

any ideas how I want to start to write again?
.
.

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur Alhamdulillah to The Merciful Allah for His blessings towards us and especially to my family and "new family". it is been a while I didn't post anything in this blog. last post on 17th of October 2012, at that time I still in the mood countdown bride-to-be. but now sudah basi haha! my marriage life so far Alhamdulillah bahagia sangat-sangat, still have our own upside down aaa orang cakap lumrah hidup? sedangkan lidah lagi tergigit. is it? yes it is. marriage is more than that. more than saying "I love you" to your partner. it is a path for us to learn to compromise in everything because we already promised to each other "love till Jannah" in sya Allah.

so lets countdown to new year - 2013 in these 2 days. what I have achieved in a year and what I have not? from my career path hmm still didn't have anything to proud of. so I guess I have to do something for my own future and my familiy too. I didn't want to waste off my certificate just like that? my husband said I still young and bukan rezeki lagi to change my career. so just wait and also gambatte! a lot to say and write but not now. I am working as usual until 630pm. till then tata!


xoxo,
Mrs. Shahira Latte (still, addicted and yet struggle to boycott Starbucks HAHA)



Wednesday, October 17, 2012

30 days

 
Save the date

The Solemnization
17112012

&

The Reception
18112012

of
 
Mohamad Afif bin Mohamad & Nurul Shahirawati binti Mohamed Rosli


may Allah ease our journey together


xoxo



:)

Thursday, September 13, 2012

white studio photography


hye dan Assalamualaikum kepada semua. hari ini masuk 13 September 2012. peh cepat betul masa berlalu kan? saya sendiri tak sempat nak countdown to my big day. gulp! ada lagi dalam dua bulan untuk prepare everything. so far so good. eceh =p everything we done by our own. barulah semangat nak kahwin kan? sebagai contoh, actually borang kebenaran kahwin ada orang cakap bapa/wali pihak perempuan yang settle but not for us. we settled by our own. alhamdulillah tadi dah dapat borang kebenaran kahwin dari JAIP. hehehe dah boleh kahwin ni hamboiiii tak sabar! =p

persiapan in sya Allah yang penting-penting dah settle. yang tinggal hanya lah baju untuk my cousins, pengapit dan flower girls. pastu barang untuk goodies. yang lain dah settle KOT. Ahad dan Isnin ni turun KL dan Nilai untuk mencari barang-barang tersebut. hahahaha tatau nak cakap camne sebab tak nampak pun lagak macam dah siap. yang pasti katering, andaman, booked jurunikah semua dah settle :)

nak menulis pasal white studio actually. tahukah anda? ini fakta bukan auta. photographer lah paling kaku sekali depan kamera apabila disuruh posing. saya kemain sedap suruh orang posing memacam pose tapi bila diri sendiri depan kamera? KEKOK!!! di tambah pula si tunang memang sedia kekok. first time saya dan si dia bergambar di dalam white studio buatan sendiri. bukan white studio pun hahahah. just guna tirai putih pastu studio lighting dapatlah hasil seperti di bawah ;)

tak plan pun nak bergambar dalam white studio ni. tapi serius hasil sangat cantik. kebetulan haritu saya ada make up test for my wedding. kawan saya lak offer nak tangkap gambar for free. hehehe apa salahnya? boleh digunakan untuk cover album cd for our VIP goodies semasa majlis akad nikah nanti. pastu dan-dan je boleh digunakan untuk banting. rezeki :)

so just enjoy beberapa gambar untuk tatapan anda. mostly hasil di bawah adalah candid. banyak gelak bagai sebab tatau nak pose camne (-_-)''

****

cuba untuk mendapatkan keserasian bersama

saya pun tatau kenapa boleh jadi macam ni
(--'')

masa ni lawak sebab tatau nak pose apa
kahkahkah!!!

okay ini adalah pose spontan

caring from the heart always
heart you
:)


xoxo



you are my soul

Sunday, September 2, 2012

dari hati seorang wanita


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...


Saya menulis daripada dasar hati saya. Ini adalah salah satu medium untuk saya berbicara dengan saudari memandangkan tiada medium lain untuk kita berinteraksi mahupun untuk saudari memahami isi hati saya. Sebelum itu, saya meminta maaf andaikata penulisan saya mengguris hati saudari setelah membacanya.

In sya Allah lagi dua bulan setengah saya bakal diijab kabul kan dengan Mohamad Afif bin Mohamad sebagai pasangan suami isteri yang sah di sisi agama kita, agama Islam. Saya yakin saudari juga mengetahui kami sudah pun dua bulan lebih telah mengikat tali pertunangan sebagai tanda atau hebahan kepada orang sekeliling bahawa hati kami sudah dimiliki dan In sya Allah sudah pun bersedia untuk ke alam perkahwinan.

Saya meminta jasa baik saudari agar tidak lagi mengganggu tunangan saya, Mohamad Afif bin Mohamad dengan menghantar sebarang mesej yang saya rasakan tidak sesuai kerana saudari pun tunangan orang dan  bakal bergelar isteri orang pada bulan September ini. Cukuplah saya rasa ini adalah dugaan bagi kami berdua di dalam tempoh pertunangan.

Saya rasa saudari sendiri sedia maklum bahawa HARAM mengganggu tunangan orang dan HARAM bagi mereka yang sudah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini sedangkan ikatan pertunangan tersebut belum lagi diputuskan. Andai benar saudari mencintainya, cukuplah sekadar melihatnya bahagia daripada jauh dari terseksa mengikut kehendak hati saudari. Mencintai seseorang tidak bermakna diri kita turut dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya.

Andai kata Mohamad Afif bin Mohamad bukan jodoh saya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, saya akur dan redha tetapi janganlah saudari adalah sebagai puncanya. Saya doakan agar saudari hidup bahagia disamping insan yang tersayang, In sya Allah. Sesungguhnya pasangan yang dijodohkan kepada kita adalah yang terbaik buat diri sendiri. Wallahualam.


Nukilan hati seorang wanita,
Nurul Shahirawati binti Mohamed Rosli

Tuesday, August 7, 2012

checklist kahwin


hye and Assalamualaikum to everyone. mana eh nak mula dan biarkan jari-jemari ini menari-nari laju di atas keyboard. terasa nak menulis blog jap malam ni. off day from terawih so tu yang rajin. plus hari ini my replacement day since I have to work like a hell *sorry for the word - just to imagine how hard it could be for the past few days from 930am until 10pm. erk pengsan! mujur tak demam huehue. 

saya sudah boleh menarik lafaz lega tapi belum 100%. according to my checklists - tu pun kawan bagi free hahaha okay okay. according to my checklists, saya tengok macam dah banyak je yang settle. pagi tadi dimulakan dengan shopping spree with my adik, Hana. kitaorang ke Berjaya Megamall. ingatkan nak beli tudung Aidijuma je tapi herm habis RM75 kat situ *nangis! RM30 for loose blouse, RM30 for awning tudung. yang macam style Fareeda and Ratu, just quote a few names. tapi ini takde brooch. yang ni kelakar sedikit. my sister cakap "nak tengok sedikit Kak Sha pakai ke tak?" and sales assistant yang serve saya tadi mengeluh kat cashier "kaler hitam dah habis." me like whaaaat? oh maybe dia nak beli kot bila dapat gaji. hehe sorry dik, it is mine =p and I got my bawal two-tones and of course lah warna purple! RM15 from Aidijuma Collection :)

after that picked up my lovely fiance, Afif to meet Kak Rozy. haaa dengan dia lah saya sewa pelamin etc. still under our budget, alhamdulillah selepas dihitung dikira meet my mom's requirement iaitu bawah RM2k. since majlis kahwin saya ini dibuat 2 tempat so saya nak ada 2 mini pelamin - satu di rumah untuk ijab dan kabul dan satu lagi di dewan, bukan untuk bersanding tapi untuk bergambar. baju akad nikah dan resepsi by my own hehe lagi puas hati kalau pakai baju sendiri. cuma Afif je kena buat baju baru since takde size untuk dia. nasiblah saya dapat bakal suami yang kecil molek :)

bab pelamin pula takde yang grand-grand. Saya dan Afif bersepakat nak buat secara sederhana tapi meriah in sya Allah, dengan izin-Nya. just using a backdrop without any panel, letak tapak sedikit, dekorasi bunga dan kerusi tadaaaa! baru saya tahu memang penat pun nak uruskan persiapan perkahwinan ini. saya pun angkut sekali Afif supaya dia pun turut merasai apa yang saya rasa wakakaka. ke hulu ke hilir ke sana ke mari. urusan kad kahwin pun still in the progress. pastu doorgift pastu aaaaa dunno what to think anymore. boleh tak saya just nak kahwin je kihkihkih =p

saya berkenan kat design pelamin bawah ni untuk majlis resepsi di dewan nanti. tatau pilih yang mana. keputusan di tangan Afif. saya ikut je. nak dua-dua boleh? :)

just imagine this dais is turned to be mine
counting days...

atau...

romantic style
siap ada pomander flower kat situ
:)

and this is my solemnization dais
harap-harap Kak Rozy dapat buat sebiji macam ni
cuma ubah warna bunga kepada ungu-cream

in this picture using fresh flowers
but we just use artificial flowers

nak tau gak kan apa itu checklist kahwin. benda ini nampak macam remeh tapi actually it is quite important to remind us what we have done or not. biasalah manusia ni kan cepat pelupa. at least, ada buku to jot down everything about your preparations and budget. i got mine from kad-kad kahwin.com. checklist sangat comel okay! checklist sangat simple dan senang untuk diingati :)

****

1. Calon *PENTING :D - Tunang kesayangan tite, Mohamad Afif bin Mohamad
2. Budget *2nd PENTING :D - ehem ehem ehem =p
3. Wang Hantaran - convert to mas kahwin
4. Tema - cream (akad nikah) & ungu (resepsi)
5. Kursus Kahwin - DONE!
6. Tempah Tok Kadi - selepas RAYA
7. Kad Kahwin - selepas RAYA
8. Jurugambar - BOOKED! Syahmi Azman Photography
9. Videographer - not in our budget :'(
10. Andaman - BOOKED! Andaman Rozy
11. Make-up Artis - BOOKED! NurulZaadah Makeover
12. Katering - 50% urghhh IDK 
13. Khemah - IDK also
14. Menu - IDK
15. Bunga Telur - wajib ke benda ni?
16. List Jemputan - OTW
17. DJ/Emcee - plan to hire, maybe
18. Performance - not in my list
19. Honeymoon plan - DONE! but next year :)
20. Dewan/Hotel - BOOKED!
21. HIV TEST - DONE!
22. Spa/Saloon - one month before our wedding
23. Pengapit - my sister and brother *love 'em
24. Saksi Akad Nikah - siapa eh?
25. Wali - Abah kesayangan tite, Mohamed Rosli bin Osman
26. Barang hantaran - DONE!
27. Baju sanding - DONE! Najjah Collections
28. Baju nikah - DONE! design sendiri hihi
29. Goodies - NOT YET
30. Cincin/Gelang/Rantai - NOT YET
31. Tempahan bilik hotel - NOT YET but not hotel lah heee~
32. Diet - already reduce 4 kgs since March hihi


kalau dilihat atas tu macam banyak gak yang dah settle. untuk bab makan minum ni saya serahkan bulat-bulat kat my parents. saya bukannya nak makan sangat. cuma nak kahwin je. eh. tak tak. makanan tu asal sedap sudah sebab nak menjamu tetamu kan? pasal kebenaran kahwin tu nak buat selepas raya. dah tak lama ni cuma ada masa 3 bulan je lagi. tarikh? hehe tunggu kad siap baru boleh reveal tarikh. tapi 3 bulan dari sekarang tu of course lah bulan 11 kan? what is special about November? tarikh saya dinikahkan adalah hari jadi Abah :') dan 3 hari selepas itu adalah hari jadi Afif. so next year bulan November ada tiga hari ulangtahun untuk diraikan, in sya Allah.

saya rasa saya tak rajin kot nak update semua. mana yang rajin saya update pasal bab-bab persiapan perkahwinan ini. sedar tak sedar sudah lebih 2 minggu kita berpuasa. ada lagi 11 hari untuk kita beribadat sepenuhnya kepada Allah di dalam bulan yang penuh dengan ganjaran. dulu tak reti nak menghargai bulan Ramadhan. dah tua-tua cenggini baru tersedar daripada lamunan. semoga amal ibadahku selama ini diterima oleh-Nya, kerana syurga Allah itu amat mahal harganya. aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurga-Mu dan juga tidak mampu untuk masuk ke dalam neraka-Mu :'(

semoga apa yang kami rancang ini dipermudahkan oleh-Nya
Wallahualam...


xoxo



salam Ramadhan 
:)

Monday, July 23, 2012

salam Ramadhan 1433H


hye and Assalamualaikum to all  bloggers and readers. as usual saya sudah lama tak hapdate hihi. busy as usual. minggu lepas kena turun Shah Alam 2 hari untuk meeting for product briefing. di samping melawat shopping complexes yang ada Brands Outlet ; Setia City Mall, Ikano Power Centre, Sunway Pyramid dan Paradigm Mall. penat tu toksah cakap lah.

saya tak wish lagi selamat menyambut bulan Ramadhan kepada you olls :) ayat gediks sket hihi. pada kesempatan ini *sempat lagi hapdate 10 minit sebelum waktu berbuka* saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada bloggers and readers. bulan Ramadhan ini adalah bulan yang paling diberkati-Nya jadi sama-samalah kita merebut peluang yang ada dalam masa sebulan ini untuk beramal ibadat kepada Allah. 

tingkatkan usaha untuk beribadat terutamanya solat sunat. kalau nak pergi solat terawih, alang-alang dah sampai ke masjid, buatlah solat sunat tahiyatul masjid. pastu mesti buat solat sunat rawatib. selepas solat sunat terawih mesti ada solat sunat witr kan? :) simple as that. pastu sebelum sahur tu bangun lah awal sedikit untuk solat sunat tahajud. memula mesti rasa malas tapi lama-lama in sya Allah sudah rasa terbiasa. tidak dilupakan solat sunat dhuha sebelum azan Zohor ;)

marilah sama-sama kita audit diri sekarang. if not bila? ini mungkin Ramadhan terakhir kita. Kematian itu pasti tapi tidak pasti bila. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. kalau sebelum ini sudah terbiasa gosip dengan kawan-kawan, apa kata tinggalkan seketika. untuk selama-lamanya lagi bagus. tenangkan hati dengan zikrullah dan bacalah ayat suci Al-Quran. kalau tak mampu baca, dengar bacaannya pun sudah dapat pahala. easy as ABC right? :)

hihi nak berceloteh panjang kang ada orang cop saya ustazah blog lak. dulu ke cop ustazah fb =p sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan berbukalah dengan besederhana. sesungguhnya Allah suka dan sayang dengan hambaNya yang kekal tawaduk dan qana'ah ke atas rezeki yang diperolehinya...

selamat berbuka
oh ya ini nasi ayam penyet
lokasi di tepi Tasik Shah Alam
:)


xoxo



salam Ramadhan

Friday, July 13, 2012

review: custom album


hye and Assalamualaikum to everyone. dah lama rasanya tidak update blog. last week #WW haha punyalah pemalas. Alhamdulillah last week I have done my last job for 2012 di Klang sebab pasni nak fokus kat wedding sendiri in sya Allah this coming November :) kihkih mohon jangan tanya atau sarkastik adakah diri sendiri akan tangkap gambar wedding? =p saya just ambil photographer untuk shoot, edit and burn sahaja for my solemnization, reception and post wedding. custom album? of course lah buat sendiri sebab jimat!

dah lama rasanya saya tulis pada entry lepas nak share pasal custom album. gambar wedding ini di ambil pada tahun lepas. cantik tarikhnya iaitu 11.11.11. pheww rasa tahun ini yang cantik 10.11.12 dan juga 12.12.12 dan semestinya mesti ada di antara korang kena attend maybe 10 kenduri kahwin pada satu-satu masa! *pengsan lah gini dan boleh lupakan diet hehehe*

okay since saya pun stop buat masa sekarang untuk wedding/engagement job pada tahun 2012 tapi still ambil upah untuk custom album. harga mesti memuaskan hati semua pihak kihkih. jangan segan silu rasa-rasa macam berpuas hati dengan hasil kerja saya di bawah bolehlah email kat shahirarosli@gmail.com dan in sya Allah saya akan balas dengan sepantas kilat! :) :) :)

in sya Allah saya akan start balik wedding/engagement job pada tahun 2013 dan dah ada orang booked! tak lain tak bukan member sendiri hahaha. mostly of my clients were my friends. heeeee thank you for your trustee to become your OP. bukan senang okay bukan senang untuk catch "that moment". berdarah hidung dibuatnya. okay itu tipu sahaja. 

shahira.photography copyright 2012
just enjoy the pictures below
:)

front page
15'' x 11''
minimum 40 pages including front and back page
premium silk pages
leather slipcase

****





























back page


xoxo



:)

Wednesday, July 4, 2012

#31




xoxo



love this!

Saturday, June 30, 2012

a quote



"bila nama kau jadi bualan... maknanya ada orang tengah meroyan"

- from NurulBadiah Lai's blog


xoxo



happy Saturday
;)

Wednesday, June 27, 2012

orange tangerine and the engagement


Hye and Assalamualaikum to everyone. as promised before, I will write about my engagement. Alhamdulillah  majlis telah selamat dijayakan pada 16 Jun 2012 yang lepas. so almost 2 weeks saya menjadi tunangan orang ni. heeee dugaan memang datang dan pergi. hati harus dan mesti kuat untuk mengharunginya sebelum menjadi isteri yang sah kepada Encik Tunang :')

dugaan datang sebelum hari pertunangan. seminggu sebelum saya telah jatuh sakit. demam teruk. 2 hari kena mc. pastu ada training PADINI lagi. haihhh. sangat penat dan memang tak terdaya nak tolong langsung dalam majlis pertunangan sendiri. nasib baiklah hantaran dah gubah siap-siap. bab makanan saya serahkan bulat-bulat pada Emak. sebelum tu rasa nak give up pun ada. rasa nak postpone pun ada. nasib baiklah Encik Tunang banyak memberi semangat untuk terus gigih melawan sakit ni. penghapus dosa katanya...

majlis pertunangan saya simple je. beli Shasmeen Shawl last minit kat butik Radiusite since dalam website dah sold out. only RM89. kalau kat butik Kuantan ni harga cecah RM99. mahal tak? quite expensive kalau nak compared dengan harga butik tapi kalau beli online pun termasuk postage RM7 pun sama je still RM95. so tibai jelah beli sekali sekala nak melawa *ayat sedapkan hati* baju lak ni mak hadiahkan sebagai baju pertunangan dan baju raya. 2 in 1 katanya. bernas gak idea Emak ni huehue. mula-mula decide nak pakai baju colour gold tapi since dapat baju ni pakai jelah :)

saya takde pun OP untuk hari pertunangan sendiri. gambar di bawah adalah belas ihsan daripada Encik Tunang. hihi. gambar hantaran pun tite yang tangkap sendiri. haru kan? takpelah. tunggu nanti majlis kahwin sendiri baru berbaloi nak spend lebih untuk OP. just enjoy the pictures below :)

****

berdebar dup dap dup dap
rombongan pihak lelaki datang dalam pukul 11am

segan silu saya ketika upacara menyarung cincin

cium jangan tak cium
=p

bersama dengan bakal mertua dan keluarga Encik Tunang

saya bersama dengan Encik Tunang dan emaknya

bergambar dengan bakal emak mertua
hihi

thank you so much for helping me thru this event
Cikgu Rosni, Emak & Along
much love

****
hantaran daripada pihak lelaki
5 dulang
:)

gubahan coklat lolipop

2 bentuk cincin tunang dan risik

aneka buah-buahan

kain pasang untuk Along

kek coklat oreo

****
hantaran daripada pihak perempuan
3 dulang
:)

kain pasang akad nikah & kain tenun pahang 

aneka buah-buahan

tart buah from thepanaderia.blogspot.com

and this is it...

cincin pengikat cinta kita
setelah 5 bulan kita berkenalan...
ini Encik Tunang yang tangkap
=p

tiada apa lagi yang saya harapkan selain daripada harapan agar perjalanan kami untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah akan dipermudahkan-Nya. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Engkau telah memberikan aku bakal pasangan sehidup semati yang aku mengharapkan kekal sampai ke syurga. betapa indahnya jodoh itu adalah rahsia Engkau, ya Allah :')


xoxo



ilysm