Pages

Tuesday, August 7, 2012

checklist kahwin


hye and Assalamualaikum to everyone. mana eh nak mula dan biarkan jari-jemari ini menari-nari laju di atas keyboard. terasa nak menulis blog jap malam ni. off day from terawih so tu yang rajin. plus hari ini my replacement day since I have to work like a hell *sorry for the word - just to imagine how hard it could be for the past few days from 930am until 10pm. erk pengsan! mujur tak demam huehue. 

saya sudah boleh menarik lafaz lega tapi belum 100%. according to my checklists - tu pun kawan bagi free hahaha okay okay. according to my checklists, saya tengok macam dah banyak je yang settle. pagi tadi dimulakan dengan shopping spree with my adik, Hana. kitaorang ke Berjaya Megamall. ingatkan nak beli tudung Aidijuma je tapi herm habis RM75 kat situ *nangis! RM30 for loose blouse, RM30 for awning tudung. yang macam style Fareeda and Ratu, just quote a few names. tapi ini takde brooch. yang ni kelakar sedikit. my sister cakap "nak tengok sedikit Kak Sha pakai ke tak?" and sales assistant yang serve saya tadi mengeluh kat cashier "kaler hitam dah habis." me like whaaaat? oh maybe dia nak beli kot bila dapat gaji. hehe sorry dik, it is mine =p and I got my bawal two-tones and of course lah warna purple! RM15 from Aidijuma Collection :)

after that picked up my lovely fiance, Afif to meet Kak Rozy. haaa dengan dia lah saya sewa pelamin etc. still under our budget, alhamdulillah selepas dihitung dikira meet my mom's requirement iaitu bawah RM2k. since majlis kahwin saya ini dibuat 2 tempat so saya nak ada 2 mini pelamin - satu di rumah untuk ijab dan kabul dan satu lagi di dewan, bukan untuk bersanding tapi untuk bergambar. baju akad nikah dan resepsi by my own hehe lagi puas hati kalau pakai baju sendiri. cuma Afif je kena buat baju baru since takde size untuk dia. nasiblah saya dapat bakal suami yang kecil molek :)

bab pelamin pula takde yang grand-grand. Saya dan Afif bersepakat nak buat secara sederhana tapi meriah in sya Allah, dengan izin-Nya. just using a backdrop without any panel, letak tapak sedikit, dekorasi bunga dan kerusi tadaaaa! baru saya tahu memang penat pun nak uruskan persiapan perkahwinan ini. saya pun angkut sekali Afif supaya dia pun turut merasai apa yang saya rasa wakakaka. ke hulu ke hilir ke sana ke mari. urusan kad kahwin pun still in the progress. pastu doorgift pastu aaaaa dunno what to think anymore. boleh tak saya just nak kahwin je kihkihkih =p

saya berkenan kat design pelamin bawah ni untuk majlis resepsi di dewan nanti. tatau pilih yang mana. keputusan di tangan Afif. saya ikut je. nak dua-dua boleh? :)

just imagine this dais is turned to be mine
counting days...

atau...

romantic style
siap ada pomander flower kat situ
:)

and this is my solemnization dais
harap-harap Kak Rozy dapat buat sebiji macam ni
cuma ubah warna bunga kepada ungu-cream

in this picture using fresh flowers
but we just use artificial flowers

nak tau gak kan apa itu checklist kahwin. benda ini nampak macam remeh tapi actually it is quite important to remind us what we have done or not. biasalah manusia ni kan cepat pelupa. at least, ada buku to jot down everything about your preparations and budget. i got mine from kad-kad kahwin.com. checklist sangat comel okay! checklist sangat simple dan senang untuk diingati :)

****

1. Calon *PENTING :D - Tunang kesayangan tite, Mohamad Afif bin Mohamad
2. Budget *2nd PENTING :D - ehem ehem ehem =p
3. Wang Hantaran - convert to mas kahwin
4. Tema - cream (akad nikah) & ungu (resepsi)
5. Kursus Kahwin - DONE!
6. Tempah Tok Kadi - selepas RAYA
7. Kad Kahwin - selepas RAYA
8. Jurugambar - BOOKED! Syahmi Azman Photography
9. Videographer - not in our budget :'(
10. Andaman - BOOKED! Andaman Rozy
11. Make-up Artis - BOOKED! NurulZaadah Makeover
12. Katering - 50% urghhh IDK 
13. Khemah - IDK also
14. Menu - IDK
15. Bunga Telur - wajib ke benda ni?
16. List Jemputan - OTW
17. DJ/Emcee - plan to hire, maybe
18. Performance - not in my list
19. Honeymoon plan - DONE! but next year :)
20. Dewan/Hotel - BOOKED!
21. HIV TEST - DONE!
22. Spa/Saloon - one month before our wedding
23. Pengapit - my sister and brother *love 'em
24. Saksi Akad Nikah - siapa eh?
25. Wali - Abah kesayangan tite, Mohamed Rosli bin Osman
26. Barang hantaran - DONE!
27. Baju sanding - DONE! Najjah Collections
28. Baju nikah - DONE! design sendiri hihi
29. Goodies - NOT YET
30. Cincin/Gelang/Rantai - NOT YET
31. Tempahan bilik hotel - NOT YET but not hotel lah heee~
32. Diet - already reduce 4 kgs since March hihi


kalau dilihat atas tu macam banyak gak yang dah settle. untuk bab makan minum ni saya serahkan bulat-bulat kat my parents. saya bukannya nak makan sangat. cuma nak kahwin je. eh. tak tak. makanan tu asal sedap sudah sebab nak menjamu tetamu kan? pasal kebenaran kahwin tu nak buat selepas raya. dah tak lama ni cuma ada masa 3 bulan je lagi. tarikh? hehe tunggu kad siap baru boleh reveal tarikh. tapi 3 bulan dari sekarang tu of course lah bulan 11 kan? what is special about November? tarikh saya dinikahkan adalah hari jadi Abah :') dan 3 hari selepas itu adalah hari jadi Afif. so next year bulan November ada tiga hari ulangtahun untuk diraikan, in sya Allah.

saya rasa saya tak rajin kot nak update semua. mana yang rajin saya update pasal bab-bab persiapan perkahwinan ini. sedar tak sedar sudah lebih 2 minggu kita berpuasa. ada lagi 11 hari untuk kita beribadat sepenuhnya kepada Allah di dalam bulan yang penuh dengan ganjaran. dulu tak reti nak menghargai bulan Ramadhan. dah tua-tua cenggini baru tersedar daripada lamunan. semoga amal ibadahku selama ini diterima oleh-Nya, kerana syurga Allah itu amat mahal harganya. aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurga-Mu dan juga tidak mampu untuk masuk ke dalam neraka-Mu :'(

semoga apa yang kami rancang ini dipermudahkan oleh-Nya
Wallahualam...


xoxo



salam Ramadhan 
:)

3 COMMENTS:

anakpakshaikh said...

semoga dipermudahkan segalanya

syakey said...

ya Allah, nampak macam pening aje nak handle semua ni! haha. tp pelamin yg no 2 tu nampak sweet mweet aje. :D

moga Allah permudahkan semuanyaaa ;)

ayeen muhammad said...

pening kan.. kite pun 6 bln je lagi skrg ni still boleh relax2 since semuanya da siap tempah awal2..tp rasa macam ade je benda yg tak lengkap..ishkk..pening2