Pages

Monday, January 31, 2011

a letter to her


this entry is special dedicated to her,

You looked so beautiful and gorgeous.

I just want you to know that I still loved our precious friendship even though there were several things unexpected happened and drifted us apart. sometimes I just missing you, missing our good old days. happy newlyweds to you, my dear friend. thank you for the invitation, and the card also. a thousand apologize for not attending your big days; either solemnization or reception day. you still in my heart, always, not matter what. I want to attend your big day so badly, unfortunately I can't because of I am working and also you know why...

I always pray for your happiness my dear. I hope you will happy and always be no matter what because you already had him in your life. may you live happily ever after 'till the end.

Wassalam...


xoxo



happy newlyweds

Sunday, January 30, 2011

teaser


thanks!
will update later

ai luf ya!
hugs hugs hugsssss!!!


xoxo



epy burfday!

Thursday, January 27, 2011

amazing thurs


hai semua! mak aihhh sudah lama kan mak tak update blog? lately ini entry penuh emosi je. mesti para stalker mak suka membaca kan. selain dapat bergossip-an dengan clique memasing dan makin menyayangi hobi menjaga tepi kain bunga orang lain especially mak nih tawww. penat dah haa nak ngadap. letih letih tapi takpe demi you ollsss mak sanggup je teruskan hobi menulis blog :D :D :D

eh eh tersarkastik lak kat situ. dem. since when I do sarcasm huh? well, there are several things changed. resolusi 2011 lah katakan ;p tadi keluar dari rumah pukul 9pg dan balik rumah pukul 9mlm. gigih kan saya mencari rejeki halal? hihi insya Allah kalau niat baik-baik sahaja, Allah akan murahkan rezeki seseorang. lately ni Kuantan dilanda angin yang hmm horror gak ah dengar kalau terjaga pada tengah malam. jangan nanti saya bangun pagi tengok-tengok atap zink rumah dah hilang uhu.

pagi tadi ada photography job kat Kemaman; a birthday bash. hmm ini adalah pertama kali dapat job camni so agak awkward lah berdepan dengan bebudak daripada umur 3 ke 5 tahun nih. eden tak biasa nak buek camno. fuhhh sesiapa yang nak kerja kat kindergarten nih kan mesti mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi untuk handle mereka. eden tak dapek la nak nolong. huhu tapi mereka tomei. mujur mereka tomei. suka je tengok. nakal tu tak nakal sangat ah sebab cikgu otai kat sini sangat garang huhuhuhu. layan ah jap beberapa gambar ini okay ^_^


mood happy sebab satu wishlist bakal terlaksana
Alhamdulillah
:) :) :)

a bee on the wall
tetiba teringat mural Spongebob yang pernah saya lukis dulu
uhu ada can jadi pelukis nih wakakakaka

a birthday present
bestnya dapat hadiah wuuuu~
nak jugak weh birthday saya minggu depan
eh tetiba.
(-_-)''

birthday boy named Danish Baihaqi
he is turned to 5 years old today
:D

transformers sponge chocolate cake
yummy~~

here is a birthday boy
very very shy person
(--'')

part paling wajib
camwhoring dengan client
wahahahahahaha
;p

****

after that, I went to the East Coast Mall *again* hahahaha pls don't ask! ECM tu macam Midvalley kat Kuantan ni haaa nok T_________________________T'' okay sambung cerita aha nak ngedate dengan Cik Shikeen. suka suka suka! tengok cerita Faster. mantapppp. ending unexpected. nak tak saya cerita sket even dah lapuk ke tak kira tak kira! hehehehe ending nya ialah hero movie ini dapat balas dendam. rupa-rupanya dalang kes bunuh abang hero cerita ini adalah tettttt hampagas! pastu kan macam tak puas hati pun ada mamat British tu apa entah fungsi dia dalam cerita ni. yang tau dia ni saiko kat USD1. yes itu upah dia untuk membunuh wtf? takpe orang saiko memang macam tu. wujud je orang saiko dalam hidup mak nih haaa :P pastu as usual mengisi perut trang tang tang sambil ber-gossip-an pasal DIRI MEMASING okay gwa takde masa nak ber-gossip-an pasal ORANG LAIN. peh sarkastik lagi cer citer cer citer muehehehehehe ;pp

Faster
kena tengok minggu ini sebab nak save tengok cerita lain lak
The Green Hornet this weekend!
yahoooo!!

Shila Cafe or better known as SC hohoho
port wajib untuk dinner kat sini
best wooo!

cotton gypsy shawl from lustfulluv.blogspot.com
melaram dengan baju baru ngeh ngeh ngeh
suka suka sukaaaaaaaaaaaaaaaa!
:D :D :D

besh lah dapat bergossip-pan dengan awak
xoxo gossip girl
muahahahahahaha

hidangan maveles dan feveret
nasi lemak dengan ayam goreng
RM4.80

****

selain berbincang pasal... you know girls talk? we talked about men, future, marriage, boyfriend, girlfriend, marriage, kids, marriage eh hahahaha berapa kali daaaa aku cakap pasal kahwin ni? tsk. itu wajib ada di dalam pemikiran bagi seseorang yang sudah menjangkau umur 25 tahun tapi still tiada bf eh silap bakal suami. tercari-cari mencari-cari. insya Allah ada. cuma menyorok lah tuh :P oh yes! beliau adalah teman saya ke Universal Studios Singapore nanti! weeeee selain encik bf beliau menjadi OP of that day wahahahaha suka suka sukaaaaa!!! eh ni dah melalut. just wanna say thank you for this lovely felt craft. ehe still dalam perbincangan gak ah nak buat bisnes felt craft. agak-agak boleh jalan ke tak haaa?

ini adalah felt craft
tomei tak?
ini tucen tawwwww
*percubaan untuk mengeja secara comel*

owh ini adalah bunga pakma
boleh je pakai kat kepala tapi nanti ada yang jealous
cakap fashion victim hohoho
thanks dear!

sesungguhnya itu sahaja update daripada saya. tadi kan timbang berat. oh dem sudah menjangkau 55kg huhuhuhu. baru je timbang minggu lepas 52kg ;pp beratku cepat naik cepat turun. jangan naik ke 56kg dahlaaaaa nanti mak down tawww noksss. kang ketat lak jeans pastu tak pepasal beli baru hihi itu alasan je. nampak sangat hati ini agak senang jugalah nak dibandingkan dengan minggu sebelumnya. harap-harap pasni saya nampak pelangi je depan mata. dah tamau diberikan hujan ribut petir angin monsun tropika semuaaaaaaa pergi main jejauh!!! erk kthnxbye *rasa kewl gila tulis macam tuh*


xoxo



gossip girl
:P

Monday, January 24, 2011

Shahira cakap-cakap : entry cukup panjang!


Ya Allah...
berikanlah aku kekuatan untuk terus hidup dan berjalan
di muka bumi ini
sesungguhnya aku sedar akan kekhilafanku
Hanya Engkau lah Pencipta Yang Maha Agung

****

masa untuk luahan hati dan perasaan. again? hey aku kan drama queen so harus lah sebegitu rupa. kat siapa lagi nak mengadu selain daripada Allah dan kengkawan rapat *hey a big thanks sebab sudi meminjamkan telinga korang mendengar sesi JK aku huhuhuhu*

first of all, saya nak bercakap pasal blog. apakah tujuan blog dibuat? korang tahu tak blog ada banyak jenis? so agak-agak blog gwa berkisar pasal apa eh? gwa serious dowh tak ambil port pasal hal orang lain. gwa serious dowh tak minat nak menjaga tepi kain bunga orang lain. serious dowh gua tak minat. gwa hanya berminat pasal diri gwa sahaja. so wajib lah gwa di labelkan sebagai narcissistic *sila tanya pakcik Google jika anda tidak pasti apakah maksud tersebut*

TAPI aha hanya narcissistic di dalam blog sahaja. means? saya hanya bercerita pasal kisah hidup saya sahaja di dalam blog. di mana suka dan duka yang kekadang melibatkan hal kengkawan, emosi, kisah cinta suka dan duka semuanya di dalam blog. kehidupan peribadi saya. bukan bermaksud saya ini suka gebang lebih tapi saya suka bercerita dan menulis. ini bukan diary okay kalau diary elektronik baik saya buat private blog biar sensorang je yang baca. betol tak?

so saya memang alu-alukan sesiapa yang suka membaca apa yang saya tulis dan saya nak halau jejauh bagi pembaca yang ada PhD. buat apa nak sibuk kat sini? kalau tak suka tak payah ler baca dowh. pastu sibuk nak buat status kat Facebook dowh. aku tau blog ini best sebab tu kau suka kan even mulut kata tak suka hihi :P WTF Cik Sha sudah pandai sarkastik sekarang dowh. siapa yang ajar kau dowh? dunia Internet tanpa sempadan ;p

jadi blog Shahira and her L a tt e adalah dunia tanpa sempadan saya sebab saya boleh cerita almost everything yang saya rasakan sesuai untuk berkongsi dengan pembaca dan blogger. aha sharing is caring *pinjam motto Padini sekejap* L a tt e means a lot to me. latte is one of my favourite drink. the most after teh ais haha. and then latte is sort of give me back my energy to neutralize everything. apabila saya rasa saya sedih, mesti pergi ke Starbucks and order Ice Vanilla Latte. memang dah jadi muka latte pun ekau ni eh.

so kepada sesiapa yang berkenaan, tak payah lah nak mempertikaikan kenapa saya ada blog. kenapa saya suka post yang syok sendiri. kenapa suka bercerita. kenapa suka menunjuk itu ini blah blah blah. kenapaaaaaaaaaa???? sepatutnya ini yang patut aku tanya kat kau sengal: kenapa kau suka baca blog aku eh? jeng jeng jeng ;pp jawapannya: kerana kau adalah stalker terhebat yang memang muka tebal tak boleh ditembus oleh sinaran radioaktif dowh! aihhhh rasa menyampah lak cakap dowh dowh ni. eh tak key ell lah camtu beb! okay move on to the next paragraph! makin merepek dah aku rasa.

****

Alhamdulillah berakhir sudah minggu stress bagi saya. padan lah semasa di Shah Alam gembira sakan dan gelak tak ingat dunia... rupa-rupanya ini yang haku dapat. hmm fikir-fikir kan rasa macam nak keluar je dari Kuantan. totally nightmare. ingatkan nak buat lah Kuantan ini tempat untuk settled down tapi macam hmm entah lah. nak kena cari bakal suami bukan orang Kuantan baru dapat keluar dari sini uhu.

dahulu masa sekolah nak sangat keluar dari Kuantan. bosan kata aku. pastu dapat lah matriks kat Johor. tengok-tengok homesick. padan muka. and then sambung degree kat UKM. so jadi lah warganegara Selangor kah kah kah. merasa duduk sana 3 tahun. pastu sambung master kat UTM Skudai wahhhh jadi warganegara Johor lak pastu rezeki saya beb dapat merasa study kat Hiroshima, Jepun selama 5 bulan. so sudah merasa pelbagai suka dan duka duduk merantau ke sana ke mari so of course lah kan nak duduk kat Kuantan kan?

at last, macam hmm sudah tawar hati nak duduk sini. banyak berduka je. ada rezeki nak keluar tapi kesian lak kat my parent kan? Along dah lah duduk kat KL so siapa je nak teman Emak kat rumah uhu. sekarang ni pun busy dengan kerja so tak begitu spent time masa juga lah kan. takpe lah yang penting minggu stress sudah pun berakhir. working life pun so far makin okay kot dengan adanya my superior yang memahami keadaan diri ini dan memberi semangat balik to fight back all these messes.

****

everything is settled down, I think. pasni sudah takde dah anasir-anasir jahat nak mengganggu hidup aku. serius penat dengan situasi sebegini. suka sangat nak menjaga tepi kain orang aihhhh. saya turun 2kg tauuuuuu sebab serabut serabai semua ada. stress dengan masalah diri sendiri. stress dengan kerja yang bertimbun-timbun. tapi tu dulu uhu. sekarang is getting better tapi kan tamau lah berat ku kembali naik ehe. suka suka suka 52kg! bukan senang nak dapat. kena stress baru kurus sebab apabila haku stress haku tak makan (--'') diet yang tidak begitu sihat untuk dipraktikkan.

actually I realized that I was too scared to love somebody, someone special in my life. I kept on denied on this thing but this is for real. why eh? is it because my heart was too fragile at the moment? after broken hearted few years ago? I was remembered back then, I was too fall in love with someone, which was by the end, I ending up this relationship because of his attitude. but at that moment I am not ready for the break up thing. finally, ended up with I lost my weight from 54kg to 49kg. yeahh 5kg in a month. I looked like a walking skeleton. I cried almost every night before go to bed, keep telling to myself that I still loved him. how stupid I am to let him go at that moment. almost 4 months I acted like that, and I realized I can't have him back so I decide to let him go...to move on. and yeah it is not that easy as you think.

Everybody's thinkin I was just too scared to love you
Got 'em all believin that I folded under pressure
It's crazy how I gave my best
I tried so hard to love you

parts of lyric : Rose Colored Glasses by Kelly Rowland

saya rasa sebab tu kot? sebab tu saya tak berani nak sayang seseorang 101%? sebab tu saya takut nak komited 101%? perhubungan sesama manusia tidak pernah kekal. yang kekal hanya lah pehubungan manusia dengan Penciptanya. sebab tu kot? maybe yes maybe not. hanya Allah saja yang tahu. even I gave my best pun, kalau si dia bukan jodoh saya nak buat macam mana? dapat bf yang kaki tipu? dapat bf yang bermain kayu tiga? dapat bf yang baik hati? jika itu bukan jodoh saya, saya cuba nak mempertahankan pun tak guna juga. semua ada hikmah.

apa yang saya nak sekarang ini? of course lah seseorang untuk disayangi dan menyayangi saya tapi... hmm siapa? saya takut sangat kalau kehidupan saya ini berakhir dengan andartu? sebab love life saya semuanya tak menjadi. jadi saya pun penat untuk start all over again. penat tapi mahu. pelik kan? fitrah manusia... all I want is a husband to devote my life with. not a boyfriend. yelah kalau orang cakap berkahwin pun boleh bercerai tapi at least si dia sudah jadi suami saya kan? jadi tidak semudah itu ikatan sesebuah perkahwinan boleh diputuskan seperti clash dalam ber couple. hasrat saya nak berkahwin pada tahun 2011 ataupun 2012 kalau ada jodoh huhuhu tapi tatau lah siapa. berangan je kan yang boleh :P

sebab itu hati saya cukup fragile apabila membabitkan hati dan perasaan. hanya saya je yang tahu apa yang saya rasa jadi orang luar tidak ada hak untuk mempersoalkan tindak tanduk saya. beberapa teman rapat saya pun tengah mempunyai masalah tentang hati dan perasaan. memang gampang itu manusia yang bernama lelaki. oppsss ditujukan kepada orang yang berkenaan sahaja. lelaki semuanya sama. itu stigma. takde lah. ada je yang lain cuma menyorok entah kat mana uhu (-_-)''

"When you are SINGLE, all you see are happy couples,
when you are COMMITTED, all you see are happy singles.
The perfect time will come, have faith"
- Anonymous

and then she replied:

"Okay I will be waiting for the right moment to be someone's wife,
insya Allah"
- Nurul Shahirawati binti Mohamed Rosli

****

about my freelance job, Alhamdulillah saya dapat job terbaru; birthday bash di Kemaman. uhu agak jauh juga dari Kuantan but I will try my best. ini first time buat job untuk birthday bash. actually ini untuk anak Kak Lina, bekas supervisor saya dahulu semasa training di BASF Petronas tahun 2007. lama kan? uhu still keep on contact each other. so kalau jadi, hari Khamis ini insya Allah. charge pun murah je sebab first time. kang client tak pueh hati mampoihhhhhh haku. dengan keadaan laptop yang nazak juga wajib membuatkan saya marah untuk proses editing gambar nanti aihhhh. dugaan bertimpa-timpa. insya Allah juga dalam minggu ini saya dapatkan speedlite idaman hati iaitu Nissin Di622 Mark II. nak beli Nikkor SB-900 tak mampu sebab harga beriban-riban kan sobs.

pastu this is about my future too. saya sudah fikir masak-masak nak invest dalam Public Mutual. start bulan Februari nanti pastu ada rezeki lebih boleh lah menabung RM100 sebulan dan memang takkan sentuh duit kat situ. WAJIB WAJIB WAJIB kurangkan shopping wehhhhhh. muak dah haaa haku dengar resolusi kaw yang tidak kesampaian uhu. dah hobi suka shopping nak buat camno? pantang nampak yang berkenan WAJIB lah beli. if not termimpi-mimpi di siang hari *wow rhyme tu hahahahahaha* pastu nak invest dalam the other business too, insya Allah. secara kasarnya. tak confirm pun lagi sebab belum duduk semeja lagi nak discuss detail huhuhuhu. ada rezeki tak kemana kan?

tadi teman rapat call. cerita pasal hal terbaru. saya pun dah lama tak dengar cerita the latest. uhu quite jealous with his improvements and performance. wow sudah ke bidang komersial gituhhhh. kawe tak dapat lah nak sampai ke sana sobs. bagus lah sebab ada rezeki terbentang luas di dalam bidang yang kita nak. jadi Alhamdulillah. saya ni pun start slow-slow berdikit-dikit. nak bagi 100% di dalam bidang fotografi pun tak boleh kerana tuntutan kerja.

jangan salah faham. bukan bermaksud saya buat kerja sambil lewa tau. uihhhh I gave my 101% tuhhhh :D saya sebenarnya berhajat nak berhenti kerja dan jadi full-time photographer tapi rasanya tak boleh lah. banyak faktor. antaranya takkanlah selepas berkahwin, ada anak still nak ambil job wedding photography right? lain lah kalau suami pun bergiat di dalam bidang yang sama huhuhuhu :P good luck to him and kalau ada job kat Kuantan ini, roger-roger lah aku okay :D :D jangan risau, rezeki ada di mana-mana asalkan pandai mencarinya. takkan datang bergolek right?

****

hari tu berjumpa dengan Cik Hana dan kawannya, Cik Jumie. wow dia ini boleh tilik orang tau aha. satu kelebihan. tak boleh percaya sangat tapi boleh kot nak dijadikan matlamat dan hala tuju kita ke mana? at first dia tanya saya ada pen ke tak sekarang? pehhh hebat betol dapat tahu haku memang bawa pen pun dalam sling bag kerja *tepuk tepuk* di antara analisis beliau yang saya merasakan tepat weh tepat!!!!!!!!!!! kagum! beliau analisis berdasarkan tarikh lahir. tapi sayang ah pasal kisah cinta beliau tak dapat buat sebab tak belajar pasal tu ekekekekeke.

saya degil
*bukan kat parent je tapi kengkawan gak*
saya degil pasal duit
*boros ni kot ehe*
saya pandai
*tak pandai mana eh main je kuat*
saya pandai bercakap
*bukan kuat gebang tawwww*
saya bercakap berdasarkan pada pengetahuan yang ada
saya pandai cari duit
nanti berhijrah ke tempat lain
*erkkk ikut bakal suami ke wakakakakaka*

kesimpulannya?
Who is the most awesome person today?
ME!

****

Universal Studios Singapore
insya Allah dalam masa terdekat nak pergi holiday kat Singapore
walau pape pon I need a vacation!
cuti 3 hari sudah approved
:D :D :D


adeh panjang bebeno entry kali ini. happy reading you ollssss. emak pun dah mengantuk ni haaa jenis tak sedar diri esok kena kerja pagi okay bye bye! good night to all readers, bloggers and not forget to stalkers also :P~


xoxo



I love me

Sunday, January 23, 2011

journey to the west


hai semua. ini entry dalam bentuk draft. punya lah pemalas nak update blog. entah lah takde mood nak ngadap laptop yang aihhhhh gegar sana gegar sini. kalau gwa kaya dah lama kena baling kat dinding tapi masalahnya gwa bukan kaya pun. kayap adelerrrr muahahahahahaha ;pp lawak tak? sungguh tidak lawak. macam malas nak cerita detail. layan gambar je lah ek zasss~~ gambar di mana ada muka saya itu bermakna saya bukan photographer nya huhuhuhu. emm bf Cik Esah yang tukang tangkap nya so huuu redha je lah (-_-)''

pastu masa jenjalan kat The Curve pun saya tak bawa my D90 sebab macam poyosssss je gantung DSLR ke shopping mall. haku pun naik segan. just using my DSLR for event and function only ehe ;pp gambar saya ke iCity pun takde tsk. ada kat hp seseorang. entah bila dapat saya pun tatau uhu. so layankan jelah gambar. camwhored je lebih sebab masing-masing dah lama tak berjumpa kan. lebih pada setahun sekali you olsssss T________________T''

****

Bangi
15 Januari 2011

mereka pun blogger juga
Cik Hana & Cik Seyha
perempuan Malaya terakhir huhuhu

hidangan untuk tetamu
Nasi Beriyani tapi tak pasti Gam ke tak
hohohoho

sorry saya nak melantak dulu
penat kot!

Cik Esah serta bf beliau
dia ni pun blogger tapi aktif setahun sekali jek
;p

ini part wajib
sangat wajib!

skunks tak pernah complete since 2005
sob sob sob
(-_-)''

si pengantin skunks bersama hubby terchenta
terkedu sekejap apabila kat banner tulis WAHIDA
kiteorg called WAHID je
wakakakakakakaka

adik kat belakang tu memang tak boleh duduk diam
aihhhh.

apabila perut kenyang...
suka hati?
tak ini ekceli mau hilangkan ngantok teramat sangat
uhu.

kiri potpet kanan sudah ready
hahahaha spoil btol!

pose sebegini harus dibuat
baru havoc taklah skema semacam jek
(--'')

another one!

jom sesama tunjuk kat si pengantin
kurang pasti apakah motif kami
huhuhuhuhu

baru dapat bergambar solo dengan pengantin
ehem ambil berkat ke Cik Sha?
awwwww~~

teknik mulut ikan macam sudah sebati dalam dirikuw
ahaks!

ini sangkar burung
kata Cik Esah
:P

bergambar sekejap kat hallway sebelum balik

a great combination of purple & pink
right?

adoiii tak center laa lak
camno ni abang photographer oiiiii?

mendapat souvenir khas hihihi
tengkiu makcik!
saya tau makcik tak ingat dah kat saya
yang selalu menempel kat rumah dan dapat makan free
;pp

tak dapat naik dapat bergambar pun jadilaaaaaa

ermmm nampak gemok di situ
ilusi ilusi!!

waaaaaa ini sudah lebih!
nampak sangat baju kebaya sudah longgar kan?
tsk.

okay last pose
bye!

****

Shah Alam - USJ - Damansara

Empire Shopping Gallery
sempat dinner je kat sini
sweet memory awww~
jenjalan maybe kemudian kot?
hohoho entah bila
(--'')

camwhore depan Ikano Power Centre
setengah jam kot haaa emak cari parking kat Ikea
tapi tak pergi pun jenjalan di dalam Ikea
bongok tak?
;pp

lunch McD
sedih ah kat sini takde Burger King
nak bersua muka sekali setahun pun susah!
itu lah kaw masa kat JB tamau lak makan!

dan....
detik perpisahan
uhu benci!

bye bye Shah Alam
ada masa ketemu lagi
:D


xoxo



nak buat lagi roadtrip!

something new in January


heyyo! sudah lama tak update blog. erk haritu? itu bab emosi ini bab fesyen ngeh ngeh ngeh. nanti nak update pasal trip to Bangi-Shah Alam tapi itul later :D :D :D laptop sekarang macam hampagas. more than that. memula gegar-gegar sedikit. pastu satu screen. pastu keluar kaler hijau. ini tunggu masa nak blank je kot T____________T'' uhu kena hantar repair ASAP!

saya nak update pasal entry yang lebih kepada syok sendiri. something new in January. ekceli lagi bermakna kot saya rasa apabila saya membeli something dengan hasil titik peluh sendiri. baru tahu nilai harga duit sob sob sob. saya telah berazam untuk stop shopping baju dan hasilnya tadaaaaa mana ada shopping ngeh ngeh ngeh ;pp sekarang lebih fokus kepada aksesori dan beg wtf? sama je kan? (--'')

****

lilitan shawl yang terbaru
bereksperimentasi dengan muka sendiri
macam okay
:D

jangan tertipu dengan ketembaman muka
tak tembam pun!
sob sob sob
makin surut adelahhhhh

****

semakin menyukai baju berwarna putih?
takpe takpe new style in daa house
for the first time wearing wedges 3inch and a half?
;p

shawl: lustfulluv.blogspot.com
shades: Forever21
white flower ring: from Ikano Power Centre
the owl necklace: from Ikano Power Centre
white cropped waist dress: Padini Authentic
black long sleeve cardigan: PDI
light blue skinny jeans: Ladylegs from Brands Outlet
black hobo handbag: Roxy
purple skinny belt: Quincy Acc. from Brands Outlet
dark chocolate wedges: Vincci

****

hasil tangkapan paling memuaskan nafsu eh silap hati
semasa trip ke Bangi-Shah Alam
no more baju tawwwww
;pp

RM10
white flower ring
from Ikano Power Centre

RM19
the owl necklace
from Ikano Power Centre

RM19
the peacock feather necklace
from The Curve

and...

keychain from London
someone special gave it to me
totally love it
:)

****

remember that I have a handbag wish list
nampak gayanya kena postponed sebab...
wajib lah kumpul duit untuk kahwin you olssss
tapi dengan siapa?
sobs.

RM1500
Marc by Marc Jacobs Classic Q Hillier Hobo

maka tidak tahan matakuw melihat kecantikkannya
semasa kat The Curve ternampak handbag ini
terus minta SA call branch kat Kuantan
tanya ada ke tak handbag ini kat sana
ADA!
:P

RM159
Seed from Padini Concept Store
terima kasih di atas staff purchase 40% maka
dapatlah dengan harga RM96
totally worth buying!
sama kan????

****

tidak dilupakan juga kepada gajet
gajet oh gajet
nak pakai iPhone tak mampu
so pakai iPod jelaaaaa

RM15
silicon casing
cari kaler ungu takde
sedih tawww mak!

loved them!


hehehehe tu je update kali ini
esok okay next update!
mau minum milo pastu tidur!
goodnite
:)


xoxo



hidup wajib happy