Pages

Tuesday, June 29, 2010

celoteh sekejap je


hari ini baru naik mood nak perbaiki thesis ngeee padahal pagi-pagi buta tadi. start dalam pukul 1pg pastu terus rajin nak tukar colour graph, dan betulkan format thesis. update list of tables and graphs. so sekarang ini pula tengah rajin nak tambah literature review. pepandai pula pergi tambah definition of leisure and recreation kah kah kah padahal itu adalah taktik untuk menambah muka surat thesis. aduhai kira-kira dalam 88 m/s je ada wth? bapak gila sedikit okeh tapi itu tidak termasuk dengan appendices. maka dengan ini haruslah kau meletak banyak appendix ye? sila rajin.

ekceli macam agak banyak juga la correction kena buat tapi tak stress sangat sebab sudah tahu bahagian mana kena baiki. kena tengok balik jarak rumah ke hutan bandar. aihhh orang JB ini tak pandai mengira jarak ke apa? (-_-)'' pastu kena buat balik semula lah segala SPSS analisis. jika tidak significant juga, maka itu adalah limitation of the study. macam banyak je list limitation itu wahai Sha...

heee sekarang tengah dengar lagu raya. lagu yang berkumandang sekarang ini ialah Rafeah Buang - Selamat Hari Raya. syahdu woo dengar. ambil mood raya sekejap sebab saya tengah puasa ganti hahahahaha! ada lagi baki 8 hari wuuu T________T'' takpelah saya aim puasa sampai hari Jumaat direct 5 hari. chaiyok chaiyok!! wah saya sudah terbau Kuantan dari JB. really really homesick!! sobs.



xoxo


okay mau pergi mandi
;p

Monday, June 28, 2010

everything is about plum


OMG...! homaigodddd!!! terbeliak biji mata saya melihat keindahan handbag Coach ni. ekceli sudah lama terbeliak tapi pura-pura tak ambil peduli padahal huhuhuhu ini handbag kesukaan saya dan idaman saya meskipun saya tahu saya tidak mampu untuk memilikinya. hanya mampu untuk mencium bau kulit handbag Coach, merasai kelembutan tekstur kulit handbag Coach dan berangan untuk memilikinya, someday (-_-)'' jom marilah kita mencuci mata sekejap. tak lama pun nak berangan. sekejap je. hehehehe ini adalah warna favourite saya iaitu plum/amethyst.

Coach Madison Leather Wristlet
hehehe sudah berjaya membelinya
pastu sengkek
T_____T


Coach Madison Leather Audrey
ini handbag idaman saya
agak-agak boleh tak dapat sebagai hantaran?
hahahahahaha
(-_-)''

Coach Madison Leather Maggie
ini adalah sejenis shoulder bag
drooling eyes
(@_@)

Coach Hailey Leather Crossbody
sesuai untuk dijadikan slingbag
gojes!


okeh it is time to wake up!
hahahaha!



xoxo


;p

review filem untuk minggu ini


Toy Story 3

cerita kartun ini mengisahkan Andy dapat masuk kolej so dia macam teragak-agak either nak simpan atau buang semua mainan dia. at last dia pilih Woody untuk bawa ke kolej dan yang lain nak simpan dalam loteng. tapi mak dia ingat tu plastik sampah. so the journey is begin. mula-mula dapat masuk ke Sunnyside tapi dapat pula kanak-kanak yang merosakkan mainan so plan nak keluar daripada situ tak dapat. tapi biasalah mesti happy ending kan? okay ending dia? Andy bagi semua mainan kat sorang budak comel nama Bonnie. serius comel :) :) :)

pendapat dari hati ke hati: lebih suka Toy Story 2
(-_-)''

****

Karate Kid
ini adalah cerita remake

uih superb thumbs up! memang tak sedar langsung 2 jam setengah berlalu sebab cerita ini sangat tidak bosan okeh. dengan Dre yang memang lawak betol especially his attitude. memang takleh blah bila dia buat mimik muka tu huhuhuhu :p cerita ini tentang Dre yang berpindah ke Beijing, China and being the outsider. pastu dia nak dapatkan balik maruah diri dan respect from Cheng dan sifunya, so dia dan Mr. Han iaitu Jackie Chan masuk ke pertandingan kungfu terbuka. so cerita ini also happy ending. Dre menang dalam competition tersebut sekian...

pendapat dari hati ke hati: duit anda yang dilaburkan memang berbaloi-baloi
:D

****

Frozen
low budget film, I guess
kah kah kah

erm... hmm... camne nak cakap cerita ini ek? so simple tapi tak cliche. I guess lah this film nak tunjuk what is the worst case scenario could happen if you snowboarding or skiing during the bad weather? or the effect tidak mendengar cakap orang jangan main? hehehehe. cerita ini ada value dia. pasal friendship and survivor. only the strong get to survive. cerita dia pasal 3 sekawan ni; Parker, Dan, Lynch pergi main snowboard dan ski kat kawasan pergunungan. pastu hari dah malam. supposed tak boleh dah main kat atas tapi biasalah mereka tetap insist dan bagi rasuah kat tukang jaga cable car tu. nak dijadikan cerita tukang jaga cable car sudah bertukar dan ingat takde orang dah kat atas... tapi mereka still atas cable car tu. huhuhu. ngeri gak fikir pasal ni. ending? Dan dan Lynch mati sebab kena makan dengan serigala tapi Parker survive. habis!! hahahahaha T___________T''

pendapat dari hati ke hati: at least tak merepek ada werewolf
(--'')



xoxo


antu wayang!

Sunday, June 27, 2010

rindu untuk bersama dengan mereka...


Encik Busy kesayangan
hari ini sudah genap 19 hari tidak berjumpa
dating apetah lagi lebih daripada itu
(-_-)''

Cik Hana kesayangan
ibarat adik ku sendiri
weh rindu lah nak hangout!
(-_-)''

Cik Ain kesayangan
minggu depan sudah jadi Puan Ain
rindu nak bertukar gossip girl apabila dengan kamu
(-_-)''

arghh! serius rindu nak balik Kuantan. rindu rindu rindu. hmm sabar jelah Sha. Jumaat depan sudah boleh balik selepas selamat hantar pembetulan kat Dr. Rafee. pastu sudah boleh binding thesis and then bound! get ready for your next convocation in September 2010, insya Allah. event yang saya ternanti-nanti agar menjadi kenyataan. tak sabar nak naik stage buat kali yang ke-2. rindu kat Abah & Mak ehe dan tidak lupa juga Along! ekceli rindu kat baju baruku kwang333. tunggu Kuantan, haku balik minggu depan!



xoxo


mata lebam macam panda
okay bye!

Saturday, June 26, 2010

movies marathon


Toy Story 3
done!

The Karate Kid
tonight!

Knight and Day
next week!
promise?

Frozen
err...
I don't know if this film is worth to watch for
(-_-)?

The Back-up Plan
a must watch movie with Encik Busy!
coming this July

Eclipse
I don't know whether he wants to watch this
(--'')

The Sorcerer's Apprentice
its trailer amazed me!



xoxo


patutkah aku jadi tokey wayang pasni?

mee tomyam semalam sedap tapi...


gambar fail tahun 2006

ini muka mengetahui bahawa mee tomyam itu adalah sejenis nikmat
nikmat teragung bersama minum teh ais
kah kah kah
setuju?

saya nak berkongsi satu cerita. just a short story. hanya 2 perenggan je itu janji saya setelah saya dapat tahu saya memang banyak membebel dalam blog orang... hey! ini bukan blog orang lain, ini blog saya...! gagagagagaga. moral of the story? jangan takut nak menulis. biarkan tangan ini menguasai papan kekunci laptop anda kah kah kah ;pp

okay okay. malam tadi selamat sampai dalam pukul 10 mlm kat BP setelah pemanduan berhemah saya ehem ehem. melepasi traffic jam from JB to Skudai tanpa perlu pencarutan yang banyak. erk? first time saya drive memalam buta kat highway. kau tu lah lah rabun ayam. sebelum sampai ke rumah Cik Fizah ni, kami singgah dulu nak dinner sebab rasa teramat lapar ya rabbi! sambil-sambil tu boleh layan Brazil bersamba dengan Portugal. hiks.

saya makan mee tomyam. saya actually tak suka hirup kuah. sebab saya kalau kuah ni kureng sedikit tapi tatau lah kenapa mee tomyam semalam best. hehehe. setelah habis makan so it is time for me untuk hirup kuah tomyam ni. woi dengan sudu okeh bukan direct contact dengan mangkuk (-_-)? makin gembira nak hirup kuah ni... dan tiba-tiba...

ada lalat dalam mee tomyam ku rupanya! wtf? wth? wtf? wth? tapi saya tak cepat melatah. saya tak panggil waiter restoran itu. saya tak panggil tukang masak itu. saya tak lempang mereka berdua. saya tak minta ganti rugi. tak tak itu bukan saya tapi boleh je kan kalau transformasi itu berlaku? mau jadi hulk hogan kang haku nih grrr!!! saya just tolak mangkuk tu ke tepi, berhenti makan dan ucap alhamdulillah sebab kenyang dan mee tomyam itu memang sedap.

alasan? sebab saya teringat satu hadis seperti di bawah...

"Jika ada seekor lalat di tempat minum salah seorang diantara kalian, maka celupkanlah seluruh tubuhnya. Kemudian buanglah. Sebab salah satu sayapnya mengandungi penyakit sementara sayap yang lain mengandungi ubatnya"
-H.R Malik, Abu Hurairah

wallahualam. meskipun nampak saya ini macam pengotor ke apa tapi saya memang berpegang pada hadis di atas. terpulang pada kita untuk menerimanya atau tidak. korang boleh tanya pakcik Google tentang hadis tersebut. buktinya? sampai sudah saya tidak mengalami gejala crettt ;ppp hehehehe okay lah gotta go. actually baru je bangun pukul 120ptg tadi. memang nikmatlah tidur!

err.. kira-kira ada 5 perenggan lah pulak!!



xoxo


mee tomyam terbaik!

Friday, June 25, 2010

penantian selama 2 tahun berakhir


saya kalau boleh mahu senyum macam ini
yes macam ini
even sekarang tidak boleh nak tersenyum macam ini
T_______T

tadi dapat berita yang tidak begitu seronok nak dengar. anak buah Encik Busy masuk hospital akibat tonsil. saya berharap agar si comel Rayyan cepat sembuh. oh si comel saya rindukan kecomelan kamu :)

sekian berita terpenting pada hari ini. seperti yang telah diberitahu berkurun-kurun dahulu eceh ye ke? pada hari ini iaitu tadi telah terjadual V-Day untuk saya. peh cuak seh memang tidak terkata. yelah dah benda kau duk ngadap since tahun lepas akan dinilai oleh panel-panel yang menjadi juri untuk berkata: anda boleh grad tahun ini. aku lemau bila mereka cakap: anda diwajibkan extend another one sem untuk pembaikian thesis. serius luluh jantung hati kalau dapat berita macam tu.

nak cerita pasal sehari sebelum kejadian V-Day. petang tadi selepas settle edit bagai nak juling dah mata ngadap laptop, terus pengsan selepas membaringkan diri di katil pelampung pada pukul 7ptg. tup-tup terjaga almost 8mlm pastu kebetulan Cik Fizah baru balik dengan KFC. hahaha betapa bertuahnya badan saya. buka je mata tup-tup ada KFC depan mata. memang rezeki saya ;pp pastu call Encik Busy borak-borak. heeeee rindu sangat kat awak tahu? (--'') tunggu ek saya balik. nak buat macam mana... awak busy kat sana saya busy kat sini...

slide presentation haram tak buat lagi sebab rasa penat sangat badan dan mata. so lepak-lepak tengok tv, ter-update status Facebook huhuhuhu itu yang penting! (-_-) kata penat mata tapi bukan penat Facebook tahu! saya tengok cerita Wipeout, Drop Dead Diva oh eh ni cerita dari Singapore hehehe pastu layan lagi Project Runaway pastu Ghost Whisperer adoi bila masa nak buat slide? start pukul 1130mlm. serius memang kerja last minute. cit. nak diikutkan habis dalam pukul 330pg gak laa tapi tak boleh tidur sebab crettttt! pepagi buta laa perut nak buat hal... sadis tak sadis...

saya pun tak tahan mengantuk plus perut pun still meragam tapi tertidur juga dalam pukul 4pg. alik-alik terjaga around 730pg. uhu sudah lambat! dengan tak ready pun satu hal! selepas bersiap-siap nak keluar, tetiba hujan dengan lebatnyaaaaa. macam tak bagi can pun haku nak keluar. tunggu juga dalam pukul 830pg baru nak gerak ke UTM. apa lagi bawa tu memang pecut juga lah sebab terpaksa even masa tu still hujan.

sampai UTM dalam pukul 850pg. tapi sebelum itu jalan masuk ke UTM sudah traffic jam. sebab apa? uhu accident terbaik pada pagi tadi. 5 biji kereta berlanggar sesama sendiri. kemek lak boleh tahan. tak main ketuk-ketuk nih. memang kena tukar bumper dan bonet terus!! uhu minta simpanglah saya nak accident lagi. tamau tamau.

okeh cerita pasal presentation pula. sampai je tengok bilik lab tak buka. dengan hujannya. memang terbaik lah baju basah. dengan perut sakitnya. pastu mata pandanya. even my supervisor pun perasan mata saya ini lebam gila. huhuhuhu. okeh bukan saya seorang yang present. student from Sierra Leon present dulu. peh dah dapat tawaran PhD kat Texas University tapi project master tak lepas lagi. panel bagi masa setengah jam tapi dia je nak dekat sejam setengah T_______T apa dia membebel pun haku tak paham.

next my turn. pung pang pung pang hamekk! sejam berlalu tapi tak rasa pun. sebab apa? hahaha present macam lepak-lepak je. siap boleh duduk pastu dwi bahasa. sekejap english sekejap melayu. taram je sebab dapat panel yang sungguh baik hati. lebiuuuuuu!!! siap boleh gelak-gelak jawap hp semua. serius tak rasa stress or tension. tapi banyak juga pembetulan tu adoi!

Jumaat depan hantar pembetulan sebelum thesis ku dibukukan. alhamdulillah. saya rasa sangat lega dah tatau nak cakap apa. setahun tunggu nak habiskan pengajian master. really need a lot of efforts and patience. uihhhh jenuh kot. dengan upside down terbalik terbungkang but then that is my experience. my precious experience. Insya Allah saya akan berkonvo pada bulan September nanti selepas raya. pointer? tidak kisahlah if tak dapat first class pun. kalau dapat atas dari B+ tu syukur alhamdulillah :D :D :D

so what is next? malam ini gerak balik ikut Cik Fizah ke BP. pastu ada date dengan Toy Story 3. reward for myself lah of course!! nak bermalas-malasan pada hari minggu. start balik kerja pada hari Isnin depan. ganbatte Sha san! anda boleh lagi berapa percent? 5% before you have your master scroll!! erk. ngantoknya mata nih. pening lalat. nak tido nak tido. kroihhhhhh!



xoxo


menaip sambil tutup mata
hahaha ini tidak tipu!!

Thursday, June 24, 2010

pasal thesis episod ke berapa ntah!!


saya baru je lepas solat. rasa fresh je mandi pukul 130ptg tadi hahaha. sudah 3 hari saya tidak keluar bilik dan memanaskan enjin kereta saya. sekejap lagi saya panaskan awak okeh? dalam pukul 3ptg nak pergi ke Jabatan Landskap Hutan Bandar MBJB. minta-minta lah mereka ada data pengunjung tahunan. if not how am I going to estimate my findings? gila ke hape nak suruh aku main teka teki? pastu esok bila viva senyum kambing terkial-kial mengembek masuk kandang. uhu stress fikir.

tadi saya tidur dalam 2 jam je kot. tidur pukul 530pg sampai 7pg pastu subuh gajah. nak sambung edit Chapter 4 yang macam errr tatau nak cakap macam mana. habis struggle sudah 50 m/s. itu pun belum siap lagi analisisnya T_______T another 5% I guess huhuhu sambung petang nanti. banyak lagi kerja pending. references yang kena struggle cari balik pastu dengan upgrade sedikit literature review pheww. pasrah jek kalau tidur lambat lagi malam ni. ntah-ntah tak tidur? takpe Sha... ini pengorbanan kau uhuk :(

esok viva pukul 9pg selama 30minit lah saya nak pot pet. pastu? MERDEKA!! eh tak jugak. buatnya panel tak luluskan kajian saya? tak ke macam kena extend? humm... tu yang membuatkan saya takut actually. takut tak pass. saya ni bukanlah bijak sangat. down banyak kali sebab ada je yang salah dalam analisis saya. the latest baru saya dapat tahu yang level significance of my statistical test is 0.01. memang diterima tapi angka tu rare! selalu 0.05 je kan pada alpha level. hopefully everything is going well. taknak dah maintain pointer. itu tolak tepi. kalau result bagus, rezeki. kalau tak, aminkan saja dan bersyukur!

esok selepas habis viva mesti nak update status kat Facebook
;ppp



xoxo


nak meraikan dengan lepak di Starbucks esok
rindu Chocolate Cream Chip!

Wednesday, June 23, 2010

entry kali ini bosan haha


takde mende pun saya nak update. cuba teka... aaaaa teka! mesti korang dapat agak kan? ceh hahaha. saya dah nak naik gila. mata pun lebam macam panda *wink wink* alhamdulillah siap juga edit Chapter 3. sekejap lagi nak masuk Chapter 4 yang paling mencabar minda menduga rasa. aduhai. dahla lapar. saya rasa best pula bila fokus kat thesis ini sebab tak ingat nak makan. sedar-sedar sudah petang lalu tunggu je kawan saya bawak balik dinner. haha sangat selekeh.

kan dah cakap entry ini bosan. saya pun bosan. cepatlah penderitaan berakhir pada hari Jumaat ini! khas untuk abah dan emak. pasni sudah boleh letak gambar 12'' x 8 '' di ruang tamu selepas hari konvokesyen ngehehehehe. tengok! berangan lagi T_____T

sini hujan lebat amat sangat. tidur pun best. tidur ke thesis?
(--'')



xoxo


ngantok...

Tuesday, June 22, 2010

v-day is coming...


hoh?
kan best kalau ada rules sebegini
muahahahahaha

tadi baru dapat sms daripada supervisor kesayangan: your viva is planned for Friday 900am at Urban Lab B11 and it is slotted for 30 minutes. hoh. hari yang ku tertunggu-tunggu sekian lama sudah hampir!! ehem bukan E-Day okeh tapi ini V-Day iaitu Viva Day. warghhh mampoih laa aku macam ini. last present semasa di Jepun hari tu tu pun less than 20 minutes. cakap je 20 minutes; 8 minutes for presentation and 12 minutes for Q & A session. aiyyoo aiyyoo. hmm boleh kot Sha. kuatkan semangat! jangan gelabah dan panik dan jangan gagap if not habis terabur nanti (--'') dan mestilah bercakap selaju yang mungkin...!

aishh dahtu ada masa lagi nak update blog? biasalah kata blogger tegar muahahahahaha. sekarang ini tengah buat pembetulan for table of contents and after that bolehlah dimulakan dengan bismillah... mulakan pembetulan untuk whole chapter. saya target akan siap pada hari Khamis ini sebab sudah boleh focus kepada slide presentation pula. 30 minit je Sha... pastu kau sudah MERDEKA...! hahahahahaha selamat tinggal UTM. banyak ek kenangan. hoi! jangan berangan lagi nak grad selagi belum viva! baik...! T__________T

nanti nak update pasal aktiviti selepas viva
hehehehehe



xoxo


okay sila sambung kerja anda

Monday, June 21, 2010

update pasal thesis


firstly nak update pasal keluarga dahulu. rindu sangat pada emak saya. alhamdulillah selamat sampai di KLIA around 3ptg tadi. nak jemput kat KLIA tak dapek lah. hanya Along yang setia menunggu di balai ketibaan ecehhhh *tiba-tiba teringat saat-saat Encik Busy jemput saya di KLIA tapi tak jumpa pun depan pintu* hahahaha. Emak nampaknya selsema. mesti beliau tidak biasa dengan cuaca di sana. hmm imun rendah ni sebab tu jadi gitu. tapi saya of course tidak sabar nak dapat jubah hitam hehehehe siap order 2 helai gituw ;p

this is a regression analysis
memang betol-betol linear
kan indah kalau graf aku macam ini
T______T

back to the original story, petang tadi jumpa dengan supervisor. ada beberapa regression equation didapati tidak significant jadi kena buat semula. semua ini pakai try and error jek sobs. penat tahu ngadap SPSS. SPSS kat laptop Acer. buat thesis nya kat laptop Sony. amacam? gempak tak gua on dua laptop sekaligus? heh tamak betol. takpe mujur kawan saya telah siap-siap bayar sewa bilik sekali dengan bil api. taklah rasa bersalah sangat hehehehe ;pp

nak cerita pasal data analysis. mula-mula buat regression saja. pastu supervisor suruh tambah buat crosstabulation and Pearson's Chi-Square test tapi tak menjadi. beliau pastu suggest Spearman's Correlation test tapi saya surrender awal-awal sebab tak tahu prosedur camne. kang kena menjawap masa viva tak ke mampoih? alik-alik beliau suggest Pearson's Correlation. erk? biar betol doc? huwaaaaa sangat simple bunyi tapi tang nak dapat significance between two variables tuh huh jenuhhhh!

so tak guna membebel banyak. saya hanya ada masa 3 hari saja lagi untuk membuat pembetulan sebelum viva menjelma pada hari Jumaat. please Sha. Jumaat ini je masa kau kena hentam, zass, tembak, panahan bebelan bla bla bla pastu?? yeayyyyyyyyy!!! freedom is mine! masa untuk marathon movie weh. Karate Kid - Toy Story 3 - Kapoww - Knight Day. lalalala pastu? Eclipse heeee :D :D :D bak kata Cik Ielah: think positive!



xoxo


masa untuk positif!

backstabber bitch


backstabber is everywhere
yeah I meant you, bitch!

haaaa hamek kau aku post entry ini. tajuk entry pun macam kasar je kan? pernahkah anda? mesti pernah kan rasa macam mana kena backstabbed? ditikam daripada belakang. kalau orang yang tidak rapat tu rasanya memang he/she is taking us for granted lah kan. what if our own best friend? "bff forever" okeh. mesti hati sedih tidak terkata... sigh. ada juga manusia stok simpan otak kat lutut dia.

I have been once in 2007. I knew what it feels like to be backstabbed by my own best friend. heh. sekarang tiada lagi konsep "bff forever" dengan manusia yang saya baru kenal dan berjinak-jinak nak berkawan. rapat boleh tapi not as bff. saya kan memang terkenal dengan sifat peramah dan mudah untuk berkawan dan didekati tapi saya pun ambil juga precaution steps.

nak kata baru-baru ini saya kena backstabbed oleh kawan sendiri pun tidak juga. entahlah saya pun tatau nak mengkategorikan sebagai apa. cukuplah sekadar saya kata kawan menyampah kat kawan sendiri pastu emo siap ada kaki geng untuk kutuk-mengutuk. ooppsss! itu memang menjadi lumrah alam kat dalam dunia ini so kita bolayan ajelah zZZzzzZZzz.

dunia ini memang kejam sayang. tapi kita jangan menjadi kejam. kita anggap je hidup dalam dunia ini ada karma. what goes around comes around. Tuhan sekarang bayar pakai cash je bukan dengan kad kredit mahupun debit yang nak kena gores pastu tunggu tett tett tett. aku nak membebel panjang pun masa tidak mengizinkan. pengalaman lalu mengajar kita menjadi seseorang yang lebih tabah dan mungkin pandai bermain secara halus? hahahahahaha ;p



xoxo


teringat pesan abah:
kawan kat universiti ialah sekadar kawan sahaja
masing-masing menggunakan di antara satu sama lain untuk kepentingan sendiri
yes you are right!

eh!
Happy Father's Day!
even though dia tidak suka saya wish hehehehehe
lebiuuuuuuuuuu!

Sunday, June 20, 2010

menapak ke Temasek


exchange rate : RM2.37 = $1
bajet : RM100 = $42.20
baki: $12.60

pada hari Sabtu, saya dan kawan skunks, Cik Fizah telah melawat Singapura. ini adalah kali kedua saya pergi Singapura. kali pertama tahun lepas tu pun sebab ikut lawatan di bawah travel agent semasa di UTM hahaha. tak best. pergi sendiri lagi seronok. dengan berbekalkan stok makanan dan peta di tangan, hello Singapore!

kami tiba di Stesen Bas Larkin dalam pukul 830pg dan terus naik bas SBS Transit 170 menuju ke Queen Street. harga tiket RM1.90. ini kali pertama kami menaiki bas ke sana. leceh sangat sebab kena turun naik bas apabila tiba di Stesen Imigresen di JB dan Woodlands T________T penat tunggu bas pun satu hal juga adeh.

dalam pukul 11pg baru tiba di Queen Street (--'') lama kan kami berada di dalam bas? nak buat macam mana. backpackers la katakan hahahaha perasan...! okay dari Queen Street kami menuju ke Bugis Street. tapi melencong dulu ke Arab Street. tempat ini famous dengan nasi arab dan pertempatan masayarakat Melayu dan Islam. kami tak makan pun just sightseeing je.

our first destination

2nd time being here

Sultan Mosque

deretan bangunan lama

jalan-jalan di antara Arab Street

Kampung Glam itu memang glamour habis!

Bussorah Street

I do heart polka dots
;ppp

cantik kan?

ancient Rome & Greek

Fraser Street

berehat sebentar

dapat sedikit sentuhan dari Rome
just guessing...

at Bugis Junction now

dari Bugis Street kami menuju ke Orchard Road dengan menaiki MRT di Stesen Bugis ke Orchard. sini bagus kalau naik MRT sebab boleh refund balik $1 dengan pulang balik tiket MRT. salah satu cara untuk menurunkan kos. aihhh kenapalah Malaysia bukan macam ini.

so welcome to the heaven untuk kaum shopaholic macam saya! saya bertahan. tahan je apabila nampak dress lawa-lawa. kasut lawa-lawa. beg lawa-lawa. dengan wallet yang kempis. tahan je... tapi tak tahan apabila nampak dress murah di Forever21 yang hanya berharga $23. hey kat Malaysia tak dapat tahu! Malaysia sale tipu. heh. baju kat Cotton On lagi 2x lagi murah daripada kat Malaysia. gila!

baru tahu shopping kat sini best okay. sangat best apabila ada sale gila-gila daripada bulan Jun sampai Julai T_______T Malaysia memang sale tipu. cet. orang serbu butik Gucci macam serbu Mydin je rasa hua hua hua.

saya suka signboards kat sini

looked alike that lady
don't you think?

hanya mampu pandang hahahaha

Iamo Plaza

Wisma Atria

Takashimaya
adeh teringat Jepun
T____T

ini bukan di Bukit Bintang ye
:D

Paragon

pertunjukan ketuk mengetuk nak dapat derma
huhuhu

ketuk jangan tak ketuk!

oh... handsome
:D

weirdo!

peta itu penting
jangan malu kalau tidak memang sesatlah!
;p

tiga orang budak hitam
di hadapan Paragon

hajat di hati lah konon-konon nak berjalan kaki dari Orchard Road ke Stesen MRT Dhoby Ghaut. ingatkan dekat padahal jauh okay! dengan sakit kakinya jadi kami pun naik MRT di Stesen Somerset. really convenience tau public transportation kat sini. suka sangat!! so kami pun tiba di Stesen Raffles. jalan sedikit dah boleh sampai ke Esplanade Drive. kat sini ada Parliament House juga. macam tempat rasmi untuk Singapura jugalah sebab siap ada Sir Stamford Raffles Landing Site.

at the riverside of Singapore River

the oldest bridge in the Singapore
Cavenagh Bridge

discussion among Sir Stamford Raffles with Chinese and Malay people
and I interrupted them
;pp

Cavenagh Bridge

let's go to the Esplanade, shall we?

bermuhasabah diri sebentar

their architectural was truly amazed!

di hadapan Merlion yang menjadi kebanggaan Temasek

in front of the Esplanade at Marina Bay

serius memang terasa penat sangat kaki ini sebab nak jenjalan sangat kan haa hamek kau! kami selamat sampai di ICQ, JB dalam pukul 7ptg lebih pastu terus pergi ke CS untuk dinner. memang lapar gilaaaa okeh dan sangat rindu kat teh ais hehehehehe. nanti lain kali kalau terasa duit dalam poket tu berkepuk-kepuk bolehlah melawat lagi ke Temasek. asal usul keturunan emak saya berasal dari sini. see you in future Singapore!



xoxo


kan best kalau kaki ini diurut
;p