Pages

Saturday, July 31, 2010

sesi mari bercerita


patung beruang mengenang nasib
itu tipu
patung beruang di dalam kereta saya
:D

gambar kat atas takde kena mengena pun dengan sesi mari bercerita saya. gambar sekadar hiasan sebab? sebab readers kan suka tengok gambar huhuhuhu. kadar pembacaan boleh jadi tinggi jika diselitkan dengan pelbagai gambar ;pp

sekarang saya menghitung hari untuk berlepas ke Bogor pada 4 Ogos depan. weehuu tak sabarnya! rasa excited lain macam dengan pergi Jepun. peh rasa berdebar tu akan tiba-tiba datang apabila kapal terbang mendarat di LTA Narita. serius rasa macam tak percaya saya sudah jejak Jepun! heee tapi tu cerita lama. rindu Jepun :( okay back to the track. saya ke Bogor selama 10 hari. balik Malaysia insya Allah 14 Ogos, masa tu sudah start puasa tapi saya confirm takkan puasanya ;pp boleh je buat muka tak malu makan dalam flight kah kah kah!!!

saya tengok assignment untuk summer course kat Bogor ini boleh tahan lah mencabar. mujur by group. kena buat report standard 10m/s siap dengan presentation 30 minit depan sensei dan peserta lain. hmm jadual pack dari pukul 9pg sampailah 5ptg huk huk huk. duk ngadap orang bercakap, diharap kau bertabah Sha... this will be a great opportunity for me to seek a chance to further my PhD in Japan maybe? hmmm...

since Bogor hanya sejam dari Jakarta dan sejam dari Bandung, saya rasa mesti best untuk shopping di sana. dahla sejuk, orang cakaplah sebab berada di atas bukit kan. tapi ada ke masa untuk semua itu? tangkap gambar of course! saya nak pergi melawat Candi Borobudur. harap-harap menjadi kenyataan. snap pictures puas-puas. shopping jatuh tempat kedua sebab duit nak bawa tak banyak pun around 10k yen je. tu pun duit baki daripada scholarship JASSO semasa di Jepun hari tu.

enough bercakap pasal Bogor. so far barang-barang dah beli. tunggu nak packing je. tu yang malas. maybe Selasa malam baru nak packing. last minute is the best. macam nak pergi Jepun hari tu, pagi tu baru packing kah kah kah pastu bagasi overlimit T______T''

ada tak saya bagitau saya kurus? emm I guess. hari Khamis lepas baru je timbang 54kg. peh turun 3kg. are you serious? yes I am. dengan pelbagai masalah melanda manalah haku tidak stress. keep on thinking thinking. penat nak fikir ni ekceli. sebab menggunakan otak. kan bagus jika ada pekerjaan tidak menggunakan otak. nak bercakap tak pakai otak pun ekceli menggunakan otak secara tidak langsung. okay haku sudah start merepek. bukti kurus? baju kebaya ungu di bawah tu masa fitting 2 minggu lepas sebenarnya fit-fit je. tadi pakai kemain longgar. aihhhh. lately saya takde selera makan. that's why boleh kurus. jangan sakit sudah ye Cik Sha :)

chill & cheers. hidup ini takkan lari daripada masalah but sometimes boleh membuatkan saya fed up. latest news yang saya mungkin terima ini adalah sebagai satu kenyataan adalah saya tak dapat nak berkonvo tahun ni T______T'' akibat lambat hantar borang grad hari tu. tatau pun wujud borang tu sebab duk asyik ngadap thesis. stupid Sha you are so stupid :( hmmm kecewa! tapi takpelah ada rezeki ada... malas nak fikir!

erk teremo lak kat situ. mood saya sekarang lebih kepada moodswing. kalau okay tu okay lah if not memang orang boleh kena tempias kalau tak kena cara. kesian kat emak sebab kerapkali kena tempias. tapi beliau faham kenapa saya jadi macam tu. ilebiu mak!!! zZZzzzZZzz mengantuk actually. dengan tak mandinya lagi. rasa macam nak tidur kat atas meja je huhuhuhu. kita sambung story esok? maybe ada outdoor photoshoot. tunggu!!!



xoxo


seize my day!

kami pergi majlis kahwin


hari ini hari Sabtu. hari untuk meraikan cinta kawan kami daripada sekolah menengah, Rozzairin dengan pasangannya Mohd. Juhaimi. si pengantin sangat cantik okayy. beliau amat gojes dan memang mereka seperti pinang dibelah dua. sama segak sama cantik ;) saya telah membawa photographer sendiri iaitu Encik Lihin yang balik Kuantan. yeayy!! merasalah juga berada di dalam gambar since bergelar photographer ni, sungguh amat jarang berada dalam gambar T________T okay enjoy the pics!!! btw this is my first time wearing kebaya. supposed baju konvo tapi tibai jek ;pp

muka gembira setelah makan nasi
sudah lama actually tak makan nasi
(-_-)''

sempat berjoyah sebelum masuk berjumpa dengan pengantin

haaa percaya tak apa yang saya cakap?
cantik kan?

bergambar di dalam bilik pengantin
simple tapi sangat cantik
:)

bergambar lagi
Nad oh Nad kenapa kamu tidur?
;p

candid by Encik Lihin

di bawah kanopi meja beradab

posing secara tidak sengaja

tatau apa motif gambar ini
(--'')

memang posing betol
hari ungu sedunia bagi saya
daripada baju, clutch sehinggalah ke kereta
:D :D :D



xoxo


happy newlyweds!

Friday, July 30, 2010

quotes for today






xoxo


seize the day

kebahagiaan dalam perpisahan



dinyanyikan oleh Shahir AF8
saya jenis tidak layan AF dan baru je dengar lagu ini hari rabu lepas dan download semalam
liriknya amat mendalam dan bermakna pada saya

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti



xoxo


:)

dosakah aku



dinyanyikan oleh Nidji
lagu feveret saya buat masa sekarang
:)

Dosakah aku mencintaimu
Mendampingi inginkanmu

Aku menjadi diri sendiri
Tak peduli apa kata dunia
Ku nanti hari ketika
Cinta datang cinta menang

Jadi sayangku bertahanlah
Bila terkadang mulutnya kejam

Peluklah aku jangan menyerah
Mereka bukan hakim kita

Bintang yang mempertemukan kita
Cinta yang mempertahankan kita
Ooh... tuhan dengarkan doa
Dari cinta yang terlarang

Cinta dan rasa bersatu di doa
Berharap cinta kita yang terlarang
Berharap cinta kita yang kan menang



xoxo


;)

Thursday, July 29, 2010

ada sesuatu


post ini saya dapat daripada kawan saya, Cik Hana di Facebook
renung-renungkanlah
:)


Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua



Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah



Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya



Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan



Usah tertawakan impian orang lain kerana manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa



Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar



Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas



Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, "Kenapa anda ingin tahu?"



Berpeganglah kepada tiga R:
Respect to yourself
Respect to the others
Responsible towards your action


Usah benarkan pertikaian sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar



Tersenyumlah ketika menjawab telefon kerana pemanggil dapat melihatnya daripada suara yang mereka dengar



Ada ketikanya anda perlu bersendirian




xoxo


:)

Monday, July 26, 2010

rejuvenate myself


selamat malam semua. sari blog penting. hehehehehehe. sudah lama saya tidak shopping. yes. maybe shopping therapy for myself I guess. secara rambangnya saya sudah terbelanja dalam RM75 begitulah congakannya. huuuu. banyak gak tu. wayang je sudah dalam RM15 sebab 3D. eh saya keluar dengan siapa? with my best buddy, Cik Nad. hik. beliau setuju untuk menemani saya menonton wayang Despicable Me. OMG that yellow thing is soooo cute tau! rasa macam nak picit-picit and said you are so cuteeeee~~ hehehehehehe.

ini adalah wayang first time saya tengok dalam bentuk 3D di Malaysia. not bad huh... ekceli saya bawa spek 3D sendiri tapi brand lain la pulak. spek tu saya dapat semasa menonton Avatar 3D di Yokohama, Jepun pada hujung bulan Disember tahun lepas. brand spek tu Real 3D tapi GSC guna 3D Dolby Digital. ada efek rupanya huh!!!

filem ini berjaya buat saya gelak dan memang geram habis dengan that yellow thing tu. serius kalau ada patung, saya akan beli!!! hek hek hek. haku rasa haku lak yang ketinggalan zaman tengok Despicable Me lambat. takpe minggu ni Salt bakal menyusul ;)

Despicable Me
alololololo awak sangat comel okay!!!
gerammmm!!!

****

as I said before, hari ini hari untuk rejuvenate myself. sudah lama tidak shopping. selama ini hanya blogwalking, klik dan CIMBClicks. see see. semuanya di hujung jari huhuhuhu bertuah betol kau ni Sha. pemalas eh nak cari? yeehaaa. macam kerjaya haku ini sebagai pembeli di blog lak. tapi takpe semua barang saya beli so far adalah tip top dan sangat berpuas hati :D :D :D no regret at all!

hari ini adalah hari bertuah kami. sebab apa? hehehehe sedang menuju ke eskelator tiba-tiba terserempak dengan Cik Lyana, kawan saya yang bekerja di KFC as Asst. Manager. hape lagi... pau ah sket. bukan selalu hua hua hua. maka kami pun dapat snack plate for free weee~~ thanks eh weh ada masa aku balas budi hang. hehehehehe give and take babe. saya selalu tolong shopping online kan untuk beliau dan of course dapat diskaun since regular customer. so saya pun kekadang minta jugalah KFC daripada beliau ngeh ngeh ngeh. rezeki rezeki...

oh yes. hari ini saya telah berjaya membuat DIY drybox for my DSLR equipments. hoooo instead of buying it why don't we just do it by yourself. tak susah pun. saya baru je habis RM15 untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan seperti dalam link ini. pada sesiapa yang hendak berjimat, boleh rujuk pada link tersebut. saya guna thirsty hyppo untuk menggantikan silica gel. tatau nak dapatkan kat mana selain daripada yang sedia ada pada kasut dan handbag.

my drybox
totally like it!
taklah letak semua barang dalam beg kamera je kan?

****

tadi pergi ke Brand Outlet. hajat nak teman Cik Nad je beli baju dan seluar kerja beliau. tapi alik-alik ternampak shawl yang sangat lawa!!! since saya ini peminat tegar warna hitam dan ungu, memang sudah angau lah bila terpandang buat pertama kali dan terus try depan cermin huhuhuhuhu ntah hape hape. salesgirl tu pandang je sebab pelik kot tengok perangai haku macam ni ;pp this shawl is dual tone in colour. memang terbaik! saya pun tak pasti material shawl ini diperbuat daripada apa tapi saya yakin this is my first love! suka suka suka!!!

my favourite shawl so far
just RM19.90
ekceli tu consider mahal sebab maybe boleh dapat RM10
tapi apakan daya huhuhuhu

gambar blur sebab ini self timer dan lens fokus ke arah dinding
T_________T
terus menggayakan ala-ala orang arab
kah kah kah!!!
my new appearance
:)

selepas menghabiskan duit di situ, maka kami pun terjah Starbucks as usual saya lebih kepingin Chocolate Cream Chip. oh my. my favourite barista was not there. today I really had fun with her. at least could distract my mind from thinking too much of my problem. it is big I guess. tomorrow I will settle it down because I think that is my last choice since I cannot handle it anymore. just pray to Allah maybe after this my life will get better.

hari ini adalah Nisfu Syaaban tapi saya tidak berpuasa. Insya Allah tahun depan kalau ada rezeki saya mesti berpuasa. amin syukur puasa ganti sudah dihabiskan tetapi puasa nazar? I still got 14 days in a row. hmmm. maybe after raya saya akan berpuasa nazar. jika ada rezeki Insya Allah. esok ada kerja perlu dibuat. go to the post office, accompany my mother to the bank and hehehe ada rezeki boleh dapat supplement credit card ONLY FOR EMERGENCY OKAY. MOM, PLEASE TRUST ME ON THIS? ;pp

bye bye bloggers. it is time for me to watch Drop Dead Diva Season 2 weee~~ semalam telah berjaya download 6 episod hek hek hek. minggu ini baru release episod ke-7 kat US. dan esok juga bakal mendapat Grey's Anatomy Season 6!!! thanks Aizam. ini yang makin sayang akan persahabatan kita. tak sia-sia nama besties ;pp


that's all folk!



xoxo


major love

Sunday, July 25, 2010

quote of the day


"If you love me, let me know. If not, please gently let me go"
- Anonymous




xoxo


love is pain...

Saturday, July 24, 2010

beautiful monsters


hai bloggers yang membaca blog saya tengkiu! I appreciated so much even though sekarang ini saya merasakan saya sudah jarang-jarang update blog tapi traffic sentiasa naik. tengkiu lebiu!!! sekarang kehidupan saya membosankan. weekdays boleh lah layan tapi my weekends soooo boring sobs. selain tengah berperang dengan pelbagai emosi yang tidak stabil, saya juga tengah berperang dengan keadaan diri ini yang tengah jobless. orang cakap rezeki ada cuma cepat atau lambat je. doakan saya agar cepat-cepat mendapat kerja ngeh ngeh ngeh.

hari ini hari Sabtu. yeaahhhh semalam telah bercakap dengan Cik Diela yang saya nak bangun lambat dan ternyata memang begitu lambat. choyyyyy!!! dalam pukul 2ptg lebih saya terjaga dari tidur sebab? sebab earphone yang stuck kat telinga dengan lagu Love the Way You Lie by Eminem ft. Rihanna bermain berulangkali. lagu tu best. korang kena dengar dan dalami liriknya :) err cerita saya tak habis. saya terjaga sebab terdengar notification Facebook thru iPod hahahaha. dapat wifi free free jek dari mana ntah.

saya keluar juga malam tadi even though telah di grounded oleh Abah. aaa janji nak balik pukul 1030mlm tapi alik-alik 5 minit sebelum pukul 12tgh mlm saya selamat sampai di rumah. okay la tu before 12am. pasni memang dah tak boleh keluar laa kan Cik Sha. duduk rumah diam-diam seminggu dua ini sebelum terbang ke Jakarta. hmm... senyap-senyap pun bukan ada orang perasan pun...

event malam semalam? sambut birthday Cik Afie yang ke 24!!! yeay!! sudah sama umur dengan saya. tunggu Cik Diela je yang bakal sambut birthday beliau pada bulan hadapan. hehehehehe padan muka sambut masa bulan puasa ;pp semoga kamu dapat apa yang diinginkan dalam hidup dan live life to the fullest :) be strong girl, I know you can do it!!! we have a lot of fun. ekceli nak celeb kat Starbucks ECM je tapi tak jadi since my barista takde sobs hey ini majelis sapa ekceli? ngeh ngeh ngeh so kiteorang pergi lah ke satu restoran nama Crocodile Rock. tempat ni pernah masuk JJCM tahu? Yuna pun pernah perform kat sini. restoran ini sesuai untuk sesiapa yang mahu keadaan romantik or casual. makanan pun tip top.

hehehehe daripada bercerita panjang baik tengok gambar je. saya sepatutnya membawa my baby D90 tapi damn terlupa gila okay!!! so ini gambar ehsan daripada Blackberry dan digicam milik sepenuhnya Cik Diela. huuuuu. enjoy the pics :D :D :D jap jap jap. thanks to birthday girl yang telah membelanja kami... hehehehehe lebiu!!!

ini gambar paparazzi!
semula!
I'm wearing
Black Casual Sports Wear by MNG Suit

aaa much better
but I think I'm too putih berseri-seri hahahahaha
new look without any foundation okay
;)

Cik Diela
macam lepak kat Starbucks semata-mata nak curi wifi
eh tak siap beli kek tahu!

Noticed that flower ring
a gift from Cik Afie
she bought in Bangkok for me!

sesi memilih makanan di Crocodile Rock
kandid ni...

ni pun kandid
kek tu memang best
kat tengah-tengah ada cookies Oreo
yummy!

aksi gedik
tak senonoh!!!
LoL!

ini kad birthday untuk Cik Afie
kaler pink gituw

jom potong kek!
happy birthday!!!
cayang ko sesangat...

ini dinner saya
spaghetti carbonara
full with carb damn!
camnela mau kurus ni?
(--'')

ini dinner Cik Afie
lasagna

ini dinner Cik Diela
apentahnamakebendeinihakupuntatau

****

hari tu tengok wayang. cerita The Sorcerer's Apprentice. even saya puasa ganti tapi layankan sebab nak lupakan sekejap masalah diri yang tak putus-putus datang. bila entah nak pergi :( hey cerita ini sangat best okay. pasal magik. hehehehe memang layankan aje. full with excitement and surprise! sangat best dan kelakar!!! memang terbaiklah lakonan Nicholas Cage. I really like him. the way he acts. I admired him. so pergilah menonton wayang ini sebelum bulan Ramadhan menjelma hehehehe. minggu depan Salt lak menyusul ;p

The Sorcerer's Apprentice
cepat tengok!!!

esok hari Ahad. sigh tatau nak buat apa. online 24 jam pun macam pathetic je kan life haku ini? erk huhuhuhuhu saya update lain kali okay!!! selamat berhujung minggu!



xoxo


:D :D :D

Thursday, July 22, 2010

everything is leopard


warfff!!!
I'm wearing
leopard shawl;
Cotton On loose blouse leopard print on;
Romp black cardigan;
Vincci gladiator leopard pattern flat

haha sudah lama tidak memakai shawl. hari tu pakai shawl kuda belang. ini pula jelmaan harimau bintang pula tapi versi warna hitam kelabu ;pp wah wah wah sudah berani memakai pakaian sebegini rupa wahai Cik Sha? ai kata fashionista wannabe? pls don't muntah hijau kat sini okeh? saya rasa saya baru saja dapat keyakinan diri yang selama ini telah hilang dalam diri saya. think positif dear :)



xoxo


;)