Daisypath Anniversary tickers

Pages

Sunday, October 31, 2010

tinggalkan link ya?


besar tak link haku?
(--'')

saya nak minta blogger yang baik hati tolong tinggalkan link blog anda kat comment ini, boleh kan? blogger yang pernah exchange link dengan saya ataupun silent reader *ecehhhh confirm je kan kau ni ada banyak silent reader muahahaha* saya telah remove semua link yang berada kat tepi blog saya ini disebabkan oleh masalah malware detection bodohhhhhhh huhuhuhu (-_-)''


tolong eh kengkawan tinggalkan link anda
sebab ada blog yang saya jadi follower
ada blog yang saya tak jadi follower
saya just update je link kat sebelah
so saya taktau korang update blog celah mana
T___________T


thanks kat sesiapa yang link back your link
akan update pada minggu ni
:D :D :D



xoxo


pls pls pls!
more link plssssssssss!

Saturday, October 30, 2010

my new collection

I just want to say hi to my new family members of lenses. I just got 2 lenses for a barter system and additional RM300 with my friend. I gave him my lens 18-200mm because at first I felt like for now I only used my 18-55mm but not 18-200mm. last time I used that lens when I took a wedding pictures for my friend in July 2010 (-_-)'' furthermore, I am now looking for 70-300mm either VR or push-pull because I want to use for an outdoor photoshoot. I think this is the best buy ever :D :D :D

AF-S VR Zoom Nikkor 70-300mm
f/4.5-5.6G IF-ED


AF-S DX Zoom Nikkor 18-105mm
f/3.5-5.6G ED VR

****

so I have to let go my precious lens
sob sob sob

AF-S DX Zoom Nikkor 18-200mm
f/3.5-5.6G ED VR II

****

the other lens

AF-S DX Zoom Nikkor 18-55mm
f/3.5-5.6G ED VR

AF Nikkor 50mm f/1.8D



xoxo


I want flash gun!

Thursday, October 28, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly


hai bloggers. may all of you have a great Thursday. so did mine. why eh? of course laaaa I cuti ngeh ngeh ngeh mari buat sesi tempeleng Sha ramai-ramai (-_-)'' macam dah lama kan tak join contest? ekceli saya telah berjaya di tagged oleh Cik Ema *thanks dear* for this contest. kan dari bulan Julai sampai lah Oktober adalah bulan konvokesyen bagi IPTA di Malaysia. disebabkan saya baru je konvo bulan September lepas, maka saya nak menyertai pertandingan mortar ini *oh tidak sekali lagi ayat karangan budak SPM*

contest ini mcm mentarik hati sebab melibatkan hari konvokesyen. since saya baru je lepas konvo so why not kan mencuba mencuba manalah tau dapat hadiah kaca mata ecehhhhh kaca mata tu daripada Ray Ban. ori ke tak ni bang? hahahahaha berani kau tanya persoalan itu? nanti kena reject baru tau (--'') korang boleh just click link contest kat bawah ni untuk detail :)


good luck!

banner contest - CHECKED
follower - CHECKED
entry - CHECKED
picture - CHECKED
tag - CHECKED

****

jeng jeng jeng
saya mempertaruhkan gambar ini

MSc. Planning Resource Environmental Management
UTM 2010

eh Sha kenapa kau nak letak gambar ini? hihihihi both of them are my bestest friends. kami berjumpa semasa di KMJ pada tahun 2004 dan nama clique kami ialah Skunks tapi kan tapi kan sob sob sob tak cukup korum ni! supposed kena ada 8 orang huaaaa tapi takpe till we meet another time okay? pandai pon korang ikut tema haku iaitu purple & pink. yang pakai shawl belang-belang tu adalah Cik Hana - haku angkut terus dari Kuantan hahahahaha terima kasih kerna sudi ikut kawanmu ini ke JB. dan yang sweet pinky itu adalah Cik Fizah. penduduk tegar JB yang banyak menolong saya ketika saya tengah struggle menyiapkan thesis master and live in her house for FREE okay no hidden charge sob sob. terharu! and not forget thanks to my sis kerana sudi menjadi my OP for FREE hahahahahaha :D :D :D

sekarang saya nak tag:




xoxo


contest mode!

are you happy today?


"The life and love we create is the life and love we live"
- Leo Buscaglia




xoxo


all love is sweet

25102010


this is her
a birthday girl
Hafizah binti Hardy
made in Johor
:D

she is one of the skunks
we were friends since matriculation
sian dalam gambar ni dia kena buli huhuhuhu
:P

my convocation picture
totally love it
thanks dear for coming
:D

bercanda di Danga Bay
terima kasih kuucapkan kerana menjadi driver serba boleh
wink wink
:)

25 Oktober 2010 adalah hari jadi beliau. saya ingat kengkonon nak jadi orang last lah yang wished her birthday. tengok-tengok hamek kauuuuu langsung wished beliau pada 26 Oktober pukul 1216pg hahahaha tulaaa kau Sha berangan je kerja kan sudah melepas. I adored you. I admired you. thank you for such a wonderful treatment while I am in JB for my thesis. you supported me no matter what. still beside me. accompanied me. treat me in a very very special way. I appreciated that and always will because you are my best friend. I owed you these much. yes these much :D :D :D


happy belated birthday dear
may your dream come true
:)



xoxo


happy bday!

Tuesday, October 26, 2010

she is someone wife


hye readers. hye followers. hye bloggers. hye silent readers. hai nak kena makan penumbuk ke Sha weh? at last berjaya juga akhirnya haku meng update entry khas untuk sepupuku yang telah selamat menjadi isteri orang pada tarikh 24 Oktober 2010 heeee. sorry taktau nama suami dia sob sob sob. cousin kuw yang kupanggil Oya ini sama umur dengan saya, 24 tahun. dia tak bertunang pun tapi merisik je. hmm sama lah pula kita ni kan cuma jodoh tak panjang jek. harap-harap kekal abadi untuk selamanya. selamat sudah kesemua anak Pak Ngah haku berkahwin.

actually I am not her OP for this solemnization day. saja je ngetest DSLR padahal uhuuuu hati ni berkecamuk tak dapat jadi her OP. dia sudah request tapi apakan daya haku berkerjaaaaa!!! huaaaa sorry dear. dapat jadi unofficial photographer pun sudah cukup bagus. rindu nak main dengan my baby. her OP di import khas dari Maran, tempat mereka bekerja. tapi kan satu je haku tak pueh hati. banyak kot moment yang mereka tak ambil gambar contohnya si pengantin lelaki sembahyang sunat sujud syukur. lagi satu angle main kat tempat yang sama jek. wth? huhhhh harap gambar tu lawa-lawa laaa ek.

ni gambar pun pakai main snap je. kebanyakan ambil secara random dan pada 18mm baru nampak macam wide angle jek since saya tak mampu beli lens wide angle hua hua hua T______T'' meroyan terhadap diri sendiri. lagipun tak sesuai nak tonggeng sana tonggeng sini since I wore baju kurung okay baju kurung on that day (--'') arghhh gambar pun tak berapa nak cantik so hmm enjoy jelah gambar yang tak seberapa gah ni. uhuuuu rindu nak outing photoshoot!


check it out!
:D













asyik tangkap gambar orang je
gambar diri sendiri memakai baju nikah bila?
hahahahahahahaha koya
;p


xoxo



happy newly weds!

Monday, October 25, 2010

teaser of wedding 241010


"Wedding rings: the world's smallest handcuffs"
- Anonymous

24 October 2010
congrats to my cousin on her solemnization day
later update!



xoxo


when it is my turn?

flare technique




ISO-200
f/22
1/200 sec.



xoxo


another new technique

Saturday, October 23, 2010

mode berangan is ON!


hai selamat pagi bloggers. whattt??????????? sudah pukul 1pg Sha bila kau nak tidur? esok kau morning okay jangan lupa pastu sudah pegang kunci so? huhuhu kena datang awal buka store okay. heee takpe takpe haku ni memang muka yang datang awal. pukul 910pg sudah terpacak depan Padini Concept Store (-_-)'' eh cepatlah menaip ni pasni nak solat pastu kroihhh kroihhhh. esok mulalah pergi kerja dengan mata bengkak sepet tak cukup tidur semua ada heeeee.

okay semalam iaitu hari Khamis saya telah pergi menonton wayang bersama Lihin. kebetulan dia balik Kuantan so dah lama kan tak hang out dengan dia. ajak dia tengok wayang. tak sangka lak cerita ni dia pun plan nak tengok tapi tak tertengok lagi akibat gegatal pergi beli tiket Eat Pray Love. hamekkkk kauuuuuuuuuuu kan sudah menyesal teramat HAHA haku ni pun tertidur tengok cerita tu. pls lah weh even Julia Roberts so stunning in that film, I think the story board was too much dragged from one scene to another scene. tu yang ehem macam bosan kot? :P

kami melihat cerita The Other Guys lakonan mantop Will Ferrel and Mark Wahlberg. hahahaha serius lawak tak boleh blah masa berlakon jadi good cop bad cop. tak ke bangang bila dedua jadi bad cop. mula-mula pelik lah apesal lawak diaorang ni memang bodoh gila pastu haaa baru teringat sebab producer filem ini adalah Will Ferrel so? dah memang boleh agak kot lawak dia camne HAHAHAHAHA nescaya korang takkan menyesal tengok cerita ni!!! sket sket gelak sket sket gelak cam harammmmmm!!! huhuhuhuhu. saya paling suka dialog antara Detective Gamble and Detective Holt. oh yes Detective Gamble tu ada bini se-HOT Eva Mendes wuwuwuwuw. sungguh tak adil hekkk.

"Where did you learn to drive like that?"
"Grand Theft Auto."

like... what?
bhahahahahahahahaha
:D :D :D

The Other Guys
seriously berbaloi baloi!

****

jom masuk part berangan sket. saya terjumpa quote yang saya rasa sangat best untuk dikongsi bersama terutamanya bila mengenangkan tinggal lagi seminggu duit gajiku yang pertama akan masuk hahahahahaha koya mu deh? hehehehehehehe. best sebab? banyak dah baju yang haku reserved akan dibeli dan dibayar. pastu berangan nak beli handbag tapi sekarang in torn whether nak beli yang harga setara RM100-RM500 or just simpan dulu lama-lama jadi bukit and dang! terus grab yang mahal dan akan pakai in the next 10 years?

Gucci? Louis Vuitton? huhuhuhu gilaaaa. dalam otak ni kau nak Marc Jacobs kan Sha? huhuhu jangan lupa ye plan molek-molek nanti kau makan pasir lak Sha. ishhhh manage pls manage yourself! aaa benda yang penting tetap kena beli dulu sebelum kehabisan saiz iaitu jeggings from Levi's. nak ganti jeggings from Uniqlo. macam sudah lusuh je kan T________T'' huhuhu ada sebab yang munasabah kenapa nak beli hihihi alasan untuk mensedapkan hati :P pastu nak grab wedges kat Vincci siap dengan diskaun 40% as for staff purchase. sabar Sha sabar :D :D :D

"The best feeling is the world is getting paid
to do what you love to do"
- Anonymous

jeggings Levi's
totally in love
RM199.00
T______________T

Marc by Marc Jacobs Classic Q Hillier Hobo
RM1500
mampukah daku?
(-_-)''


dahla berangan jom tidur
cret cret
(bunyi cengkerik)



xoxo


mode berangan angan is ON!

Wednesday, October 20, 2010

hari semalam


hai semua. selamat malam kat bloggers dan kengkawan. mesti korang bosan kan bila menjengah blog haku ni. bersawang dah :( sob sob sob. nak update semalam tapi kinda not in the mood. penat pun ada. tatau laa apesal penat semacam tak boleh blah. hmm... saya baru balik daripada majlis tahlil kat rumah arwah Pak Long, abang sulung kepada Emak saya.

semalam tarikh 19 Oktober 2010 merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah keluarga saya. saya baru je kehilangan seorang pakcik iaitu Pak Long, akibat penyakit lelah beliau. macam dah seminggu je terlantar kat ICU tu. yang paling saya kesalkan ialah saya tak sempat nak melawat arwah akibat kerja. benci! satu lagi penyesalan dalam diriku. aihhhhhh. mesti berantu je dalam hati kau kan Sha... takpelah benda dah lepas.

semalam lagi rasa tak best before pergi kerja sebab Maknjang ada call Emak cakap Pak Long macam dah tak lama. nazak. haku dalam hati ni hmm... janganlah dia pergi lagi. at least bagi lah saya melawat dahulu. so sampai je tempat kerja saya buat kerja macam biasa dalam stor. pastu dapat call daripada Emak, saya fikir macam betol je kan... kan dah betol my expectation. Innalillah... saya terus pergi jumpa my superior. sebak sangat pastu boleh menangis depan mereka. mujur mereka faham dan terus bagi saya off day.

arwah Pak Long dimandikan di masjid area rumah saya je sebab dekat dengan hospital besar. pastu dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah Tok dan Tok'i. semoga roh arwah dicucuri rahmat. takkan dapat kulupakan saat saya menitiskan air mata apabila melihat anak cucu arwah mencium dahinya dan mengingatkan kepada seseorang. semoga Allah merahmati kehidupannya sebelum dan selepas kematian...

his death reminds me how short our life could be. yeah seriously. I can't keep thinking about that. about my death, for one day. hmm dengan amalannya yang entah seberapa kan? who knows? so, from now on I want to appreciate things around me and love my life ;)

okay lah tanak sedih lagi :) :) :) tadi saya baru je mendapat kunci store BO weehuuuu pangkatku sudah berkuat kuasa mulai hari ini so jom jadi kejipangan? muahahahahaha. eh tak boleh. ni bukan zaman sekolah nak jipang weh tapi haruslah menjadi seorang yang bijak dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan kerja dan staff. wish good luck to myself! tak sabar weh nak dapat first salary wahahahahaha koya! dah siap berangan ni nak beli apa untuk diri sendiri. heee reward to myself lah kan? handbag? jeans? baju? wakakakakaka. pastuh yang best lagi uniform dah tukar kaler! nantikan gambarnya. pastuh kan boleh pakai shawl! heeee say buhbye to tudung bawal. wek. takbest. sebab haku tak nampak comel muehehehehehehe ;P

sampai di sini je update saya. later update okay. esok hari cuti so nak pergi tengok wayang cerita The Other Guys. tak sabarrrr! jom ngedate :P esok hari ronggeng bagikuw hek hek hek. jangan jeles ye kawwwww :D :D :D esok latte? pang! sedar diri okay awak tu tak berduit lagi sob sob sob. cepatlah 31hb!

Raya 2010
may he rest in peace
Allah blessed you



xoxo


broken arrow

Saturday, October 16, 2010

gambar rasmi konvo 2010


hai semua. apa khabar? hari ini saya mendapat gambar konvo hari tu. yang rasmi punya. ekceli semalam tapi takde sape kat rumah so encik posmen sudah tinggalkan surat cinta jadi saya mengarahkan Abah pergi juga ambil kat pos laju hahahaha. dia tanya kenapa saya tak pergi je? uhuuu anakmu ini kerja pastu break pukul 2ptg jadi... Abah lah mangsanya hua hua hua :P dari dulu lagi instinct ni mengatakan gambar mesti tak cantik. haaaa amik kau kan sudah menjadi kenyataan sekaligus mimpi ngeri!

arghhh banyak sebenarnya yang daku tidak puas hati. dahla gambar solo kecik. tipu ah cakap tu 12R termasuk dengan frame. buatpe? kesudahannya gambar diri sendiri menjadi kecik. lebih menyakitkan hati, semua pulak nak enterframe. dengan dekan SPS pastu NC tu wajib ah kan. yang paling tak boleh blah apesal lak ada kamera kat belakang tuh??? arghhhh geram! huhuhuhu serius geram. gambar UKM juga yang terbaik. marilah sama-sama bergelak ketawa melihat gambar konvokesyenku yang menyakitkan hati, jiwa dan raga ni (-_-)''

****

MSc. Planning-Resource Environmental Management
UTM 2010

tengok tengok mata kau pandang manaaaaaa???????
T______________T

dengan tetibanya saya kudung sebelah tangan
(-_-)''

****

BSc. Environmental Science
UKM 2008

huhuhu nampak tonggek bukan?
:P

apakah persamaan di antara gambar di atas?
kasut konvo recycle hahahahahahaha
kain batik jawa
warna ungu dihatikuw
:D :D :D


sekian terima kasih
itu sahaja update pada entry kali ini
buhbye!



xoxo


sob sob sob
:(

Thursday, October 14, 2010

hari Khamis


"Do not find the reason to smile, just find the way"
- Anonymous

remember that laugher makes the world go round
don't forget to smile everyone
have a nice day
^^

hai semua hai semua hai semua. okay haku gila meroyan uhuuuuu. macam dah lama kan tak update segala jenis aktiviti saya di dalam blog ini. yang tahu hanya quote entah pape pastuh pasal segala jenis gambar. itu bosan. yes bosan. saya pun naik bosan tengok blog sendiri yang macam hmm hmm T________T nak nangis ah camni huhuhuhu.

berblog memerlukan tahap mood yang tinggi melambung. jikalau pada masa tersebut mood adalah zero maka entry yang dihasilkan begitu hampeh sekali. hampas padi lagi best bagi makan kat kuda alahai merepek dah haku ni (-_-)'' so since saya sudah bekerja tak ikut timing government ni memang sudah jarang sekali ada mood untuk meng-update blog huaaaa. rindu masa saat-saat tanam anggur iaitu zaman kegemilangan, huhhhh setiap hari update blog. siap ada 3 4 entries lagi hihi. kesimpulannya di sini saya rindu nak update blog ^^

hari ini hari Khamis jadi hari yang menggembirakan hati. sebab? hehehehe my off day. so today dah plan nak tengok wayang 3D tu saya cerita later. mari dengar cerita saya yang menyakitkan hati. since when ntah haku daftar Etiqa Takaful? tiba-tiba datang surat cakap saya dah daftar bla bla bla and in the end? yaaaa RM24 sudah berjaya ditolak daripada akaun Maybank yang hanya ada RM50 di dalamnya. tu pun as a term of condition sebab nak buka akaun Maybank. cis cis cis. really pissed me off! warghhhh!!!

so terpaksalah settle hal insurans tu dulu. tak pepasal kan nak struggle cari parking kat Jalan Bank tu. nak mencarut tapi dalam hati jela mampu. tak mampu nak cakap depan-depan. memang saya tengah menahan kemarahan yang membuak-buak. sampai je kat bank, terus cari Customer Service pastu cakap apa yang terjadi. MUJUR OKAY MUJUR ABANG CS YANG JAGA KAUNTER TU HENSEM DAN BERBUDI BAHASA huhuhuhuhu hahahahahaha sempat lagi cuci mata :P saya rasa sekarang seperti tertipu. entah bila entah haku sign agreement nak join insurans tu. kalau takde tu lain lah cerita masalahnya dah ada dah insurans untuk diri sendiri huhuhu nak bebanyak buatpe? kan kan kan?

nak ikutkan kalau ada masa lapang dan duit yang banyak, nak je pergi mengadu kat FOMCA dan bawa perkara ni ke mahkamah if duit tu takleh refund. cuba korang bayangkan if 1000 orang yang terkena macam saya ni? dan duit dah kena tolak siap-siap RM24 tanpa refund? RM24x1000 wah Maybank dah dapat free free je RM24k. huhhhh padanlah haku ni tak suka Maybank dari dulu. serius tak puas hati. mujur CS okay. saya cakap direct je kat kakak tu yang saya rasa sangat marah dan tertipu dengan hal ni. dahla orang yang handle insurans ni takde. aihhhh kalau tak nak je haku sembur grrrr!!!

dahlah sakit je hati nak cerita detail. kalau duit tu tak boleh refund, memang haku takkan halalkan duit komisen yang kau dapat tu! selepas settlekan hal insurans tu, saya terus pergi ke ECM untuk berdating dengan Cik Hana. huhuhu hilang sedikit kemarahan aku :D :D :D beliau trade in emas dan tadaaaa hasilnya dapatlah gelang tangan dan rantai emas baru wuwuwuwu. saya bab-bab ni memang tak reti. Emak pakar hal ni hahahaha. macam nak gadai je kan cincin emas risik tu tapi laku ke? hehehehe mujur 916 kan? tapi sayang ah cincin satu lagi tak laku sebab 585. tu emas just nak ikat crystal. hmm padanlah cincin tu mahal sebab ada batu zirkon tu. huuu just thought about it. tatau nak gadai ke tak. lempar ke dalam laut kot baru best :P

okay cerita Sammy's Adventure memang best. satu sebab dia sentuh pasal isu alam sekitar daripada perspektif haiwan. uhuuu manusia memang kejam! and then 3D memang superb! seriously Avatar 3D pun boleh kalah tau. hihi suka sangat bila Sammy dapat berjumpa balik dengan first love dia, Shelly. kesimpulannya? cerita ini amat sesuai untuk ditonton sambil relaks our own mind. tadi struggle surf kat internet sebab nak cari lagu dan sinopsis cerita ni. padanlah macam tak bape nak famous sebab ni bukannya buatan US tapi made in Belgium. papepon cerita ni ada mesej yang tersendiri. baru faham. nak kaitkan jalan penceritaan Sammy dengan fenomena pemanasan global hukhukhuk. paling best girl hippies tu alik-alik jadi doktor. slang pun tak berubah. tajuk sebenarnya ialah Around The World In 50 Years :D :D :D

selepas itu kami hi-tea ecehhhh hi-tea tu hahahaha kat Coffee Street sambil membincangkan isu semasa. hmm semakin sedar diri ini sudah tua kan hukhukhuk. bercerita tentang our own life. issues. parent. love? what? love? huhu akan di elaborate later. pastu Cik Afie datang. lama sungguh tidak berdating dengan beliau. last time? semasa raya kedua sekian terima kasih T____________T so kami dengan stories telling session. best. sebab tu haku suka hang out. bukan macam kutu jalanan tapi keep on updating on each other.

sayang? cinta? siapa je taknak kan bercinta, bersayang, dicintai dan disayangi. semua tak dapat menafikan perasaan terindah itu yang diberikan olehNya. tapi nak mencari nan satu tu teramatlah susah. seriously now I feel... hmm tatau nak cakap camne tapi entahlah. saya pun tak sure apa yang saya nak dalam hidup ni. biarlah saya fokus dulu dengan kerjaya sekarang dan berkawan je dengan semua orang. insya Allah... there is. I can't promise you a perfect relationship without arguments over our differences and trust issues, however I can promise you as long as you are trying, I am staying - that is what I called love.

Sammy's Adventures: The Secret Passage
kesangapan kami melihat dalam 3D termakbul jua
(--'')


update next time
muahhhhh!!!
p/s: bila entah ada masa nak update link
loser betol kau ni Sha...



xoxo


hari yang tragis dan seronok

Tuesday, October 12, 2010

quote of the day





xoxo


love like sunshine

this is my first time...


Disember 2009
love like this

September 2010
love like woe

hahahahaha. takde motif kan letak gambar sebegitu rupa? ecehhh saja je nak menghidangkan gambar super duper comel *sila muntah hijau* uhuuuu malam ni JK sekejap. entry ini bertajuk this is my first time... being alone. Abah dan Emak takde huhuhuhu so ni lah pertama kali tido rumah sensorang sob sob sob :( :( :( rindu sudah mula menerjah di fikiran hukkkk. rasa lain macam sebab kena beli makanan sendiri lak haha tak beli pun sebab since kerja ni if shift petang sudah jarang dinner. padanlah kurus ek :p takde motif pun entry ni hahahaha okay bye mahu mandi :D :D :D



xoxo


tetiba rasa berdebar sensorang
bengot!

Monday, October 11, 2010

a love quote


"Love is passion, obsession, someone you can't live without.
If you don't start with that, what are you going to end up with?
Fall head over heels.
I say find someone you can love like crazy
and who'll love you the same way back.
And how do you find him?
Forget your head and listen to your heart.
I'm not hearing any heart.
Run the risk, if you get hurt, you'll come back.
Because, the truth is there is no sense living your life without this.
To make the journey and not fall deeply in love
- well, you haven't lived a life at all.
You have to try.
Because if you haven't tried, you haven't lived"
- William Parrish (Brad Pitt), Meet Joe Black




xoxo


:)

Sunday, October 10, 2010

alkisahnya...


status terbaru Facebook
gila jiwang huhuhuhu
(--'')

hai semua. apa khabar? dah lama tak bercerita di blog sendiri. lately ni banyak post entry pasal life story more to life advice and inspirational story. lately saya rasa saya happy. yes. ini tak tipu. apesal entah rasa happy. means saya rasa hidup saya complete a litte bit. before this saya seorang saya emosinya tak tentu, moodswings, low self esteem and not quite impressed about myself. but then totally changed now. saya rasa diri ini semakin positif and yet truly happy with family and friends ;)

so far kerja saya okay. enjoy je. saya pegang satu je prinsip semasa bekerja ni; kita kena ikhlas barulah hidup sentiasa diberkati olehNya. uhuuuu penat gak kerja kat bidang retail shop ni. everything must bear in mind. kena tahu from top to toe. huaaa takpe takpe. still dalam proses pembelajaran. so far okay lah bab cashier ni. sudah pandai proses pembayaran kad kredit dan exchange baju huhuhu. dulu masa memula jaga adalah juga shot seposen dua posen dan singgit tapi sekarang alhamdulillah. nak kata semakin cekap tu tak juga still terkial-kial guna sebab scanner belah kanan. daku kan kidal so macam huuuu leceh sket T_________T kesian kan orang yang menggunakan tangan kidal ni...

everyday I learn a new thing. tadi tukar baju kat mannequin dan jaga kaunter sensorang huk. dah rasa dah last week memang cuak kot pegang kaunter sensorang huhuhuhu. sekarang ni kena praktis kira duit float bagi cukup dan buat closing kaunter if saya kena shift petang. kalau shift pagi, bagi briefing kat staff dan masukkan float ke dalam kaunter. pastu kena buat daily sales dan uruskan sales semalam untuk di bank in ke dalam bank. bunyi macam banyak kan? bunyi macam busy kan? memang pun itu tak tipu (-_-) tapi kekadang ada je masa lapang sket tapi saya lebih suka buat kerja macam lipat baju ke sebab kalau tak buat pape nanti ngantuk uhu pastu mesti tak produktif :D :D :D

tak sabar nak tunggu hujung bulan ni sebab gaji ku yang pertama kali dalam seumur hidup sebagai pekerja tetap huhuhuhu. nanti kena buat plan rapi apa nak dibeli. heee baju yang sudah reserved pun sudah cecah RM70 adeyhhhh makin shopaholic nampaknya kau? ehe ehe peace ;pp ada juga kengkawan yang tanya saya taknak cari kerja lain ke? hmm susah nak menjawab persoalan itu. sebab sekarang saya happy dengan kerja saya dan takde rezeki lagi kot nak dapat government ke whatsoever. saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya. mana tau pasni murah lagi ke rezeki saya? amin... nak cepat habiskan probation ni pastu target dalam masa setahun kena naik sebagai Store Executive hehehehehe berangan tak habis-habis!!!

heee huuu cepat betol masa berlalu. saya pun hmm macam mengantuk je kan tapi sakit perut huk. makan banyak sangat kot tadi. eheeee saya pun semakin kurus gak ni sebab da jarang makan nasi since kerja. selalu alas perut dengan roti je :D :D :D gembira? of course sebab selepas 7 bulan balik dari Jepun, saya sudah muat balik skinny jeans yang lama yeay! berat? ehe tak sempat nak timbang lagi. nanti saya share lah bape berat the latest huhuhuhuhu :P

okay lah it is time for me to get enough sleep. esok shift morning lagi. I like!!! bye bye semua. harapkan anda gembira setiap hari dan jangan lupa senyum dan gelak ketawa kerana itu adalah ubat bagi segala masalah anda :D :D :D wowwww positifnyaaa!!! hahahahahaha buhbye!!!


p/s: rasa takut lagi nak update link blog sebab ada lagi laa malware bodoh tu uhuuuuuuu :(



xoxo


esok kerja lalalala