Pages

Monday, January 30, 2012

a little teaser


adegan saya tengah shoot UAI
ataupun pepura shoot keh keh keh
well, this is just a little teaser

insya Allah,
update SOON


xoxo



miss me enough?

Monday, January 9, 2012

jatuh cinta dengan memasak :D


hye and Assalamualaikum to all bloggers and readers. apa khabar? dah lama kan dah lamaaaaa weh tak update dengan penulisan secara tidak sarkastik dan bergembira. gaya penulisan pada tahun baru telah dicemari dengan perasaan sakit hati (pada masa tu je) sekarang ni saya happy je huehuehue dan juga perasaan ingin bersarkastik dengan lebih mendalam =p terasa awkward lah menulis di blog sendiri huhu. maklumlah sudah lama tak update pasal diri sendiri. nanti ada lak orang lain muntah #LOL

lately kan saya suka sangat makan. pastu badan pun agak membesar dengan jayanya. huuuu kalau dulu boleh bertahan tak makan nasi 3 atau 4 hari tapi sekarang paling lama bertahan pun 2 hari T_______________T'' sila menangis. ramai gak yang cakap saya makin berisi tapi saya okay je as long as skinny jeans saya maintain saiz 27 ngehngeh =p tu orang cakap kira pengukur lah kalau gemuk memang takkan muat punya hihi. takpelah berisi sedikit asal sihat daripada kurus dan sakit. saya sudah terkena dahulu dan hmm azab gak ah sebab muka pun tak bermaya. nampak buruk tsk.

mostly kengkawan yang jarang balik Kuantan mahupun yang akan datang ke Kuantan mesti tanya tempat makan mana yang best. huhuhu macam dah jadi pengacara JJCM lak. Alhamdulillah semua tempat yang saya recommended tu okay so HAHA knowledge sudah power tapi bakat tu lak takde sobsob. Burger King baru je buka seminggu sebelum tahun baru so sudah pergi 2 kali dalam masa 2 minggu ekekeke. manelah tak mengembang kan? pastu Pappa Rich pun sudah dibuka but me sad sebab tak dapat lagi makan sana. kelmari pergi tapi hampeh sebab sistem down dan bakal dapat makanan dalam masa sejam? baik aku berambus. tapi sempat ah tangkap gambar ekekekeke. kawan cakap nasi lemak dan kueh teow best kat sini. must try one day :D :D :D

posing dengan menu
ini baru je habis kerja malam

posing sekali lagi sebelum blahhhh dari tempat tu

****

okay enough dengan cakap-cakap pasal tempat makan. so sekarang ni nak cerita perihal saya memasak lak hihi. dah lamaaaaa tak singgah dapur dan say hi! battling with cooking oil and bad onion was not really bad actually. semua orang ada bakat memasak. saya just ambil resipi daripada internet dan try je. tak ikut sangat resipi tu kekadang pakai taram je. orang cakap sesedap rasa? hehehehe mujur hasil pun ada rasa juga lah cuma kena perbaiki ekekeke. saya macam teringin nak baking haritu, nak buat semula kek coklat kukus tapi... tetiba mengidam ayam goreng madu ape lagi surf ah cari resipi hihi.

apabila kita memasak dengan ikhlas, sejujurnya saya cakap laa tadi kan tengok Emak saya makan sejurus balik daripada kerja rasa macam WOW! BESTNYA! Emak makan hasil masakan saya. hasil air tangan saya! apetah lagi kalau suami tercinta. hebat bukan penangan air tangan seorang wanita ini. hehehehe mesti bakal suami suka dan memang nak makan kat rumah setiap hari. lagi best kalau dapat memasak sama-sama. eh merapu lak ke situ. macam lah nak kahwin je kan kau Cik Sha =p

saya tadi bangun around 11am macam tulah sebab terlajak tidur huhu. kalau dilayan mau bangun pukul 1pm. since today is my off day so nak buat aktiviti memasak! yeayyy! dalam masa sejam saya sudah siap masak nasi, masak lauk sup sayur yang sangat simple and then perap ayam from 1130am until 1230pm. pukul 130pm saya mula menggoreng ayam sebab nak bagi perap lama sket baru syiok wehhh!!! saya akan berkongsi resipi ayam goreng madu yang saya cilok daripada internet kihkih untuk 2 orang makan.

AYAM GORENG MADU (2 orang)

BAHAN-BAHAN:
- kepak ayam (dalam ni saya guna ayam yang dipotong kecil)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap
- 2 sudu besar madu
- lada hitam (dalam ni tak guna pun sebab tak jumpa, lagipun tak makan pedas TEEHEEE)
- serbuk kunyit
- garam
- minyak untuk menggoreng (deep fry)

CARA-CARA:
1. cuci bahagian ayam sampai bersih. pastu boleh cucuk dengan garfu kat bahagian isi supaya bahan perap kat atas tu dapat menyerap masuk.
2. gaulkan dengan bahan-bahan di atas dan biarkan diperap selama sejam ataupun lebih.
3. selepas itu goreng dan ngappppp! :D :D :D

jom tengok hasil
:)

sup sayur simple
campak bawang putih, lada dan sayur dalam air mendidih
tak lupa juga gula dan garam secukup rasa
:D

ini adalah rupa ayam yang telah diperap

okay sekarang deep fry

tadaaaaa!
amacam menggamit perasaan tak nak makan?
KIHKIH

dan sempat lah juga saya shoot
tapi gambar ini tak proper pun daripada pandangan photographer
banyak lagi kekurangan
tapi still, tempting
:D


ehe setakat ni jelah kot? dah takde idea. kang merepek lebih. hihi. rasa macam nak tukar je header tu. sesungguhnya saya amat rindukan dunia blogging. sorry tau kalau saya kurang menulis dah lately. busy dengan kehidupan sekarang. ecehhhhhh goodnite! ;)


xoxo



syukur DSAI dibebaskan!

Wednesday, January 4, 2012

#27




xoxo



WW

Monday, January 2, 2012

a guy called dumbass


10.28am
hanset saya berbunyi
satu sms masuk daripada nombor tidak dikenali

****

John Doe: Hahahaha...bangang

me: ?
(dahla tak bagi salam pastu terus nak cakap orang bangang. bajet aku ni save nombor kau? ada sivik ke tak orang cenggini?)

John Doe: Have a nice day.... semoga anda diberkati allah s.a.w...semoga bahagia dengan hidup yang anda bangga2kan sgt tu...terima kasih tulis blog....'seronok' sgt baca...nak face to face... jom jom...tggu saya dtg brands outlet...ke nak pg starbucks???saya blanje latte kegemaran awak pun takpe....sekali lg,have a nice day..btw nama jawatan saya penolong pegawai daerah ye...tolong betulkan...tguu saya kat brands outlet ye...kita face to face.and pls jangan libatkan isteri saya ye...ni antara kita...

alahai mamat Pegawai Tadbir Diplomatik G41 ni ke...
kenapalah nak ganggu hidup aku yang aman damai ni
LMAO

Me: tq 4 reading my blog! TROLOLOLOLOL

Mr. Dumbass: tak rasa lsg kene troll...LOL...macam bagus je ko kan.... ;) kite face 2 face sumday...wait n c...

Me: eh ada ke aku cakap camtu? #epicfail

****

betol lah kengkawan cakap
orang cenggini makin dilayan makin suka
kita pun turut sama bodoh sebab layan
kehkehkeh

so? can someone give me a conclusion from the conversation above? sort of immature attitude. agree? erghhhh kenapa lah kau je yang nak cari gaduh dengan aku. dah dah laa nak ada perasaan hasad dengki dengan aku. kau nak terasa ke dengan post aku before this? aku tak tagged pun nama kau. ouchhhhhh #butthurt =p kah kah kah!! terus terang lah aku memang menyampah dengan kau. tapi aku takde pun nak kacau hidup kau. dah unfriend dah kan setahun lepas pastu siap orang tu banned kitew lagi tawww. aku pun tak heran lah dengan life kau sekarang. hanya mampu mendoakan yang terbaik selepas kau berkahwin dengan bekas kawan baik aku. aku hanya mampu harap kau jagalah dia elok-elok. she is precious.

aku pun naik heran apa lagi yang kau berdendam dengan aku? dah masuk tahun baru pun wehhh. kita sudah tak baik since 2009. aku pun dah let go. so kau takleh ke buat the same thing? yang nak busuk hati sangat tu kenapanya? apa masalah anda sebenarnya? may I know why, why and why? aku tak layan sms picisan camtu. buang masa. I have my own life and you have yours. pls don't ruin my happiness for now because I am super duper happy after removing some of parasites aka your bestestttt friends ever in your world #HAHA tapi kena berjaga-jaga sebab mungkin ada barua di sekeliling anda. who knows? hehe =p

thanks again sebab mendoakan pada aku "have a nice day" and yes perjalanan hidup aku tadi dipermudahkan olehNya. sales pun okay. customer pun okay dan happy apabila shopping kat Brands Outlet. pernah shopping situ tak? pergi lah sekali sekala cuci mata. baju kerja pun bersepah-sepah dan murah-murah. of course lah kau mampu sangat nak beli. apelah sangat RM69.90 untuk 2 helai kemeja kehkehkeh. takkan lah nak beli kemeja Zara sedozen kan? penat pula nak turun KL setiap minggu sebab nak pakai baju kerja Zara #LOL

hmm cakap pasal Starbucks. how come you know my favourite drink was latte. awak stalk saya ye...? eh lupa. address blog pun haruslah sha-suka-latte kan so of course lah itu my favourite drink! bijak jugak awak ni eh. ish takkan lah tak bijak. kan dah ada degree. siap jadi Pegawai Tadbir Diplomatik G41 lagi. hebat lah sebab lepas semua stage. tak semua orang sehebat awak tau. hanya orang yang bijak pandai je lepas jadi PTD ni melainkan ada kabel besar dan dalam kat sana ekekekeke ;)

thanks again sebab sudi baca blog saya pepagi buta. thank you so much sebab berjaya menjadi stalker terhebat pada tahun 2012 :D :D :D you know, haters make me famous. remember that. daripada pening kepala nak fikir ayat troll balik kat aku, baiklah kau kumpul duit bebanyak pastu buka cawangan Starbucks kat tempat kau bekerja tu. macam kesian lak sebab nak ulang alik ke Kuantan kalau tetiba craving Starbucks. lainlah aku. jalan tak sampai 5 minit dah sampai. dapat layanan VVIP gitew. kau dapat? umm I don't think so =p

eh penatlah nak buat ayat troll ni. serius mak tak reti. mak reti cakap direct je. senang. straight to the point. tak reti nak sarcasm ni. kita masuk universiti, pensyarah tak ajar nak cakap berlapik-lapik ni. takut gak nak tulis bebanyak dalam blog sendiri sebab nanti kena cop bangang sekali lagi hihi. Allah je tahu saya bangang ke tak. bukannya anda. anda takde efek langsung dalam hidup saya. now get lost. puihhh.

starting from now,
if someone asks me whether I might know you or not,
here is my answer:

who?
oh sorry, I didn't know him at all.


xoxo



peace no war
=p
you know that we are not friends anymore

Sunday, January 1, 2012

just for a short reminder


assalamualaikum w.b.t

aku ingatkan kau dah berkahwin sejak bulan Januari tahun 2011 sudah berubah perangai. tidak ambil pusing sangat pasal hal remeh temeh dan lebih fokus kepada hal rumahtangga kau. tapi tak. makin galak nak ambil tahu hal kain dalam aku. apesal eh? dunia rumahtangga kau bosan sangat ke sampai kena ada hiburan dari luar? ke kerja sebagai Pegawai Tadbir Daerah tidak cukup busy bagi kau sampai kena lagi busybody? daripada sibuk-sibuk dan menjadi mamat kepochi nak ambil tahu hal aku, baiklah kau pergi fokus kat bini kau tu eh. bincangkan macam mana nak besarkan rumah, nak buat anak banyak-banyak pada malam Jumaat, nak banyakkan amal ibadat dan nak banyakkan pahala serta kurangkan dosa diri sendiri dan tidak lupa juga bini kau. bukankah lebih bermakna? please lah stop being a coward. jangan nak jadi macam anjing terpekik terlolong macam takde hala tuju. please be a man? kalau rasa diri tu hebat sangat, tak payah lah susah-susah nak update status kat Facebook tu. bukan aku dapat baca pun. apa kata face to face dan cakap sendiri depan muka aku. ni tak, terjumpa kat kedai makan terus jadi macam tikus. sebiji macam pencacai AMENO. nak cakap kau BODOH aku memang tak layak ;-)

dan sebelum galak sangat nak mengata aku ni kelulusan master tapi otak letak kat lutut, tahap kebangangan lebih daripada budak PMR, apa kata habiskan dahulu master tu sebelum mengata aku. dapatkan dulu segulung master degree dahulu and then baru kau layak nak mengata aku sambil mendabik dada. ini tak heroin langsung nak menyalak pasal kelayakan aku. sorry lah aku boleh sangat nak berbangga dengan ijazah master aku depan kau. aku ada master. KAU ADA? ditambah lagi dengan boyfriend kesayangan yang pantas menulis komen tanpa memikirkan perasaan orang lain. sekali sound terus delete status tu. alahai ini pun satu macam tikus gak tsk. kesimpulannya kat sini, jangan nak cepat terasa dengan status Facebook aku. tak ingin pun nak tuju kat kau. apetah lagi buka your page HAHA loser sial. serius anda loser. see sekarang tak pepasal nak update status dengan cara sarkastik. aku serius tak reti nak sarkastik ni Ya Allah. better tagged nama terus kan senang? yes I did understand yang life kau as a master student amatlah membosankan. jadi, cepat-cepatlah habis eh? pastu bolehlah berbangga "AKU ADA MASTER TAPI AKU TAK BANGANG MACAM SHAHIRA" GOOD LUCK by the way ;-)


happy new year 2012


xoxo



nak mengata orang memang tak layak
yang layak hanyalah Allah
tolonglah berpijak di bumi yang nyata
jangan bajet diri tu bagus sangat