Daisypath Anniversary tickers

Pages

Friday, April 30, 2010

siaran langsung dari Gombak


selamat pagi semua. saya sekarang online secara langsung daripada Gombak, KL. baru je sampai tadi dari Putrajaya. penat & letih. eh bukan ke itu sama je? uhu. otak pun dah mereng. dalam kereta tadi rasa nak tidur je tapi tak sampai hati biarkan Aifaa drive sensorang huhuhuhu. what a great nite yesterday. sudah lama tidak girls' day out. window shopping itu best tapi saya terbeli beg DSLR. hek. bukan terbeli tapi memang sudah niat pun. dari The Mines ke Alamanda Putrajaya dan round-round Putrajaya sambil membokeh bokeh dan terus bokeh. gambar banyak je vibrate sebab aku takde tripot T_________T

okayy lah nanti saya update lagi blog pada hari Isnin depan. sekarang masa untuk mandi dan bersiap-siap zass ke LCCT. bye bye Kuala Lumpur dan hello Kelantan! haha. kenapa aku teruja sangat ni pergi Kelantan? sebab naik flight! wakakakakakakaka ;p oh yes. I missed you here Encik Ikhwan.



xoxo


tired & sleepy

Wednesday, April 28, 2010

happy birthday to me?


"Age is a high price to pay for maturity"
- Tom Stoppard

I just realized this year I didn't have my own birthday cake
pathetic don't you think?
T.T

today is 28th of April 2010. yeah. "happy birthday to me" according to the Facebook. thanks to anyone in my friends list wished for my fake birthday. HAHAHAHAHA it is proven. my friend did post this in her blog. you can read this and this. thanks to the blogger SexyHippo for her crazy idea. I am glad that a few of my best friends did realize this fake birthday and have asked me how come I have twice birthday celebration within a year. hehehehe. they did remember my own original birthday which was 2nd of February 2010 :D :D :D

you are my true friend
you know who you are
;)

print screen from my Facebook
gotcha!



xoxo


easy to know which one is "true"

Tuesday, April 27, 2010

50% siap!


lega. lega. lega dan lega. weehuu! rasa hendak menjerit kegembiraan saja. yesh! petang tadi dah jumpa my supervisor and he told me what to do. yeah. I know what to do doc :) data analysis yang akan membuatkan kepalaku pening pening lalat sambil curse kepada SPSS. hahaha. tengoklah kau nanti Sha. migrain je start minggu depan T_T

okay. esok balik Kuantan start enjin pukul 8pg dan vroom vroom hello Kuantan! eh tu nanti dulu punya cerita. saya nak menceritakan bagaimana Chapter 4 saya dibuat. mula-mula pukul telur 10 biji pastu kacau-kacau letak gula taraaa siap! hek. ingat senang ke macam bakar cuppies? eh tiba-tiba je cakap pasal cuppies. okayy saya lapar T.T

start 3 Mei nanti, saya akan siapkan Chapter 4 iaitu data analysis. semua data yang ada pada questionnaire saya tu akan saya buat coding dulu. coding boleh guna either Microsoft Excel ataupun SPSS aka Statistic Package for Social Science. huuu harap-haraplah saya masih ingat lagi macam mana nak guna software ini. masuk data tekan je pakej statistik apa yang kita nak and then siap. memang memudahkan. tak payah nak guna calculator macam zaman tingkatan 5 tu struggle nak kira min (--'') amat menyusahkan hidup. huuu ada 8 minggu je untuk saya siapkan whole thesis ni. gambatte Sha san ^^

saya kan extend buat short semester. so saya buat je data analysis kat rumah. mujur supervisor saya faham yang saya AKAN MATI KEBOSANAN jika tinggal kat UTM tu. yelah dengan kawan pun takde. takkan nak sorang-sorang. weh naik gila tahu? memanglah saya boleh survive tapi there is no entertainment. jadi memang saya akan naik stress. euw saya bukan jenis mengadap thesis 24 jam (-_-) so next meeting with my supervisor is on 19th of May. hiks. selepas holiday getaway di Singapore. harap-harap plan menjadi yeay!

baju semua sudah siap packing. ini pun baru bangun dari tidur selepas Fizah call tanya nak makan apa. aku tanak makan cuma teringin air Coke. harap-harap dia beli kat McD :D :D :D after this layan tv cerita Desperate Housewives. hehehe saya memang kaki tv dari dulu tapi since duduk bermastautin UKM-UTM-HU-UTM, saya sudah jarang mengadap tv. if not dulu, pagi petang siang malam tv je memanjang. padanlah result SPM hancus!

hihi. gotta go. nak layan tv :) hati ceria berbunga-bunga. doakan saya selamat sampai di Kuantan. sampai je Kuantan has a lot things to do. wah. beli tiket bas. ambil laptop. penat penat. malam ngedate ngehehehehehe itu yang paling ditunggu-tunggu actually ;D rindu sangat kat beliau. thanks sebab sanggup buat kerja perhabis kat ofis tu memalam *tau dah OT masyuk* demi Syg. thanks sebab sudi balik ke Kuantan juga esok. really appreciate that. eh terjiwang pula. okayy bye!



xoxo


happy & exhausted

simple blog


blog saya simple kan? diulangi memang simple habis. saya tengok-tengok tiada apa pun yang menarik kat blog kesayangan saya ini selain daripada celoteh kehidupan saya yang kadang-kadang happy, bosan, sweet, sour, bitter, monotonous T________T dan heartless. tetapi saya tahu saya ada ramai silent reader. terima kasih kerana sudi baca apa yang saya merepek dan melalut even though para pembaca senyap tidak menjejakkan tapak kesan klik mouse di blog saya ini huhuhuhu.

saya perhatikan blog orang lain mostly ada Nuffnang ads. apakah itu? entah. saya pun tidak berminat nak tau. yang saya baca je just "U click mine, I'm click yours okay". jika saya tidak silaplah, boleh jana duit daripada iklan Nuffnang tu. contoh terdekat Cik Hanis Zalikha dan Cik Epal yang berjaya menjana duit daripada Nuffnang dan membeli beri hitam kepada diri sendiri. eh pepandai je buat cerita ni (--'') itu memain je. nak tahu tanyalah tuan empunya badan. sebab apa saya tidak letak Nuffnang ads ni? entah. tiada hati & perasaan. blogging is just my passion and I don't need any single penny or money to make me happy. wah wah ayat :D :D :D

lagi satu saya tidak meletakkan chatbox. bagi saya jika saya letak chatbox mau penuh dengan ads "marilah berkunjung ke blog saya, ada banyak shawl lawa-lawa." cis. itu bukan yang aku mahu. lagipun buatkan blog saya lambat loading dan teramat berat. hahaha alasan kemain lagi! takpun tengoklah jika rajin tapi saya sebenarnya malas nak letak. biar jelah kan. macamlah blog ini famous sangat...

saya tidak meletakkan Facebook badge. mengapa? saja. it is for my own privacy. Facebook is just for my friends & family. saya memang rasa sangat annoying jika someone tagged me pada koleksi shawl beliau dan tulis "free postage for this shawl. only RM10!" eh apesal aku sebut shawl ni je? hiks. itu sekadar contoh. ataupun yang tagged "anda mahu jana duit RM100 sehari? pasti kaya!" eh aku peduli apa? katakan saya jadi kaya-raya seperti yang digembar-gemburkan mestilah kena bayar cukai pastu dengan sumber duit entah dari mana. halal haram itu penting untuk diambil kira tahu? bukan nak sedap kaya je. makan roti kaya yes itu aku suka (-_-) maaf tiada kena mengena.

lagi satu buat saya annoying. buka blog je keluar lagu. jika lagu itu boleh stop sebab ada butang stop itu boleh lah lagi layan tapi yang tak boleh blah kalau lagu itu jenis tak boleh stop atau pause. tidakkah itu annoying? mixed with our songs in the playlist. aiyaa. jika saya fikirkan itu adalah annoying, maka saya pun tidak letakkan sebarang lagu di dalam blog saya. biar pembaca senyap atau blogger lain yang singgah sekejap ke blog saya akan tenang membaca entri saya satu persatu. tidak annoying tetapi sangat harmoni ngehehehehehe ;)

motif tulis entry ini pun taktau mengapa. tiada sebab kukuh pun. saya pun nak tidur lah sekejap sebelum sambung analisis data survey ini T_______T tidur pukul 5 pg tadi kot sebab struggle buka Google Maps dan taip satu persatu alamat responden sebab nak tahu jarak yang mereka tulis betul ke tidak. huuuu haru menangis kegembiraan.



xoxo


si pembelog yang happy

holiday getaway


entry ini saya hendak bercerita tentang cuti. yes. I deserved one. sebabnya? setelah penat lelah buat survey weh penat tahu tak? banyak kali saya tekankan dan ulang tayang beberapa kali. waaaa survey itu memenatkan. tobat aku taknak dah buat untuk research project for PhD level nanti (--'') lebih rela duduk dalam lab mengadap mikroskop sambil mengira ostrakod *teringat beban final year degree project* survey ini telah menggelapkan saya yang sedia gelap. muka berbelang. tangan berbelang. siap ada gelang tu warna sawo matang dan hitam di pergelangan tangan. kaki pun mahu berbelang-belang juga akibat pemakaian sandal. weh benci ah!

lupakan pasal thesis sebentar. sekejap je pun tidak lama 3 hari. saya sudah plan terbaik dengan kawan baik saya iaitu Cik Aifaa. kami akan terbang ke Kelantan. weehuu! hey sudah 2 tahun tidak jejak kaki tahu since 2008. itu pun pergi sebab rombongan Cik Kiah beramai-ramai. jangan memain tahu 9 buah bas terjah Terengganu dan Kelantan tu. semangat Prof. hendak membawa kami pergi melancong. mujur dapat A untuk subjek beliau. berbaloi kot aku tak mandi sehari T_____T

30 April - 1 Mei 2010

okayy terkeluar dari tajuk. kami naik flight Air Asia pada hari Jumaat ini pukul 140pm itupun kalau tidak delay. so dijangka tiba 55 minit selepas itu. actually kami hendak pergi ke weds kawan sekolah rendah iaitu Cik Wan Nadiah aka SexyHippo bakal berkahwin dengan cik abe dio lah pada 1 Mei 2010. macam semangat je kan aku ni? hehehe ambil berkat pengantin. weh jangan lupa datang weds aku tahu! bak kata beliau her weds ni bakal jadi gathering kot. gathering SK Assunta, SMART, UIA dan IPTA mana lagi? hahaha. memandai-mandai je :p padahal dia tu graduan oversea (--'')

actually kali kedua tulis perkataan actually Kelantan ini juga merupakan kampung belah abah saya. tapi dah lama tak balik. tidak tahu apakah sebab utama kenapa abah tanak balik kampung apabila menjelang hari raya. ikutkan perkiraan matematik adalah 7 tahun tidak jengah ke kampung halaman di Manek Urai, Kuala Krai tu. rindu tidak terkata pada mama especially dan all my cousins. even kita tidak berjumpa di kampung tapi adalah juga kan jumpa kat Bangi tu kan?

pokoknya saya nak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia di Kelantan. melancong. tangkap gambar. tapi bukan shopping. no no saya sudah sengkek! that is my passion. travelling & photography. selepas ini bila lagi kan sementara single mingle sebelum bergelar isteri orang ni. hehehe selepas ini travel dengan Encik Ikhwan jelah kan *wink wink*

trademark Kelantan
depan Istana kalau tidak silap
yang penting saya akan bokeh gambar lawa-lawa!

****

15 Mei - 16 Mei 2010

mari kita terjah Singapura. last saya pergi tahun 2009. haha. sedih tak? sedih tak? pertama kali pula tu (--'') itupun atas rombongan juga. wakakakaka. asyik-asyik rombongan. bila nak pergi sendiri ini? ini boleh dikatakan 60% confirm akan pergi dengan 2 junior saya semasa di UKM. mereka memang kaki jalan. ini pun mereka baru je lepas travel di Pulau Mabul. huyoo jeles seh dengan Cik Naza & Cik Mai. jalan je kerja. yelah kerja pun penat bagai so apa lagi travel lah boleh release tension.

so nak diikutkan cerita maybe saya akan berjumpa dengan mereka di Orchard Road je memandangkan saya naik dr JB dengan bas. mereka datang naik flight jadi berharaplah mereka tahu jalan dari Changi Airport ke Orchard Road. dengar kata tambang cuma RM1.50 tapi taktau lah betol ke tidak. huhuhu murah je kan? pastu convert currency RM100 je sudah. takpun RM50. bukan datang untuk shopping tapi just for sightseeing. wah teruja aku nak bokeh bokeh :D :D :D

memang handal lah jika saya dapat tangkap gambar lagu ni
tapi wajiblah ada tripod
itupun kau takde
T____T

this is superb!
harus guna M mode ini
lagak gaya macam pro wakakakaka

jadi saya berharap holiday getaway saya ini menjadi seperti yang saya idam-idamkan. diharap cuaca tidak mencemburui saya dengan menurunkan hujan lebat. jika hujan saya memang akan patah hati. sekian saja saya nak membebel pada kali ini. okayy bye!



xoxo


travel mode

Monday, April 26, 2010

being happy


"A truly person is one who can enjoy the scenery while on a detour"
- Anonymous


Place: Urban Forest Johor Bahru
Talent: Shahira


"The richness I achieve comes from Nature, the source of my inspiration"
- Claude Monet

"A thing of beauty is a joy forever"
- John Keats

"If you laugh really loud, talk spontaneously, and you don't care with your face looks like, you are probably in love"
- Anonymous

"Happiness is when what you think, what you say and what you do are in harmony"
- Mohandas K. Gandhi

"You haven't lost your smile. It's just right under your nose. You just forgot it was there"
-Anonymous

"Joy is the best makeup"
- Anne Lamott


xoxo


if you want to be happy, be

baru saja wish nak hari ini yang terbaik


baru sahaja mentaip meng-update status Facebook di pagi hari sebelum mentelefon supervisor ku "Monday is always a bad day for me. I hope today will be a good day for me. Hello Monday :)" begitulah status yang ditaip dengan berkobar-kobar sekali. ingatkan bolehlah balik ke Kuantan dengan senang hati pada pagi Isnin yang terindah ini. tengok tengok lagi mahu puji hari Isnin. dengan hati yang berbunga-bunga, saya call my supervisor. warghhhh! he is on meeting right now. jadi bila boleh jumpanya? hari Selasa atau Rabu petang? oh no no. tidak tidak. lantas saya terus cakap "how about esok petang doc?" he said okayy but then takut je sebab dia bercakap untuk matikan talian. isk. takpelah Sha sila bertabah. warga Kuantan diharap bertabah T___________T

saya pun menaip blog ini dengan penuh sedih. ceh. agak terkilan lah sebab tidak dapat balik lagi. eh apesal kau ni homesick ke? mestilahhhhh ye disamping rindu gila gila gila gila segilanya kat Encik Ikhwan. huh. plan baik punya beliau nak balik Kuantan pada hari Selasa tapi... betol lah bak kata orang kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya. hik. ayat penuh sadis. kesian kan kat saya? sayang Kuantan tau. awww. sorry Encik Ikhwan kerana kita tidak dapat berdating. saya selalu spoilkan plan kan kan kan? dush dush.

merepek merepek dan terus merepek. okayy stop whining there. insya Allah saya balik hari Rabu pagi tidak kira! Pukul 8pg sudah menekan pedal minyak terus ke Kuantan hahaha boleh percaya ke? dahla susah bangun pagi teheeeeee ;p emak pula tidak sudah-sudah pesan rempah laksa johor. nak cari celah mana mak? kalau mee bandung tu bolehlaa juga saya ke Muar eh jauh betol nak pergi sana. tapi memang mee bandung Muar terbaik! kelazatannya sampai sekarang saya terasa *itu tipu* sudah tidak ingatlah rasa macam mana tapi memang superb. slurpp. ini yang teruja nak makan! tup-tup dapat sms cinta dari Fizah ngahahahaha cakap rempah sudah terjumpa di Nong Chik. area mana pun aku tidak tahu T___________T''

meh sembang-sembang progress thesis saya. heee yeay! sudah berjaya menghabiskan survey weh penattttt!!!! tu je nak komen. hahahahahaha. selepas men-survey saya dengan Ulin apa lagi camwhoring lah dengan lens baru 50mm 1.8D. heee mujur Cik Ulin pandai guna. tapi adalah juga tersasar pergi fokus kat pokok tapi bukan pada muka saya (--'') am I a bad teacher here? siapkan apa yang patut pada chapter 1, 2 & 3 meskipun ilham tidak datang dengan bersungguh. huh. susah betol nak datang. chapter 4 harus diteruskan iaitu data analysis. perkara yang dibenci? sebab? sudah lupa nak guna SPSS meskipun subjek itu yang kau score A dan sebab itu jugalah result kau okayy dan dapat pergi Jepun? sigh.

ini gambar kepenatan
tapi setelah diedit tidak nampak penat
see see
nampak muka gembira je kan
sungguh!

meskipun penat tidak hilang tapi tetap insist nak keluar. meskipun tahu jalan akan jem akibat jom jom jom jom heboh heboh. cis. benci. tapi takpe bukan saya yang men-drive. hihihi. terima kasih kepada Fizah dan akaknya kerana men-drive ke Jusco Tebrau. aim saya sebenarnya mahu mencari eh ye ke mencari? membeli adalah penggunaan bahasa yang paling tepat. saya mahu membeli sling bag DSLR saya. sudah terjumpa yang berkenan ceh padahal dah lama terkenan dalam hati T_______T'' harga sebulan lepas RM99 tapi sekarang RM80. cantik ada perkataan Nikon tapi sudah tertanggal? apakes? hati yang berbunga-bunga mahu membeli sudah tiada. takpe moh kita cari kat Kuantan lak. itupun kalau tercari.

eh pelik hujan? pagi-pagi? Johor ni peliklah. lately hujan pagi-pagi. hahaha sebenarnya baru start semalam weh. itu selingan. bukan itu yang ku mahu cerita. kami menonton filem The Losers. weh sangat best!! perlu wajib tengok!! oh saya sudah jatuh cinta dengan Clay. bukan Clay Aiken. bukan Clay tanah liat tapi itu nama watak yang dibawa oleh Jeffrey Dean Morgan. beliau amat sangat kacak, seksi dan HOT. tak kisahlah beliau itu macam agak tua tapi phewww~~ tergoda iman I semalam. lebih-lebih lagi lesung pipit di pipi. hiks. amat menterujakan. jadi kawan-kawan, silalah beratur membeli tiket filem The Losers! selepas ini mahu melihat Iron Man 2. baca review mereka cakap merepek. tapi takpelah tengok jelah. Robert Downey Jr. pun HOT juga kah kah kah kah!

The Losers
hai si kacak
weh fokus kat filem lah!

ini ialah Jeffrey Dean Morgan
aka John Winchester
kau sangat hensem, seksi dan HOT
warghhh!!

Jensen Ackles aka Dean Winchester
oh idaman kalbu!
bapa borek anak rintik

selepas habis tengok wayang, saya pun mula serbu Padini Concepts. ini sudah terlari dari wishlist ni. daripada bag DSLR pergi ke sepatu. yes shopping lagi. hahahahaha. selipar saya beli 2 bulan lepas sudah tidak seronok untuk dipakai disamping berjaya membuatkan kaki aku berbelang-belang! huaaaa. saya berjaya merembat gladiator flat atas sogokan Cik Ulin. apesal taste kita sama? soulmate kan of course? mestilah saya akan puji lawa kan tapi tidak tahulah di mata anda. dapat rebate RM10 jika beli lebih dari RM50 jadi saya pun dapat rebate itu. harga? rahsia! pergi terjah butik Vincci yang berdekatan dengan rumah anda ngahahahaha. sangat berpuas hati tapi balik rumah je terus melenakan diri (-_-)

kesimpulannya semalam saya penat
tapi best sebab dapat me-reward-kan diri
saya kan puteri
jangan lupa itu
haha!



xoxo


layan Oprah di 5

Saturday, April 24, 2010

cerita pada hari sabtu


saya baru balik dari survey di 2 tempat. pagi-pagi buta sudah terjah orang di Hutan Bandar MPJBT. jauh engkau dari JB ni. mengikut perkiraan nombor di jarum kilometer kereta saya pergi balik mau 40km. warghhhh jauh rupanya JB dengan Skudai tu. boleh jadi duit minyak makan RM10 pergi balik T______T menangis terharu ah kalau aku ulang-alik JB-Skudai. alhamdulillah lega sangat-sangat kerana telah berjaya menghabiskan 100 responden. weh ingat senang ke? susah tau. sakit pinggang aku ni haaaa. tapi kan saya sudah mendapat inspirasi untuk ber-aerobik semula pada hujung minggu di Kuantan. kembalikan semula fitness anda!

selepas itu kami pergi ke Hutan Bandar MBJB. pelik. apesal tiada orang pun T________T'' selalu meriah je waktu hujung minggu. huwaaaa menangis aku tengok. hampir sejam setengah duduk kat situ baru dapat 10 responden? what the hell? adakah sebab penangan jom jom jom jom heboh heboh. cis. masa nilahhhh baru mengada-ngada nak buat JomHeboh. tapi tidak juga kot. sebab hari ini bebudak ganti sekolah untuk raya puasa nanti. emak aihh padanlah lalu depan sekolah tadi busy je jalannya. takpelah ada rezeki ada kan? tidak baik tau nak menyumpah-nyumpah :D :D :D *fikir positif*

rasa malam isnin nanti yakni ahad malam esok mahu melayan cerita yang menarik di Jusco Tebrau. harap-harap cerita When In Rome ada. sudah lama kot tidak layan wayang ni almost 2 weeks erk lama tu. last masa dengan Encik Ikhwan di Kuantan. adoi. lihat. betapa b.o.s.a.n.n.y.a hidup saya ini sebab still single. if sudah berkahwin kan best? ngehehehehehehe boleh bermanja-manja dengan Encik Suami di malam minggu eh silap di pagi hari minggu yang indah ini. haa baru betol ;D

hello Kuantan pada hari Isnin depan weeehuuuu *fikir positif* jika tiada aral melintang weeee saya akan balik for good. goodbye JB yang tidak best langsung. erk. jangan membenci sebab kau nanti ada can jadi warga Johor. guana? gamaknya nanti kena pakai baju I LOVE JB. hiks. saya baru je dapat job as a wedding photographer untuk 5 Jun akan datang. tapi macam tidak yakin je. if as a backup photog boleh je lenjan. walau apa pun saya dan kawan saya akan cuba yang terbaik. huk. kena main-main angle ni wahai Cik Sha. nak kena pergi outdoor photog kat Kuantan nanti. try & error. good luck!

sekian saja pada hari ini saya mahu membebel. katil sudah memanggil-manggil dari tadi. okayy bye. happy weekends to all :)



xoxo


;)

Friday, April 23, 2010

user bodoh


****

THE CASE IS CLOSED
SINCE SHE HAS APOLOGIZED TO ME JUST NOW

nama user ini Siha Ryuki
memang user yang bodoh
harap je grad dari UUM
T_________T

malam tadi kawan saya telah share satu link dengan saya di Facebook. tengok-tengok user bodoh itu telah guna gambar saya as her primary picture. weh macam takde gambar lain ke dalam dunia ini kau nak guna? apesal lah guna gambar aku *ye tau cantik* bhahahahahaha but that is not the point. dah terang-terang kot ada trademark saya kat situ L a tt e s H a. aih. sebab tu aku cakap kau bodoh. aku tak suka cakap orang bodoh ini. it is not my style tapi geramlah serius aku geram grrr!

saya tengok gambar tu dah sah-sah secara terang-terangan diambil dari blog kesayangan saya. lagipun gambar tersebut saya gunakan untuk black & white photo contest tidak lama dulu. wahai Cik Siha Ryuki, silalah berbangga dengan acuan muka yang anda dapat daripada ayah dan ibu anda. penat kot nak proses? heh. malas nak cakap lebih. emosi pun tidak stabil sejak dari malam tadi. you are really really pathetic girl.



xoxo


bodoh punya olang!

Thursday, April 22, 2010

sebab mengapa activate facebook balik



saya rasa life saya okayy je tanpa Facebook sejak seminggu lepas deactivate. tapi saya rasa saya tidak dapat any news or information from my friends about something. yelah kan sekarang ni jarang dah ber-sms ni sebab kena bayar! kalau kat Facebook tu pakai tagged nama je takpun just tepek kat wall. dahlah free! senang pantas dan mudah pula tu. erk. ini bukan nak mem-promote Facebook (--'')

jadi selama seminggu saya deactivate Facebook saya rasa saya ada lah juga urusan lain perlu dibuat selain ngadap laptop 24 jam. contohnya siapkan Chapter 2 ke hehehehe otw tuuuu. selepas sudah siap survey ini bermulalah adegan menggunakan SPSS dan Chapter 4. wee tak sabar nak habis. semangat di pagi hari ini membuak-buak. weh da pukul 1121 pg okayy.

jadi saya bukanlah lagi pengguna Facebook yang tegar lagi ye. tidak addicted dah. baik aku addicted kat thesis sampai termuntah-muntah berpinar-pinar biji mata ngadap laptop siapkan chapter by chapter. heh. so welcome back Sha!



xoxo


little update

yes i have one of them


"If you have a wonderful husband, fiance or boyfriend that works hard to take care of you and will do anything for you, then repost this as your status to give the honest good men out there the recognition they deserved. Because great men are few and far between, and I have one of them!"



xoxo


grateful & blessed

Wednesday, April 21, 2010

saya sayang hutan bandar


hari ini saya akan bercerita tentang tempat saya menjayakan sesi survey men-survey orang ramai tentang kunjungan mereka ke Hutan Bandar MBJB dan Hutan Bandar MPJBT. saya menggunakan method survey ini buat pertama kalinya dalam seumur hidup ini. eh tipu. taklah. pertama kali men-survey orang ramai ialah semasa study trip saya ke Tokyo, Jepun di Shinjuku Gyoen National Park. itu pun survey pengunjung guna translator bertauliah T_______T saya just berdiri kat tepi terkebil-kebil dan senyum pura-pura paham apa mereka cakap kah kah kah.

setiap sesi survey ini akan melibatkan pengunjung seramai 100 orang weh takleh blah punya ramai orang. mari kita estimate masa yang diperlukan untuk sesi survey ini. dalam sejam adalah dapat lebih kurang 10 responden jadi benda ini sangat penat jika buat seorang diri. serius kau penat kehulu kehilir cari responden untuk jawap questionnaire. mujur saya ada 2 orang kawan yang sangat baik hati menolong saya huhuhuhu ku menghargaimu wahai Fizah & Ulin ngeeeee :)

mari kita berkenalan dengan Hutan Bandar MBJB

merupakan pintu masuk
jangan tertipu dengan ilusi gambar kurus ni
ni masa bulan 7 tahun lepas
T_______T

tasik lima enam tujuh lapan yang indah

haaa kan betol ini Tasik Lima

jika saya kanak-kanak pasti saya teruja

siap ada peta laman tu
tidak kah anda kagum?

tempat mandi manda yang free of charge
Adventurous Park Hutan Bandar
nama pun buat aku kagum

mari kita refleksologi kaki!

ini menara tinjau
boleh nampak dalam lingkungan 5km

sudah kah anda jatuh cinta?

****

marilah bercinta pula dengan Hutan Bandar MPJBT

mereka peminat layang-layang

mereka pula lebih berminat untuk kurus kah kah kah

mereka pula lebih berminat untuk menghirup udara segar bugar

selamat datang ke Gotham City

ini tandas jangan tertipu
tandas pun bukan main lawa ala-ala bali style

aspek lanskap setiap daerah di sini
memang lawa

sunset sungguh menterujakan

hehehehe caption setiap gambar macam saya pergi je kan kat tempat kejadian padahal kawan saya, Nad yang captured every moment on those pictures wahahahahahaha. nasib baik ada kawan-kawan yang sangat membantu dalam pembikinan tesis saya pada kali ini. nanti aku akan pastikan nama korang ada di dalam sesi penghargaan. terharu! okayy back to the thesis mode. buhbye!



xoxo


thesis thesis thesis

never knew i needed



For the way you changed my plans
For being the perfect distraction
For the way you took the idea that I have
Of everything that I wanted to have
And made me see there was something missing

For the ending of my first begin
And for the rare and unexpected friend
For the way you are something that I had never choose
But at the same time, something I do not wanna lose
And never wanna be without ever again

You are the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You the best thing I never knew I needed
So now it is clear, I need you here always

My accidental happily ever after
The way you smile and how you comfort me with your laughter
I must admit you were not a part of my book
But now if you open it up and take a look
You are the beginning and the end of every chapter

Who knew that I could be
So unexpectedly
Undeniably happily
Sitting with you right here, right here next to me
Ikhwan, you are the best

So it is clear, I need you here always

Truly yours,
Shahira



xoxo


love mode