Pages

Saturday, April 17, 2010

17/4/2000


23 Ogos 1985 - 17 April 2000
Fathi Auni bt Mohd. Kamal

genaplah 10 tahun sudah kawan karib saya meninggalkan saya di dunia ini. saya doakan agar arwah sentiasa berada di kalangan orang-orang beriman. arwah merupakan jiran sebelah rumah saya. kami berkawan baik dari kecil lagi. di mana ada beliau, di situlah ada saya. kami bermain bersama-sama. meskipun saya setahun lagi muda daripadanya tapi saya rasakan kami ini seperti kembar tapi tidak seiras. saya masuk fardhu ain pada umur 4 tahun kerana mahu mengikut beliau juga masuk fardhu ain. selepas itu, masuk tadika umur 5 tahun padahal masa tu tidak cukup umur lagi haha. kenangan oh kenangan.

jika saya diberikan satu peluang di dalam dunia ini, saya minta supaya kembalikan masa seminggu untuk saya berjumpa dengan arwah sebelum dia meninggal. bayangkan saya tidak tahu pun arwah terkena demam denggi berdarah. saya ingatkan hanya demam biasa. peristiwa tersebut paling saya kesalkan dalam seumur hidup saya. pada hari kematiannya, saya berada di rumah (arwah) tok saya pada masa itu kerana (arwah) tok'i saya juga sedang sakit. dengan izin-Nya, arwah tok'i pun meninggalkan saya juga pada 21 April 2000.

pemergian 2 insan yang paling disayangi dalam hidup sedikit sebanyak memberi kesan pada hidup saya. kadang kala ada juga bermimpi berjumpa dengan arwah Fathi. jumpa arwah sedang senyum... harap-harap kau bahagia di sana. aku harapkan kita akan berjumpa pada satu hari nanti insya Allah.



xoxo


r.i.p.

0 COMMENTS: