Pages

Wednesday, April 21, 2010

saya sayang hutan bandar


hari ini saya akan bercerita tentang tempat saya menjayakan sesi survey men-survey orang ramai tentang kunjungan mereka ke Hutan Bandar MBJB dan Hutan Bandar MPJBT. saya menggunakan method survey ini buat pertama kalinya dalam seumur hidup ini. eh tipu. taklah. pertama kali men-survey orang ramai ialah semasa study trip saya ke Tokyo, Jepun di Shinjuku Gyoen National Park. itu pun survey pengunjung guna translator bertauliah T_______T saya just berdiri kat tepi terkebil-kebil dan senyum pura-pura paham apa mereka cakap kah kah kah.

setiap sesi survey ini akan melibatkan pengunjung seramai 100 orang weh takleh blah punya ramai orang. mari kita estimate masa yang diperlukan untuk sesi survey ini. dalam sejam adalah dapat lebih kurang 10 responden jadi benda ini sangat penat jika buat seorang diri. serius kau penat kehulu kehilir cari responden untuk jawap questionnaire. mujur saya ada 2 orang kawan yang sangat baik hati menolong saya huhuhuhu ku menghargaimu wahai Fizah & Ulin ngeeeee :)

mari kita berkenalan dengan Hutan Bandar MBJB

merupakan pintu masuk
jangan tertipu dengan ilusi gambar kurus ni
ni masa bulan 7 tahun lepas
T_______T

tasik lima enam tujuh lapan yang indah

haaa kan betol ini Tasik Lima

jika saya kanak-kanak pasti saya teruja

siap ada peta laman tu
tidak kah anda kagum?

tempat mandi manda yang free of charge
Adventurous Park Hutan Bandar
nama pun buat aku kagum

mari kita refleksologi kaki!

ini menara tinjau
boleh nampak dalam lingkungan 5km

sudah kah anda jatuh cinta?

****

marilah bercinta pula dengan Hutan Bandar MPJBT

mereka peminat layang-layang

mereka pula lebih berminat untuk kurus kah kah kah

mereka pula lebih berminat untuk menghirup udara segar bugar

selamat datang ke Gotham City

ini tandas jangan tertipu
tandas pun bukan main lawa ala-ala bali style

aspek lanskap setiap daerah di sini
memang lawa

sunset sungguh menterujakan

hehehehe caption setiap gambar macam saya pergi je kan kat tempat kejadian padahal kawan saya, Nad yang captured every moment on those pictures wahahahahahaha. nasib baik ada kawan-kawan yang sangat membantu dalam pembikinan tesis saya pada kali ini. nanti aku akan pastikan nama korang ada di dalam sesi penghargaan. terharu! okayy back to the thesis mode. buhbye!



xoxo


thesis thesis thesis

4 COMMENTS:

Cik Puan Drunbella said...

menariknya tempat neh.
harmoni gituuuu.
=)
gud luck cik sha siapkan thesis!

Shahira said...

huhuhuhuhuhu.
penat dah ngadap mende nih.
T_T

ieyka02 said...

cntek nyer picta2 nie...:) btw slm knl cik sya..

Shahira said...

salam perkenalan jugak cik ieyka02 :)