Pages

Tuesday, August 31, 2010

happy merdeka!


"Democracy is the government of the people,
by the people, for the people"
- Abraham Lincoln





xoxo


Ily, Malaysia

quote of the day


"I don't hate you.
I'm just disappointed you turned into everything you said
you would never be"
- Anonymous




xoxo


scars everywhere

Sunday, August 29, 2010

niat sekadar niat


SEPATUTNYA niat saya ke ECM hanya untuk menemani Cik Nad shopping. huk. hanya dia bukan saya. saya just nak hantar surat konvo je ke Brands Outlet wuuuuu. tapi yelah niat tu sekadar niat. cis. kengkawan memang tak mempercayai saya langsung dalam bab-bab yang melibatkan shopping ni. sobsobsob. well, shopping is the best therapy tapi haku juga yang sakit kalau therapy every week wakakakakakaka ;pp jadi hari ini telah berjaya merembat 2 helai long cardigan yang telah membutakan mata kami sebab terpukau melihat harga huhhhhhh. papepon berbaloi-baloi :D :D :D

dalam wallet tinggal RM0
jom esok makan pasir
T_____T

gila sudah datang
sape ntah nak shopping ekceli?
bukan haku wehhhhh tapi Cik Nad!!!
wuuu benci!

serius lawa wedges ini
nak beli tapi... hukhukhukhuk
nanti ada kang kena makan kasut dengan Abah
semalam baru je shopping kasut raya!

oh tidak...
tu dia senyuman puas setelah bershopping di sini
belian terbaik cardigan Seed warna merah jambu
setelah diskaun 60%
T____T''

trend setter yang terbaru
nampak macam pelik tapi percayalah comel jika memakai headband
tak percaya?
sila try di depan cermin anda sendiri

hukhukhuk
memang nampak pelik tapi comel tau bila pakai
nak try one day dengan plain shawl

long cardigan Lady Like dengan diskaun 50%
berjaya dirembat oleh kami
tu pun tinggal kat display jek
(--'')

ekceli shawl tu dipakai dileher
tapi sesuka hati je buat transformasi menjadi shawl kat kepala
wakakakakakakaka
;p

cantik kan patung ini selepas transformasi?
cuma lengan baju tu je kena panjang sket
haku kat situ macam fashion designer jek
(-_-)''

Sha: emak... nak handbag ni.
Nad: pelempang mau?
tengok harga rasa macam nak pengsan
takde diskaun lak tuh cis

ini kereta mamat yang kurang ajar
siap tunjuk f*ck lagi?
you are a big jerk and rude driver
*habis pahala puasa haku sket*



xoxo


weekend is never ended

di belakang tabir







thanks to her fiancee, WF for capturing our pictures
hehehehehe
merasa haku dalam gambar
;p



xoxo


:D

Saturday, August 28, 2010

teaser of pre-wedding


"Love is composed of a single soul inhabiting two bodies"
- Aristotle

Location: Taman Gelora, Kuantan
Gear: D90 with 70-300 mm






xoxo


spread the love!

Friday, August 27, 2010

rezeki oh rezeki


print screen from my status at Facebook
saje-saje je nak print screen sekali dengan gambar
bhahahahahahaha!
;p

hai salam Ramadhan yang ke-17. kan? sudah 17 hari kita berpuasa eh betol ke tak ni? hihihi. dah tak lama nak raya yeay!!! kali ini hendak bercerita pasal rezeki. rezeki tu memang Allah yang tentukan tapi kita tak boleh juga sekadar pasrah habis. maksudnya kat situ, kita hanya boleh bertawakal setelah kita berusaha dan berdoa kepada-Nya. baru datang keberkatan dari situ. kalau sekadar nak duduk senang lenang tanpa berusaha lemak ayam lah gitu. ingat rezeki datang bergolek je ke? no way. bak kata kawan saya, Cik Ayin: bukan senang-senang tuhan nak bagi kau rezeki. hehehehe. you got your point here.

saya rasa ada hikmah di sebalik Tragedi 20 Ogos. wah cambest lak menamakan Tragedi 20 Ogos. terasa macam nak buat filem Tragedi Oktober pastu jemput Awie datang nyanyi OST hahahahaha. merepek merepek merepek ;pp saya nampaklah rezeki saya datang satu persatu. Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya dan mahukan yang terbaik, maybe. orang selalu berkata Tuhan nak tunjuk sesuatu... Dia temukan saya dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan pemilik tulang rusuk sebenar saya. insya Allah one day. hai prince charming! wakakakaka :D :D :D

****

okay nak start cerita dari mana eh? start dari kerjaya baru saya dululah. semalam baru je beritahu kat Abah yang saya sudah mendapat kerja hekhekhek. Abah ingat saya ligat keluar sekadar bercanda di tepian pantai ke? oh tidak. tidak sama sekali. mestilah mencari pekerjaan yang sesuai untuk diri ini tup-tup rezeki oh rezeki. tapi one thing saya stuck lagi apabila company saya tu minta surat confirmation daripada UTM yang mengatakan saya sudah habis belajar. oh dem. satu hal juga nak tunggu surat dari SPS yang lembut macam siput nak tanak kenalah call ofis fakulti. saya nak start kerja 1 September. signifikan sket. dari segi? entah ;p pastu baru boleh isi borang EPF, confirm kerja bla bla bla zZzzzZZzz...

pagi tadi saya call ofis fakulti untuk minta confirmation letter. setelah di bulldozed oleh Emak. memecah masuk bilik untuk mengemas meja komputer. arghhhh hangin kat situ. agak bengang jugalah sebab aihhhh sabar Sha sabar. untuk mengelakkan kemarahan yang sedang meluap-luap, bangun, keluar dari bilik, capai handphone and then call ofis. cakap bla bla bla itu ini *banyak masalah ekceli* dengan bendahari pergi charge yuran untuk sem ni padahal haku tak register pun! pastu dengan yakinnya saya cakap saya tak konvo tup tup...

"Eh awak konvo lah tahun ni!"

"Aaaaaaa? Biar betol. Tak dapat pun surat?"

"Mesti SPS lambat hantar. Cepat call."

cis. mau je dalam hati ni nak mengucap perkataan binatang yang kita tak boleh sentuh dan makan. arghhhhhh. nak meletup pun ada. tapi hikmahnya? hehehehehe. saya dapat juga konvo hujung bulan September nanti. Alhamdulillah. rezeki rezeki :D tapi yelah benda dah jadi macam ni. of course lah rushing. siot jek. MUJUR tarikh tutup hari Jumaat depan nak pos borang yang perlu diisi dan yuran konvo. tsk. makin nipis wallet haku yang sedia nipis tak tebal-tebal (--'') mujur Cik Ayin ada di sisikuw hekhekhek. beliau tolong check kan dan confirmkan yang saya datang konvo. lebiu! masa ni jugalah website UTM tak boleh masuk. buat hal betol lah! dugaan di bulan Ramadhan buat insan yang bernama Shahira...

so? lets berangan. jom berangan. jubah warna maroon merah gelap gituw. so baju konvo? no beads please. tamau macam mak datin bagai-bagai. nak simple je. terasa mahu memakai pink. heeeee sweet sweet pink sugar pie honey bunch ;) rasa macam dah dapat dah nak pakai baju apa wink wink. tudung pun pink in colour. takpe biar rare sket orang nampak wow Sha pakai pink? huhuhuhu. pastu dah berangan nak upah photographer. biar haku nak camwhoring sensorang. tak kira nak juga. sebab konvo masa degree like hell bapak tak best so nak kali ini in memori. nak rasa ooo konvo ni best rupanya. merasa haku naik ke atas pentas lagi kan? of course lah first day of convocation. hekhekhek. surat konvo sudah ada so? weehuuu sudah boleh hantar surat ini saja untuk sahkan saya sudah habis study :D :D :D

2008
Universiti Kebangsaan Malaysia
gambar rasmi ketika mengambil scroll degree
nampak tonggek sebab ada clutch ye kengkawan
bukan sebab bontotku itu hukhukhuk

****

ini pula another jobs I got. currently ada dua lah heeee. satu start esok. jadi photographer kepada kawanku, Cik AJ untuk outdoor. nak buat poster katanya. orang selalu buat banner kan? dia ini otak fikir lain macam sket. nak yang special punya lain dari yang lain so she figured to do a poster. sort of film poster. wah wah wah bernas idea kau nih. nanti boleh lah haku pakai? ;p berangan nak tangkap kat Teluk Chempedak semasa sunrise kengkonon lah. baru view lawa kan matahari tengah naik. dalam pukul 630pg kena sampai ke destinasi so... nak gerak pukul 6pg ke? heh.

pastu insya Allah dalam bulan November nanti, 12-14 kawan baik ku juga berkahwin. amboi amboi semua kawan kau je yang kahwin? kau? hehehehe lambat lagi kot maybe another 2 or 3 years. fobiaaaaaa sape je yang tak fobia? (-_-)'' beliau telah melantik saya sebagai her OP. upah pun lebat jugalah. tapi saya memang tak larat nak buat sensorang so telah melantik seorang backup untuk reception and outdoor. jauh ni nak kena merantau weh kat Bangi hihihi. masa akad nikah saya boleh je buat sensorang insya Allah. tapi masa ini kan saya sudah bekerja. harap-harap cuti lepaslah kan? takpun saya kerja OT banyak-banyak untuk replace off day 3 hari. heh. macam company tu bapak haku yang punya cit.

gambar-gambar di bawah hasil tagged kengkawan kat Facebook
takdenya dalam simpanan sendiri gambar yang macam ni
T_______T

memang kena pasrah
photographer mempunyai pelbagai aksi
untuk mengambil the best shoot!

lagi mencabar kalau pakai baju kurung wakakakaka
kena behave takboleh terkangkang sana sini
(-_-)''

tergeliat sana tergeliat sini
pasni konfem haku sakit badan
huhuhuhuhu


okay setakat ini saja update
pasni kena struggle nak call hotline convocation
guana haku tak dapat surat ni?

ambil mood raya
pasang lagu feveret all time
Cahaya Aidilfitri oleh Black Dog Bone



xoxo


mixed mode

photojournalism: about Diela & her birthday


Location: East Coast Mall, Berjaya Megamall & Secret Recipe
Photographer: Shahira















xoxo


happy birthday!

Thursday, August 26, 2010

photojournalism: about Afie & her fiancee


Location: Sunway Pyramid
Photographer: Shahira
















xoxo


pre-weds photography