Pages

Wednesday, September 28, 2011

#17




xoxo



WW

Monday, September 26, 2011

ngehngeh


hye and Assalamualaikum kepada semua. how's life? me? getting busy in this week and next week. uhuk. macam busy setiap hari je T_T'' hari ini saya puasa. rasanya tak silap hari ke-tujuh kot. or ke-lapan. takpe. buat lebih jangan kurang. as usual hari ini saya cuti. masa bercuti dihabiskan dengan kroihhh kroihhh sampai pukul 12pm lebey sket =p huhuhu nyenyak gilaaa tidur. ini semua gara-gara pil alergik yang saya telan semalam masa kerja.

okayy ingatkan takde kesan sampingan. selamba lak tu pergi telan 2 biji dengan air latte. my favourite. thanks to si dia =) aha ingatkan dapat latte je. rupanya with mocha. hihi special edition. permintaan orang sakit ditunaikan dengan begitu mudahnya. Alhamdulillah, gara-gara nak cepat pergi kerja petang semalam, tak nyempat-nyempat minum air. sempat melantak mee goreng je as a brunch. wuu. dah kempunan latte :( semalam sebelum masuk kerja, saya pergi jumpa doktor. the most person I hated in this world even takde kena mengena HAHA. saiko!

saya terpaksa jumpa doktor. serius tak suka. sebab mata sebelah telah menjadi merah. sebelum aku sedap tenyeh dan transfer penyakit kepada staff lain, lebih baik jumpa doktor. mujur panel. if not mana ntah nak cekau duit (--'') alang-alang tu minta ubat alergik terus. alergik apa aku kurang pasti. tapi sekarang ni dah tau laaa saya alergik ape. cis. dulu seafood. pastu terhad pada udang. saya makan udang yang Emak masak je. kalau tempat lain kena bedah siasat dahulu baru boleh bedal. kang tak pepasal mulut macam Angelina Jolie #KILAFAIRY

pastu risau lak takut masuk kerja lambat. mujur okayy mujur sempat punch in 12.57pm. memang aku drift laa nak pergi kerja. selamat lampu isyarat baik hati hihi. dan sebabkan mata merah sebelah kan, saya telah memakai spek mata yang trend sekarang tuuu. kaler tau kaler bukan plain hitam. orang tengok-tengok je sebab mereka jealous. trendsetter? maybe lah sebab masa saya buat kerja kat kaunter adalah satu geng ni curi-curi pandang saya pastu borong spek tu habis licin. ahaks. bangga jap gua =p

okay tu bab sakit mata. ini bab alergik. nak test saya ni alergik apa actually. lantas pergi makan saki baki cookies famous amos double chocolate chip with pecan nuts, kot. amek kawwwww! gatal di sekeliling bibir toksah cakap huuuu (-_-)'' terima kasih saya ucapkan kepada hormon dan imunisasi yang membuatkan saya ada alergik baru, iaitu alah kepada kekacang. rasa umum je nih. sebab makan kuah kacang tu pun boleh tahan naik gatal kat area dagu dan pipi. saya suka kacang tanah macam manaaaaaaaaaaa? saya suka kacang ngan yin macam manaaaaaaaaaaa? uhuk.

camne nak makan nasi impit dengan kuah kacang
my favourite tu...
pasrah!
(;_;)

pas telan ubat alergik tu gila terasa mengantuk teramat sangat. perghh baru tahu ubat ini memang bawa mengantuk. tahniah lah anda. siap telan 2 biji lagi. gila tahap babi keturunan ke berapa belas entah... Ya Allah mengantuknyaaa! rasa macam nak tahan je dengan pencungkil gigi (--'') aku bertahan. terus bertahan. tapi serius takleh tahan sampai tertidur sekejap di atas kotak masa nak closing kaunter. dugaan betol. tu belum lagi dengan merewang ke Tutti Frutti. ingatkan makan benda masam cerah sket mata tapi huuu takde kesan. still mengantuk. okayy fine. singgah kedai makan jap, makan kueh teow hongkong dengan NESCAFE ICE. ternyata tidak memberi impak sekalipun.

pasrah habis semasa drive balik ke rumah. dengan hujan rintik-rintik. memang zZZzzZZZz lah. tunggu nak dapat tilam dan bantal hahahaha. sampai rumah, online jap pastu terbungkang atas sofa sampai lah pukul 4pg huhuhuhu. cuci muka, solat Isyak pastu online. pastu try to msg si dia hahahaha. si dia pun terjaga daripada tidur. padan muka =p tetiba rasa mengantuk lantas nak naik tidur. pastu terdengar dah orang baca Al-Quran. alang-alang tunggu jelah Subuh. tup-tup my bestie call. gossiping laaa weyhh pe lagi. dia ni memang suka call pepagi buta. kejut Subuh katanya T_____________T''

****
gambar free hair terpaksa dikaburkan
=p
first time cuci gambar sejak pakai DSLR 2 tahun lepas
HAHAHAHA

****

okay ini spek mata saya
trendsetter?

mata kero adalah keistimewaan saya
nampak tak mata kanan tu macam merah sket?

melepaskan nefsu di Tutti Frutti
cayalahhh padahal gaji tak masuk lagi
so ambil pun takleh tamak sangat
hu.


setakat ini saja
pasni nak keluar jenjalan cuci mata
teman orang shopping
:D


xoxo



lalala

Friday, September 23, 2011

blunt


ini adalah muka tanpa mekap
minggu lepas sebelum closing counter
malam Hari Malaysia
good day
:)

hye and Assalamualaikum to my readers and bloggers. saja je tepek muka sendiri. dah lama kot tak tayang muka the latest. wajib lah u olsss kat blog sendiri kan HAHA. gadis jelita sebelah saya tu adalah adik angkat saya, Hana namanya. umur baru 20 tahun tapi matured habis. maybe sebab pergaulan seharian beliau kot dengan orang-orang lebih dewasa. Adik, Kakak sayang Adik tau sobs. haru laaaa plak =p

saja je nak update. orang tulis camni haaa QCK UPDT. betol tak? tapi tajuk entri saya adalah blunt. tatau laa nak rasa apekebende ntah perasaaan sekarang. malas nak layan tapi memang betol dah tak terlayan di sebabkan busy nak mampos di dalam kedai. kerja bertimbun-timbun. apabila staff buat hal, terpaksa lah PIC yang cover kerja mereka. kan kan. ini bukan eksekutif ni tapi kulikutif =p hahahaha. nak je rasa aku resign sekarang tapi siapa nak bagi diri sendiri makan jikalau bukan diri sendiri... hmm bermuhasabah diri lah sedikit Cik Sha oiiiii (-.-)'' so apa kata hati dan perasaan? blunt.

macam-macam benda yang berlaku. kegembiraan. tapi orang cakap gembira tu takleh lama sangat nanti mesti ada kesedihan. hurmm saya pun dah tatau nak rasa apa sekarang ni. bercampur-baur. pasal hati dan perasaan tu still happy tapi entah. nak berharap takut. taknak berharap kang rasa menyesal pula. so bak kata si dia, ikut kata hati. jadi hati saya berkata go with the flow #I don't blame you for not wanting me. saya pun tatau nak cakap macam mana. blunt.

oh yes I am going to Bali on October 2012
round trip ticket for only RM238
:D

pasal kerja lak. lagi 2 minggu nak stock take. dalam setahun ada 2 kali. first time kena masa bulan Mac hari tu. sungguh membencikan sebab fasa ini berada di dalam keadaan penat, hectic dan stress. bos saya memang suka bagi stress. saya sayang my company. plan saya actually nak bercuti ke Shah Alam pada minggu hadapan tapi pagi tadi tup-tup dapat call yang leave form application saya kena reject. haha padan muka. tu lah fikir sangat kan dah termakbul apa yang kau fikir T____________T'' seriously saya tatau nak rasa apa. blunt.

tapi lega lah dapat spent time dengan Emak. since kerja memang jarang hangout dengan dia. most of the time pasal kerja takpun hangout dengan kawan. terasa macam jadi anak yang derhaka laa lak (--'') harap je serumah tapi nak spending masa together pun susah. wuu sorry Emak. Adik tahu dulu Emak tak dapat terima tapi thanks for your understanding. kerja Adik ini memang menyusahkan kepada sesiapa yang berada dekat dengan saya. terasa membebankan orang tertentu pun ada juga. hmm bertabah lah Cik Sha...

He knows.

****

happiness only comes once
so appreciate it!

sesi men-tutti frutti dengan Emak dan Cikgu
kelasss cikgu sekarang layan TF
=p

tahniah kerana menjadi penggemar TF
^_^

****

muka lesu dan penat
tanpa mekap
rasa macam nak tampar diri sendiri
T________T

DID I MENTION I AM GETTING THINNER?
#LOL

skinny jeans kegemaran sekarang
electric blue
cantik dan nampak kurus
semua set daripada Brands Outlet kecuali top kat dalam
:D


itu saja


xoxo



babaiiiiiiiiiii!

Wednesday, September 21, 2011

#16




xoxo



WW

Monday, September 19, 2011

especially for you, my crush :)




xoxo



on my mind

Sunday, September 18, 2011

phewww!


hye and Assalamualaikum to all... sudah lama kan saya tidak menulis dalam blog. rindu. memang rindu. banyak sangat perkara yang terjadi dalam seminggu dua ini. yang tidak terkata. amazing. amusing. aaa lagi apa eh. annoying pun ada. penat pun ada. menduga hati dan perasaan pun ada. nak update blog pun tak terlayan sebab entah. takde mood nak menulis bagai-bagai sebelum ini. bermacam segala cacamerba perasaan melanda diri. susah tu weh susah.

kali ini saya nak menulis je. writing without any single pictures. kekadang dalam hidup ni kan penat kan nak menjaga hati dan perasaan orang lain. kita boleh je nak jadi selfish bastard. pakai cakap je ikut sedap mulut, right? dulu saya macam tu. outspoken too much sampai ada orang yang tak tertahan. boleh bawak gaduh. tapi sekarang pada umur 25 tahun, sudah matang kot pemikiran. bukan seperti 10 tahun lepas, pakai cakap je apa yang nak asal puas hati. tapi sekarang kena fikir pasal tu, pasal ni, eh betol ke apa yang aku cakap? salah ke? bla bla bla...

saya stress. sebab tu kot nampak kurus daripada biasa. saiz seluar sekarang daripada 8 sudah turun ke angka 6 hahahahaha =p kagum tak? kagum tak? terima kasih kepada puasa 6 selepas 1 Syawal pastu direct link dengan puasa ganti tapi sempat 3 hari jelah huuuuuu. orang lain menternak lemak dengan open house bagai-bagai tapi aku membakar lemak awwww #kagum hmm actually I don't have any idea what to write for now. but I need to write something. at least berpuas hati. sorry lah kalau entry kali ini macam sampah. where do I need to start?

****

mari bercerita pasal hal kerja. saya kekadang jadi give up dan fikir nak berhenti je. nak resign. pastu kerja lah asal boleh kerja. tapi tak boleh. I have to work to get that amount of salary. ada banyak tanggungan dan komitmen. impian dan cita-cita lagi HAHA. so sekarang ini saya hanya mampu BERSABAR. SABAR. indah apa sabar kan? orang cakap hasilnya manis jika sekarang kita rasa pahit je. kalau lah boleh macam ni, I don't want a job, I just want money hahaha =p berangan jelah kau Sha T___________T''

minggu lepas team marketing turun from HQ. memang team marketing akan turun sebulan sekali nak tengok keadaan kedai. maan boleh ubah so ubah. kiranya bos lah kepada cawangan Kuantan ni. kebetulan saya ada appraisal lak. means boleh confirm jawatan ke tak. Alhamdulillah sah jawatan tapi sob sob satu je kurang berpuas hati. basic salary tak naik. patut naik kan? bos cakap sudah naik banyak dahtu masa saya promoted. I think I deserve more and moreeeeeeee! nilah orang cakap bagi betis nak peha. eh of course. saya memang mata $$$ #LOL takpelah ada je benda lain yang naik. elaun makan kalau full shift daripada RM10 naik ke RM30. kalau camni memang aku nak banyak full shift tapi HAHA kebahagiaan diri lagi penting daripada duit. setuju?

itu part best. yang part tak best apabila stress. rata-rata orang ingat kerja retail line ini senang. apa dieorang nampak kerja melipat baju je. tu luaran. dalaman? huh sakit. dugaan orang cakap. takpelah bila lagi kita nak belajar right? dulu selalu terbayang yang saya akan bekerja di dalam bidang ini hihi :D kalau customer yang berani tegur saya semasa tengah jaga fitting room ataupun tolong melipat kat selling floor mesti tanya soalan taknak sambung belajar ke? huhuhu gelak dalam hati jelah. kang aku cakap ada PhD kang tak percaya lak #troll mentaliti orang kita. takleh salahkan juga. mentaliti pemikiran orang dunia ketiga.

okay stress pasal apa? apabila kita dipersalahkan oleh bos padahal bukan salah kita pun. saya tanya direct je macam kes minggu lepas. stok baju yang sampai tak sama dengan order dan di dalam sistem pastu kena blamed gitu je. mana puas hati. dahla panas. bengkek lak. aihhhh. saya sound direct je. ini salah siapa sebenarnya? bos tak jawap. pastu terus jump ke benda lain and keep blaming on me. hmm redha jelah. yang penting saya tak bersalah. benci warehouse. buat kerja macam haram. lantak ah kerja korang teruk macam mana pun tapi at least buat kerja tu proper sket ah. jangan buat alasan kerja banyak pastu banyak buat salah and then PIC yang dipersalahkan.

tu satu hal. nak deal dengan customer perangai macam gampang pun satu hal. hukhuk penggunaan bahasa yang sangat tidak indah di sini tapi geram. dealing with cina kiasu ni memang payah. aku memang benci. bukan bersikap racist tapi ada certain yang okay. sangat okay. tapi kalau dah masuk cina kiasu ni memang rasa nak maki bagi penampar kat situ. belajar hormat orang lain sebelum aku nak hormat kau. tau lah nak guna "customer is always right" tapi tak semestinya betol. nak dijadikan cerita, barang cina ini hilang di dalam kedai. asyik sangat pilih baju. yang hilang baju dibeli kat Padini. baju je KOT? bukannya barang kemas. cakap tak kisah hilang tapi just nak tau siapa yang ambil.

saya pun cakap elok-elok saya memang tatau password CCTV. pastu nak mempersoalkan kenapa takde? pastu masuk lak bab keselamatan bla bla bla. dah anak kau yang main kejar-kejar baling-baling belon tu apehal? tu kira selamat habis lah ek? eii serious geram. pastu cakap cina lak, kutuk-kutuk belakang cakap saya malas nak tengok. huh mujur ada senior cashier tolong translate. okayyyy fine saya pun masuk lah office and see what I can do. padahal takleh buat pape pon. still tak puas hati lagi? pastu nak cari gaduh depan kaunter and customer. macam mana nak respect those people? bajet lu ada duit lu boleh bikin apa saja lah?

jenis tak reti bahasa ni buat lah papepon memang tak reti bahasa. saya cakap kalau tak puas hati, datang jelah esok deal dengan seorang lagi PIC. ingatkan dah okay semua tup-tup bawa pula guard ECM T__________T'' Ya Allah still tak puas hati dan berkeras nak tengok CCTV. mujur okay mujur my staffs tolong settle kan, cakap elok-elok bagi RETI BAHASA SKET. benda yang nak kena settle 2 3 hari mana boleh nak settle on the spot. kang aku cakap bodoh kang teruk sangat. baru berniaga sayur, siap cakap kedai ada CCTV tu pun nak berlagak. kalau lu rasa lu berduit sangat, lu mesti tak kisah punya laaa baju lu hilang...

seriously I am mentally down at that time

and the next day, she is coming with a police into my store. wahh bawa polis. tak takut pun tapi WTF? baju je kot? adoihhhhhhhhhhh. tension dapat customer gini. aku taknak kau shopping sini boleh tak? boleh tak kalau aku banned customer yang menyusahkan hidup? still tak puas hati, she lodged a police report and sarjan tu ambil keterangan cina kiasu tersebut. dan-dan cakap aku "dingin" of course lah weh kalau lu takde manner, macam mana wa mau senyum sama lu? lu ada otak ka takda? ka simpan kat lutut? perghh terbakar jiwa masa tu. serious rasa macam nak tampar pipi dia. hmm saya senyap je tapi memang tak senyum langsung lah. thanks to the sarjan #muka terpaksa hahaha kena layan cina kiasu gila nih. saya terus blah dari situ. geram. pastu punch out terus ke Starbucks and get a drink instead of punching that grumpy lady!

I need a chocolate to cheer and warm me up
Chocolate Cream Chip

saya rasa nak menangis
mentally down
fikir nak resign

but after pekena coklat
I smiled
:)

oh-so-called-dunia
bertabah lah wahai hati
ya?

****

okay enough pasal kerja. hmm lets talk about something serious. marriage? huh. of course not! tentang hati dan perasaan. saya bukannya tak fikir langsung pasal kahwin. teringin je kan? lebih-lebih lagi pada umur 25 tahun. perghhh hampir semua kawan baik sudah bergelar isteri dan suami orang. hihi suka je tengok orang kahwin. suka je ambil gambar orang kahwin... tapi... nak jadi isteri orang ini rasa hmm belum cukup lagi kot ilmu? ilmu memasak pun tak capai taraf sijil lagi wakakaka =p fobia pun ada apabila seseorang itu bercakap pasal kahwin. tunggu jelah kalau sudah jodoh, sampai masa, terima je. itu kan rahsia Allah :')

sudah 2 bulan saya being single. okay je Alhamdulillah. semua ini dugaan dan adalah tu yang terbaik untuk diri ini. malah lebih baik. dahulu pernah je terbayang apalah nak jadi kalau saya putus hubungan pada umur 25 tahun. haaa kan tuhan dah makbulkan T_T'' pas sorang-sorang kawan saya yang sama umur kembali single. susah sebenarnya nak amend heart back tapi kalau struggle, insya Allah boleh. antara nak taknak je. benda macam ni takes time. tipulah kalau sehari selepas putus tu tak rasa pape. saya memula memang tak rasa pape tapi beberapa hari selepas itu, saya baru rasa sakit. the pain. jiwa kacau etc. takes time. seriously takes time.

you have to be happy when you are single
give some time and space to yourself
love yourself first
:)

and there are several confessions. they like me. hmm penat. penat nak hadap. taknak rasa senang sangat dapat pengganti. easy come easy go (--'') so I let myself breathe in first. hari tu dapat cuti dua hari so memang tak keluar langsung dari rumah. duduk je dalam rumah just surfing and doing nothing. kebetulan lak puasa. memang rasa sangat best. first time rasa macam ni. handphone pun tak sentuh except if I get a call from the office. rasa macam tenang je. takyah serabutkan otak fikir pape. rasa macam bermuhasabah diri, kot. sebab senseorang takde sesiapa just me. fikir dan fikir. rasa lega teramat sebab sudah tahu kot apa diri ini nak. sekarang ini berkawan je dengan sesiapa. berkawan. takde melibatkan hati dan perasaan, pls? tapi kalau sudah tersuka tu susah lak huhuhuhu =p

saya susah nak suka orang. means suka sebab orang tu. boleh jadi stranger right? before this, kita sukakan seseorang sebab si dia sukakan kita. itu teori lapuk dan still boleh pakai. macam Katy Perry cakap "I always fall in love, but once I already fall in love means I am really fall in love" hahaha faham tak? saya rasa saya tak perlukan sebab kenapa sukakan si dia. from the first time tengok dah suka. being attracted without knowing who was he. amazing kan? itulah betapa indahnya perasaan suka yang boleh bila-bila masa je bertukar menjadi sayang dan cinta. betapa hebat kuasa ciptaan Ilahi :')

so nak dijadikan cerita, masa tu bulan puasa. pertengahan bulan puasa. Ogos. orang sudah start ramai membanjiri di dalam kedai so of course lah busy. kebetulan masa tu saya otw office belakang. tup-tup terpandang one guy sedang pilih baju kemeja kerja. OMG! terus suka. damn! he is sooo hot kot? tinggi dan gelap sawo matang huuuu. takpun sebab pakai shirt warna ungu. yeah my favourite colour! sukaaaaaaa sangat sukaaaaaaa! sempat gak ah curi-curi pandang masa keluar office. hajat nak tolong si dia cari baju tapi tak jadi sebab ternampak perempuan kat sebelah dia (--'')

pastu semasa di kaunter, si dia sedang beratur. saya saja je panggil hihi nak serve. hati memang berdegup cepat hmm don't know why tapi alahai sukanya kat dia. nak lebih-lebih tanya nama segan T_T'' nak dijadikan cerita si dia tak ambil lagi sehelai baju B1F1. ambil pula warna ungu hahahaha lagi bertambah sukaaaaaa! pastu masa nak scan tu boleh tanya saya ini kawan kepada si tutt tutt ke? damn. si dia kenal saya??? haaaaaaaaaa masa tu memang excited serious excited gila tapi ehem control-control. lagak macam biasa. haha padan muka lupa tanya nama T__________T''

balik je kerja terus sms dan fb chat kawan saya ini. risik punya risik tup-tup yes! dah dapat. alahai mamat ni ke? pernah je dia friend request tapi biasa lah saya mana approve yang tidak kenal even mutual friend wakakakaka =p lagipun masa tu DP si dia dengan gf. alahai sudah berpunya ke? hmm takpelah fikir kalau sudah jodoh tak kemana? aishhhh jangan fikir banyak sangat ya? jodoh pertemuan semua di tangan Allah. susah macam mana pun kalau itu jodoh kita, insya Allah berjumpa balik :)

****

tu je lah kot nak update, for now. I got to go now. esok banyak lagi aktiviti nak buat hehehe cuti wehh cuti. selamat #MONDAYblues lahh ek pada sesiapa yang bekerja hihi. misi utama esok untuk melempengkan diri, mewayangkan diri, mencendolkan diri. semua itu untuk indulge myself. erghhh I deserved more than this. tak sabar nak turun Shah Alam. goodnite :)


xoxo



happy?

Wednesday, September 14, 2011

#15




xoxo



WW

Tuesday, September 13, 2011

people's car





xoxo



folks-va-gen

Friday, September 9, 2011

photography quotes






xoxo



love photog...

Wednesday, September 7, 2011

#14




xoxo



WW

Tuesday, September 6, 2011

cerita raya saya


hye selamat petang kepada bloggers dan pembaca blog saya. hari ini hari Selasa, saya tengah holiday lagi ngeh ngeh =p replacement day kalau bekerja pada public holiday. so amacam raya? cepat kan masa berlalu so hari ini sudah hari raya ke-8. saya sudah tak beraya. jarang lah datang open house kengkawan sebab waktu bekerja saya kan lain sket huk. pity me. oh ya! saya sudah boleh beraya hari ini hehehehe sebab? semalam hari last saya berpuasa untuk puasa enam Syawal, alhamdulillah... raya kedua terus berpuasa sebab taknak tangguh-tangguh sebab nanti kemalasan menguasai diri dan rasa nak tebus balik kesalahan pada perut T_T'' yelah raya pertama pun sudah sakit perut wuuuuu.

saya rasa raya kali ini okay dan best lah sebab dapat beraya raya pertama je. raya kedua sudah start kerja. boleh je cuti tapi taknak lah sebab nak saving untuk pergi holiday hujung bulan ni aishhh harap-harap bigbos bagi. tak kisah pun kena kerja sebab saya bukannya kisah sangat pasal makanan yang lazat ke yang penting beraya with my precious family. loved them so much. rasa macam umur 25 tahun ni raya sudah tidak seronok masa umur belasan tahun huhuhuhu. duit raya pun dah tak dapat huaaaaaaaa sedey tsk. baju raya pun tak sempat nak upah jahit so beli lah yang pasang siap. of course lah ungu. terima kasih Emak sebab sudi membelanjakan bonus anda untuk baju saya =p

layan gambar ajelah
saya guna lens baru 85mm
:D

takde tripod
maka kasihanilah saya
tsk.

this is my BIG sister ya
not LIL sister
orang selalu salah faham
aihhhhh

awet muda

baju kurung tempah

baju kurung pasang siap

****

ini pula cerita pasal kahwin. haaa biasalah kahwin ni kan bermusim. tak cuti sekolah mesti selepas raya sebab confirm ramai yang sedang bercuti. hiks. pada 2hb tu saya menghadiri majlis pernikahan kawan saya sejak sekolah rendah tuuu lama weh. Puan Faezar Hanum telah selamat menjadi isteri kepada Encik Ahmad Aizat. dieorang berdua ini peguam tau hehehehe memang sama cantik sama padan.

hari tu saya menjadi OP semasa majlis merisik. since takde tunang kan terus kahwin sebab orang cakap cut cost. macam trend je sekarang just merisik pastu terus kahwin. saya masa ini macam busuk sedikit dan tak ikut dress code yang betul. maklumlah susah orang bekerjaya macam saya ni hehehehehe. tema warna ungu. so okay lah kan tudung dah kena dahtu cuma baju je tersesat mana entah kuda belang ni (-_-)''

masa tengah makan huhuhu

kami kengkawan dari sekolah rendah

setelah diijabkabul

gambar Cik Aifaa

say aaaaaaaaaa~

okay part skema

ini pun skema juga
T_T

****

okay ini sudah masuk bab lain. still dalam mode beraya *kengkonon* tapi lebih kepada hang out kat luar ekekekeke. berjanji dengan dua orang kawan sekolah menengah, my classmates untuk berjumpa di tempat biasa. Coffee Street. very well recommended sebab makanan best. cuma harga maybe quite pricey sebab ada service charge (--'') makanan yang saya boleh rekemen adalah maggi kerabu. try lah rasa. ada kawan saya yang jadi ketagih tau =p hihi

okay okay back on track. kinda excited to tell this story. kawan saya berjaya membeli kereta idaman beliau menggunakan saving beliau sendiri. haaa bangga eden ada kawan macam ini. kinda give me inspiration to be like her. not in terms of buying a car but to get what you want or the things that you deserved in life after being in the hectic work life. ehem enjoy-enjoy juga tapi menabung jangan lupa taw kengkawan ^_^

she bought Peugeot 206 Coupe 1.6L. nak tau kereta ini macam mana? ask pakcik Google. sekarang ni still speechless and WOW. amazing. and of course lah best wehhhh bila naik kereta ini. selesa menjadi penumpang sahaja selain kembang hidung hihi. why? sebab takde bumbung u ollssss. terasa lak diri ini macam J.Lo atau Paris Hilton tengah jenjalan di bandar Kuantan yang sesak ketika itu T_T

sebelum berlepas

muka excited

the owner

jem strawberry tengah berlaku

ternampak lubang hidung?
abaikan pls?
=p


itu sahaja buat masa ini
nak update pun takde benda sangat
sebab saya kan workaholic
T_________T''


xoxo



bye!

Monday, September 5, 2011

outdoor photoshoot
















xoxo



:)

Friday, September 2, 2011

flashback WW




xoxo



WW