Pages

Wednesday, October 20, 2010

hari semalam


hai semua. selamat malam kat bloggers dan kengkawan. mesti korang bosan kan bila menjengah blog haku ni. bersawang dah :( sob sob sob. nak update semalam tapi kinda not in the mood. penat pun ada. tatau laa apesal penat semacam tak boleh blah. hmm... saya baru balik daripada majlis tahlil kat rumah arwah Pak Long, abang sulung kepada Emak saya.

semalam tarikh 19 Oktober 2010 merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah keluarga saya. saya baru je kehilangan seorang pakcik iaitu Pak Long, akibat penyakit lelah beliau. macam dah seminggu je terlantar kat ICU tu. yang paling saya kesalkan ialah saya tak sempat nak melawat arwah akibat kerja. benci! satu lagi penyesalan dalam diriku. aihhhhhh. mesti berantu je dalam hati kau kan Sha... takpelah benda dah lepas.

semalam lagi rasa tak best before pergi kerja sebab Maknjang ada call Emak cakap Pak Long macam dah tak lama. nazak. haku dalam hati ni hmm... janganlah dia pergi lagi. at least bagi lah saya melawat dahulu. so sampai je tempat kerja saya buat kerja macam biasa dalam stor. pastu dapat call daripada Emak, saya fikir macam betol je kan... kan dah betol my expectation. Innalillah... saya terus pergi jumpa my superior. sebak sangat pastu boleh menangis depan mereka. mujur mereka faham dan terus bagi saya off day.

arwah Pak Long dimandikan di masjid area rumah saya je sebab dekat dengan hospital besar. pastu dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah Tok dan Tok'i. semoga roh arwah dicucuri rahmat. takkan dapat kulupakan saat saya menitiskan air mata apabila melihat anak cucu arwah mencium dahinya dan mengingatkan kepada seseorang. semoga Allah merahmati kehidupannya sebelum dan selepas kematian...

his death reminds me how short our life could be. yeah seriously. I can't keep thinking about that. about my death, for one day. hmm dengan amalannya yang entah seberapa kan? who knows? so, from now on I want to appreciate things around me and love my life ;)

okay lah tanak sedih lagi :) :) :) tadi saya baru je mendapat kunci store BO weehuuuu pangkatku sudah berkuat kuasa mulai hari ini so jom jadi kejipangan? muahahahahaha. eh tak boleh. ni bukan zaman sekolah nak jipang weh tapi haruslah menjadi seorang yang bijak dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan kerja dan staff. wish good luck to myself! tak sabar weh nak dapat first salary wahahahahaha koya! dah siap berangan ni nak beli apa untuk diri sendiri. heee reward to myself lah kan? handbag? jeans? baju? wakakakakaka. pastuh yang best lagi uniform dah tukar kaler! nantikan gambarnya. pastuh kan boleh pakai shawl! heeee say buhbye to tudung bawal. wek. takbest. sebab haku tak nampak comel muehehehehehehe ;P

sampai di sini je update saya. later update okay. esok hari cuti so nak pergi tengok wayang cerita The Other Guys. tak sabarrrr! jom ngedate :P esok hari ronggeng bagikuw hek hek hek. jangan jeles ye kawwwww :D :D :D esok latte? pang! sedar diri okay awak tu tak berduit lagi sob sob sob. cepatlah 31hb!

Raya 2010
may he rest in peace
Allah blessed you



xoxo


broken arrow

3 COMMENTS:

/Dayah//Nurul/ said...

smg rohnya dicucuri rahmat.

ambui sonok berangan shopping. i jeles!

a.m.n.i.n.a said...

Doa yg terbaik utk beliau k.

Shahira said...

let he rest in peace.
amin.

sb i da lama tak shopping :D