Pages

Thursday, July 1, 2010

konfius di saat-saat genting


ini adalah entri terakhir pasal kehidupan thesis saya
saya janji!

okeh ini yang saya tengah fikirkan
makin fikir makin konfius
tamau fikir lak nanti jawapan tak datang
*sigh*

malam ini berasa panas dan bahang. mesti hujan esok, kau tengok jelah. hipotesis saya diterima sebab semalam pun panas juga engkau haaa sampai haku tak boleh tidur T________T selain daripada panas dan bahang, saya juga sakit perut. kawan saya cakap perut saya sensitif. asal makan KFC je mesti perut sakit. apesal huh? haaa maybe sebab perut ini sudah imun kat McD kot kwang kwang kwang ;pp tadi baru je dengar bunyi guruh... hmm harap esok pagi tak hujan lah sebab saya kena pergi ke UTM, cari peta besar punya. Dr. Rafee nak peta yang merangkumi daerah JB. harap-harap ada. jika tiada saya pasrah...

mood lately tak begitu baik sebab teringat kat family dan Encik Busy dan kawan-kawan kat Kuantan. serius rasa begitu homesick sekali. dan dan pula dengar lagu raya huh! sekarang tengah berkumandang lagu faveret all the time, Cahaya Aidilfitri oleh Black Dog Bone. wuuu ingat lagi dengar lagu ini saya menangis (,-_-,) sebak sebak sebak!!!

sekarang ini tengah merehatkan minda. macam tidur lambat je lagi pagi ini. hmm konfius nak buat conclusion apa. dapat result yang tidak terduga inilah jawapannya. kalau kerja lab tu senanglah sedikit tapi apabila melibatkan statistical analysis... makin bertambah bengap je haku rasa. nak kena fikir sebab apa tidak dapat result yang diharapkan. pastu kena tulis alasan bla bla bla. huaaaaa dugaan dugaan. dalam otak ini sudah ada idea tapi... hmm bantai jelah Sha... asal kau rasa betol. huk *guana lah CGPA nanti* :(

kat Kuantan banyak kerja yang menanti. hendak hantar resume ke sana sini. hantar job application ke UMP sebab baru apply new post. pastuh jadi OP untuk wedding kawan baik ku. wah wah pasni sudah tidak boleh bergonjeng lagi hihihi. I hope all the best for this week. nak enjoy tapi... fulus tiada (--'') inilah student. sengkek tatkala hujung semester sudah berakhir dan habis sudah duit scholarship sob sob sob... I have to do something about it or else there is no movies marathon on next week...!

sudah banyak saya berceloteh. kini tiba masanya saya kena taip something. biarlah satu ayat pun asalkan kau taip okeh? ganbatte Sha san. sedikit je lagi nak habis pastu selamat tinggal dunia belajar!!! tiba-tiba sebak sebab dengar lagu P. Ramlee, Dendang Perantau. hummm... teringat sambut raya haji di Jepun tahun lepas. sadis...!



xoxo


thesis thesis thesis

2 COMMENTS:

miss leya said...

chaiyok2 ok sha..
=)

Shahira said...

hee tq ;)