Pages

Monday, July 5, 2010

saya tukang jual anggur


hai selamat petang! dari pagi sampailah sekarang saya menghadap laptop. kerja edit gambar, blogwalking, update blog, update status Facebook hahaha jangan muak tengok nama Nurul Shahirawati kerap keluar di news feed anda ;pp dengan berbekalkan poket semakin nipis, tipis dan takkan tebal-tebal, saya telah berjaya membeli long cardigan yang hanya eh HANYA? kaya ke engkau ni Sha? (-_-) harga RM38 tidak termasuk postage. saya TERPAKSA beli sebab cardi hitam kegemaran semakin luntur warnanya sob sob sob *alasan semata-mata padahal sebab baru beli dress F21 yang baru* hihihi.

RM38

haa kamu jangan ingat saya hanya pandai menghabiskan duit je tahu? tu memang kerja utama ketika bergelar student dan tukang jual anggur yang berjaya. ada can jadi pengusaha buah-buahan import contoh pada tahun 2010 ni wakakakaka. saya sekarang pun dalam proses job hunting. puas sudah memburu tapi kerja tu pula menyorok-nyorok. nak buat camne kan? ada rezeki ada. selepas ini saya pun nak pergi ke cc sekejap untuk print out resume and borang permohonan UMP. ada jawatan baru keluar. cis baru dapat update untuk second application. banyak kerja ni actually. nak pergi xerox sijil lah, beli cd & dvd lah untuk burn gambar emak semasa pergi umrah dan cerita gLee untuk blogger Cik Leeya. sabar ye awak. insya Allah saya post hari Rabu :D :D :D

seperti yang sedia maklum. hahaha. rumah saya sedang renovate since 5 tahun lepas. nampaknya raya tahun ni bakal beraya dengan "rumah baru" wakakakaka. amin...! lambat btol nak siap ek, rumah dah macam zoo ni haa. macam-macam haiwan ternakan ada. nak apa? anak ular? ikan kap? ikan kaloi? ikan talapia? biawak? huhuhuhu. Abah lah hero di sebalik tabir pembikinan rumah ni. dialah arkitek, dialah mandur, dialah kuli, dialah pengurus projek, dialah wireman, dialah jurutera. bak kata semua ni hasil tangannya ;p sekarang ni nak masuk proses mengecat dinding luar dan dalam. ehem. adakah aku bakal menjadi kuli selepas ini? (-_-)''

saya cadangkan warna natural je
nampak lawa seperti ala-ala cottage house
:D

eh okay lah!
dah lama kan tak membebel sebegini rupa keh keh keh
later update!



xoxo


:D :D :D

2 COMMENTS:

Drunbella Khoo said...

eh eh itu blog yang i beli baju baru-baru neh.
semua lawa-lawa kan.
rabun terus kalau masuk blog tu.
ahaks :)

Shahira said...

hehehehehe.
tahu xpe.
serius baju die lawa2 tp kene butakan mata.
tekad nak beli cardi jek.