Pages

Sunday, June 20, 2010

menapak ke Temasek


exchange rate : RM2.37 = $1
bajet : RM100 = $42.20
baki: $12.60

pada hari Sabtu, saya dan kawan skunks, Cik Fizah telah melawat Singapura. ini adalah kali kedua saya pergi Singapura. kali pertama tahun lepas tu pun sebab ikut lawatan di bawah travel agent semasa di UTM hahaha. tak best. pergi sendiri lagi seronok. dengan berbekalkan stok makanan dan peta di tangan, hello Singapore!

kami tiba di Stesen Bas Larkin dalam pukul 830pg dan terus naik bas SBS Transit 170 menuju ke Queen Street. harga tiket RM1.90. ini kali pertama kami menaiki bas ke sana. leceh sangat sebab kena turun naik bas apabila tiba di Stesen Imigresen di JB dan Woodlands T________T penat tunggu bas pun satu hal juga adeh.

dalam pukul 11pg baru tiba di Queen Street (--'') lama kan kami berada di dalam bas? nak buat macam mana. backpackers la katakan hahahaha perasan...! okay dari Queen Street kami menuju ke Bugis Street. tapi melencong dulu ke Arab Street. tempat ini famous dengan nasi arab dan pertempatan masayarakat Melayu dan Islam. kami tak makan pun just sightseeing je.

our first destination

2nd time being here

Sultan Mosque

deretan bangunan lama

jalan-jalan di antara Arab Street

Kampung Glam itu memang glamour habis!

Bussorah Street

I do heart polka dots
;ppp

cantik kan?

ancient Rome & Greek

Fraser Street

berehat sebentar

dapat sedikit sentuhan dari Rome
just guessing...

at Bugis Junction now

dari Bugis Street kami menuju ke Orchard Road dengan menaiki MRT di Stesen Bugis ke Orchard. sini bagus kalau naik MRT sebab boleh refund balik $1 dengan pulang balik tiket MRT. salah satu cara untuk menurunkan kos. aihhh kenapalah Malaysia bukan macam ini.

so welcome to the heaven untuk kaum shopaholic macam saya! saya bertahan. tahan je apabila nampak dress lawa-lawa. kasut lawa-lawa. beg lawa-lawa. dengan wallet yang kempis. tahan je... tapi tak tahan apabila nampak dress murah di Forever21 yang hanya berharga $23. hey kat Malaysia tak dapat tahu! Malaysia sale tipu. heh. baju kat Cotton On lagi 2x lagi murah daripada kat Malaysia. gila!

baru tahu shopping kat sini best okay. sangat best apabila ada sale gila-gila daripada bulan Jun sampai Julai T_______T Malaysia memang sale tipu. cet. orang serbu butik Gucci macam serbu Mydin je rasa hua hua hua.

saya suka signboards kat sini

looked alike that lady
don't you think?

hanya mampu pandang hahahaha

Iamo Plaza

Wisma Atria

Takashimaya
adeh teringat Jepun
T____T

ini bukan di Bukit Bintang ye
:D

Paragon

pertunjukan ketuk mengetuk nak dapat derma
huhuhu

ketuk jangan tak ketuk!

oh... handsome
:D

weirdo!

peta itu penting
jangan malu kalau tidak memang sesatlah!
;p

tiga orang budak hitam
di hadapan Paragon

hajat di hati lah konon-konon nak berjalan kaki dari Orchard Road ke Stesen MRT Dhoby Ghaut. ingatkan dekat padahal jauh okay! dengan sakit kakinya jadi kami pun naik MRT di Stesen Somerset. really convenience tau public transportation kat sini. suka sangat!! so kami pun tiba di Stesen Raffles. jalan sedikit dah boleh sampai ke Esplanade Drive. kat sini ada Parliament House juga. macam tempat rasmi untuk Singapura jugalah sebab siap ada Sir Stamford Raffles Landing Site.

at the riverside of Singapore River

the oldest bridge in the Singapore
Cavenagh Bridge

discussion among Sir Stamford Raffles with Chinese and Malay people
and I interrupted them
;pp

Cavenagh Bridge

let's go to the Esplanade, shall we?

bermuhasabah diri sebentar

their architectural was truly amazed!

di hadapan Merlion yang menjadi kebanggaan Temasek

in front of the Esplanade at Marina Bay

serius memang terasa penat sangat kaki ini sebab nak jenjalan sangat kan haa hamek kau! kami selamat sampai di ICQ, JB dalam pukul 7ptg lebih pastu terus pergi ke CS untuk dinner. memang lapar gilaaaa okeh dan sangat rindu kat teh ais hehehehehe. nanti lain kali kalau terasa duit dalam poket tu berkepuk-kepuk bolehlah melawat lagi ke Temasek. asal usul keturunan emak saya berasal dari sini. see you in future Singapore!



xoxo


kan best kalau kaki ini diurut
;p

12 COMMENTS:

.ieLah. said...

gambar sha dah makin cantik..
improvement! :)

Shahira said...

hehehehehe.
thanks ielah!
sesungguhnya diri ini akan terus berusaha untuk mendapatkan gambar yg cantik :D

Drunbella Khoo said...

jeleeesnya.
nak p singapore jugak.
u pergi bape hari?

Shahira said...

just sehari je cik bella.
pergi pg2 huhuhu.
blk da nak maghrib.

RoseHana said...

sha..ade satu gmbor tu mcm tutt..huhu..yg ade india malay tu..ish kamoo ni..hihi=p

Shahira said...

HAHAHAHAAHAHAHAHAHA.
SAJE JE TUH ;P

zatilaqmar said...

bestnye!!!! skrg kak sha kat johor ke?

takashimaya singapore same x dgn sini? hehe. (nmpk je klu tmpt shopping ;))

Shahira said...

aah zatil.
tgh siapkan part akhir thesis ni.
jumaat ni presentation.
heheheheh tak masuk pun takashimaya tuh tp rs mcm sama yg kat jepun tuh.
baju f21 murahhhhhhhhhh222.
;pppp

miss leya said...

jalan2 ke tempat menarik ini memang boleh jadi satu cara untuk improve skills amik gambar kita kan..

by the way..singapore mmg best..dah pergi sana sekali..tapi just pergi sentosa island..pun sehari jugak..=)

the sastraboy said...

eh.cantik la gambar!! huhu.

Shahira said...

hai miss leya!
thn lpas i da pergi da sentosa island tp tak best huhuhu sbb everyting kena byr.

actually nak pergi universal studio but then kena reserve tickets sobs sobs.
tu yg jenjalan je sambil improve skill photog ni ;pp

Shahira said...

huhuhu thanks the sastraboy.
amatur je nih.
:D